Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

02 October 2010

Luahan Hati Prince HairiAks

...Cerita Mula...


Salam semua, entry khas untuk kawan-kawan AT45. entry yang agak panjang, entry yang sangat menyakitkan hati semua orang. Kalau bosan, sila JANGAN BACE SAMPAI HABIS. Petang ni Prince mau emo sikit. Merajuk tak mau gi pasar malam, merajuk tak mau makan nasi kerabu, merajuk tak mau pergi pekan. Kalau boleh gigit orang, memang aku dah gigit. Memang sakit hati, memang geram sekali. Walaupun sekarang bukan masa untuk aku datang moon. Tiba tiba nak emo tak tentu pasal. Pasal program class yang aku sendiri batalkan.

Kalau u all nak tahu, sekarang sem akhir aku dekat UPSI. Memang aku dah rancang program akhir untuk class. Tiba tiba aku nak meroyan tak tentu pasal tentang  program ni. Apa tidaknya, tak sampai separuh yang nak join. Bukan mahal pon aku mintak. Cuma RM200 untuk 3 hari 2 malam. Benda ni aku dah bagi tahu dari sem 5 lagi. Termasuk pakej ANNUAL DINER, FAMILY DAY, MAKAN 3 KALI SEHARI kat BUKIT MERAH (Termasuk sewa hotel & Them Park, Pengangkutan). Sape nak bagi pakej macam ni, dengan harga murah. Bukit Merah menjadi pujaan sebab kos dia agak murah sikit. Aku dah survey banyak tempat, tapi semua atas RM200. Ada pulak yang suruh buat kat pulau mak nenek bagai.. Aduhh.. Pening kepala aku... Ingat kos 2-3 ringgit ke? Pikir lah sikit....

Tapi sayang, tak sampai separuh yang nak join benda ni. Aku sanggup berkorban untuk class nak buat program untuk dia orang. Kalau u all nak tahu, dah lah tak da penyerahan kuasa untuk ketua baru. Diam macam tu saja, sangat sakit hati. Tak pasal pasal aku gila kuasa jadi ketua untuk buat program. Ye lah, tak ada sape pon yang sanggup nak pikul tugas ni. Kalau u all nak tau. Aku kena  melayan kerenah 60 orang  yang macam macam ragam. Kalau yang ok memang ok, dapat yang otak ngok ngek tu. Paham paham je lah. Tuhan je yang tahu.

Paling best aku dengar orang mengutuk dari belakang, Bukit Merah tak best, tak seronok, dekat  lah dan macam macam lagi. Aku pon dah 2-3 kali pergi sana. Tempat dia ok lah, tak da lah keji sangat. Ada pulak yang cakap kenapa tak buat jauh sikit. Dia orang ingat bas tu FREE ke? Nak suruh aku buat paper work konon. PAPER WORK TAIK kau, ingat ni program kebajikan or bakti siswa? Kompom kena reject kat HEP.

Tapi tak apa, walaupun program ni batal. Aku dah sediakan program yang terbaik untuk kawan kawan yang dah bayar. Bukan setakat jauh, cantik lagi tertarik. apa yang tak da kat situ.. semua ada.. mak ngan ayah pon ada. Lol.. Kepada mereka yang dah bayar, terpulang dekat u all semua nak join ke tidak. Yang pasti semua budak laki-laki join benda ni. Sape yang nak join just mesej aku je nanti. Semua akan aku uruskan. Bayaran dia lagi murah dari apa yang U all bayar sebelum ni. Tarikh program 1-3 November 2010.


Hahaha.. Nah...  amik ni.. Aku besar kan sebesar yang mungkin. Muka aku yang paling hodoh dan marah tahun 2010. Kalau u all nak tau, dah 5 kali dapat awards muke paling hodoh tahun 2010. Kalau boleh aku nak besarkan sampai sebesar yang mungkin. Tapi lappy aku tak mampu nak besar yang paling maksimum.. Lappy cakap ni yang paling besar sekali.. hahaha..

P/s- Ini hanyalah luahan hati aku. Aku minta maaf kalau ada menyinggung perasaan sape sape. blog lah tempat aku meluahkan rasa isi hati.. Mwaaahhhhhaaa

...Cerita Tamat...

12 comments:

flyz said...

biasa rr prince...diaowg tu ngade2x..kita dah cari yg ok pn nk komplain gak agi,well manusia kan..so lantak ko rr...paling best ayat ko ''Paper work taik kau!'' he..he...i like!!!

Lia3003 said...

sabar jelah, masa zaman saya sem last kat UPSI lagi teruk. nak buat dinner kat kolej Zaaba je, bayangkan. xde sambutan, last2 x buat langsung.. =(

@reltzsensei said...

huhuhu..huduhnyer mke u..huhuhu..

AiDa AzRyN said...

hehe~ klaka gak hairi ni.. :D ala,sabo j la.. meh aida wt milo ais kt hairi.. konpem xjd emo dah.. hehe~ *tetiba~ :P

HairiAks said...

flyz.. hahaha.. x pa lah.. dh nsib Prince kan.. terima je lah.. Suka ayat tu... apa yg menariknya ayat tu? ngee..

HairiAks said...

Lia..
Kita mmg senasib lah..
sedih je kan..
kita nk tlg kawan2.. tapi dia org lak wat hal.. sabar je lah...

HairiAks said...

Rel..
I mmg hodoh pon..
biasalah.. mau publisiti murahan.. lain lah mcm u kan.. kan.. kan..
sengal r....mmmmmmmmmmm

izzul said...

sabo2..jgn marah2..tarik napas panjang2..hehe..hairi, aku nk tny sikit bleh x..hehe...bleh ajar x camna ko letak iklan popup kt blog ko?

HairiAks said...

Aida..
Ssg2 lucu.. suka sgt2...
Nak milo ais 10 cawan..
boleh..
hahahah

Pencacai Alim said...

sabaq..sabaq..

adek_nan said...

yeiiiii serono nyer.....x sabar nak pi..

Onnie@Lilyza said...

when u want 2 follow me back..