Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

31 May 2010

Tawaran Berganda Untuk Prince Hairi & Kawan-Kawan!!!


...Cerita Mula...

Horay.. Horay.. Horay... Buat pertama kali aku dapat berita gembira dari bos, aku pon tak tahu nak cerita macam mana. Ok, sebenarnya macam ni. Lepas je dari lunch aku pon buat kerja macam biasa. Tiba-tiba dapat surat tawaran untuk kerja luar. Nak tahu  pergi mana? nak.. nak.. Aku bukannya nak menunjuk tapi sekadar ingin berkongsi cerita je. Tidak lebih dari tu. Ok jom layan cerita aku.

Aku salah sorang yang terpilih mewakili syarikat untuk ke Shanghai, China pada 21 Jun hingga 27Jun. bersama dengan lima orang rakan yang lain. U All jangan ingat aku nak pergi bersukaria sambil makan angin. Sebenarnya aku pergi  untuk menjalankan beberapa projek yang akan dijalankan di sana serta membuat promosi untuk produk yang dikeluarkan oleh Syarikat aku.


Memang berbaloi apa dengan jawatan yang aku pegang sekarang.. Eksekutif Pemasaran, ha ha ha  macam nak bangga diri lah pulak... sabar sabar sabar Prince Hairi.. tak baik riak... Yang pasti Aku, Helmi, Albinus dan Jasmie turut terpilih untuk kesana selama 1 minggu. Yang paling aku suka tahap dewa bila dapat naik flight Bisnes Class. Oh tidak... tidak.. aku tengah happy ni.. tolong aku...

Bukan setakat dapat pergi bercuti, tapi dapat elaun lagi 1 hari RM200. Aku nak tanya U All, bodoh tak kalau aku tolak tawaran ni. Jawapan mesti mudah, Sah sah lah bodoh. Peluang datang sekali je, nape kita perlu tolak, betul tak? TQ kepada Ahli Lembaga Pengarah yang telah memilih kami berempat. Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayat.

P/s- Kepada kawan-kawan doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun 1 minggu Prince Hairi tak da, aku akan pastikan blog di update hari hari. Ha ha ha 

...Cerita Tamat...

My Name is Shin Chan!!!

...Cerita Mula...
Ha ha ha.. My name is Shin Chan. Eh.. Salah pulak.. My Name is KHAN.. Ya.. Shin Chan.. Aku suka tengok cerita ni.. paling lucu aku suka tengok versi Indonesia. Memang best, bahasa dia membuatkan aku geli hati sehingga menjilat jari. Memang dari dulu aku peminat setia cerita ni, bukan setakat tengok dekat TV je, tapi sanggup download dalam YouTube, beli CD, DVD dan macam macam lagi.

ha ha ha.. ini lah dia Shin Chan aku, cuba tengok muka dia. pemalu sangat.,tak tau lah dia shy pasal apa tu? Shin Chan.. Nape shy ni? boleh bagi 10 sebab.  ha3.. Aku suka sangat dengan dia, lucu, baik hati, yang pasti dia cute sangat-sangat. Aku suka Shin Chan.. cute.. cute.. cute.. Opss... Oh..tidak...tidak.!! terlebih pula.. Prince Hairi!!!  tolong jaga tingkah laku anda di khalayak ramai... ngee.... jangan memalukan orang NEGORI... hahaha

Aduh... nampak Shin Chan aku ni.. Noty sangat, tak senonoh perangai dia.. kalau boleh semua dia conteng & buka. U all, jangan nak tengok lama lama. aurat tu... aurat.. hahaha.. aku sorang je boleh tengok Shin Chan ni.. Shin Chan, ingat.. jangan nak noty2 ok.. Kalau aku tahu noty2 dengan orang lain jaga baik.. kena pukul dengan Prince hairi nanti.. Miss u Shin Chan...

...Cerita Tamat...

29 May 2010

Tahniah!!! Areltz FOLLOWERS ke 200?


...Cerita Mula...

Tahniah..Tahniah..Tahniah.. Tunggu punya tunggu.. Akhirnya ada juga orang yang singgah dekat blog Prince Hairi. Rasanya baru 5 bulan usia blog Prince Hairi. Kini, sudah 200 yang follow. TQ kepada mereka yang sudi follow. Mesti ramai yang tertanya-tanya siapakah orang yang ke 200 tu. betul tak?

