( Kereta pilihan untuk Trip kali ini ialah Perodua ViVA.. save minyak dan senang untuk mencilok di jalan yang kecil dan berbukit terutamanya. Untuk naik Cameron aku cuma bawa 3 orang sahaja 2 di depan dan dua di belakang.. sory lah siapa-siapa yang tidak diundang tu..heheheh)
( Lokasi pertama aku dengan geng2 pergi kebun Strawberry.. dekat sini kami boleh petik berapa banyak yang nak.. tapi kena makan dekat situ sahaja.. bayaran dia jangan tanya.. ditaja oleh En. TUT... Biarlah Rahsia..)
( mmm.. bestnya.. Strawberry disalut coklat.. sedapnya... ingat Dato' Ct dengan Dato' K je yang boleh makan.. aku pon boleh lah.. lagi fresh... petik dari ladang Then, buat time tu juga.. Yang ini pon Ditaja juga.. yeah... hidup penuh dengan tajaan...)
(lalalalla... comelnya aku time ni... hehehe.. perasan nak mampos aku ni... sedang menikmati strawberry Coklat yang manis.. mmm...sedapnya.... kalau nak pergi lah Cameron ye...)
(Shopping barang-barang untuk bilik.. tengok apa yang menarik... barang memang cantik.. tapi harga pulak x cantik.. tapi beli lah satu dua untuk kenangan..)
( Sedang memilih pokok-pokok yang boleh dibawa balik... untuk ditanam di bilik dan juga rumah.. jangan habis sem semua pokok mati sudah lah...)
(Hampir 1 jam berada di kedai, cuma jumpa 6 yang terbaik sahaja... ni lah hasil yang diperolehi... ngeee)
Rasanya penat sangat hari ni, bukan apa.. dari sem lepas nak rancang pergi Cameron tapi, baru hari ni ada masa.. Akhirnya tercapai juga hajat untuk Trip di Cameron Highland.. Terima Kasih kepada kawan-kawan yang temankan hairi... jasamu Ku kenang.. Nanti hairi akan upload gambar dalam face book ye.. banyak lagi tempat yang pergi.. tapi x muat nak masuk dalam blog ni... lalalala...
3 comments:
dari uma sy, 2 jam jeee..
cameron dah tak sejuk dah..
anywei, enjoy ur trip!!!
Seronoknya pergi jalan-jalan. betul kata nabila tu. baru-baru ini semasa Danny pergi memang tiada sejuk sangat. Sejuk lagi genting. Tapi suka lihat ladang teh di sana. besar dan luas.
suka tengok ko makan strawberry bersalut cokelat..tergiur plak aku....x per la makan NIPS pun cukup la....
Post a Comment