Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

28 July 2010

Prince Mengidam Nak Makan Durian D24

...Cerita Mula...

Ha ha ha.. U all, Today aku teringin pulak nak makan durian..
Minggu lepas baru makan durian berbakul bakul...
Hari ni mengidam lagi...
Aduh... Noty sangat baby aku ni.. ha3...


Amik ni.. makan sampai muntah muntah...
kalau tak cukup boleh tambah lagi.. boleh?


Ha ha ha.. Ni dia.. Raja segala durian..
20 biji pon kami boleh habiskan dalam masa 1 jam..
U all caya tak?


Aksi menggoda Pija..mmmm


OMG.. banyak tak...
Petang ni aku nak gi makan durian lagi...
Sape nak ikut? Jom..

...Cerita Tamat...

27 July 2010

Mood Busy..

...Cerita Mula...

Ha ha ha.. Lama sudah tak update blog. Nasib baik blog ni tak berkulat macam roti. Selamat tak da ulat-ulat yang makan folder dalam blog ni. Kalau u all nak tahu, memang seronok bercuti dekat kampung. Macam macam ada. Paling best makan laksa yang mama aku masak... mmmmm...

Salah satu kerja yang  perlu aku  lakukan... Nak tau apa dia?
Biarlah rahsia.. he3...

Minggu ni banyak keja yang nak buat... Minggu paling busy sebelum puasa...Minggu yang penuh dengan cabaran.. Minggu yang yang perlukan pengorbanan.. Minggu yang paling menyiksakan... Kalau nak tahu lagi.. Tunggu laporan seterusnya.... Ok.. Tata... Nak gi class jap...

...Cerita Tamat...

21 July 2010

Yok.. Sape Nak Ikut Teman Balik Kampung...

...Cerita Mula...

U all.. Tak sabar aku nak balik rumah.. nak jumpa ma.. pa.. kak.. & adik aku.. Memandangkan esok sampai Isnin aku tak da kuliah. Apa lagi.. Jom ikut balik kampung.. Paling best minggu ni ramai sepupu sepapat aku yang nak stay dekat rumah..


Esok..Lepas je lalat terbang aku pon nak terbang balik N9..
Doakan aku selamat sampai kg dan balik semula...

...Cerita Tamat...

19 July 2010

Aku Nak Merajuk Sekejap....

...Cerita Mula...

Mmmm.. U all. Aku nak emo sekejap..
Aku nak marah puas puas.. aku nak nangis kuat kuat.. aku nak maki puas puas..
Aku benci dengan dia.. Aku marah dengan dia...
Aku tak suka dia..

(Aku yang dalam kesedihan)

Dari malam tadi aku pendam benda ni... Satu malam aku tak boleh tidur..
Oh tuhan.. Apa dosa yang ku lakukan.. 
Aku dah tak mampu bertahan lagi... Aku sangat tersiksa..Aku sangat menderita..
Malam tadi Si Dia cuba mengugut aku...

Kalau u all nak tahu..
Dia cuba mengorek rahsia..
Engkau ingat aku ada skandal dengan orang lain..
Engkau ingat aku ada kekasih gelap..
Engkau ingat aku ada ^$%$#%^&&...

OMG... Nak juga aku jawab Ya..Ya. Ya..
Baru puas hati.. Puas hati Engkau...
U All.. Aku sangat emo sekarang ni...
Petang tadi.. Aku  call seseorang untuk meluahkan rasa kecewa..

Berkali kali aku call.. Tapi.. diam begitu saja...
Mmmm..  Aku tak kisah... kalau tak da kredit pon.. Tak kan tak boleh pinjam hp kawan..
Just 10sen untuk 1 mesej...
Kalau ye pon tidur, takkan sampai jam 8 tak bangun lagi...
Tak apa lah... Aku redha,..

Biarlah aku membawa diri...
Aku nak pergi jauh jauh.. aku nak terbang tinggi tinggi...
Jangan tanya kemana aku pergi malam ni..
Aku pergi mencari ketenagan...
Aku pergi mencari seseorang...

Prince Bersedih:- Sorry u all, aku emo  sekarang ni.. Yang pasti..  tadi aku dah ponteng satu class.. Puas hati aku.. Puas sangat sangat... 

...Cerita tamat...

Perhatian Kepada AT45 Semester 7


...Cerita Mula...