Haha.. bertuah si Sharel ni, dia telah menjadi followers yang ke 200. Tahniah..

P/s- Sebagai penghargaan kepada Sharel yang telah penat menunggu untuk menjadi orang yang ke 200. Maka, Prince Hairi Berbesar hati menjemput dia bercuti di rumah Prince Hairi 4 hari 3 malam. beserta baucer makan KFC. Boleh? Ok Sharel..

...Cerita Tamat...

26 May 2010

Dah Lah Hodoh, Pekak Badak, Tak Handsome Lak Tu!!!


...CeriTa Mula...
Ho ho ho.. Kesian aku tengok kawan aku ni. Dah lah tak handsome, tak cute, suara sumbang macam katak bawah lesung batu. Tiba-tiba pekak badak pulak. Badak pon tak pekak macam dia, kawan ni aku kenal time chating dekat YM. aku pon tak tahu kenapa dia suka sangat chat dengan aku. Kalau U All nak tahu, badak pon tak pekak macam dia. Ye lah aku tanya lain dia jawab lain, suruh buat lain, lain yang dia buat. aduh.. kalau anak murid aku macam ni, boleh kena sawan babi aku rasa.

Kalau nak ikutkan cukup lah pakej dia. Semua sempurna, tapi kalau dia masuk bertanding untuk Hero Remaja mesti boleh menang kategori yang paling sexy.hahaha. Kalau U All dengar suara dia masa nyanyi mesti U All boleh mati terkejut, kalau tidak pon mati sakit jantung. Sumbang sangat sangat. Seumur hidup aku belum pernah lagi dengar suara orang sumbang macam tu. Aku lebih rela pensan selama 3 minit dari mendengar suara dia yang macam katak panggil hujan tu.

Sebelum aku mencarut lebih panjang lebar lagi, Izinkan aku untuk memohon maaf kepada insan yang tidak wujud ini. Oh.. U All tertipu dengan aku.. ha3.. sebenarnya aku saja saje tulis entry ni. sebab dah tak da idea nak mencarut apa. ho3. Sebenarnya aku nak cerita  pasal pagi tadi, Ada orang masakan spaghetti untuk kami 4 orang. TQ lah Cik Nurul. Memang sedap, lain kali bagi lah banyak sikit. tak cukup. ha ha ha..

...Cerita Tamat...

25 May 2010

APA ITU SEX?


...Cerita Mula...

Alkisah seorang anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..  Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.  Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.  

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu.. 
Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni... sambil  meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........
...Cerita Tamat...

Prince Hairi Kena Pukul Lagi!!!

...Cerita Mula...

Aduh..sakit lah, sakit, Tolong.. Tolong.. Tolong.. jerit punya jerit tak da sorang pon nak tolong aku masa ni. Bila sampai dekat Jalan antara Billion aku telah diekori oleh sebuah kereta Proton Exora warna putih. Tiba-tiba kereta tu himpit moto aku. Motif dia nak himpit moto aku. dia ingat dia sape? VIP? Anak Dato, Anak Tan Seri? Kurang Ajar sangat nak himpit orang. Aku pon berhenti, Tiba-tiba keluar seorang perempuan dalam lingkungan 30an dengan pakaian yang agak mencurigakan. Perempuan tu cuma pakai jubah putih dengan sehelai selendang.

Aku rasa mushkil sangat, dengan nada yang agak perlahan dia meminta pertolongan dari aku. " Dik boleh tolong akak tak? Anak akak sesak nafas ni, dekat mana Hospital, or Klinik yang paling dekat. sebab akak tak tahu sangat  jalan ni". Atas dasar kesian aku tunjukan jalan. Tapi dia suruh naik kereta dia. Aku pon tinggalkan motor di seberang jalan.

Bila sampai dekat simpang 4 berdekatan dengan kuil, aku suruh dia belok kanan. tapi dia terus belok kiri arah ke Proton City.  Aku dah mula muskil ni. Bulu roma aku dah mula naik. Aku rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku dekat diri aku. Aku cuba tenangkan hati. Aku tanya dia, kenapa belok kiri, tiba-tiba dia cakap anak dia perlu berjumpa dengan ayah dia dulu dekat depan sana. aku pon caya lah dengan dia.

