Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

10 January 2012

Terima Kasih.. :)

...Cerita Mula...



P/s- Thanks kepada peminat yang sudi bagi hadiah ni.. 

...Cerita Tamat...


09 May 2011

Happy Mothers Day

...Cerita Mula...

Hye all, ekceli masih belum terlambat nak wish Happy Mothers Day dekat my mum. Dan dekat semua ibu ibu dekat dunia ni.  Selamat Hari Ibu..


...Cerita Tamat...

01 December 2010

Hot Hot Kilat.. Hot Lagi Prince HairiAks?

...Cerita Mula...

Salam semua, petang ni emosi aku kurang stabil sikit. Cuma ingin luahan perasaan aku. AWAS!!! Bukan untuk meraih simpati dari mana mana pihak. Cuma untuk melepaskan sedikit geram. Aku tahu, petang ni hujan lebat, ribut taufan, puting beliung & banjir kilat.  So My $$#%%  nak suruh aku memetir pulak petang ni.

Nak pendekan cerita, tiba tiba Miss %$%^&&^$  marah tak tentu pasal. OMG, apa sudah jadi? Tak kan pulak pasal hujan tetiba dia nak marah marah? Bila tanya kenapa, tak mau jawab. Bila suruh cakap dia diam. Tak habis habis cakap i kecewa dengan u? Kecewa pasal apa pon aku tak tau. Setahu aku, dah berapa minggu aku tak keluar dengan orang lain, tak makan dengan siapa pon melainkan housemate aku. So, nape pulak nak angin tak pasal pasal.



Korang nak tau tak, dia cakap kecik hati  dengan aku. So, apa aku nak buat? Nak suruh aku nangis sampai keluar air mata darah? Nak suruh aku dodoikan dia sampai tidur atas riba. Kalau tak, nak suruh beli anak patung barbie untuk dia? Weekkk... Dah besar pon nak merajuk & kecik hati. Hati lebut macam tisu.

Kalau ye pon aku salah, tolong bagi tahu apa salah & silap. Ni tidak, emo tak pasal pasal macam orang datang moon. Tapi aku sedikit pon tak amik hati dengan dia. Hidup tanpa masalah.. Smile.. :-)

...Cerita Tamat...


25 August 2010

Kenapa Nak Tipu Aku!!!

...Cerita Mula...


Mmm..Entry luahan hati.. Entry yang agak panjang.. Tapi still tak lebih 10000 patah perkataan.. aku sangat letih..seharian jalan jalan sambil bersukaria dengan kawan kawan. Shopping sini..Shopping sana... beli ini.. beli itu.. Kalau u all nak tahu. Kepala otak aku sangat serabut. Sangat sakit. Macam macam  dugaan yang aku terima. Aku sangat sedih. Insan yang paling aku sayangi, Insan yang aku percaya. Tiba tiba tipu aku. OMG, mula mula aku rasa macam nak terjun bangunan dari tinggat 9 KHAR sampai tingkat satu.

Tapi, bila pikir balik. Macam tak berbaloi pulak. Aku yang mati dah tentu masuk kubur. Siap pakej lagi.. kena seksa & masuk neraka. Dia yang hidup terus bersukaria. Tidak... Tidak aku relakan... Tapi kalau dah ajal, aku redha saja... Kalau u all nak tahu, aku tak pernah halang dia nak kawan dengan sape, nak keluar dengan manusia mana, nak tidur dengan sape, nak makan dan bersukaria dengan sape.

Tapi, kenapa perlu tipu aku, aku tak suka ditipu. Bila tanya kenapa tipu. Jawapan dia semudah ABC. Nak jaga hati aku. Tak mahu aku sedih. Tak mahu aku menderita. Tak mahu aku emo. Ya Allah. Aku bukan budak belasan tahun, bukan budak hingusan. Tak perlu nak tipu tipu. Aku paling sedih bila orang lain yang pecahkan rahsia. Orang lain yang mengata lebih. Orang memang suka tengok aku bergaduh sini, bergaduh sana.. Kalau boleh semua nak tepuk tangan sambil joget joget. Kalau yang jenis gedik tu siap buat kenduri 3 hari 2 malam. mmmmm...

Setelah berkali kali aku desak. Baru nak mengaku. Baru nak mintak maaf. Sebenarnya aku tak marah pon dengan dia. Aku tak marah.. sebab dia dah mengaku. Aku sangat selesa bila orang tak tipu aku. Aku akan ingat pesan mama & papa aku. Sekali kita menipu, sampai bila bila orang tidak percaya sama kita. Tu sebab aku tidak suka menipu. Sebab aku diajar supaya tak menipu dari kecil.

P/s- Kepada Si dia, jangan tipu aku lagi.. Aku tak sanggup ditipu.. Percayalah aku dah maafkan segala apa yang kau buat dekat aku... So, kita mulakan hidup baru... Hidup tanpa masalah.. Boleh?

...Cerita Tamat...

11 August 2010

Happy Birthday Sayang..