Kepada semua Hencik dan Makcik AT45 Semester 7 ( UPSI). Sila buat bayaran RM200 kepada Hencik Helmi selewatnya pada hari esok. Bayaran RM200 termasuk:-

1. Program class semester ini.
2. Annual Dinner ( Paling keji pon kita buat dekat Hotel)
3. Malam Pra Graduasi
4. Yuran class 
5. Family day


    Bayaran ini diwajibkan kepada semua, tiada siapa pon boleh dikecualikan. Harap Maklum...


    P/s- Untuk makluman semua, kalau ada baki. Class akan pulangkan. Tak mau kami makan duit u all semua. So, jangan segan segan nak bayar. Boleh?


    ...Cerita Tamat...

    Kenapa Kita Perlukan Calcium

    ...Cerita Mula...

    Aduh.. Aku paling benci makan calcium.. minum calcium...
    Paling geli kalau minum susu segar...
    Rasa nak terkeluar anak tekak...
    Rasa nak cirit dalam seluar.. mmmm
    Tapi... bila aku tengok video dekat bawah..
    Rasa insaf 3 minit 32 saat untuk minum susu..


    So, Insaf tak tengok video ni...
    Lepas ni kita buat pesta susu..
    Kita buat kampen minum apa apa susu yang ada..

    ...Cerita Tamat...

    17 July 2010

    Bila Aku Semakin Bosan...

    ...Cerita Mula...

    Mmmm... Siang tadi aku main kejar kejar dengan si anjing dekat Taman Zamrud,
    Penat aku dengan Ril belari satu taman...
    Keluar peluh jantan kami... 
    Tapi tercapai juga misi nak buat lawatan dekat taman tu..
    Bila dah rasa penat, Aku & Sharel balik rumah..

    Petang tadi  aku gi pasar malam pulak...
    Macam biasa...  
    Tiap tiap minggu makan ketupat dengan ayam percik...
    Dah macam menu wajib.
    Kalau Helmi pulak.. Tak habis habis dengan bontot ayam dia...

    Bila malam  tengok "Jangan Tak Hingat Lirik"...
    Orang tu dapat 100 ribu...
    Aku pulak hilang berpuluh hinggit beli makanan sambil menyokong...
    Mmm.. Tiba tiba teringin nak explore pic lama lama..
    Bila explore jumpa pulak dengan pic encik yang perasan cute ni...

    Jeng jeng Jeng...
    Pic Prince ke ni? eehh  betul la... pic time dia kecik kecik.. Tapi tak sure lah pulak.. Umo dia bape tahun time ni...


    Aduh.. Pic ni lagi tak boleh blahh... Time muda muda teringin  nak jadi model.. tapi tak cukup syarat pulak.. So jadi cikgu ok what.... Ingat cikgu tak boleh vogue ke...? ngee....


    Tiba  tiba terjumpa pulak pic 3o tahun dulu.. So, Apa lagi... 
    Masuk je dalam blog Prince...

    ...Cerita Tamat...

    16 July 2010

    Cuti Cuti Cuti.. Horay...

    ...Cerita Mula...

    Horay.. Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin hari cuti aku..
    Mula mula memang seronok 5 hari cuti...
    Boleh jalan jalan.. boleh noty2...
    Bila pikir balik... bosan pulak stay lama lama dalam bilik ni..

    So.. ada cadangan? Apa nak buat cuti 5 hari ni?
     Nak gi mana ek?


    ...Cerita Tamat...

    14 July 2010

    Belajar Dalam Badan Transformers

    ...Cerita Mula...

    Yok... Ari ni mau cerita kuliah dekat bangunan E-Learning 4. Kalau U all nak tahu, Bilik E-Learning 4 merupakan bangunan baru kat UPSI. Kiranya aku lah orang pertama yang merasmikan bangunan ni. Memang cantik, memag tertarik, memang debom... Dipedekan cerita bentuk bangunan ni macam Tranfomers... Aku rasa macam belajar dalam badan tranformers. Badan bangunan dah ok, tapi dekat bahagian atas dia, nampak lucu.. Tapi ok lah, kemudahan dalam bilik lengkap dan selesa. ( Nanti aku tunjuk pic bangunan dekat u all ok)

    Menjawab soalan cepumas dari Prof Madya aku.. Time ni aku kelas Research..

