Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

31 March 2010

Oh Hujan..


...Hujan...

Oh Hujan...
Setiap petang Ko membasahi rumahku...
Setiap hari ko membasahi baju ku...
Setiap hari ko membanjiri halaman rumah ku..

Oh Hujan...Oh hujan...
Oh Hujan... Aku dalam kesejukan...
Oh Hujan.. Aku dalam Kegersangan..
Oh Hujan..Aku seperti di kayangan...
Oh Hujan..Aku dalam Ketakutan...
Guruh, petir, dan Kilat saling berlawan-lawan...

Oh Hujan..Apa yang aku mencarut di petang hari..
Oh Hujan..Aku dah mengantok ni...
Oh Hujan..Jom kita ZzZzzzz...
Oh Hujan.."KOMPOM" petang ni aku ponteng Class lagi..
Terima kasih Hujan.. I Love U 4 Ever.. Muahhh...


Puisi Hujan- Prince Hairi

Cara menghilangkan bosan mengikut teori Prince Hairi

...CeriTa Mula...
Haha... entry kali ni mesti U All semua ketawa sampai bergegar KHAR, KZ, KUO, KAB, TMN NUSA, UPSI, dan seangkatan dengannya.Kalau x bergegar juga, aku x pastilah pula.. Apa yang  U All kena buat masa bosan di tempat kerja, rumah, bilik dan ketika study? nak tahu x?
1. Membunuh beberapa lalat.
2. Menempatkan mereka di bawah sinar matahari hingga kering selama satu jam .. kalau  tiada matahari masa tu.. panaskan dekat dapur gas, gunakan pengering rambut, iron or apa-apa yang panas.
3. Setelah kering, memilih pensil dan kertas ... Biarkan imajinasi anda mengalir.. jangan imajinasi benda yang bukan-bukan sudah lah...
Berikut adalah beberapa contoh ...
( cuba bayangkan lalat jantan dengan betina sedang bersantai dekat tengah laut, couple yang ter HOT dekat UPSI..ok x?)
( lukis gambar kuda, bayangkan lalat ni nak tungang kuda.. jangan ingat kita je boleh tunggang kuda.. lalat pon nak juga..)
( haha.. loklak betul lalat ni.. Yang ni "KOMPOM" jantan.. tengok dia punya pancut pon dah tau kan.. leh sampai pekan Tg. Malim tu..hehehe)
( Best pulak tengok lalat ni main binatang ni.. kalau U All yang main, mesti patah kan? btul x?)
( Tinggi Vs Rendah... kejinya buat perbandingan mcm ni kan...)
( aku suka yang ni.. pertandingan larian antara lalat-lalat... sah-sah lah yang tengah tu menang... klu dia kalah pon disebabkan masuk line orang lain atau tiba-tiba pensan lak kan... hehe)
(Yang ni lagi comel... ingat kuat sangat lah tu.. )

Kalau U all rasa bosan.. ikutlah cara ini untuk hilangkan bosan.. selamat mencuba dari Prince Hairi... lalala..

30 March 2010

Pokok Dalam Paru-Paru Manusia..


( Kisah ni betul-betul berlaku, aku cuma ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua, thx kepada pengirim email tersebut)

ZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut? Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada. Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu. "Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain. "Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit. "Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin. Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia. Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya. Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

29 March 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga


...Cerita Mula...
Kawan-kawan, rasanya hari ni merupakan hari malang untuk aku dengan kawan-kawan yang lain. Pada mulanya untuk presentation KPT akan diadakan jam 11pg-2ptg tadi. Bila masuk class sakitnya hati, ada lah group yang x reti bahasa Melayu, kalau orang bagi masa 10 minit, buat  je lah 10minit. ni group dia je sampai 1jam, kalau presentation  bagus x pa, ni mengarut je lebih. set induksi sampai 15 minit. ngee.. sepatutnya hari ni dah boleh habis semua group. gara-gara 4 group ni aku terpaksa buat malam ni.sakitnya hati...

Tepat Jam 8.20mlm aku keluar rumah, bila sampai je  dekat depan rumah aku. Tetiba je ada Anjing sial yang x reti bahasa mengejar aku. aduh, selamat Ikhwan x kena gigit. kalau tidak puas pula nak menyamak. Kalau jalan kaki aku boleh maafkan lagi, tapi naik moto pon nak gigit orang. Dia ingat dia punya gigi kuat sangat? dia lum tengok aku punya gigitan lagi. kalau kena pasti merana.he3... Selamat aku x jatuh moto tadi, esok jaga baik anjing tu, aku bawa batu, then aku baling dekat dia.. x guna punya anjing..