...Cerita Mula...

Hahaha.. Today Birthday Sayang aku..
Kalau dekat UPSI ni..
Dia yang paling hot..
Dia yang paling Spicy..

Sayang Sorry sangat sangat tak boleh celebrate sama sama..
Lepas ni kita celebrate ek...


Happy Birthday.. May Allah bless u..
Miss u so much... Mwahhhhh....

P/s- Hari  ni call sampai berapi telinga.. dapat call free sampai jam 12 malam.. ngee... Hadiah bb dah pos dekat kolej... Malam ni tunggu lori hadiah sampai ek...

...Cerita Tamat...

07 August 2010

Bila Aku Tak Boleh Tidur...

...Cerita Mula...

U all, sekarang lebih kurang jam 2.30 pagi waktu Malaysia, 4.30 petang waktu USA. 
Mata aku tak boleh nak lelap..
Macam macam cara aku lakukan untuk tidur..
Still tak boleh tidur...
Aku tak tahu kenapa.. & kenapa...

Banyak sangat yang aku pikir..
Banyak sangat masalah yang datang...
Harap harap dapat selesaikan dalam minggu ni...
Mudah mudahan dipermudahkan oleh-NYA


P/s-Kepada $%$#@@$ jangan lakukan kesalahan buat kali kedua... Jangan sampai aku hilang kepercayaan kepada kau lagi...

....Cerita Tamat...

04 August 2010

Hot Hot McD.. Hot Lagi My Scandal... :)


...Cerita Mula...

OMG.. Apa nak jadi ngan budak budak sekarang.. tak habis dengan scandal & kekasih gelap. Mmmmmm.. Kalau U all nak tahu... Selamat aku tak mati KATAK or  mengejut time buka FB. Bila buka je.. Aku kena TAG dekat sarang salah sorang skandal aku. OMG... Malu Oii.... Kalau tak caya tengok PIC ni.. Or Just Klik kat sini..  Prince Hairi in Scandal (^_^) Dalam FB


Ha Ha Ha. Ini dia... Encik Jejaka yang perasan macho bersama dengan scandal dia.. Aku pun tak tahu dari mana budak ni amik PIC ni... mmm... Agaknya dia explore my  lappy ? 


McD Rawang  jadi tumpuan aku dengan scandal yang agak hot hot kuku ni...


Opss.. Jangan tengok lama lama pic ni... MUFFIN aku dah nak terkeluar tu... puas cover dekat meja... Ngee..


Aksi sengal yang berjaya di snap oleh Mak Hikus tu... Noty sangat dia. Tak malu betul snap pic aku macam ni...


Opss... Pastikan anda tidak meniru aksi ini sekiranya di bawah umur 18 tahun.. Amaran keras oleh Prince Hairi.. Kalau umur dah lebih.. boleh je... Sekali sekala kan..

P/s- Sekiranya anda salah sorang daripada scandal yang termasuk dalam PIC yang telah di edit. Jangan nak serang tak pasal pasal.. Cuma call or mintak jumpa je...

...Cerita Tamat...

19 July 2010

Aku Nak Merajuk Sekejap....

...Cerita Mula...

Mmmm.. U all. Aku nak emo sekejap..
Aku nak marah puas puas.. aku nak nangis kuat kuat.. aku nak maki puas puas..
Aku benci dengan dia.. Aku marah dengan dia...
Aku tak suka dia..

(Aku yang dalam kesedihan)

Dari malam tadi aku pendam benda ni... Satu malam aku tak boleh tidur..
Oh tuhan.. Apa dosa yang ku lakukan.. 
Aku dah tak mampu bertahan lagi... Aku sangat tersiksa..Aku sangat menderita..
Malam tadi Si Dia cuba mengugut aku...

Kalau u all nak tahu..
Dia cuba mengorek rahsia..
Engkau ingat aku ada skandal dengan orang lain..
Engkau ingat aku ada kekasih gelap..
Engkau ingat aku ada ^$%$#%^&&...

OMG... Nak juga aku jawab Ya..Ya. Ya..
Baru puas hati.. Puas hati Engkau...
U All.. Aku sangat emo sekarang ni...
Petang tadi.. Aku  call seseorang untuk meluahkan rasa kecewa..

Berkali kali aku call.. Tapi.. diam begitu saja...
Mmmm..  Aku tak kisah... kalau tak da kredit pon.. Tak kan tak boleh pinjam hp kawan..
Just 10sen untuk 1 mesej...
Kalau ye pon tidur, takkan sampai jam 8 tak bangun lagi...
Tak apa lah... Aku redha,..

Biarlah aku membawa diri...
Aku nak pergi jauh jauh.. aku nak terbang tinggi tinggi...
Jangan tanya kemana aku pergi malam ni..
Aku pergi mencari ketenagan...
Aku pergi mencari seseorang...

Prince Bersedih:- Sorry u all, aku emo  sekarang ni.. Yang pasti..  tadi aku dah ponteng satu class.. Puas hati aku.. Puas sangat sangat... 

