Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Hot Story. Show all posts
Showing posts with label Hot Story. Show all posts

05 March 2012

Prince Vs McD

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum...  Entry hari ni just nak bagi tahu satu  fakta yang sangat menarik tentang MCD.  Korang tak tahu kan? Serious, Aku suka makan MCD. Dalam seminggu.. Sekurang-kurangnya sekali aku makan MCD. Tapi.. Masa aku kerja kaunselor kat Melaka dulu.. Sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.. Bila dah jadi cikgu.... Ayoyo... weekend jew dapat makan. Sebab busy dengan kerja. Aku paling suka pergi waktu lunch hour sebab harga dia sangat murah.. Bermula dari 5.90 ++... Aku paling Suka makan Ayam Goreng MCD Spicy, Big Mac & Spicy Chicken McDeluxe.. Yang lain tu kurang.. Tapi Menu wajib Ayam goreng.. So.. Korang tengok pic kerakusan aku di McD...



Di McD Melaka Mall, Melaka. 



McD Dataran Pahlawan, Melaka



McD Rawang, Selangor. Masa ni.. Aku tak peduli orang nak tengok ke.. janji aku tak kacau korang semua.. 


McD Sungai Petani, Kedah.


Paling best.. dapat MCD ni.. hahahahaha..

...Cerita Tamat...




19 October 2011

Kalau Berjanji Tolonglah Tepati..

...Cerita Mula..

Hye all, Assalamualaikum... Today aku just nak melahar secara kecil-kecilan.. kalau aku cakap nak MENGHANJING.. Kasar sangat bunyi dia.. Macam biadap sangat.. Korang ingat bisnes je boleh buat kecil-kecilan.? Lahar pon boleh apa.. Urmmm.. Ekceli aku memang tak puas hati dengan bakal my students. Ye lah lah, aku dah bagi tahu tentang program yang aku buat. Okay.. dia orang faham 980%...

So, tak kira lah Melayu, Cina & India..Semua faham.. Semua tahu apa yang aku cakap. Apa yang buatkan aku MENGGILA vs nak  MEROYAN.. Bila dia orang buat janji palsu.. Aku tak tanya pon bila nak submit dokumen.. Dia orang yang gedik  berjanji nak serahkan kat aku.. siap bagi date yang tak tahan tu..  Bila sampai masa.. Semua HILANG tah kemana.. Bila call.. Minggu depan lah.. Penyata KWSP tak ada lagi..  Offer leter tak ada..Or sijil SPM hilang lah.. Ada yang terus tak angkat .. paling KEJI bagi no tipu.. yang ni memang durjana betul... Okay fine.. Aku faham...

Lain kali, kalau benda tu tak ada, tolong jangan nak berjanji.. Kau  ingat kau siapa? DIVA? RATU?PRINCE? PRINCESS? or ANAK RAJA? Kot kau DIVA sekali pon.. peduli apa aku.. banyak cantik muka korang semua.. Ingat aku ni boneka? Patung? Tunggul? Suka-suka nak main kan aku.. Yang paling seronok bila Ustazah & Ustaz pon ada juga termasuk dalam golongan yang aku sebut ni.. sorry to say lah.. Memang kenyataan.. kalau tudung kau labuh sampai tanah pon.. Kalau hidup nak menipu orang.. Tak kemana pon...


Dah lama aku tak publish pic hodoh aku.. Amik kau.. Ko simpan lah pic ni dalam lappy kau... Auuuwwww..

P/s- Tak semua students aku yang buat macam ni..Cuma segelintir sahaja.. Thanks kepada mereka yang bagi kerjasama dekat aku..

...Cerita Tamat..

24 June 2011

Masih Dalam Mood Berkabung

...Cerita Mula...



P/s- Semuanya tinggal kenangan. Takziah Prince HAiriAks

...Cerita Tamat...


11 January 2011

Hantu FB Menyerang Prince

...Cerita Mula...

Hye all, selamat petang. Kalau korang perasan. Semalam dengan hari ni. Banyak hantu hantu dalam FB yang berkeliaran. Tak habis habis gangu hidup aku. Yang paling aku geram, benda yang sama dihantar dekat aku. korang bayangkan, kalau friends aku 2000 ribu lebih. separuh send benda yang sama dekat chat box? apa korang rasa? nak maki? Nak marah? or nak gelak sampai pagi? Cuma korang jer tahu jawapan dia.





Aku rasa, korang pon ada dapat benda yang sama. Dengan bangganya aku nak copy paste ayat tu. "Facebook yang baru. Kami akan menghantar mesej ini sekitar untuk melihat apa ahli aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruangan. Kirim ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan. Facebook pengasas, Mark Zuckerbe." Pandai pula dia orang translate dalam bahasa Melayu. hahahaha...  

Apa kejadahnya dok send binatang ni banyak banyak dekat aku.  Suka sangat percaya benda mengarut. Aku nak pesan dekat korang semua. Tolong jangan send benda yang sama. Dari korang send benda macam ni. Baik send no topap celcom or hotlink kat aku. Dapat gak gayut lama.

...Cerita Tamat...

16 October 2010

Emo With Someone...


...Cerita Mula...