Bila sampai dekat Taman Bernam, baru nak naik atas terbaca memo.. " Harap maaf kelas KPT En. &&**^%$ dibatalkan" time ni aku rasa macam nak menggila & MengHANJING je.. dah lah penat-penat datang. Then, Class dibatalkan.. apa lah salahnya mesej kami awal-awal. No. telefon sampai 10 salinan amik. x kan lah 1sen pon x leh mesej. betul x? yang tampal memo tu ketua class.. ayoooo... cam ni ke ketua class.. malang sangat hari ni.. kalau aku tahu x da perbentangan hari ni, memang aku terima tawaran kawan aku gi UNIMAP.. ruginya..ruginya..
...Cerita Tamat...

28 March 2010

Alahai Bagasi...

( Alahai..buruknya bagasi ni kan.. tapi U All semua jangan tengok luaran sahaja, tengok dalam bagasi ni, ada emas, duit 1 juta, batu, kayu, ayam,itik, & lembu.. hehehe..)

...Cerita Mula...
Mesti u all rasa pelik malam ni tiba-tiba aku nak mencarut pasal bagasi lah pulak. sabar-sabar.. jangan alih siaran anda.. anda masih lagi berada di Blog Prince Hairi. hehe.. nak cerita pengalaman naik bas masa nak balik Tg,. Malim petang tadi. Ada lah sorang nenek yang berusia dalam lingkungan 70tahun, habis semua beg bawa naik atas, macam lah x boleh letak kat bawah bas.. agaknya ada emas lah tu.. time duduk semua beg dia letak atas seat  di sebelah... aduh... sarat bawa beg, bagasi & macam-macam lagi. Dia punya jalan x boleh bla..macam model tu.. vogue dari mak cik Esah dekat Cameron tu.

Dipendekan cerita, macam dia sorang je nak duduk dekat seat tu, orang lain pon nak duduk gak. disebabkan ramai orang, x da peluang lah nenek tu nak duduk sorang-sorang. mesti dia kecewa kan.. nak x nak.. nenek tu terpaksa juga mengalah, semua beg dia letak dekat atas, dari beg yang kecil sehingga yang dia isi anak gajah. Tiba-tiba duduklah seorang jejaka yang agak tampan lagi bergaya.  Macho, gagah, ber"style".. Ala-ala bapak hayam ni. handsome lah sangat..wekk... Bila bas dah jalan lebih kurang 4km dari KL.. Jeng..jeng...jenggggg... agak-agak apa yang berlaku?heheehe..

 ( Ni abang yang ingat dia macho sangat tu... tengok luaran memang macho.. tapi dalaman.. kucing aku je yang tahu... huhuhu)

Tiba-tiba..... satu bas terbangun dari tidur.. Budak macho tu menjerit.. aduhhh..duh... sakit...tolong.... lebih kurang macam tu lah bunyi dia.. x da lah 100% kan.. hehehe.. aku ingatkan dia menjerit sebab nenek tu cuba ngorat dia or  nenek tu nak melamar jadi kekasih gelap ke... tapi menjerit kesakitan.. kesian dekat dia.. semua beg nenek tu jatuh dekat dia, cuba bayangkan, dari kecil hingga besar semua ada atas kepala dan badan..  aku ingatkan orang yang duduk dekat seat tu nak tolong, tapi semua tergelak... apa lagi.. aku pon gelak lah juga dengan girl yang dok sebelah aku tu.. sampai nak keluar tali perut dok gelakkan orang.. ishh.ish.. jahatnya aku... dah lah x tolong.. Then, siap gelakkan orang lagi...  budak pempuan sebelah aku cakap harapkan muka je handsome tapi lembik... hehehehe.. rupa-rupa budak tu student UPSI gak.. lepas ni kalau dia jumpa aku mesti tersipu-sipu malu.. alalaa...laalaa.. kalau benda ni terjadi dekat aku.. memang "KOMPOM" 2 minggu aku x keluar rumah.. malunya.. tuhan sahaja yang tahu  malunya ketika itu...

Tired..

Kawan-kawan 2 hari aku x Update blog.. mesti ramai tertanya-tanya dimanakah aku menghilang. Adakah aku dibawa lari ke seberang? ooohhhh... tidak... tidak.. tidak aku relakan diri dibawa ke seberang... lalala... sebenarnya aku baru balik dari Kg. Negeri 7+1+1= 9... NEGORI... jumpa sama family.. Memang best sangat-sangat..  Terubat rindu nak jumpa sama mama,papa, kak, adik & seangkatan dengannya. Walaupun penat, sempat lagi nak update blog ni... Nanti aku ceritakan apa yang Hot sangat dekat kg,, hahaha.. mau ZzzZzzZzzzz...

25 March 2010

Aku Terpaksa Menjadi Gigolo

Kawan-kawan,Ini merupakan kisah benar. Tiada tipu melainkan benar-benar berlaku. He3.. Bacalah kisah di  bawah ini: (Cubalah  ambil  hikmahnya..)  Seorang pemuda yang kecewa  mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu  muda datang dengan  kereta mewah.  Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah  menuju ke sebuah  rumah besar  milik  wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di  suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nervous karana  ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain.
 Fikirannya tak  menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, birahinya  juga makin  muncul.  Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata,  "Kamu bukakan dulu  baju   kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana,"  ujar  wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung  kerana ditinggal keseorangan.   Dan, dia malu untuk telanjang kerana  tubuhnya  begitu sexy. Sexy lah sangat..lala...
Akhirnya dia membuka semua bajunya, dan menunggu di bilik. "Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai  kepangkal lengan," fikirnya. Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh    dua orang anak kecil. Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,  "Tengok ni, ESAH  dan DANIEL, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni" Huahaha..ha. .ha..

Meng"GILA" di TM ( Telekom Malaysia Berhad)


...Cerita Mula...
U All, hari aku geram dan sakit hati yang amat. Dah lah penat malam tadi pon belum hilang lagi. Bila bangun pagi tengok bawah pintu Bil Streamyx dah sampai. Kalau bil sampai aku ok je, yang membuatkan aku tidak x puas hati  JUMLAH yang perlu dibayar.. suka-suki atok dia kena bayar 2 kali ganda. Bil Streamyx bulan ini aku kena bayar RM221.05 biasanya RM111.05. Apa lagi sudah masanya Prince Hairi Menggila dekat TM. Aku x boleh sabar lagi, Lepas je mandi terus keluar gi TM.
Ketika di TM, bila sampai giliran aku. Aku tanya dengan Girl tu.. "Pn.Bil saya ada tunggakan ke? rasanya x da kan.. sebab dalam tu x da tulis tunggakan" Girl tu pon bagi tahu, memang x pon.. so, bayar je lah.. apa lagi.. aku cakap dengan dia nape perlu bayar 2 kali ganda sedangkan dalam perjanjian dan kotrak yang kami buat bulanan cuma RM111.05 sebulan dan kontrak selama 2 tahun. Aku cakap aku akan bayar ikut apa yang dalam kontrak. Aku suruh dia semak semula, bila dia dah semak-semak.. dia cakap kena bayar penuh juga.. Aku dah Hot ni....

Nak tahu apa jawapan Mak Hayam tu... Adik kena bayar ikut dalam bil, mana boleh nak bayar untuk satu bulan. ok..fine.. aku suruh dia bagi 10 sebab kenapa aku perlu bayar jumlah tu.. sedangkan untuk bulan ke-3 dulu aku dah bayar hampir RM400 lebih untuk caj pemasangan dan lain-lain... sepatutnya bulan-bulan seterusnya mesti lah kadar yang sama kan.. Streamyx aku dah guna hampir 1 tahun kalau 11bulan sebelum ni ok je.. nape pula nak masuk tahun pertama TM buat pasal dengan aku. kenapa? Dengan bangga diri Girl tu cakap untuk pelarasan tarikh lah dik.. logik ke tidak ayat dia? Kepala otak dia pelarasan tarikh.. kalau pelarasan tarikh.. bil bulan 4 nanti aku x payah lah kan.. tapi dia cakap untuk bulan 4 pon kena bayar juga...

Lagi lah sakit hati aku, Rasanya macam x nak bayar je tadi..  aku tanya soalan bodah dekat dia.. kalau saya x bayar? Senang je line kami block.. Aku dah x berdaya nak bergaduh lagi.. keputusan yang aku buat bayar je lah.. malas Prince Hairi nak gaduh.. buang air liur je.. Dah lah bayar mahal.. Line macam sial.. slow nak mampus... Service x bagus... Tapi, selamat cukup duit nak bayar.  kebetulan aku bawa duit lebih.. kalau tidak malu gila aku depan orang ramai.. huhuhu...
...Cerita Tamat...

24 March 2010

Bersukaria di KLIA

...Cerita Mula...
Bersukaria... bunyinya macam seronok je, kenapa aku gi KLIA? Bersukaria? Nak hantar  aku gi  Nepal ke? Aku nak bercuti dengan kawan-kawan dekat US ( Ulu Selangor) ke? ooooo..oooo... semuanya salah.. malam tadi lebih kurang 7.35ptg waktu Malaysia. Ikin call aku ajak temankan dia gi KLIA. pada mulanya aku menolak sebab ada discussion dengan kawan. tapi dia merayu sangat sebab x tahu jalan kan. baiklah aku terima.. Bukan apa Ikin terpaksa pergi USA untuk melawat family dia yang berada di sana selama 1 minggu.. betuah nasib badan kan... naik flight business class lagi.. tiket pon dekat 15 ribu...  hehehe...
( Gambar besama Ikin sebelum dia bertolak Ke USA,Kepada Ikin selamat pergi dan selamat kembali ye.. ala... sedih lah pulak nak tinggalkan dia.. 1 tempayan juga air mata keluar..Flight dia jam 1.30pg)

