Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

22 March 2010

Adakah Anda Penggemar Kangkung?

( U All mesti suka makan kangkung kan? memang sedap.. kangkung goreng belacan.. aduh..sedapnya... terasa lapar lah pulak perut bila cerita pasal kangkung ni.. lepas aku cerita pasal kangkung aku yakin U All akan terus kenyang)


Cerita ini, kakak aku yang emailkan. Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
 (Cuba anda bayangkan, lintah ini berada dalam perut anda.. kemudian beranak sampai beribu-ribu ekor.. ish...gelinya aku.. naik bulu romalah pulak...)
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
 Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya. 
p/s- Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. kalau U All nak tahu, aku sekarang tidak makan kankung lagi.. takut sangat-sangat. Tapi kalau dah ajal nak buat macam mana kan? betul x?

6 comments:

@reltzsensei said...

ayok!!!!i pnh dgr gak citer ni...mmg betol pon..sbb baru2 ni sorang dak pompuan mati sbb lintah masuk dlm bontot die..then isap darah die byk2...wa...ngeri lak...

HairiAks said...

Ril.. u ni kan.. yang tu lintah masuk dlm lobang bontot dia.. agaknya budak tu mandi dalam kolam lintah kot..hehehehe. kalau tidak pon, lintah kejar dia time main dekat taman permainan..hehehhe

Afzainizam said...

Assalamualaikum salam sejahtera,
Pemanis kata pembuka bicara;
Dari Blog kami bercerita,
Untuk tatapan sahabat semua.

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

terima kasih atas respon anda.... yup aku sedang baca blog ko ni....

uhhhhh mengerikanlah lintah tu masuk poerut lah dulu2 aku pernah dengar cerita ni boncit perut rupanya perut dia dah banyak lintah..... issssshhh ngerilah

Coffee said...

Salam.. Saya juga pernah memerima email seperti ini, tapi ianya berbeza sedikit sahaja. bezanya dari segi cara masakan. email yang saya terima menyatakan lintah sering berada di daun kangkung tersebut. mungin kita semua tidak perasan. tetapi bergantung juga kepada cara penanaman kangkung tersebut. sekiranya penanaman secara hydroponic kemungkinan besar tiada lintah. biasanya, kangkung yang ditanam di sawah mempunyai banyak lintah. tidak kira kecil atau pun besar. Oleh itu, saya menasihatkan anda semua supaya lebih berhati-hati apabila membeli kangkung.

HairiAks said...

betul2 jadilah pngguna bijak... lalala

EDDY DY said...

adoiiii...lepas ni aku nak makan kangkong bakar jer la...ye la kalo dimasak pun lintah x mati2...seram aku baca entri nih....