Urrmm.. Sebenarnaya aku cuma nak main emo emo petang ni. Biasalah, bukan selalu nak tengok aku emo. Betul tak? kalau tak betul. Sila betulkan juga. Boleh? Aku tak boleh tahan dengan perangai 2-3 orang ni. Argghhh... Kalau boleh nak gigit gigit sampai jadi bubur kacang. Lol..

Tolong tanya kenapa aku emo sangat? Nak tahu? Mai sini ramai ramai. Aku nak ajak hampa semua mengumpat. Kalau u all semua nak tahu. Susah kan kalau dapat orang pentingkan diri sendiri. Tak reti buat kerja. Suka menyusahkan orang lain. Paling aku suka. Bila  aku terpaksa menjadi kuli sepenuh masa bersama kawan kawan yang lain. Memang sedih diperlakukan seperti ini. Tak ubah seperti seekor anak kucing yang kehilangan ibu mertua.(Tolong jangan gelak, aku tengah serius ni).

OMG, dekat akhirat nanti u all jawab lah sendiri. Kalau dah tahu tak boleh nak pikul tugas berat. Apa lagi, jangan terima jawatan tu. Jangan bagi 1000 alasan. Jangan bagi sejuta alasan. Kalau orang dah bagi amanah, sila jalankan amanah tersebut.  Aku tak salahkan dia 100%. Aku pon busy juga dengan Thesis aku, Esemen aku, tapi aku boleh je bagi kan masa bersama scandal aku. Dengan kawan kawan. Aku boleh jalankan tugas SETIAP HARI, SETIAP MASA, TANPA SEBARANG ALASAN. walaupun aku sangat busy sebenarnya.

Kepada adik adik ku yang senasib dengan abang mu ini, sabar itu separuh dari iman ye. Kita sabar je lah dengan sikap kawan kita yang 2-3 orang tu.JANJI KITA HAPPY & ENJOY TIME KERJA. Memang seronok kerja dengan u all semua. Sebagai tanda penghargaan kepada kawan kawan kita tu. Abang dah beri satu hadiah untuk dia orang semua.


Hahaha.. Ini dia hadiah yang aku maksudkan. Senyuman paling manis, cantik, handsome, cute...  Kalau u all perasan, aku comel sikit dari JUSTIN BIEBER. kan..kan.. kan... Cewahhh.. Memang perasan betul orang tua ni.. Puji diri sendiri lah pulak. Walaupun muka ku merah seperti buah epal. Tapi kening ku tetap menjadi pujaan....



Hahaha... Disebkan hari ini aku tersangat bermurah hati. Semperna ulang tahun Insurans Mulut aku tamat. Aku tambah lagi satu. Kali ni, aku cuba besarkan lubang hidung aku sebesar lautan HINDI. Tapi Hencik blogspot cakap ini yang paling besar. Hahaha... So, kepada u all yang aku tersangat marah.. Terimah pakej 3 in 1. Free je aku bagi..

P/s-Masih belum terlambat untuk Si dia berubah. Pic ni limited edition ok. Sape-sape yang nak buat tempahan. Boleh emailkan kepada hairiaks@yahoo.com or Ym. hairiaks@yahoo.com

...Cerita Tamat...

23 August 2010

Scandal Vs Kekasih Gelap Vs Setia!!!

...Cerita Mula...

Mmmm.. Sorry all, entry hari ini agak panjang...  Cuma luahan hati aku...  Tapi bukan untuh meraih simpati dari mana mana pihak..  OMG.. Semenjak dari semester 3 lagi.. Saham aku semakin hari semakin naik..Ramai sangat peminat, ramai scandal, ramai sangat kekasih gelap..Bukan setakat Malaysia.. Tapi luar negara pon ada.. Jeng jeng jeng... Pecah pon rahsia.. Tiba tiba isu ni ditanya oleh girlfriend aku yang ke berapa pon tak ingat.. Sebelum tu kawan aku dari Singapore pon ada juga tanya.. Ingat lagi ayat dia.. kalau dah banyak tu yang mana satu scandal.. yang mana satu kekasih gelap.. yang mana satu kawan.. boleh setia ke? Mula mula sentap juga dengan soalan bodoh dia.. Tapi aku jawab juga...


Kalau u all nak tahu, orang suka sangat berkawan dengan aku. Kadang kadang kawan macam scandal, scandal macam kawan.. Orang pon tak dapat bezakan.. Mmmm.. Peduli apa aku.. Orang nak cakap macam macam cakap lah.. Hak dia nak bercakap.. Cakap sampai terkeluar anak tekak pon tak apa.. Aku tak kisah.. Selagi boleh sabar, aku akan bersabar.. Ada juga cakap aku perampas kekasih dia orang.. Yang ni paling aku sakit hati.. Lain kali cakap berdasarkan bukti.. Cuba pikir kenapa kekasih kau lari.. Sebab engkau tak pandai jaga.. Hik3..

Masa aku bercinta, berkawan & berscandal bagai.. Aku memang setia..Tapi ada kes tertentu yang membuat aku hilang kesetian.. Bila orang tu dah cemburu buta dengan aku.. Perasan yang aku cintakan dia, padahal aku tak declare apa apa pon.. cuma sebagai kawan sahaja..  Tiba tiba syok sendiri.. Then, boleh bagi tahu 1 dunia yang aku suka dia, aku cinta dia.. Kalau dah dasar perasan tu.. Aku tak boleh buat apa.. mmmm.. Kalau u all nak tahu, sepanjang 3 tahun ni.. dah lebih 10 orang yang perasan  macam ni.. Ish ish ish..( mood bangga).