Semua perbelanjaan untuk ke KLIA ditanggung sepenuhnya oleh dia, termasuklah makan dan minum untuk aku, Ikhwan dan Nurul. Thx banyak-banyak ye Ikin. Terima Kasih daun keladi, lain kali belanja lagi..ngee... Aku pun bukan tahu sangat pon jalan KLIA, yang aku ingat masa aku hantar mak aku nak gi Canada je dulu, time tu aku stay dekat Hotel Pan Pacific. Bila sampai je dekat sana terus parking dekat dalam hotel, Then pergi terminal lalu dalam hotel tu. Dapat lah budak ni merasa naik kereta yang bawa beg dekat hotel untuk masuk dalam terminal. aku pon x tahu sangat dia panggil apa binatang tu.. almaklumlah... aku bukannya keja dekat situ..hehehheee... kereta tu hanya orang yang stay dekat hotel je.. tapi.. peduli apa aku, aku dah parking dalam hotel...secara rasminya aku boleh guna kemudahan yang ada dekat dalam tu.. betul x...? yang penting confidence yang tinggi. kalau tidak jangan panggil aku Prince Hairi.. wah..wah.. macam nak bangga diri lah pulak.... sabar hairi....sabar....
 (sempat juga snap-snap dekat KLIA huhuhu.. Jgn x tahu. aku dengan Ikhwan ni memang suka bergambar.. dalam toilet pon kami sempat bergambar dekat cermin..huhuh)
( Sambil-sambil tu kami cuci mata dekat sini tengok aksi budak-budak yang nakal)
Kami sampai Tanjung Malim lebih kurang Jam 4 pagi, balik-balik dari KLIA. terus Hasnan bangun dari tidur. sempat juga mengumpat dengan dia sekejap.huhuhu.. Then, tidur mati lah aku. jam 8 gi class.. aduh.. ngantok gila ni... nak tidur pon x boleh dalam class sebab En.Khai buat lawak je. lucu sangat-sangat.

23 March 2010

Air Oh Air

23/03/2010... akan aku ingat tarikh ini sampai bila-bila. Sakit hati pon ada, geli hati pon ada untuk entry hari ni. Mesti U all nak tahu kan, macam ni cerita dia. Hari ni aku memang tidur mati dengan Wan Besut dalam bilik, apa tidaknya bilik aku ni memang 24jam gelap je. Class untuk jam 8pg batal so class seterusnya jam 10pg. seperti biasa aku akan tersedar kalau housemate aku mandi.Tapi hari ini lain dari yang lain, dia x mandi ke? pelik juga kan.. bila tersedar sudah Jam 9.45pg.. ayoooo...yo.... dah lewat ni... mati lah aku.. dengan baju x iron lagi....

Bila masuk dalam toilet aku try pusing-pusing.. pulas-pulas.. setitik air pon x keluar.. aduh... geramya.. kalau dah tingkat 2 x da air apa lagi tingkat 3.. mesti x da air.. so aku pergi lah tompang toilet Helmi dekat bawah.. 2x5 juga.. kuat lagi air kencing aku... selamat air paip dekat dapur keluar air.. dapat lah dalam 1 mangkuk... dengan air 1 mangkuk tu aku gunakan untuk gosok gigi, cuci muka dan mandi..untuk hari ini mandi ala-ala kerbau. wakakaka.. seronok juga kalau x mandi pagi . badan jadi segar.. jangan nak percaya 100% ye.. segar apa.. lesu-lesu jadinya badan ni...

Sebelum gi kuliah, aku dengan Wan nampak macam mandi je, dengan Perfume Body Shop dekat nak setengah tabung dekat badan,minyak rambut yang berkilauan seperti Diamon. bila keluar je dari rumah, tersenyum Rosalinda dengan Jony melihat aksi kami.. kalau dia orang boleh cakap, mesti dia mengutuk aku. ( Rosalinda & Jony merupakan cat & dog yang aku bela.. selalu buat lawatan dekat rumah ni...) ngeee...

22 March 2010

Adakah Anda Penggemar Kangkung?

( U All mesti suka makan kangkung kan? memang sedap.. kangkung goreng belacan.. aduh..sedapnya... terasa lapar lah pulak perut bila cerita pasal kangkung ni.. lepas aku cerita pasal kangkung aku yakin U All akan terus kenyang)


Cerita ini, kakak aku yang emailkan. Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
 (Cuba anda bayangkan, lintah ini berada dalam perut anda.. kemudian beranak sampai beribu-ribu ekor.. ish...gelinya aku.. naik bulu romalah pulak...)
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
 Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya. 
p/s- Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. kalau U All nak tahu, aku sekarang tidak makan kankung lagi.. takut sangat-sangat. Tapi kalau dah ajal nak buat macam mana kan? betul x?

Hot Story- Copy Paste

( wow... cantiknya baju ala-ala Bikini ni.. Tapi ingat jangan tengok secara luaran sahaja. tengok Hot Story kat bawah ni..haha..  mesti U all rasa pelik apa kaitan dengan bikini kan? betul tak? Baju ni cuma sebagai hiasan sahaja. Apa yang akan terjadi selepas ini pastikan jangan terasa hati dan makan hati ye.)

