Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

09 July 2010

Aku Tetap Cinta Padamu Reena!!!

...Cerita Mula...

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke Tanjong Malim ini. Aku mengenali Reena sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 15 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah.  Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya.
Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Reena, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebiji kek yang ditempah khas untuknya. Kek tersebut aku tempah di Secret Recipies, diatas kek tersebut kelihatan gambar kami berdua yang agak mesra. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama. Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ma..., Abang nak tanya sikit boleh tak?".
Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas mamaku lembut. "Abang rasa......... Abang nak kawin la ma........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi mama. "Betul ke ni Abang? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Abang tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Abang nak kawin dengan Reena." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah. Tiba-tiba pinggan yang mamaku tatang dari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Abang? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik mamaku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat mamaku semarah itu selama hidupku. "Tapi Ma! Aaa, Abang sayangkan dia, Abang tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Abang berkawan dengan dia, salah ke kalau Abang nak kawin dengan dia?".
Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Abang! Mama tak rela!". " Tapi mama.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara mama semakin perlahan. "Dari kecik Mama bela kau Abang, tak pernah mama bantah apa saja permintaan kau nak  Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni Burung Merak  Abang......... kau sedar tak yang kita ni Burung Merak?...... mana boleh Burung Merak kawin dengan Harimau?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Mmmm.. u all..sabar ek.. jangan nak sedih sedih bace story aku ni..  aku lagi sedih... ngee.. ok.. aku sambung balik.. Aku pasrah. Reena......... aku tetap sayang padamu, walaupun kau dilahirkan sebagai seekor harimau... hehehe.. ngee...


SEKIAN. Thank sudi bace sampai habis... Hehehe.....jangan marah....gurau jer nie... tengah boring la...
...Cerita Tamat...

20 comments:

Lelaki Ini said...

hahaha..
leh plak!

lady XOXO said...

erh PRINCE.. cedih ar baca story ni. ur story ker ni..tak kan rekaan.. semacam jer

peaNut said...

alaaaaaaa....ingat kan mmg kisah prince sendiri..hurmmm
ataupun mmg kisah prince kot...d tukar kepada merak ngn harimau je???huhuhuhu


2nd lunch date with stiLLa & cik reddisH!!~

::ienafazlyna:: said...

EEEeeee..penat jek beremo mula2 td

HairiAks said...

Lelaki..
ngee...

HairiAks said...

xoxo..
Ahh.. msti x bace abis kan.. nge... try tgok ayat kt bawah tu,... ngee..

HairiAks said...

Peanut..
dua dua pon boleh..
klu nk tahu lbih lnjut... just call 999 hehheehh

HairiAks said...

iena..
hahaha.. x pa... emo lah dulu.. last2 gelak besar ek.. ngeee....

lady XOXO said...

ALA... TAK KIRA.. MESTI AYAT KOVER NI.. CITER2 AR.. LEPAS NI APER LAK SAMBUNGAN... PRINCE LEH WAT STORY NI.. NA NA.. SURE2 KAMI SEMUA SUKA KOMEN N BACA....

APER PUN.. GUA KENA BEB.. WAKKAKAK

sweetie2010.blogspot said...

Salam Prince,

Ingatkan siapalah gadis bertuah yang bernama Reena tu. hmm scandal ngan harimau yer....

Khairul Azmi said...

xleh blah la..ye ye je aku bace..ingtkan real..apa dah!!!

@reltzsensei said...

keji jerk u ni ek..hahahaha...

mR.sYaH said...

macam citer real yg ditukar versinya prince??

ku_Merpati said...

huhuhu...ingatkan realiti..tapi nice story..hehehe

HairiAks said...

Xoxo..
pas ni Prince wat part 2 pulak ek..
tp ayat merapu lah skit..

HairiAks said...

Swetie..
hahah.. scandal dgn Rimau..
hahhaha.. baru lah gempak..

HairiAks said...

Khairul..
sabar ek...
sabar2... mmg real pon..

HairiAks said...

Rel..
Sabar lah.. tu bru 10% dari pembohongan..
kot i tulis 100% kompom u pensan tahap dewa..

HairiAks said...

Syah..
hahha.. nampak cam real.. tapi rekaan semata2.. ngee...

HairiAks said...

Merpati..
Thanks.. nanti rajin2 bace lagi ek...