Tiba-tiba dia berhentikan aku dekat satu kawasan yang sunyi, aku tengok kiri,kanan, atas, depan, dan belakang. memang sah aku dah kena tipu dengan dia. memang sial punya perempuan tu. Sebelah kanan aku kawasan perkuburan Cina. Ayo..yo... macam mana ni.. aku tanya dia mana suami akak? dia pun tunjuk dekat kubur Cina tu. Wow.. lagi lah seram aku dengar.


Aku tak peduli, ko hantar gak aku balik dekat moto, bila masuk je dalam kereta. budak tu dah tak da. tinggal Batu Nisan je. Apa lagi, menjerit tahap babun lah aku. Tiba-tiba perempuan tu mengeluarkan gigi taring dia. Aduh... Dah lah aku takut dengan hantu, tiba-tiba jumpa hantu pulak. memang keji. Apa lagi, "Dengan kekuatan bulan akan menghukum mu".. Prince Hairi... Bertukar... jeng jeng jeng... aku pon mula berlawan dengan dia. U all rasa sape menang? sah sah lah hantu tu yang menang.. aku kalah.. aku cedera parah ni, kaki,tangan, semua anggota badan aku lemah.. sakit-sakit. darah aku 1kg dia hisap. Keji sangat perangai dia. Bila aku tersedar yang darah aku semakin berkurangan aku tak mampu berbuat apa-apa.

Sehingga aku tersedar dari tidur, rupa-rupanya aku dah jatuh dari katil. Ha3... yang ni kisah benar-benar terjadi pada diri aku. Tapi dalam mimpi lah. Malam tadi aku mimpi.

P/s- Nak tau sebab apa aku mimpi, ni semua gara-gara Shin Chan tu punya pasal. malam tadi dia cerita hantu dekat aku. last-last aku mimpi betul-betul. Mimpi kali ni pakej 3 in 1. mula-mula jumpa hantu, kedua jatuh katil, ketiga badan sakit-sakit. Prince Hairi cedera lagi. Malam ni prince hairi akan tidur dekat tilam bawah .haha.. trauma dah.. takut jatuh katil...

...Cerita Tamat...

24 May 2010

Cinta Si Layang-Layang

...Cerita Mula...

Mungkin ramai dah lihat, aku sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua. Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan. Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah. 

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..  Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.... Hidup menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya.. Manusia bagaimana? Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi... kita manusia......???

...Cerita Tamat..

Shy...Shy...

...Cerita Mula...

Belum pernah aku rasa malu semalu-malunya.. Buat pertama kali aku malu dengan Shin Chan ni... Aduh, aku malas nak cerita pasal apa aku malu. Apa perasaan U All.. time tu U All di bawah separuh sedar.. Then, melakukan aksi yang begitu memalukan. Yang pasti, masa tu kita betul-betul x sedar apa yang kita lakukan. Mesti malu kan.? x tahu lah kalau U All x malu. sah-sah lah muka x tahu malu kan.. ha3.. Jangan lah marah... Rasa malu aku  masih lagi dalam ingatan.



Oh, Shin Chan kalau ye  pon, Shin Chan sepatutnya tak perlu bagi tahu perkara ni dekat aku, Apa  salahnya dia simpan je dalam ingatan peristiwa yang berlaku tu. Tak perlu lah bagi tahu aku, ni tak, tiba-tiba dia bagi tahu, ingat lagi ayat  dia, Prince Hairi "nak dengar satu rahsia tak, tapi janji jangan bagi tahu orang lain tau, kita dua je yang tahu benda ni".. Lepas tu, mula lah dia cerita kan dari A-Z. masa ni aku rasa macam nak sorok muka aku bawah katil, kalau tidak pun pakai topeng muka. Oh Shin Chan.. ko memang Noty...

Sampai hati dia cerita benda tu dekat aku, kalau time tu dia ada depan aku, aku ulang tayang balik dekat dia. baru puas hati. Sebelum ni aku tak perasan apa yang aku buat. Tapi Shin Chan untunglah. dapat tengok, rasa dan TUT..TUT.. ( Ayat disekat)... Sorry.. Wahai Shin Chan, Kenapa lah ko ceritakan ni dekat aku, tak boleh ke simpan rahsia ni seorang diri.