...Cerita tamat...

09 July 2010

Aku Tetap Cinta Padamu Reena!!!

...Cerita Mula...

Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke Tanjong Malim ini. Aku mengenali Reena sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 15 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah.  Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya.
Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. "Reena, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebiji kek yang ditempah khas untuknya. Kek tersebut aku tempah di Secret Recipies, diatas kek tersebut kelihatan gambar kami berdua yang agak mesra. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku. Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama. Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta; "Ma..., Abang nak tanya sikit boleh tak?".
Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas mamaku lembut. "Abang rasa......... Abang nak kawin la ma........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku hanya tunduk menanti reaksi mama. "Betul ke ni Abang? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Abang tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Abang nak kawin dengan Reena." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah. Tiba-tiba pinggan yang mamaku tatang dari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Abang? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau sedar tak kita ni siapa, dia tu siapa?" Tempik mamaku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat mamaku semarah itu selama hidupku. "Tapi Ma! Aaa, Abang sayangkan dia, Abang tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Abang berkawan dengan dia, salah ke kalau Abang nak kawin dengan dia?".
Aku cuba memujuk. "Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Abang! Mama tak rela!". " Tapi mama.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........", suara mama semakin perlahan. "Dari kecik Mama bela kau Abang, tak pernah mama bantah apa saja permintaan kau nak  Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni Burung Merak  Abang......... kau sedar tak yang kita ni Burung Merak?...... mana boleh Burung Merak kawin dengan Harimau?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Mmmm.. u all..sabar ek.. jangan nak sedih sedih bace story aku ni..  aku lagi sedih... ngee.. ok.. aku sambung balik.. Aku pasrah. Reena......... aku tetap sayang padamu, walaupun kau dilahirkan sebagai seekor harimau... hehehe.. ngee...


SEKIAN. Thank sudi bace sampai habis... Hehehe.....jangan marah....gurau jer nie... tengah boring la...
...Cerita Tamat...

09 June 2010

Bila Orang Yang Tersayang Meninggalkan Aku!!!

...Cerita Mula...

Peristiwa ini baru berlaku dua bulan lepas pada diri aku, sebenarnya aku dalam kesedihan ketika menulis entry ini. Tapi terpaksa juga menulis untuk mengubat hati aku yang terluka. Sebenarnya aku telah kenal dengan Dia lebih kurang setahun lebih. Namun, semuanya berubah sekelip mata dengan sikap Dia yang agak keterlaluan pada diri aku. Perangai Dia yang sering memberi tekanan kepada diri aku membuatkan aku semakin bosan dengan diri Dia. Akhirnya aku membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Dia. Pada mulanya Dia tidak boleh menerima kenyataan, namun setelah aku memberi penjelasan demi penjelasan akhirnya Dia faham dengan apa yang aku mahukan. Dia yang aku maksudkan bukan lah ex girlfriend aku yang pertama. Yang ni kekasih gelapku.. Cewah...( Masih dalam mood sedih).

Pada mulanya aku agak stress dengan keadaan yang menimpa aku, semua yang aku lakukan setiap hari seperti tidak bermakna. Aku rasa hidup seperti kosong, jiwa aku  tidak tenteram. Walaupun  kami masih lagi berhubung sebagai kawan, namun secara jujurnya Dia masih menaruh hati terhadap diri aku. Apa tidaknya, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dan mesej dari Dia memberi seribu tanda tanya  kepada aku. Aku cuba untuk memahami maksud tersirat dan tersurat yang cuba diperkatakan.


Akhirnya, secara rasminya aku dapat melupakan Dia. Aku bangga dengan diri aku. Terima kasih kepada "Cute" yang telah berjaya memberikan kebahagian kepada diri aku. Walaupun "Cute" agak noty tapi dia faham dengan keadaan aku. Dia yang sentiasa membantu aku. Susah senang aku semua dia yang bantu .Aku suka berkawan dengan dia. Pada masa ini aku lebih suka berkawan dengan dia. Aku tak mahu terikat dengan sesiapa pun. Aku tidak suka dikongkong, yang paling penting "Cute" tidak pernah cemburu dengan sape aku ingin berkawan, berjumpa dan bercalling calling. "Cute" Terima Kasih sebab sudi menjadi kawan Prince Hairi.

...Cerita Tamat...

02 June 2010

Mood Kuning Mengatasi Mood Merah dan Hijau!!!

...Cerita Mula...


Tahniah!!! Mood kuning berjaya mendahului dalam mood harian aku. Setelah kajian dilakukan  sendiri oleh Prince Hairi melalui mesin yang dicipta oleh Doraemon pada minggu ini. Mood Kuning sebanyak 70%, Mood Hijau 20% dan Mood Merah 10%. Keseluruhan 100%.Terima Kasih kepada mereka yang membuatkan Prince Hairi bahagia dan sentiasa tersenyum. 

...Cerita Tamat...

02 April 2010

Cinta Vs Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap... Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia beerti...