Sebenarnya seronok ramai scandal.. terasa diri disayangi.. dihargai.. dirindui.. Hari  ni  keluar dengan A, esok dengan B, lusa dengan C. Sape yang tak suka sila angkat kaki sekarang.. hik3.. Selalu juga aku kumpulkan semua sekali.. Then makan sama sama.. Dia orang ok je.. tak da macam anjing dengan kucing... Siap bincang status masing dekat meja makan tu... mmm...

P/s- Kepada Miss $%#^^&7 dan  $%%#@#. Aku dah jawab soalan yang u all tanya.. So, lepas ni u all tahu status u all dekat mana.. :-). Tolong jangan syok sendiri lagi.. hik3... Biar je orang nak kata apa.. Janji kita bahagia.

Kepada yang perasan aku merampas girlfriend ko, aku minta maaf.. Bukan aku yang merampas.. Kalau orang nak berkawan, tak kan aku nak menolak..Aku tak pernah declare apa apa pon dengan girlfriend ko. Cermin dulu diri engkau, cuba fikir dan muhasabah diri kenapa dia lari dekat orang lain.. Jawapan dia mudah.. Ko tak pandai jaga BINI engkau.. ( mood marah ni )

...Cerita Tamat...

22 August 2010

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..


...Cerita Mula...

Mmmm.. Kurang dari 4 jam aku akan bahagia.. Aku akan Merdeka.. Akan terlepas dari sebarang siksaan.. Terlepas dari segala sindirin.. Aku tak perlu jumpa dengan Si dia.. Tak payah nak mengadap muka dia.. Kalau dulu aku pernah sukakan dengan dia.. Tapi hari ni.. Aku sangat benci dia..aku benci perangai dia.. aku benci segalanya galanya.. 


Selagi boleh senyum..Aku akan terus tersenyum..Dan sentiasa terpancar senyuman plastik.. Terpancar senyuman besi..Kadang kadang senyuman kayu pon ada...Mmmm..

Aku harap.. Lepas ni aku tiada sebarang hubungan dengan dia.. Aku sudah cukup tersiksa.. Rasanya lebih siksa dari siksaan kubur..(Macam pernah rasa je..hik3..).. Aku sagat benci dengan dia.. benci.. benci... benci.. Kepada dia, walaupun kita dah tidak bersama.... Aku tetap tidak dapat memaafkan apa yang kau buat pada aku...

...Cerita Tamat...

08 August 2010

BiLa Cik Puaka Gila Kuasa...

...Cerita Mula...


Mmmm... Hari ni aku just nak cerita Pasal Cik yang perasan cantik.. Hot... Pandai pandai buat kerja. ni... Sila fokuskan mata anda kepada Cik Puaka berbaju hitam yang bela SAKA sampai 10 ekor tu... Dah nampak kan? Kalau u all nak tahu, seumur hidup aku.. belum pernah aku jumpa pempuan yang SENGAL, BODOH, KEJI, PUAKA, Then, LEBIH TERUK DARI MANGKKUK JAMBAN... 

Tuhan dah bagi dia kepala otak yang sempurna, tapi malangnya dia tak gunakan dengan sempurna.. Dia pikir pakai kepala lutut.. dia pikir pakai kasut... Aku tahu, pangkat dia lagi besar dari aku... Tapi tolong professional sikit time buat kerja... Kalau u all nak tahu dialah Penyelia  aku ... Penyelia untuk  $#%^&**^%b.  Tapi seolah olah dia makan gaji buta... tak reti buat kerja.. cuma reti mengarah je.. kalau dah tugas sebagai penyelia... Tak kan lah tak reti bidang tugas dia apa.. Sampai semua kerja dia aku & kawan kawan yang nak kena buat..

Semalam aku sempat bergaduh dengan dia, selamat tak bertumbuk je.. Kalau dia lelaki.. Memang dah lama aku tampar & terajang... Tapi aku bersikap professional sikit... Tak perlu nak gaduh gaduh dengan pempuan kan.. Habis segala teori, falsafah, hadis, aku keluarkan. Rasanya insaf sekejap pempuan ni.. dia memang bias. Pilih kasih. Cakap memang pandai.. Tapi kerja hampeh.... 

Agaknya tugas dia duduk memgangkang dekat kedai kopi... Dah lah nak jumpa pun susah... Tak habis habis dengan kursus dia.. Bila call tak mau angkat.. bila mesej lambat reply... dia pikir kursus dia je.. Dia tak pikir Thesis aku.. dia tak pikir proposal aku... Aku paling marah sangat bila aku dikenakan bayaran 50sen untuk untuk satu kesalahan yang aku lakukan.  Aku bagi contoh, aku terlupa letak tanda koma (,) so.. aku dikenakan bayaran 50sen untuk satu kesalahan.. Wajar ke tidak...  Aku rasa kepala otak pempuan ni dah tak betul... Dah masuk air...

Kalau u all nak tahu, nama je penyelia.. tapi nak isi QUESTIONNAIRE pun tak reti.. Aku balik yang ajar cara nak isi...Aku rasa lebih baik dia bagi diploma or degree dia dekat kucing or anjing tepi jalan tu... Memang tak berkat gaji yang dia makan... Tak buat kerja.. Tapi makan gaji buta.. Insaflah.. Insaflah... Insaflah... 

