Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

11 February 2010

Minta "Maaf" Kepada Peserta KARNIAWAN..


Terlebih dahulu HAIRI ingin memohon maaf kepada 14orang peserta KARNIAWAN ( Karnival Usahawan Kebangsaan) yang akan diadakan di Universiti Malaysia Kelantan Pada 14-18 Februari 2010. Disebabkan penarikan diri Prince Hairi untuk program tersebut. Untuk kali ini Aku telah diberi tanggungjawab untuk membentangkan Rancangan Perniagaan bersama 3 orang peserta yang lain. Bukan aku tidak mahu join, tapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielak, aku telah menarik diri di saat akhir. 

     Kalau mengikut Akta rumah AT45, aku boleh dikenakan hukumun Makan buah TEMBIKAI 2 biji tanpa henti. tapi disebabkan KE " VOGUE" kan.. hukumun telah dikurangkan kepada sebelah tembikai je.. kiranya tembikai yang aku makan malam tadi tu sebagai hukuman aku x gi Kelantan lah tu.. hahahaha.. Aku pon turut berasa sedih sebab tidak dapat join, apa tidaknya sebelum ni aku yang paling beria-ria sanagat nak gi.. sampaikan mandi x LENA, makan x basah, Tido x kenyang.. gara-gara nak pergi Kelantan punya pasal ... tapi semuanya berubah begitu cepat...
 
( 2 tahun Berturut-turut dapat No. 3 dalam perbentangan Rancangan Perniagaan.. Harap-harap tahun ni mereka dapat No.1 pula..  Insya Allah..)

    Kepada Barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exco aku sekali lagi memohon maaf disebabkan Tidak Dapat MENCEMAR DULI DI KELANTAN nanti. teruskan perjuangan anda semua disana. naikan nama CLUB kita. pastikan kita menang untuk kali ketiga berturut-turut. walaupun aku tiada disana. Jangan segan-segan untuk MELAHAR JURI yang sentiasa tidak puas hati tu. pastikan ayat yang digunakan lebih pedas. sepedas Cili padi.

"SALAM KE "MAAF" AN dan KEAMPUNAN"
Ikhlas Dari Hati Yang Suci, sesuci Sabun Zaiton,
Zuhairi Bin Zainol Abidin,
Exco Akademik dan Kerjaya,
Kelab Keusahawan UPSI. (BECC)

1 comment:

Anonymous said...

Tiada maaf bagi mu...