Shin Chan, honestly.. aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan ko, malu sangat-sangat. tayar kereta pon x tebal macam muka aku ni. Kepada Shin Chan, anggaplah itu sebagai satu kenangan yang tak boleh dilupakan. Yang pasti, janji jangan cerita dengan orang lain seperti mana dalam perjanjian kita.. ha3... macam ayat mengugut lah pulak. " BIAR PECAH PASU, JANGAN PECAH KAT MULUT" Boleh ke tidak? boleh ke tidak? boleh ke tidak?

...Cerita Tamat...

22 May 2010

Mak Ayam Meroyan Time Maghrib!!!

...Cerita Mula...

Ho3, sedap sehingga menjilat jari Nasi Kerabu dekat pasar malam tadi. Memang sedap, makan pula dengan budu, terus pening lalat kepala aku. Best juga makan BERUDU dengan nasi kerabu. U all pernah rasa? pernah? mesti x pernah kan. Aku pon x pernah. ha3..

Ok, lepas maghrib tadi tadi aku dengan Jimmy. Jimmy? ha3.. Jimmy ni kawan aku dari Singapore, dia datang Tg. Malim untuk buat Thesis tentang pendidikan. So, banyak lah maklumat yang nak amik dekat aku. rasanya semua yang maklumat aku bagi tu x betul. ha3, padan muka ko Jimmy. jahat aku ni.. Ah... tu x penting.. janji aku bahagia...


Aku nak cerita pasal ayam meroyan ni, lepas maghrib tadi, Si Jimmy tu Join lah room Putrajaya.  dengan harapan dapat lah sorang Mak Datin ke, Dato Seri ke.. last last kenal lah dengan  sorang Ayam pencen, time ni dia ON lah mic. maknanya boleh chat sambil borak-borak. Tiba-tiba Ayam pencen ni meroyan x pasal-pasal. terpekik!!! Terlolong!!! dan macam-macam ter lagi. Aku dengan Jimmy x tahan dengan aksi lucah dia. Apa lagi, aku dengan Jimmy berguling-guling sambil menari poco poco gelakan Mak Ayam pencen tu. lebih 7 lagu dia nyanyi.. Agaknya suka hati dia borak borak dengan Jimmy tu..

Kepada Ayam pencen tu, Prince Hairi nak pesan. U orang perempuan.. So, x elok nak gedik gedik macam tu. macam x sopan lah. lebih baik ambil air sembahyang, then solat isyak.. Boleh?

...Cerita Tamat...

20 May 2010

Semakin Hari Semakin Busy!!!

...Cerita MuLa...

3 hari, 3 jam, 33minit, 33saat aku x update blog. Rindu dengan blog, hari Isnin sampai esok aku busy. Aku nak berkongsi sedikit  apa yang aku lakukan untuk 3 hari ni.

  1. Makan + Tido + Mengumpat =  Siapkan Kertas Cadangan #$#*&^ ( Bisnes Plan)

  2. Menari sambil tengok movie = Kertas cadangan $%%$@@ ( Bisnes Plan)

  3. Shopping sambil buka FB = Siapkan kertas cadangan no3 &^%* ( Bisnes plan)

  4. Meeting dekat Ipoh dengan Syarikat German ( Yg ni paling lucu tahap nenek yang tengah nyanyok)
( Sorry lah, aku x leh bagi tahu  kertas cadangan apa yang sedang ditulis, sebab tak boleh bocorkan rahsia syarikat, So, %^^%$# pon ok lah... janji ada kan..)

Kalau U all nak tahu, dari jam 8 pagi sampai lah jam 11.00 malam baru balik. kalau ada Award untuk pekerja mesti aku dapat. Pekerja paling Cemerlang, Gemilang & Terbilang. Duh.. perasan gila aku ni... kalau aku tak puji sape lagi nak puji? betul tak?


 Award untuk pekerja paling TUT.... Lu pikir lah sendiri... yang ni aku sendiri suka-suka nak bagi dekat diri sendiri.. bukan senang nak dapat Award dari diri sendiri. Janji aku bahagia...