Cakap je besar.. Tapi habuk pon tara.... Lepas ni ko buat lah kerja sorang sorang.. tak hingin aku nak tolong.... Bak kata Karam Sigh Walia "IBARAT JAGUNG YANG LUPAKAN BULU DENGAN KULITNYA".

P/s-Jangan jadi penyelia yang makan gaji buta... Jadi lah insan yang berguna... Turun padang tengok anak buah buat kerja.. 

...Cerita Tamat...

04 August 2010

Hot Hot McD.. Hot Lagi My Scandal... :)


...Cerita Mula...

OMG.. Apa nak jadi ngan budak budak sekarang.. tak habis dengan scandal & kekasih gelap. Mmmmmm.. Kalau U all nak tahu... Selamat aku tak mati KATAK or  mengejut time buka FB. Bila buka je.. Aku kena TAG dekat sarang salah sorang skandal aku. OMG... Malu Oii.... Kalau tak caya tengok PIC ni.. Or Just Klik kat sini..  Prince Hairi in Scandal (^_^) Dalam FB


Ha Ha Ha. Ini dia... Encik Jejaka yang perasan macho bersama dengan scandal dia.. Aku pun tak tahu dari mana budak ni amik PIC ni... mmm... Agaknya dia explore my  lappy ? 


McD Rawang  jadi tumpuan aku dengan scandal yang agak hot hot kuku ni...


Opss.. Jangan tengok lama lama pic ni... MUFFIN aku dah nak terkeluar tu... puas cover dekat meja... Ngee..


Aksi sengal yang berjaya di snap oleh Mak Hikus tu... Noty sangat dia. Tak malu betul snap pic aku macam ni...


Opss... Pastikan anda tidak meniru aksi ini sekiranya di bawah umur 18 tahun.. Amaran keras oleh Prince Hairi.. Kalau umur dah lebih.. boleh je... Sekali sekala kan..

P/s- Sekiranya anda salah sorang daripada scandal yang termasuk dalam PIC yang telah di edit. Jangan nak serang tak pasal pasal.. Cuma call or mintak jumpa je...

...Cerita Tamat...

14 July 2010

Belajar Dalam Badan Transformers

...Cerita Mula...

Yok... Ari ni mau cerita kuliah dekat bangunan E-Learning 4. Kalau U all nak tahu, Bilik E-Learning 4 merupakan bangunan baru kat UPSI. Kiranya aku lah orang pertama yang merasmikan bangunan ni. Memang cantik, memag tertarik, memang debom... Dipedekan cerita bentuk bangunan ni macam Tranfomers... Aku rasa macam belajar dalam badan tranformers. Badan bangunan dah ok, tapi dekat bahagian atas dia, nampak lucu.. Tapi ok lah, kemudahan dalam bilik lengkap dan selesa. ( Nanti aku tunjuk pic bangunan dekat u all ok)

Menjawab soalan cepumas dari Prof Madya aku.. Time ni aku kelas Research..

Soalan Pertama...Siapakah nama anda?
My name is Zuhairi.. Just call me Hairi or Prince...

No.2. Adakah Hairi Masih Single atau sudah berpunya?
Duh.. Aku malas nak jawab Soalan  ni sebenarnya.. Tapi aku jawab je lah... Ye, Sudah berpunya..

No.3 Apakah ciri-ciri wanita idaman Hairi?
Haha.. Masa ni aku tanya dengan Prof. Nak jawapan yang betul or tipu. Apa lagi kena sebijik dekat dia. Sebenarnya aku malas nak bagi tahu, sebab Ex Janda & Ex Sayang aku ada dalam class tu..  Takut dia terasa hati kan.. mmmmmm.. So, aku pon jawab je lah..

1.Baik hati
2. Tak cemburu buta..
3. Serasi seperti isi dan kuku...
4. Penyanyang...
 5. Cantik seperti bulan dan matahari

(banyak lagi yang aku bagi tau.. Tapi lupa Lah pulak)

No.4. Soalan terkhir sebelum keluar dari pintu.. Awek Hairi ada dalam class ni ke?
Haha.. Mmm.. Sentap aku mendengar soalan Prof ni, Kalau mengikut aras teksonomi bloom, yang ni aras sintesis kot... susah untuk dihuraikan. Aku just cakap no komen. Bila dia tak puas hati, dia tanya pulak dengan Ex janda & Ex Girlfriend aku. haha.. sah sah lah budak budak tu diam & senyum kambing je...

p/s-Aku pon rasa muskil kenapa isu ni tetiba je masuk dalam class.. Apa kaitan research dengan pasal aku single or berpunya.. ngee...

...Cerita Tamat...

28 June 2010

Prince Masuk Wad


...Cerita Mula...

Salam semua, malam ni aku sangat sedih. Sangat menderita. Sangat sakit. Kalau boleh tunjukkan. Akan aku fotostat sakit ni.. Akan aku scan.. Akan aku MMS kepada semua.... Aku sangat sakit.. Sakit.. Sakit.. Dan terus Sakit...


