Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

07 March 2010

Berat Oh Berat.. vs Diet yang seimbang....


(Sebelum dan selepas mengamalkan pemakanan yang seimbang dan senaman yang sesuai dengan berat badan)

...Cerita Mula...
Kalau sebelum ni Hairi ada letak entri  London Weight Management.. sekarang ni dah nampak hasil dah.. Dulu berat diantara 59-60kg... sekarang ni pulak dah 56kg.. penurunan lebih kurang 3-4kg dalam masa 2 minggu... bukan senag nak turunkan berat badan ni.. sebab banyak lemak tepu dekat badan . kalau nak tahu lemak tepu ni susah nak buang melainkan dengan cara senaman yang betul...

Selain makan makanan tambahan LWM.. hairi juga mengamalkan diet yang seimbang terutamanya pantang sekali makan NASI.. dah 1 minggu x makan nasi.. Nasi tu hairi gantikan dengan OAT, MI dan Roti.. memang nampak sangat perubahan dia.. saiz pinggang pula.. dah tinggal 28.. sebelum ni antara 29-30.. seluar semua dah longgar.. Tapi Hari ni terpaksa makan nasi.. nasi IMPIT.. + rendang ayam + Daging.. Kawan Ikhwan bagi.. naik lah sikit 100g...huhuhu..

x cukup dengan tu sahaja, Hairi juga bersenam lah semenjak dua menjak ni.. Yang selalu ajak Jogging Si CD.. Kemarin Jogging dari Taman Nusa.. pusing pekan... dan kawasan yang seangkatan dengannya.. Petang tadi pula.. jogging dekat Tasik Proton.. Memang best.. kat sini nak bagi sikit tip untuk nak turunkan berat badan..

1. Kawal nafsu makan anda.. pastikan makan makanan yang tidak mempunyai Tinggi KOLESTROL seperti minyak yang berlebihan.. amalkan makanan yang rebus&  kukus sahaja..

2.kalau boleh x payah lah makan nasi, nasi ni sebenarnya boleh buat kita gemuk, gantikan nasi dengan sayur, oat, buah2an, Roti.. untuk hari pertama dan kedua memang merana sikit lah.. bila hari ketiga dah kembali normal macam biasa.. ala macam kita puasa lah... hari 1st tu mesti kebulur gila-gila kan.. then hari seterusnya dh ok...

3. Pastikan jangan mengambil makanan berat 5jam sebelum nak tidur.. klu nak melantak pon.. melantak lah awal-awal sikit.. lepas tu, u all makan lah biskut JacObS tu.. jangan lah makan sampai 1 tin.. melampau lah tu...

4.Yang paling penting Senaman... paling keji pon 1 minggu 3-4 jaki gi jogging.. kalau malas pon.. tolong lah sapu bilik kwan2.. ruang tamu.. panjat tangga dan apa2 yang boleh keluarkan peluh.. jangan nak makan tido je dalam bilik tu.. kalau makan ubat beribu-ribu kalau x senaman x gunanya..

P/s- apa2 pon.. ni tip yang hairi amalkan.. x tau lah betul ke x.. kalau u all nak cuba... cuba lah.. tapi kalau u all cuba tiba2 pengsan & terus gemuk mengejut.. jangan salahkan prince Hairi Pulak.. ni hanyalah cadangan sahaja... huhhu..

4 comments:

@reltzsensei said...

rie...u kne kekalkan brat u taw..jgn u terkua lak dari club ramping kiter..hahaha

HairiAks said...

Ril- sah-sah lah i akan kekalkan.i nk bdan cam u.. slim je.. jalous tau.. rasanya club kita bpe rmai yg dah terkeluar ha? yang maintain kita dua je kan? yang lain smua dh naik mafin..huhuhu...

@reltzsensei said...

urm..sah-sah lah keahlian cume kiter jer skg...hahahaha..yg laen ne leh lawan kiter kn?sumer dh cam muffin..xpon baulu bakar..hahaha

HairiAks said...

Ril- Bukan setakat tu je.. dah ada yang macam Pau Yim MunNNN.. sini keluar.. sana keluar.. huhuhu.. apa-apa pon kita kena kekalkan berat kita.. biar budak2 ni makan hati kan.. he3...