Cuba U All bayangkan, 3 Bisnes Plan aku boleh buat dalam masa 3 hari. dengar macam tak logik kan. tapi itu lah kenyataan. bukan nak kata aku hebat, kalau nak tahu, time aku tidur pon boleh mimpi tengah buat marketing, SWOT dan macam lagi. Itullah penangan Bisnes Plan yang aku buat. Biasanya untuk 1 bisnes plan aku ambil masa 2-3 minggu untuk siapkan. Tapi untuk yang ni lain sikit, sebab semua kena siapkan dalam minggu ni untuk dibawa ke meeting Ahli Lembaga Pengarah. Nak x nak, kena juga siapkan. Tq sangat-sangat dekat Helmi, Albinus & Jasmie yang turut tolong membantu Prince Hairi. walaupun Bisnes Plan dia orang pon sama banyak macam aku.


Yang pasti, sekarang time lunch.. sanggup tak keluar semata-mata nak update blog. Then, nak restkan kepala otak ni, rasa macam dah sarat sangat.

...Cerita Tamat...

16 May 2010

Streamyx aku gila!!!

...Cerita MuLa..

Ooo..Streamyx... aku dah larat  nak mencarut, memaki macam mana lagi.. lagi banyak aku maki, lagi banyak dosa aku. Sampai bila harus aku bertahan. Kenapa lah kau lembat sangat.. siput Babi dekat hutan & tepi sungai lagi laju. Woi Streamyx.. ko tahu x aku tengah marah? ko x tahu kan? ni.. aku nak bagi tahu yang aku tengah marah dengan ko... So, x reti reti nak laju sikit.

Cuba bayangkan.. kura kura lagi laju dari streamyx rumah aku.. Oh.. Aku geram ni.. geram.. 


Oh Streamyx.. setiap bulan aku bayar RM110.00 bukan sepuluh ringgit... kenapa service ko lembab sangat. Woi!!! Streamyx.. cuba ko bayangkan.. aku nak buka You Tube.. Then bila buka lagu Dato' CT. 2jam 30minit 33saat baru selesai... Boleh kena sawan babi aku ..  Sakit x hati bila kau dengar.. Ni ke Streamyx.. So, nak suruh aku POTONG, POTONG, POTONG...!!! ha3..

Oh.Streamyx... Bila aku lewat bayar bil, mesti kau block akaun aku.. So, Bila kau lembab macam siput? ko nak bayar ganti rugi dekat aku x? nak x? So, apa lagi.. jangan cakap je, tingkatkan service kau.. jangan menyusahkan aku... 

P/s- U all, sorry sangat sangat, Prince Hairi emosi sangat hari ni.. dari pagi sampai malam intenet slow sangat. Nak update blog pon tersekat. Ni pon update dalam penuh kesabaran..

...Cerita Tamat...

Bersukaria di PWTC


...Cerita Mula...

15hb bertempat di PWTC aku sempat ikut MPP pergi PWTC. Ho3.. jalan-jalan tu, yang aku tahu ada Karnival Keusahawanan. yang lain tu aku x tau lah pula. 8.30am janji Melayu aku pon sampai lebih kurang jam 8.25am. Bila sampai sorang je baru ada. Ingatkan bas jalan jam 8.30am. Yang paling best tunggu vvip dari KHAR.. Girl2 tu.. Siap macam Kak Kiah & Mak Enon sangat. kalau nak kata pakai vogue x da lah vogue sangat.. biasa2 je.. Akhirnya jam 9 baru bertolak...

Berbalik kepada cerita asal, tujuan gi sana aku nak makan-makan je.. ha3.. x da maknanya.. aku kan kuat makan so, bagi aku majlis ni x da lah penting.. bagi aku makan yang penting.. ho3.. betul x.. perasmian jam 11.30pg hingga 12.30tgh. Ingatkan dapat lah jumpa dengan PM, tapi PM x datang.. digantikan dengan Dato' Khalid Nordin. ok lah tu.. janji Dato' yang rasmikan. betul x..?

Ni masa jamuan makan dekat Tun Razak Hall 2, makan dengan VVIP lagi.. dapat lah jumpa orang kenamaan dekat situ. Kepada Helmi, sory sangat-sangat.. selalu je pic ko x da dalam ni.. sape suruh ko tangkap gambar kami.. ha3.. Mie x marah kan?

Yang ni menu untuk makan tengahari, boleh lah.. yang pasti 1 meja sepatutnya 10 orang, tapi aku cuma duduk 5 orang je. puas sangat makan masa ni.. rasa dunia ini aku yang punya.. paling lucu, pasal udang, aku x boleh makan udang. Bila tengok udang dalam tu besar-besar.. aku makan lah sekor. lepas 5 minit.. gatal-gatal badan & bibir. So, trauma nak makan udang lagi.. haha

...Cerita TaMat...