...Cerita Mula...
Tersebutlah kisah.. di senja hari.. datanglah seorang putera mencemar duli bertemu  dengan Prince Hairi  mendapatkan contoh slide untuk presentation KPT aku dan group. Katanya mahu melihat dan ingin mengambil contoh dan animasi yang menarik SAHAJA dan tidak lebih dari itu. Aku ulang sekali lagi cuma animasi sahaja.. CUMA ANIMASI SAHAJA... tidak termasuk BACKGROUND..... BACKGROUND..... . .BACKGROUND.. atas dasar percaya.. aku pon memberikan... lepas tu aku buat bodoh je lah.. slide yang aku bagi hasil kerja keras ahli kumpulan kami iaitu HasNAN yang tidak tido 6 hari 5 malam untuk menyiapkan BACKGROUND tersebut... dan aku mengedit bahagian animasi. aku pon tidak tidur 3 hari 2 malam untuk menyiapkan animasi tersebut... ok cukup untuk part 1...

...ParT 2...
Time kuliah KPT tiba-tiba Si Hasnan Meng"GILA" x pasal-pasal... dia tanya slide yang Putera tu print sama dengan hasil nukilan dia.. kami pon  belum buat PRESENTATION lagi... dia tanya siapa yang bagi.. aku pon cakap si putera tu nak tengok contoh sahaja, bukan nak copy paste bang oi.. mana aku tahu.. sebab aku ni jenis yang mudah simpati.. tapi tak tahu lah pulak BACKGROUND tu pon putera tu copy... aku nak tanya u all semua lah.. adakah ini salah aku 100% ataupun nak salahkan ibu yang sarat mengandung?  kalau nak tahu lebih lanjut KLIK je deKAt SINI... yang ni blog Si Hasnan tu.. macam-macam dia luahkan perasaan.. marilah ramai-ramai kita memberi komen kepada blog dia yang tak begitu popular tu... hehehehe... aku saja je nak LINK kan.. saja-saja nak popularkan blog dia.. ye lah.. setakat 2 bulan dia buat blog baru 978 orang yang view...hehehehe... Nan u x marah kan.. mesti u bangga... bangga... kan? betul x? aku  tak mintak 1 sen pon untuk popularkan blog u ni.. ngeee... biar orang ramai komen.. kan u suka orang komen blog,,,lalalala...

Sebenarnaya aku x salahkan Putera tu pon, ini mungkin silap aku juga, yang gatal-gatal bagi sape suruh.. betul x? ala...laaaaa... pasrah dan merendah diri lah pulak aku ni..huhuhu.. biasalah kan bakal cikgu bitara kan.. bitara lah sangat.. aku harap kalau kita dah bagi kepercayaan, tolong jaga kepercayaan tu.. jangan sampai aku hilang kepercayaan pada siapa-siapa pon...

...Cerita dah Habis...

21 March 2010

Cara Menjawab Telefon Dengan Betul.

( Kawan-kawan hari ni aku nak ajar U All semua cara menjawab telefon dengan betul, selama ini cara yang kita amalkan untuk menjawab dalam telefon adalah salah dan kebanyakan cara menjawab adalah sama. Pernah atau tidak U All terfikir nak jawab dengan cara yang betul, "KOMPOM" tak pernah kan? Disini aku akan ajar cara menukarkan jawapan dia supaya kita tidak boring kalau jadi operator.. hehehe..)

1.Soalan- Hello, May  i speak to ESAH please?
   Jawapan- Sorry, sini bukan Balai Polis. ESAH kerja dekat balai polis.. bye...

2.Soalan-Hello, Siapa di sana?
   Jawapan- Entahlah, saya pon x pasti siapa disana.. saya ada di sini. saya di sini.. kalau nak tahu lebih lanjut pergi lah tengok dekat sana. ok? 

3.Soalan- Hello, boleh saya bercakap dengan bapak awak?
   Jawapan- Mak cik... kalau nak cakap, cakap je ler.. buat apa nak tanya dengan saya. apa lah.. mak cik nak cakap dengan bapak saya, bukannya saya. ish...


4. Soalan- hallo, boleh sambungkan ke nombor 574?
   Jawapan- Maaf Puan, nombor dekat sini tidak boleh disambungkan, hanya boleh dicampur dan ditekan sahaja. kalau puan ada wayar boleh lah tolong saya sambungkan..ngee...

5. Soalan- Hallo, Mak ada rumah tidak?
   Jawapan- Maaf setakat ni mak saya belum beli rumah lagi, InsyaAllah bila cukup simpanan dalam bank dia akan beli sebuah rumah Banglo dekat KL. Ayah je yang ada rumah.. kenapa ya?  boleh saya bantu?

6.Soalan- Hello, Daniel buat apa tu?
   jawapan- Daniel kan tengah bercakap dengan abang ni, x kan tengah mandi pulak. ish...