Ok lah, seharian aku terpaksa berjuang dalam toilet, semua senjata dan perisai Aku  gunakan untuk melawan penyakit cirit birit yang melampau ini. Semua tenaga habis Aku gunakan. Berat Aku sudah tinggal 53kg. Tidak perlu makan pil diet, tidak perlu jogging, tidak perlu pergi Slim World. Ngee..


Cik Nurse yang sedang panik. Tekanan darah yang luar biasa.. So, Aku terpaksa rest dalam bilik kecemasan. Seronok u All... seronok...


Haha.. sempat lagi snap pic.. Time ni.. Aku baru lepas kena Inject.. Sakitnya bontot... sakit oi... tak pasal pasal kena Inject pakai jarum besar... Dah lah sakit.. Then, Nurse saja nak buka seluar aku lama lama... Aduh... Pakej 3 in 1. Sambil kena cucuk.. Nurse amik kesempatan tengok bontot aku.. hahahaha...


Menurut doktor aku perlu ditahan dalam wad sehingga esok sebelum dihantar ke Hospital Slim River. Tapi atas desakan aku yang sangat degil. Aku merayu supaya dibenarkan pulang ke rumah. Yeah.. dapat balik rumah... 

Kalau anda nak tahu, tujuan gi klinik hanya sebab Cirit Birit. Bila sampai klinik. Penyakit lain yang dapat.. Tekanan darah tinggi dan gastrik... Aduh... Sudah jatuh ditimpa tangga.. ngee...

P/s- TQ dekat Sharel ( Areltz)  yang tolong hantar & jaga Prince malam ni.. Jasa mu ku kenang.. he3... Ok lah.. nak gi toilet ni... daaaa....

...Cerita Tamat...

20 June 2010

Prince Hairi Ditaja Oleh Datin' "F" & Dato "S"

...Cerita Mula...

Salam semua, malam ni ada hot story sikit. Yang ni tak da kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Malam ni aku rasa bosan sangat. Semua benda yang aku buat tak menjadi. Dua jam aku duduk depan lappy nak buat report. Tapi, satu benda pon aku tak tulis. Geram ni.. ( nada marah).


Untuk menghilangkan boring aku terus Meng"UPDATE"kan apa yang boleh di update. Yang ni pic paling terbaru aku selepas potong rambut petang semalam. Nampak sedikit poyo dan bergaya.. hahaha. Seperti biasa lokasi yang menjadi pilihan bilik aku. Ngee..


Ha ha ha.. Ni lah orang yang asyik menaja aku. Tapi nape muka dia sama ek? Maybe pelanduk dua serupa. Mmm.. Ok. lah.. Prince nak tidur ni.. Nite all.. Sorry ek.. Sebab tiba tiba aku nak merapu yang bukan bukan malam ni... hehehe..

...Cerita Tamat...

17 June 2010

Pelik Tapi Benar!

...Cerita Mula...



Salam semua, pagi tadi aku dapat email dari seorang rakan. Pic ni dia yang bagi, menurut kawan aku ular dalam gambar ni dah kena edit. Aku rasa teruja pulak dengan dia. Tiba tiba badan ular boleh jadi macam buah lemon. Agaknya kalau  bagi gambar aku dekat dia apa akan jadi? Mungkinkah aku bertukar menjadi sebuah kereta? Ha ha ha.. Tak boleh aku bayangkan.


Yang ni lagi tak boleh tahan, tiba tiba je dekat pisang ada kepala ular. Cuba U all bayangkan bila buka pisang keluar pulak kepala kita. Memang aku tak boleh terima. Rasanya Prince boleh pengsan 3 minit 35 saat. Ngee.. Sebelum kita nak makan pisang tu, ular pulak gigit hidung. Aduhhh...

...Cerita Tamat...

02 June 2010

Persatuan " BUSYBODY" Sedunia!!!

...Cerita Mula...
La la la.. Aku rasa seronok nak post entry pasal "BUSYBODY" ni. Aku pon tak tahu kenapa. Secara rasminya aku menyokong 780% untuk membubarkan persatuan "BUSYBODY" ni. Oh, geramnya aku. Rasanya tak perlu nak jaga tepi kain orang lain, tak kira lah kain langsir, baju, cadar & kain dalam orang. Boleh ke tidak?


Dipendekan cerita, aku rasa kurang selesa dengan 2-3 ekor Dugung Bunting ni. Mesti U All nak tahu sebab apa kan. Ha ha ha mari sini ramai ramai, aku nak mengutuk dia. Buka telinga besar besar. Semua dah ready kan? Kepada Dugung tu, engkau ingat diri kau tu cantik sangat, cute, comel, kacak, handsome, lawa & VOGUE. Jawapan dia tidak.  Tidak tidak tidak. Tapi kau selalu perasan kan? tak apa lah, sebab tak ada orang  yang nak puji kau. Tu sebabnya ko gedik ditahap luar biasa. Lebih gedik dari Orang Utan dekat Sepilok.

Dah lah penipu, pembohong, pengdengki, pengkhianat, pelahar dan macam macam "PER" lagi. Mulut jahat, neraka sangat mulut tu, lebih busuk dari longkang. And then, suka menyibuk pasal diri aku ni. Apa salah aku, agaknya aku pernah tolak cinta engkau ke? aku rampas kebahagian kau? sampai kau tak puas hati sangat dengan aku? hahaha yang pasti setiap apa yang aku lakukan mesti akan dipertikaikan oleh kau.

