Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

08 February 2010

Hidup Tanpa Masalah..


Kini hidup aku tak tentu hala. Macam-macam masalah yang menimpa. Kalau nak dihimpunkan memang korang kan naik bosan dan blah je. Sebab tu aku suka cerita masalah aku dalam blog. walau apa pun masalah yang melanda jangan korang nak menjerit melolong x tentu pasal. Dan aku tak suka melampiaskan kemarahan aku kat sesiapa jadi aku berlalu begitu sahaja dan akan cuba menyendiri dan muhasabah diri. Banyak lagi cara lain nak hilangkan tekanan korang. Ya, aku punya cara sendiri untuk hilangkan tekanan itu.

Aku bukan ALIM sangat ..Kalau korang da habis malas nak baca Quran, korang leh je zikir.. da habis malas pun korang dengar je orang mengaji. kot malas sangat pon.. dengar je dekat Lap Top.. semua benda ada.. x kan lah sepotong ayat Al-Quran pon x da kan.. keji lah sangat kalau x da.. hahaha.. Cuba dekatkan diri kita kat Maha Esa dan aku pasti hati korang yang gundah gulana dek masalah yang menimpa kan terasa ringan sedikit. Setelah hatimu tenang fikirlah dengan hikmah dan InsyaAllah korang akan dapat selesaikan masalah itu. Sabarlah tatkala ujian itu menimpa kerana jika korang yakin masalah itu akan selesai pasti akan ada jalannya. Kunci utama korang kena tahu jika korang sendiri yang tidak yakin siapa lagi yang akan menaruh kepercayaan kepada kamu?
  
Allah itu Maha Kuasa...sekelip mata sahaja masalah kamu bakal merubah hidupmu ke arah kebaikan pada masa hadapan. Siapa tahu? Sama-sama kita berdoa..
Aku Yakin dan percaya.. lepas je aku post tajuk ni, ramai yang mengata aku dari belakang. tapi x kisah lah.. kalau mengata aku, korang yang dapat dosa kan. Lepas ni banyak lah suara-suara sumbang yang mengatakan PRINCE HAIRI dah BERTAUBAT ke.. sejak bila JADI ALIM.. huhuhu... 

No comments: