...Cerita Mula...
Hey all, aku sangat bosan sekarang ni. Semua class dah habis dari minggu lepas lagi. Tunggu untuk final exam 23-25 November. Maknanya sisa sisa hidup aku di Tanjong Malim tinggal beberapa hari sahaja. Setelah ditolak untuk cuti, study week, cuti raya. Cuma tinggal kurang dari seminggu. Aku sendiri tak faham dengan perangai dia. Dia sendiri tidak faham apa kehendak aku. Kalau dia sendiri tidak faham. Sah sah lah aku lagi tak faham perangai dia.( Jangan nak peningkan kepala dengan perkataan yang berbelit belit ni).
Dari minggu lepas aku bagi tahu 1 dunia yang aku tersangat free minggu ni. Takkan aku nak publishkan dekat WALL FB. Sayang, MISS U SO MUCH BERKALI KALI?, ALONE & BORED, I NEED SOMEONE?. OMG, nampak sangat aku macam kegersanagn kan. Kenapa dia susah sangat nak memahami aku. Susah sangat nak berjumpa. Mula mula bercinta semuanya manis. Gula pon tak semanis gula tebu. Kata kata lebih manis dari gula keluaran PRAI. Bila dah lama lama. Gula dah jadi garam, garam dah jadi cuka. Paling aku suka Ajinomoto dah jadi asid. Urmmm..
Mana perginya janji janji manis dia? Mana perginya diri dia yang dulu? Tak mungkin semuanya hilang dibawa oleh hujan yang lebat kat Tanjong Malim ni. Bila mesej pon macam terpaksa dan dipaksa. Tak apa lah, aku redha jer. Kalau aku cakap banyak banyak pon tak guna. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Minggu ni dia ok, lepas 2 minggu. Dia buat balik. Itulah manusia. So, bersyukur je lah dengan apa yang ada. Perlukah aku mengatur strategi baru? Seperti SERAMPANG DUA MATA? Perlu or tidak?
Kepada si dia, aku nak bagi tahu satu dunia ni. Yang aku sangat rindu dengan dia. Tapi kalau dia tak rindu pon tak apa. Aku tak kisah. Lepas ni dia akan bebas dari aku. Kita akan pergi dengan dunia sendiri. Aku sentiasa mendoakan dia supaya mendapat jodoh yang baik. Aku tahu, aku bukanlah yang terbaik untuk dia.
...Cerita Tamat...
4 comments:
hurm.
doakan yg terbaik.
:)
Don't worry, everything will be fine :)
Prince mmg jiwang ehk..? kih² joke, jgn ambik ati..:)
huhu..smoga mjumpai cnta yg sjati & ykinlah stiap mnusia telah ditntukan jdoh msing2..
hehe^_^
Post a Comment