Kepada Dugung yang perasan cantik dan VOGUE tu. Ukur baju dekat pinggang sendiri. Kalau rasa nak menyibuk pasal diri aku, tolonglah... Aku tak  suka ok. Aku tak pernah nak minta, pinjam, pakai duit engkau. Pakaian, makan, minum dan duit belanja aku pon bukan kau yang bagi.

Mama, Papa, Kakak & Adik aku yang bagi duit dekat aku bulan bulan. Lebih dari duit PTPTN yang aku dapat setiap sem. Lepas ni, jangan lah suka suka buat gosip liar atau menyibuk dengan siapa aku nak kawan. Engkau ingat aku ni Pisau Cukur Versi Lelaki apa. Ha ha ha.. Jaga diri kau dulu sebelum nak "BUSYBODY" pasal orang lain. Boleh?

...Cerita Tamat..

16 May 2010

Streamyx aku gila!!!

...Cerita MuLa..

Ooo..Streamyx... aku dah larat  nak mencarut, memaki macam mana lagi.. lagi banyak aku maki, lagi banyak dosa aku. Sampai bila harus aku bertahan. Kenapa lah kau lembat sangat.. siput Babi dekat hutan & tepi sungai lagi laju. Woi Streamyx.. ko tahu x aku tengah marah? ko x tahu kan? ni.. aku nak bagi tahu yang aku tengah marah dengan ko... So, x reti reti nak laju sikit.

Cuba bayangkan.. kura kura lagi laju dari streamyx rumah aku.. Oh.. Aku geram ni.. geram.. 


Oh Streamyx.. setiap bulan aku bayar RM110.00 bukan sepuluh ringgit... kenapa service ko lembab sangat. Woi!!! Streamyx.. cuba ko bayangkan.. aku nak buka You Tube.. Then bila buka lagu Dato' CT. 2jam 30minit 33saat baru selesai... Boleh kena sawan babi aku ..  Sakit x hati bila kau dengar.. Ni ke Streamyx.. So, nak suruh aku POTONG, POTONG, POTONG...!!! ha3..

Oh.Streamyx... Bila aku lewat bayar bil, mesti kau block akaun aku.. So, Bila kau lembab macam siput? ko nak bayar ganti rugi dekat aku x? nak x? So, apa lagi.. jangan cakap je, tingkatkan service kau.. jangan menyusahkan aku... 

P/s- U all, sorry sangat sangat, Prince Hairi emosi sangat hari ni.. dari pagi sampai malam intenet slow sangat. Nak update blog pon tersekat. Ni pon update dalam penuh kesabaran..

...Cerita Tamat...

11 May 2010

Aku dah bebas

...Cerita Mula...

Horay..horay.. kurang dari 48jam. aku akan bebas dari segala-galanya. seronok.. aku bebas nak buat apa-apa yang aku nak buat. makan, tidur, lahar orang, noty2, & macam-macam lagi. tak da orang yang akan ganggu hidup lagi. Malam tadi bila baca status sorang budak tu, rasa macam dunia ni aku yang punya. Oh.. Prince Hairi memang jahat.. suka buat orang macam tu.. So, ada aku kisah.. aku bukan mintak duit kau.. yang penting aku x pernah ganggu hidup kau.. kau je suka ganggu hidup aku.. ho3... apa lagi yang aku nak mencarut di pagi selasa ni? ada cadangan?


Oh.. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! cukup 3 kali... Sekarang x boleh tulis panjang-panjang.. masa itu emas..

Kepada Insan yang aku maksudkan tu, aku dah maafkan ko.. lepas ni kita buat hal masing-masing. ko dengan dunia ko.. aku dengan dunia aku.Mulakan hidup baru.. Hidup tanpa masalah..


Walaupun sibuk.. masih sempat update blog... sorry lah pic ni kualiti kurang sikit.. aku guna kamera laptop je.. ho3...

...Cerita Tamat...

28 April 2010

Gores dan Merana!!! PART 1

...Cerita Mula...

Tilam OSIME RM 1500.00


Cerita ini bukan tipu-tipu.. tapi memang realiti.. ianya terjadi kepada seseorang yang ingin dirahsiakan namanya..huhu... Aduh... sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.. inilah nasib yang menimpa... Gara-gara gores dan menang... jadi merana lah pulak.. petang tadi.. terserempak dengan Amoi di kawasan yang dirahsiakan tempat.. dengan pujuk rayu yang dijanjikan... Haha... setuju... terus je setuju.. macam beli goreng pisang lah pulak... x sampai 1 jam.. RM1500 melayang..  seolah-olah dipukau oleh wanita tersebut... dalam masa yang sama terus pergi ke bank untuk mengeluarkan RM1500 secara cash.. Oh..tidak... seolah-olah dipukau.. dengan janji manis gadis tersebut bukan setakat tilam OSIME..tapi dapat macam-macam lagi..
Si Sharel yang cuba merasmikan tilam OSIME lah kononnya.. berharga RM1500..  paling sakit hati orang tu cakap harga dia RM6000. penipu...!!! keji sangat-sangat.... bila tengok dalam intenet baru RM1600.. 