12 May 2010

Seronok kerja goyang Kaki Sambil Makan KFC!!!


...CeriTa MuLa...

Jam 1 Petang.. Time Lunch.. Kerja.. Kerja..Kerja.. hari-hari kena kerja.. Kerja aku memang seronok,  duduk je dalam penghawa dingin. Makan-makan, minum, lepak, chat, main FB. Oh.. Tak ada maknanya tu semua. Nampak kerja senang tapi memang susah. U all ingat Prince Hairi dok goyang kaki je ke? sambil makan KFC. ha3.. Ni bukan syarikat ayah aku. So, nak x nak kena lah buat kerja. Sekarang masa untuk aku hilangkan stress setelah selesai menyiapkan 1 tugasan. gunakan masa rehat untuk update blog. ye lah masa itu emas.. x elok membazirkan masa. betul x? Aku malas nak keluar makan.. kenyang lagi...

Aku bersama dengan Eksekutif Operasi syarikat semasa meeting untuk projek Mega dekat Korea. poning kepala den.. tah apo yang dicarutkan.. sepatah haram den x paham.. ho3..

Kerja aku tidak  perlu angkat katil dan meja, pasang almari, kemaskan bilik, bagi makan ikan, bagi rama-rama makan, bagi buaya makan, masak sayur, kira wayar telefon dekat TM or gi jual kereta dekat kedai-kedai macam kawan-kawan aku yang lain. Aku  tidak gunakan tenaga yang banyak semasa kerja. Tapi, aku banyak menggunakan akal. Aku perlu banyak berfikir untuk selesaikan masalah. Semua kerja pakai otak. Fikir pasal projek, buat akaun, dan macam-macam lagi. Fikir macam mana nak selesaikan masalah.


Ha3 ni lah kawan aku yang banyak membantu time susah dan senang. tapi cuma boleh pakai 2 bulan je. nanti dah kena pulangkan balik.


Yeah... Mr. Jas.. rakan seangkatan dengan aku..

Yang penting kerja memang penat, badan tak penat, tapi penat berfikir dan terus berfikir. Kalau ada orang cakap kerja tak penat. memang lah orang tu gila. apa kerja yang tak penat? cuba bagi tahu aku.. makan pon penat.. betul x?



P/s- Kepada Helmi.. ko sabar je lah.. Pic ko x da dalam ni. Esok aku masukan dalam blog  pic ko. boleh ke tidak? Sape suruh masuk lewat... so, lewat gak pic ko masuk..

...Cerita TaMat...

11 May 2010

Aku dah bebas

...Cerita Mula...

Horay..horay.. kurang dari 48jam. aku akan bebas dari segala-galanya. seronok.. aku bebas nak buat apa-apa yang aku nak buat. makan, tidur, lahar orang, noty2, & macam-macam lagi. tak da orang yang akan ganggu hidup lagi. Malam tadi bila baca status sorang budak tu, rasa macam dunia ni aku yang punya. Oh.. Prince Hairi memang jahat.. suka buat orang macam tu.. So, ada aku kisah.. aku bukan mintak duit kau.. yang penting aku x pernah ganggu hidup kau.. kau je suka ganggu hidup aku.. ho3... apa lagi yang aku nak mencarut di pagi selasa ni? ada cadangan?


Oh.. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! cukup 3 kali... Sekarang x boleh tulis panjang-panjang.. masa itu emas..

Kepada Insan yang aku maksudkan tu, aku dah maafkan ko.. lepas ni kita buat hal masing-masing. ko dengan dunia ko.. aku dengan dunia aku.Mulakan hidup baru.. Hidup tanpa masalah..


Walaupun sibuk.. masih sempat update blog... sorry lah pic ni kualiti kurang sikit.. aku guna kamera laptop je.. ho3...

...Cerita Tamat...

10 May 2010

Oh Latihan Industri!!!

...Cerita MuLa...