    Soalan Pertama...Siapakah nama anda?
    My name is Zuhairi.. Just call me Hairi or Prince...

    No.2. Adakah Hairi Masih Single atau sudah berpunya?
    Duh.. Aku malas nak jawab Soalan  ni sebenarnya.. Tapi aku jawab je lah... Ye, Sudah berpunya..

    No.3 Apakah ciri-ciri wanita idaman Hairi?
    Haha.. Masa ni aku tanya dengan Prof. Nak jawapan yang betul or tipu. Apa lagi kena sebijik dekat dia. Sebenarnya aku malas nak bagi tahu, sebab Ex Janda & Ex Sayang aku ada dalam class tu..  Takut dia terasa hati kan.. mmmmmm.. So, aku pon jawab je lah..

    1.Baik hati
    2. Tak cemburu buta..
    3. Serasi seperti isi dan kuku...
    4. Penyanyang...
     5. Cantik seperti bulan dan matahari

    (banyak lagi yang aku bagi tau.. Tapi lupa Lah pulak)

    No.4. Soalan terkhir sebelum keluar dari pintu.. Awek Hairi ada dalam class ni ke?
    Haha.. Mmm.. Sentap aku mendengar soalan Prof ni, Kalau mengikut aras teksonomi bloom, yang ni aras sintesis kot... susah untuk dihuraikan. Aku just cakap no komen. Bila dia tak puas hati, dia tanya pulak dengan Ex janda & Ex Girlfriend aku. haha.. sah sah lah budak budak tu diam & senyum kambing je...

    p/s-Aku pon rasa muskil kenapa isu ni tetiba je masuk dalam class.. Apa kaitan research dengan pasal aku single or berpunya.. ngee...

    ...Cerita Tamat...

    12 July 2010

    Aku Dah Semester 7

    ...Cerita Mula..

    Yeah.. Akhirnya aku dah jadi Super Duper Senior... Dah masuk sem 7.. Yok... Aku dah sem 7.. Sem yang paling aku suka.. Cuma 12 jam kredit.. class hanya 3 hari, Isnin 1 jam,  Selasa 5 Jam, Rabu 3 Jam. Selebihnya masa untuk bersukaria.. hehe.. paling aku suka final exam cuma 3 paper je.. So, tak payah nak peningkan kepala study gila gila...


    Pic masa aku muda muda.. Sekarang ni pon muda lagi.. cuma umo je dah tua sikit.. he3...

    ...Cerita Tamat...

    09 July 2010

    Aku Tetap Cinta Padamu Reena!!!

    ...Cerita Mula...

    Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke Tanjong Malim ini. Aku mengenali Reena sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 15 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah.  Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya.
    Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Reena, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebiji kek yang ditempah khas untuknya. Kek tersebut aku tempah di Secret Recipies, diatas kek tersebut kelihatan gambar kami berdua yang agak mesra. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama. Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ma..., Abang nak tanya sikit boleh tak?".
    Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas mamaku lembut. "Abang rasa......... Abang nak kawin la ma........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi mama. "Betul ke ni Abang? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Abang tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Abang nak kawin dengan Reena." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah. Tiba-tiba pinggan yang mamaku tatang dari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Abang? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik mamaku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat mamaku semarah itu selama hidupku. "Tapi Ma! Aaa, Abang sayangkan dia, Abang tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Abang berkawan dengan dia, salah ke kalau Abang nak kawin dengan dia?".
    Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Abang! Mama tak rela!". " Tapi mama.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara mama semakin perlahan. "Dari kecik Mama bela kau Abang, tak pernah mama bantah apa saja permintaan kau nak  Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni Burung Merak  Abang......... kau sedar tak yang kita ni Burung Merak?...... mana boleh Burung Merak kawin dengan Harimau?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Mmmm.. u all..sabar ek.. jangan nak sedih sedih bace story aku ni..  aku lagi sedih... ngee.. ok.. aku sambung balik.. Aku pasrah. Reena......... aku tetap sayang padamu, walaupun kau dilahirkan sebagai seekor harimau... hehehe.. ngee...


    SEKIAN. Thank sudi bace sampai habis... Hehehe.....jangan marah....gurau jer nie... tengah boring la...
    ...Cerita Tamat...

    05 July 2010

    Mood Report


    ...Cerita Mula...