Semasa dalam perjalanan pulang, baru terfikir yang telah tertipu... So, nak buat macam mana.. duit dah bayar RM1500.. resit tidak ambil... cuma dapat no telefon dan no ic perempuan tu sahaja.. beserta dengan alamat... jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah RM4800. baki tersebut akan dibayar kmudian.. apa lagi... rasa diri tertipu.. tepat jam 10.10 malam aku, sharel dan Fiq pergi ke Balai Polis, Tg. Malim untuk membuat laporan tentang kes penipuan tersebut... semua keterangan telah diambil.. kami cuma tunggu keputusan dari pihak polis je..


Haha.. ingat Sharel sorang je leh posing maut.. aku pon teringin gak.. nak rasa dok tilam mahal..huhu.. Orang cakap tilam ni boleh kuruskan badan dan buang toksid dalam badan.. tapi x sure lah betul ke x... tu yang nk try.. 

Aduh... tiba-tiba je jadi ble ni.. x tahu nak tulis apa... sebenarnya banyak lagi nak tulis.. So, kalau nak tahu cerita yang lebih lanjut.. aku akan postkan esok atau lusa... huhu.. sabar itu separuh dari iman.. Time ni budak dua orang tu dah lena dibuai mimpi.... nak snap pic dia orang tido.. tapi x sampai hati.. huhu... nite...

P/s- Cerita ni banyak sangat tergantung.. ramai yang tidak faham.. sebab U All x tahu hujung pangkal kan.. aku saja je nak bagi U All terfikir-fikir.. tapi biar kami bertiga je yang tahu apa yang terjadi... BIARLAH RAHSIA.....


KLIK SINI.... UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN....
...Cerita Tamat...

17 April 2010

Murai Tercabut Ekor!!!

...Cerita Mula...

Haha.. aku suka dengan entry hari ni.. Petang tadi aku sempat melihat murai-murai di UPSI yang nak tercabut ekor dalam LIBRARY... aduh... Kalau ekor dia orang nak tercabut ok lagi.. aku boleh tolong cabutkan.. tapi, tarik punya tarik x tercabut lagi.. Cukup lah.. aku malas nak berkias-kias lagi.. kalau U All faham mesti dapat tangkap apa yang aku mencarutkan sekarang ni.. tapi yang tak tahu..? Ho3.. kesian kat U All kena tipu dengan aku..hahaha...

Bila sampai LIBRARY ingatkan nak study.. semangat ni.. pergi dengan harapan pulang dengan hati yang sakit... bila hati sakit terus gi pasar malam beli Nasi Kerabu... terubat juga hati ni.. tambah dengan Apam Balik yang tembam tu... sodap-sodap..hehe..

Seperti biasa naik tingkat 4 study dekat belah hujung, aku boleh tahan 10minit je, ada lah 4 murai betina dengan 2 murai jantan yang ingat tempat tu pasar borong..  gelak macam x ingat dunia, nasib baik mood aku baik time tu.. kalau x memang kena maki lah dia orang.. dah puas gelak.. mengumpat.. kalau cakap bisik-bisik aku x kisah.. boleh dimaafkan lagi.. tapi dari Bitarasiswa pon boleh dengar suara dia orang... taubat lah pak cik oi... masih terbuka lagi pintu taubat untuk anda.. hehe..

Akhirnya aku pindah tempat tingkat 3, Yang ni lagi sakit hati... Kedai Hp vs Cinta-cintan... bukam Maggi CINTAN.. kat sini aku bertahan 30minit je.. duduk sekejap Hp budak berdering.. macam-macam bunyi ada.. ayam,itik, lembu,gajah,semut, tupai, dan macam-macam lagi... yang budak sebelah aku lagi macam CILAKA.. Atas bawah bercakap.. mulut atas cakap, mulut bawah tersenyum lebar.. ho3..bukan apa, LIBRARY bukan tempat buat maksiat lah U All.. kot nak manja2 pon x payah tunjuk depan aku... aku x hairan pon.. Kalau muka cantik & handsome x pa.. yang ni cantik lagi mak Cik ESAH tu...
Yang ni budak  dok depan aku.. dapat juga snap2.. dari aku sampai.. sampailah aku balik.. x habis2 berkepit & mengumpat... budak yang sebelah aku tu x berani pulak nak snap pic dia..asyik pandang aku je... huhu.. mesti dia bangga dapat masuk blog aku kan...

Jom turun tingkat 2, kali ni aku leh tahan 20minit 22saat... kira ok  lah... sebab duduk dengan golongan ustaz & ustazah... ingatkan ok, tapi tahan sekejap je.. agaknya dia bertaranum or ada class hafazan kot... bila aku baca aku pulak terikut dia menghafal surah hafazan tu...

Lokasi terakhir, Aras paling bawah.. kawasan ni menjadi tumpuan orang ramai yang fotostat nota2.. ramai yang keluar masuk dalam bilik.. untuk hari ini.. Misi untuk study tidak berjaya.... aku sangat kecewa dengan manusia di sana..

P/s- U All yang nak gi LIBRARY pastikan jangan bising.. kesian dekat kawan-kawan kita yang nak study tu.. LIBRARY bukan pasar borong, kedai HP, or pusat hiburan. tu tempat orang nak study.. so jangan jadi murai tercabut ekor...

...Cerita Tamat...