Hari pertama Latihan Industri, Oh nikmatnya.. malam tadi aku x boleh tido.. jam 3 terbangun, jam 4 terbangun.. setiap 1 jam mesti terjaga.. 7.40pagi dah bertolah dari rumah.kiranya nak datang awal 15minit lah konon.. sampai-sampai je... pintu x buka lagi.. jam 8 baru buka..
Haha.. sempat lagi snap pic.. ni kat dalam Office.. Si Al tu saje je dok kat belakang.. dia tahu aku nak masukan dlm blog.. ngee..

Bila sampai je.. kena isi macam-macam borang.. yang paling penting surat penerimaan jawatan. Jasmie memegang jawatan Pembantu Eksekutif Penyelidikan & Perundingan, Albinus Pembantu Eksekutif Operasi, Helmi Pembantu Eksekutif Kewangan... macam biasalah... paling Vogue sekali aku lah... Pembantu Eksekutif Pemasaran... Ho3... Jangan makan hati ye... lepas ni boleh lah aku promosikan blog Prince Hairi.. Ayat Skema aku guna ni..lala..

Disebabkan x da kerja untuk hari pertama.. So, apa lagi.. Update blog lah.. Lupa nak bagi tahu.. sepanjang LI ni aku dapat NoteBook sebiji.. kerja isnin-jumaat je... Yang penting bila dapat je NoteBook terus Update blog..huhuhu... X da kerja konon.. plastik sangat...sebenarnya kerja dah ada.. tapi x tahu nak buat macam mana.. ye lah.. saya budak baru belajar...

P/s- Kepada kawan2 selamat menjalani latihan Industri...
...Cerita Tamat...

09 May 2010

Kemana hilangnya semua Ikan aku!!!

...Cerita Mula...

Bila bangun dari tidur jam 2 petang, aku rasa kecewa gila. Semua ikan aku hilang. hampir 320 ekor yang sepatutnya boleh dijual hilang begitu je.. 8 Tanks ikan aku kosong.. aku x tipu... sakit hati...
Tengok ni.. tinggal lumut je dalam Tangki aku.. sedih.....

Kerugian kali ini dianggarkan RM144,000.00. Ni semua salah intenet dekat rumah dengan sistem. petang semalam aku dah bela semua ikan-ikan ni.. siap bagi makan.. tapi dekat nak 10kali kena refresh. kejap-kejap heng... aku x peduli.. pulangkan ikan aku... pulangkan..


Sekarang ni, untuk game fish ville aku dah level 77 (9,961,346) duit dalam tangan pula ada lebih kurang RM 3,180,571.00.. Jutawan dah  ni.. tapi dalam FB je lah... sape nak aku belanja? jom...

...Cerita Tamat..

06 May 2010

Bosan tahap dewa!!!

...Cerita Mula...

Hari ni khamis, esok jumaat, lusa Sabtu, tulat Ahad... lepas tu Isnin balik... pusing-pusing hari yang sama je... aku dah mula bosan mengira hari ni.. x tahu lah kenapa... he3.. sebenarnya aku nak cerita pasal bosan je.. tiba-tiba masuk pulak pasal hari.. nak tak nak.. U all layan je lah apa yang aku merepek petang-petang ni..



Tadi bangun tido jam 2 petang.. yang ni kira awal lah.. kalau ikutkan hati.. nak juga bangun sebelum Asar.. puas sangat-sangat.. celik je biji mata terus buka FB.. kemas bilik.. petang keluar gi makan dengan budak-budak rumah.. nak YM dengan kawan-kawan ramai yang dah balik kg. Apa lagi.. jom Noty2kan diri dalam bilik..haha...

...Cerita Tamat...

04 May 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

...Cerita Mula...

Akhirnya merdeka juga aku.. Hari ni last paper.. paling best soalan objektif.. aku paling suka.. semua jawapan dah ada. cuma tembak, tikam, & baling dadu..Oh.. aku belum merdeka lagi.. 1 minggu je boleh merdeka. 10 hb Latihan Industri 2 bulan. Esok taklimat lagi... 

Kepada semua kawan-kawan AT45 Semester 6, esok akan diadakan taklimat untuk latihan industri.

Tarikh: 5 Mei 2010
Masa: 9.30 Am
Tempat: Dewan Kuliah M (DKM)

( Sila download borang-borang latihan industri dari portal http://praktikum.upsi.edu.my . pastikan semua borang dibawa ketika sesi taklimat. kehadiran adalah wajib)

...Cerita Tamat...