7.Soalan- Boleh saya bercakap dengan Fifi..?
   Jawapan- Maaf nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatan.. terima kasih... 

8.Soalan-  Hallo....
   Jawapan- Hello.. pusat mental di sini... anda ingin mendaftar.. sila berikan no kad pengenalan diri dan nombor telofon, terima kasih...

9.Soalan- Hello saya nak tumpang bertanya?
   Jawapan- Maaf ini bukan kaunter pertanyaan...

10.Soalan- Hello- betul ke nombor 013-8761265?
   Jawapan- Sila dail sekali lagi, kalau saya masih menjawab maknanya betul lah tu.. kalau orang lain yang jawab lu pikir lah sendiri.. hehe...

11.Soalan- Assalamualaikum
   Jawapan- Waalaikumsalam...( pastikan terus letak telefon.. salam kita wajib jawab, kalau tidak berdosa.. INGAT lepas jawab terus letak, sebab orang dah beri salam kan? betul x?)

P/s- Selamat mencuba tip baru dari aku. Insya Allah U All akan kena penampar Jepun, Kalau tidak pon penampar 180' seperti mana aku mahu tampar Mak Cik EsaH sengal tu.. hehehehe...

Sakitnya hatiku

( Aduh.. macam mana ni.. hati aku dah terkeluar.. siape yang nak tolong masukan balik.. panggil Dr., Bomba, Polis, Askar dan siapa-siapa pon yang boleh menolong aku sekarang ni. aduh..)

U all.. sakitnya hati pagi ahad ni.. mesti nak tahu sebab apa kan. kalau hot story ni sah-sah lah u all nak korek sampai lubang cacing kan.. kalau boleh nak scan diri aku ni.. semua orang nak scan.. apa yang tersirat dan tersurat dalam kepala otak aku ni.. Ingat!!! Bukan batu bersurat yang dijumpai di Terengganu tu..Terengganu ke? aku pon x sure.. rasanya betul kot... aku x kisah pon.. janji bahagia...
  ( hati ini kalau boleh dilekat dengan plaster luka untuk mengubati kesakitan, nak juga aku tampal kan.. tapi kalau tampal leh hidup lagi x? mesti mati! kalau x mati pon pensan 5 minit ke.. pitam 45saat ke.. kalau tidak terus jadi arwah lah pulak.. ishhh malam-malam cerita pasal mati-mati pulak.. buang tebiat apa..)

Sebab aku sakit hati ada lah 5-6 benda.. tapi yang x boleh terima... satu blog yang aku baca ni.. dia telah melanggar prinsip-prinsip kerahsian.. mesti lah ada kaitan dengan diri aku dengan kawan-kawan yang lain kan.. kalau tidak.. tak kan lah aku nak menggila dalam blog pagi-pagi buta ni.. baik aku buat tahi mata ja.. ada juga faedah... "CUKUP YANG TU JE.. X BOLEH BAGI TAU LEBIH-LEBIH.. BAHAYA.."

...Cerita Tamat...

20 March 2010

Disebalik Kedai Makan ESAH

...CerITa Mula...
U all untuk post kali ini lebih kepada memaki dan melahar orang. Biasalah tengah-tengah bulan ni. Bukannya aku ni datang bulan, tapi teringin pulak ingin maki orang sampai orang tu merajuk naik ke bulan.. hahaha... Mungkin ini cerita dah basi yang akan aku HOT kan...
 ( Inilah kedai yang aku maksudkan, memang keji sangat-sangat.. Nak tahu sebab apa.. jom aku ceritakan dari A-W sahaja.. kalau nak sampai Z datang bilik aku ye..lalalala)
Semalam di Cameron lebih kurang Jam 3petang, kami berempat terlalu lapar yang amat. dari pagi sampai petang cuma makan roti, asam, ais cream, coklat dan Strawberry sahaja. Tiba-tiba lapar nasi. cari punya cari tidak juga jumpa dengan gerai makan, kalau ada pon kedai cina dan india. Sehinggalah kami jumpa dengan kedai dekat dengan lorong pasar.. kedai ni lebih kurang macam warung lah.
( Satu-satunya kedai Melayu yang jual nasi di sini.. keji sangat...)
Dipendekan cerita, Aku dan geng aku makan Nasi Ayam dan Teh O Ais. mula-mula tak da lah marah sangat. yang buat aku marah sangat dengan orang tu dia cadangkan suruh amik nasi tambah. So, salah sorang rakan aku terimalah tawaran tersebut, dan aku dengan 3 rakan yang lain menolak. Bila sampai je nasi dia bagi tahu " dik yang ni untuk nasi tambah ye". yang ni nasi biasa. Rasanya nasi tu sama banyak dengan  nasi kami, cuma bezanya nasi tambah tu dia taburkan dalam pinggan. Memang keji makcik tu.