29 March 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga


...Cerita Mula...
Kawan-kawan, rasanya hari ni merupakan hari malang untuk aku dengan kawan-kawan yang lain. Pada mulanya untuk presentation KPT akan diadakan jam 11pg-2ptg tadi. Bila masuk class sakitnya hati, ada lah group yang x reti bahasa Melayu, kalau orang bagi masa 10 minit, buat  je lah 10minit. ni group dia je sampai 1jam, kalau presentation  bagus x pa, ni mengarut je lebih. set induksi sampai 15 minit. ngee.. sepatutnya hari ni dah boleh habis semua group. gara-gara 4 group ni aku terpaksa buat malam ni.sakitnya hati...

Tepat Jam 8.20mlm aku keluar rumah, bila sampai je  dekat depan rumah aku. Tetiba je ada Anjing sial yang x reti bahasa mengejar aku. aduh, selamat Ikhwan x kena gigit. kalau tidak puas pula nak menyamak. Kalau jalan kaki aku boleh maafkan lagi, tapi naik moto pon nak gigit orang. Dia ingat dia punya gigi kuat sangat? dia lum tengok aku punya gigitan lagi. kalau kena pasti merana.he3... Selamat aku x jatuh moto tadi, esok jaga baik anjing tu, aku bawa batu, then aku baling dekat dia.. x guna punya anjing..

Bila sampai dekat Taman Bernam, baru nak naik atas terbaca memo.. " Harap maaf kelas KPT En. &&**^%$ dibatalkan" time ni aku rasa macam nak menggila & MengHANJING je.. dah lah penat-penat datang. Then, Class dibatalkan.. apa lah salahnya mesej kami awal-awal. No. telefon sampai 10 salinan amik. x kan lah 1sen pon x leh mesej. betul x? yang tampal memo tu ketua class.. ayoooo... cam ni ke ketua class.. malang sangat hari ni.. kalau aku tahu x da perbentangan hari ni, memang aku terima tawaran kawan aku gi UNIMAP.. ruginya..ruginya..
...Cerita Tamat...

22 March 2010

Hot Story- Copy Paste

( wow... cantiknya baju ala-ala Bikini ni.. Tapi ingat jangan tengok secara luaran sahaja. tengok Hot Story kat bawah ni..haha..  mesti U all rasa pelik apa kaitan dengan bikini kan? betul tak? Baju ni cuma sebagai hiasan sahaja. Apa yang akan terjadi selepas ini pastikan jangan terasa hati dan makan hati ye.)

...Cerita Mula...
Tersebutlah kisah.. di senja hari.. datanglah seorang putera mencemar duli bertemu  dengan Prince Hairi  mendapatkan contoh slide untuk presentation KPT aku dan group. Katanya mahu melihat dan ingin mengambil contoh dan animasi yang menarik SAHAJA dan tidak lebih dari itu. Aku ulang sekali lagi cuma animasi sahaja.. CUMA ANIMASI SAHAJA... tidak termasuk BACKGROUND..... BACKGROUND..... . .BACKGROUND.. atas dasar percaya.. aku pon memberikan... lepas tu aku buat bodoh je lah.. slide yang aku bagi hasil kerja keras ahli kumpulan kami iaitu HasNAN yang tidak tido 6 hari 5 malam untuk menyiapkan BACKGROUND tersebut... dan aku mengedit bahagian animasi. aku pon tidak tidur 3 hari 2 malam untuk menyiapkan animasi tersebut... ok cukup untuk part 1...

...ParT 2...
Time kuliah KPT tiba-tiba Si Hasnan Meng"GILA" x pasal-pasal... dia tanya slide yang Putera tu print sama dengan hasil nukilan dia.. kami pon  belum buat PRESENTATION lagi... dia tanya siapa yang bagi.. aku pon cakap si putera tu nak tengok contoh sahaja, bukan nak copy paste bang oi.. mana aku tahu.. sebab aku ni jenis yang mudah simpati.. tapi tak tahu lah pulak BACKGROUND tu pon putera tu copy... aku nak tanya u all semua lah.. adakah ini salah aku 100% ataupun nak salahkan ibu yang sarat mengandung?  kalau nak tahu lebih lanjut KLIK je deKAt SINI... yang ni blog Si Hasnan tu.. macam-macam dia luahkan perasaan.. marilah ramai-ramai kita memberi komen kepada blog dia yang tak begitu popular tu... hehehehe... aku saja je nak LINK kan.. saja-saja nak popularkan blog dia.. ye lah.. setakat 2 bulan dia buat blog baru 978 orang yang view...hehehehe... Nan u x marah kan.. mesti u bangga... bangga... kan? betul x? aku  tak mintak 1 sen pon untuk popularkan blog u ni.. ngeee... biar orang ramai komen.. kan u suka orang komen blog,,,lalalala...

Sebenarnaya aku x salahkan Putera tu pon, ini mungkin silap aku juga, yang gatal-gatal bagi sape suruh.. betul x? ala...laaaaa... pasrah dan merendah diri lah pulak aku ni..huhuhu.. biasalah kan bakal cikgu bitara kan.. bitara lah sangat.. aku harap kalau kita dah bagi kepercayaan, tolong jaga kepercayaan tu.. jangan sampai aku hilang kepercayaan pada siapa-siapa pon...

...Cerita dah Habis...