    Aduiii... Ini hari kepala aku banyak pusing... Ada  pening lalat, ada pening kuda, ada pening kumbang. Ayoyo.. Tapi u all jangan nak pening bace blog aku yang sentiasa merapu ni. Today just nak STORY MORY pasal aku nak buat report... Banyak dowh... Aku dah tak tahu nak merapu apa dalam report tu.. Aku tak tahu nak mencarut apa lagi... Aku tak tahu lukis gambar apa.. Kalau ikut kan hati nak juga letak gambar aku yang tak berapa vogue ni.. ngeee...


    Haha.. Selamat menyambut hari report untuk kawasan yang sewaktu dengannya... ngee.. Opss... Sorry pasal pic ni tak ada kena mengena dengan cerita... hahaha...  Chayok.. Chayok.. Chayok....

    ...Cerita Tamat...

    Thanks Richard

    ...Cerita Mula...

    Mmm... Malam ni entry pendek je. Just nak bagi tahu yang Richard belanja makan. Biasalah orang dah dapat gaji kan. So, Layan je lah pic dekat bawah ni... ( Mood sedih dalam ke"Happy"an)





    P/s- Bila gaji aku nak masuk ni.. Penantian itu satu penyiksaan... mmmm.... So..sad... Richard.. Thanks belanja Prince, Nan & Wen...

    ...Cerita Tamat...

    02 July 2010

    UPSI Holdings Dalam Kenangan

    ...Cerita Mula...


    Salam semua, pagi ni aku nak sedih sedih sikit. Today, hari terakhir aku dekat UHSB. Kejap rasanya 2 bulan berlalu. Banyak pengalaman aku dapat dekat sini.


    Pic ni aku amik dekat MKF Metal, Ipoh. Salah satu projek yang aku uruskan untuk Congkaktech. Pengalaman paling best bila meeting dengan CEO kilang sendiri. Orang berbangsa German. Memang teruja bila 1st time meeting dengan orang putih.


    Aku dengan Jasmie, Yok...Pandai kan kami belakon. hahaha.. Time ni lah nak buka buka fail bagai.. kalau tak.. aku & budak budak ni asyik main kejar kejar dalam opis ni.. he he he


    Yok.. berangan nak jadi CEO... Gaya dah ada... Tapi knowledge pulak tak cukup lagi.. So, study sampai ada PHD baru boleh berangan nak dok kerusi bos.. hehehe...


    12hb ni aku dah sambung study.. Time ni aku dah jadi Super Duper Senior dekat UPSI.. Dah semester 7.. 


    Thanks kepada Prof. Hariri, Dato' Siti, Albinus, Helmi, & Jasmie yang banyak bantu aku sepanjang 2 bulan ni.. Memang best kerja dengan u all semua. Tak kering gusi aku. Hari hari ada je hot story. Pasti aku tak akan lupakan kenangan manis masa kerja dengan u all semua.

    ...Cerita Tamat...

    01 July 2010

    Nikmatnya Masuk Air

    ...Cerita Mula...

    Salam semua, dua hari aku tak update blog. Rindu dengan blog, rindu dengan kawan kawan. Sorry tak dapat nak komen blog kawan kawan. Bukan tak mahu komen, bukan tak mahu update. Kalau nak tahu jom bace entry dekat bawah.


    Jeng jeng jeng... yok.. tangan sape ni? Dah macam tangan atok atok. Pucat dan lesu. Tapi masih boleh melempang orang yang memekik terlolong. ngee...


    Adu... Sakit... kena cucuk lagi... Time ni rasa nak jerit sampai satu Malaysia boleh dengar. Memang sakit.. Kalau u all nak tahu, jarum dia boleh wat straw. Memang besar. Menakutkan...


    Motif pakai baju keja? Kalau nak tau, Aku keja separuh hari je. Petang gi klinik masuk air. Memang sakit.. Time ni, nurse cucuk salah tempat pulak.. Terpakasa cucuk sampai 3 kali.. habis tangan aku bengkak.


    P/s- Lain kali jangan nak makan merata alam.. Masak je dekat rumah untuk mengelakan cirit.. Then, jangan nak stress time kerja.. kalau nak tahu, tekanan darah aku masa ni 194... Dr. cakap kalau normal dalam 120 hingga 140. So, aku ni dah macam atok atok lah pulak.. mmmmmmmm

    ...Cerita Tamat...