Kes kedua, dah macam nak belajar law lah pulak kan siap ada kes lagi... hahaa.. kami belum habis makan lagi.. ada lah ayam dalam pinggan tu. air pon x habis lagi, dengan penuh bergaya dan kurang sopan Mak cik tu terus angkat pinggan tu, x mintak izan lagi.. Dia ingat muka dia cantik sangat ke, dah lah hidung kembang macam badak sumbu, Gigi macam Halimah Jongang Vs Esah Jongang, muka macam tengiling bunting 14tahun, baju macam orang kampung.. sakit hati...

Aku bukan marah sebab tu saja U all, Layanan dia macam kami ni mintak sedekah je, kami bayar lah. bila letak makanan pon macam nak retak 100 pinggan tu. nasi dia terlalu sikit, air macam x da gula, mahal nak mampus.. kalau makan KFCpon kenyang lagi.. harga pon dekat nak sama dengan KFC. baik makan KFC kan.

Tiba masa nak bayar pulak, bila  aku cakap nak bayar asing-asing terus dia lari masuk dalam. memang sial perangai dia. time tu rasa macam x mau bayar je. boleh lagi buat muka marah dan bengis. bila aku bayar siap campak baki duit tu atas meja,bukan itu sahaja terima kasih pon x cakap. sakitnya hati. Aku ingat nak bagi penampar 360' dekat makcik tu.. tapi tempat dia kan. hari ni hari dia.. kawan-kawan aku marah sangat-sangat dengan kedai tu, bukan setakat mahal, kotor, kecil, busuk, pekerja dan majikan dia pon sama juga.

P/s- kepada peniaga di luar tu.. janganlah bersikap kurang ajar dengan pelanggan. tanpa pelanggan siapa lah anda. dan U all yang nak pergi cameron jangan makan kedai ESAH ni.. kedai yang paling keji aku pernah makan. kepada EsaH.. selamat time tu x da kedai lain yang buka. ko ingat aku teringin sangat ke nak makan kedai ko tu. kalau bagi FREE pon aku x hingin...

19 March 2010

Trip Cameron Highlands

( Kereta pilihan untuk Trip kali ini ialah  Perodua ViVA.. save minyak dan senang untuk mencilok di jalan yang kecil dan berbukit terutamanya. Untuk naik Cameron aku cuma bawa 3 orang sahaja 2 di depan dan dua di belakang.. sory lah siapa-siapa yang tidak diundang tu..heheheh)
( Lokasi pertama aku dengan geng2 pergi kebun Strawberry.. dekat sini kami boleh petik berapa banyak yang nak.. tapi kena makan dekat situ sahaja.. bayaran dia jangan tanya.. ditaja oleh En. TUT... Biarlah Rahsia..)
( mmm.. bestnya.. Strawberry disalut coklat..  sedapnya... ingat Dato' Ct dengan Dato' K je yang boleh makan.. aku pon boleh lah.. lagi fresh... petik dari ladang Then, buat time tu juga.. Yang ini pon Ditaja juga.. yeah... hidup penuh dengan tajaan...)
(lalalalla... comelnya aku time ni... hehehe.. perasan nak mampos aku ni... sedang menikmati strawberry Coklat yang manis.. mmm...sedapnya.... kalau nak pergi lah Cameron ye...)
(Shopping barang-barang untuk bilik.. tengok apa yang menarik... barang memang cantik.. tapi harga pulak x cantik.. tapi beli lah satu dua untuk kenangan..)
( Sedang memilih pokok-pokok yang boleh dibawa balik... untuk ditanam di bilik dan juga rumah.. jangan habis sem semua pokok mati sudah lah...)
(Hampir 1 jam berada di kedai, cuma jumpa 6 yang terbaik sahaja... ni lah hasil yang diperolehi... ngeee)

Rasanya penat sangat hari ni, bukan apa.. dari sem lepas nak rancang pergi Cameron tapi, baru hari ni ada masa.. Akhirnya tercapai juga hajat untuk Trip di Cameron Highland.. Terima Kasih kepada kawan-kawan yang temankan hairi... jasamu Ku kenang.. Nanti hairi akan upload gambar dalam face book ye.. banyak lagi tempat yang pergi.. tapi x muat nak masuk dalam blog ni... lalalala...

18 March 2010

Study oh Study...

( Comelnya adik ni study.. kecil-kecil dah pandai membaca..hehehe.. betul-betul ke adik ni  study..? entah-entah tengok gambar ja. plastik sangat..he3..)

Untuk hari ini berjaya siapkan 1 Assignment untuk individu punya.. lega sikit.. lepas je siap teringat nak update blog.. sebelum tu nak bagi tahu yang tadi sempat pergi makan kenduri rumah Lecturer aku.. kenduri kesyukuran anak dia dapat 10A untuk SPM. hebat-hebat.. tahniah ek... tahniah kepada anak En. Khai..
       Berbalik kepada topik asal pasal study, aku tahu lah esok ada Mid-Term.. Tapi x boleh blaa... budak-budak rumah ni, semua macam ulat buku, turun bawah buku, tingkat 2 pon buku.. pergi tingkat 3 pon buku lagi.. kalau rumah ni 4 tingkat, rasanya semua orang duduk pegang buku je.. rimas pon ada.. bukan aku jealous tapi cemburu je. aku baru study sikit...
( sekali tengok orang dalam gambar ni macam Richard pun ada, macam Ikhwan pun ada, & Macam hasnan pun ada..heheheh.. ulat buku.. ngeeee)
Yang ni baru Mid-Term dia orang study gila-gila.. kalau Final Exam bukan setakat gila lagi.. GILA + + +... lalalala.. apa-apa pun Good Luck untuk esok. Semoga U all dapat jawab..

17 March 2010

Mid Term lagi..


Aduh.. Serabut kepala otak bila dengar Mid term untuk Pengurusan Kewangan Peribadi pada hari esok jadi. Mengapakah jadi.. Bukannya apa, sebenarnya aku tidak sentuh lagi buku tu, buku rujukan cuma ada 1 sahaja. itu pon tidak lengkap sangat. Cuba minta slide dari lecturer tapi tidak dapat lah pulak. kemut sangat. tak rugi pon kalau kita nak tolong student kan. Apa-apa pon Terima kasih lah sanngat-sangat dekat Nurul yang bagi pinjam semua nota dia.

P/s- Kepada semua kawan-kawan AT45 semester 6

Hari : Khamis
Tempat:  Audi 1 ( rasanya semua Tahu AUDI 1 kan.. kalau x tahu search guna google Map.. semua ada kat dalam tu.. ngeeee)
Masa: 2-4petang ( Pastikan jangan lewat sesaat pon.. kalau awal x pa.. nanti kena maki lagi kat dalam class)
Pakaian: Formal ( kalau pakai T-Shirt u All semua kena halau nanti.. Yang ini En. tu bagi tahu sama Hasnan ye.. Ni bukannya nak gi pasar malam or pasar borong)

16 March 2010

Derma Darah

( Akhirnya berjaya juga Nurse sedut darah manis aku.. aduhhh... sakitnya.... tapi seronok... cube tengok.. ngeri kan...? tapi selamat aku x terkejut beruk dan pensan time ni..lalalala)

Bila habis  class Business LAW jam 11.30pg. aku x berlengah lagi.. Terus je pergi LIBRARY.. Mesti u all ingat aku nak pinjam buku? nak study untuk mid term khamis ni ke? semua jawapan tu salah... sape yang jawab tu aku bagi KOSONG/200%.. heheheheh..... Apa lagi nak derma darah manis lah..ngeeee.... 
( Cuba U all tengok.. sempat lagi snap-snap gambar... snap-snap masa nurse nak cucuk jarum... aduh sakitnya... But, peduli apa aku.. janji Vogue.. betul x? Nurse tu pon senyum je.. aku cakap lah ngan dia.. ni nak masuk dalam blog lah... mengilai-ngilai dia gelakan aku... sengal betul Nurse tu... nak je aku gigit hidung dia yang mancung tu.. tapi x mau lah.. taik hidung dia tergantung lah pulak...wekk... ngeeee...
 ( banyak betul darah aku dia amik.. lebih kurang 450ml.. mmmmm....lebih kurang 3 kotak... air kotak kecil ni..  X ternilai harga dia... untuk pengatahuan u all.. ini kali yang Ke-6 aku derma darah.. kalau boleh nak cuba pecahkan rekod.. derma 50kali.. kalau boleh lah..)

P/s- Kepada kawan-kawan marilah kita beramai menderma darah.. kesian orang kat luar tu... mereka memerlukan darah kita.. mesti u all cakap lepas derma darah mesti berat badan naik kan? semua tu mitos je.. Aku ok je.. makin slim ada lah... tadi timbang berat pon dah turun lagi .. skrg berat dah 55kg..huhuuh...  bukan nak menunjuk... tapi memang kenyataan..lalalalaa...

15 March 2010

Stress


  ( Stress aku dah tahap macam orang dalam gambar ni..aduh... sampai bila harus begini...tolonggggg... agak-apa apa mamat dalam gambar ni buat sampai jadi macam tu ha? teringin juga nak tahu kan..hehehehehe...)

U All sekarang ni minggu paling nazak rasanya.. banyaknya ASSIGNMENT... tu lah bila nak submit minggu ni baru terkangkang-kangkang nak buat kan... sebelum ni aku duduk relax je goyang-goyang yang apa boleh digoyang kan.. ala.laaaa.. buat-buat x faham lah pulak..ngeeee... khamis ni nak submit Asgment Personal Finance... yang tu yang membuatkan aku stress gila-gila.. tajuk dia pon aku x faham apa yang dia nak... dengan bahan yang x da.... pening yang amat-amat... Yang group punya lagi lah.. langsung x sentuh... harap-harap stress aku ni dapat dikurangkan setelah meluahkan dalam blog ni..huhuhu....