Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Diari Hidupku. Show all posts
Showing posts with label Diari Hidupku. Show all posts

24 November 2014

Happy Holiday

...Cerita Mula...

Hye all... Assalamualaikum to papa & mama of chicken... Urmmm.. Lama bebenor aku tak menconteng arang dalam blog ni.. Tiba-tiba update dah cuti sekolah kan.. Apa apa pon selamat bercuti kepada semua cikgu cekgi  dan anak anak murid saya.. 

Okay, sekarang masih lagi menyusun jadual untuk cuti sekolah. Almaklumlah tahun bahagia aku kan. Tak perlu jaga STPM.. Tak perlu jaga SPM.. OMG.. Nikmat dowh dapatr cuti 1 bulan lebih..

P/s: Nak belanja gambar kat korang k.. huhu..



...Cerita Tamat..

07 May 2014

Prince oh Prince..

...Cerita Mula..

Assalamualaikum...Hye all.. Rasanya lama sudah aku menghilangkan diri. Walaupun tak busy mana.. Aku cuba membusykan diri. Ekceli aku masih lagi terikat dengan tugas warden asrama. Itu yang tak sempat nak story mory..

Balik dari sekolah, terus jaga anak anak. Weekend jangan cakap lah. Orang lain sibuk dok menyundal sini sana. Aku kenalah jaga anak anak. Urmmm... Serious aku cakap memang tak de life hidup aku ni...  ni dah tahun ketiga aku jadi warden. Memang tak macam kehidupan cikgu cikgu lain yang bebas nak gi mana mana.

Tak pe lah.. Aku redha je... Harap harap ada lah cikgu baru yang posting. dapat keluar dari warden... 



Amik ni.. Pic tahun lepas.. Trip Bukit tinggi Pahang.. Bawa pelajar asrama.. Tiket kat tangan tu saja nak menunjuk nunjuk.. huhu.. #Kau Ade? lol..

...Cerita Tamat...

10 June 2013

Layan Lagu "Kehilangan"- Firman

...Cerita Mula...

Hye all.. Assalamualaikum & Selamat Malam... Ekceli aku dah ketagih dengar lagu "KEHILANGAN". Nyanyian Firman.. Masa dalam kereta.. Terdengar dalam radio Hot Fm.. Balik rumah terus google.. 10 kali dengar pon tak bosan. Okay.. Lirik ni memang tidak ada kena mengena dengan cerita hidup aku.. Tak ada apa yang aku hilang pon.. Makin bertambah ada lah.. So.. Jom hayati lirik ni.. :)

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan

Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)



P/s-Esok dah sekolah... Tapi mata tak boleh tidur...  Nite all... :)

...Cerita Tamat...

17 April 2012

Aku dan Pizza Hut

...Cerita Mula...

Hye... Assalamualaikum... Petang ni, aku nak berkongsi cerita dengan korang semua. Ceritanya bermula apabila aku bawa anak-anak aku makan Pizza Hut dekat Tampin Negeri Sembilan. Untuk makluman semua.. Bukan anak kandung atau anak angkat.. Tapi... Anak-anak dibawah jagaan aku di asrama putera.

Ekceli aku bawa seramai 10 orang pelajar dan sorang warden.. Setelah selesai makan aku pon mengeluarkan kad debit untuk membuat pembayaran.. Tujuan aku pakai kad debit untuk dapatkan diskaun 30% untuk Pizza baru.. 

Okay lah.. Bila sampai di rumah.. Tiba-tiba tergerak hati aku nak buka maybank2u.. Bila buka.. Aku tengok terdapat dua transaksi untuk pembayaran Pizza tersebut... Then, aku call customer service..  Apa yang   membuatkan aku terkejut bila customer service cakap kad yang aku guna... bukan kad aku... Aku pon rasa pelik bin ajaib.. Sebab kad tu memang aku punya.. Bila tengok semula... Memang betul.. Kad yang cashier tu pulangkan bukan kad aku. Kad orang lain.. Then, kad aku.. Orang lain yang ambil..  Malam tu juga aku terminate kad debit aku.. Lebih kurang jam 1 pagi aku call pizza untuk membuat aduan.. Aku pon tak pasti macam mana cuainya cashier tersebut sampai kad aku pon dia salah bagi...

Alhamdulillah.. Sebagai seorang yang profesional.. Aku tak da lah nak maki-maki sangat macam sebelum ni.. Aku just mintak ganti rugi untuk duit yang telah ditolak dengan wang proses buat kad baru beserta dengan ganti rugi trauma... :) Semua aku dapat.. Pada keesokan hari juga staf Pizza tersebut datang ke sekolah aku untuk selesaikan masalah tersebut...







P/s- Korang yang nak bayar guna kad debit or kredit.. Tolong berhati-hati ketika terima kad tersebut. Pastikan sign di belakang kad tersebut merupakan sign korang semua... Serious aku dah trauma nak bayar guna kad debit setelah apa yang berlaku tempoh hari...

...Cerita Tamat...

01 April 2012

Hot-hot Prince.. Hot Lagi Hairi Aks

...Cerita Mula...

Salam semua.. Selamat petang.. Ekceli hari ni aku just nak berkongsi dengan korang semua pasal FB aku.. Mula-mula aku ingat FB aku ada orang send SPAM.. Then aku just ignore je lah... Setiap hari mesti ada 80-90 akan request nak jadi friends... Mula-mula aku just approve mana yang aku kenal. Bila dah lama-lama.. Makin ramai budak-budak nak add aku.. Bila teliti punya teliti.. Rupa-rupanya my student sendiri... Ekceli belum masa aku nak approve student sendiri dalam FB...


okay.. yang ni pada 13 Mac 2012... ada 606... tapi.. cuma 6 orang je yang aku approve.. lagi 600 just ignore.. bukan aku sombong.. tapi... belum masanya lagi..


Okay.. ni untuk 1 April 2012.. sebanyak 739... 

...Cerita Tamat...


Jalan-jalan Cari Makan

...Cerita Mula..

Minggu lepas aku sempat keluar dengan kawan-kawan sekolah lama. Cikgu-cikgu masa aku praktikal dulu. Lokasi pilihan KL.. Time ni nak shopping pon tak bernafsu sangat.. Ye lah.. orang lain semua dah gaji.. Tapi aku dah 3 bulan kerja.. Gaji pon tak masuk lagi.. Tapi selamatlah baki gaji masa jadi kaunselor dulu masih ada lagi.. Boleh gak join kawan-kawan bersukaria. So, aku gi naik keta Cik Nusrah.. Lokasi pilihan KLCC.. 


Yeah.. ini dia si Cikgu Hairi.. 


Korang ingat budak sekolah jew boleh masuk Petrosains? oh tidak... Aku pon nak masuk juga walaupun dah 3 kali masuk dalam ni... Saja-saja nak habiskan masa yang terluang.. :P


Cikgu Sahar dan Cikgu Nusrah..


Cik Nusrah..


Okay.. Sempat lunch kat SUBWAY...

...Cerita Tamat...

Aktiviti Hujung Minggu

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum.. Yeah.. Lama bebenor Cikgu Hairi tak meng "update" kan. Biasalah.. Serious aku sangat busy.. Busy dengan sekolah.. Busy dengan kehidupan sebagai seorang warden di asrama.. Ekceli.. Muda-muda aku dah ada hampir 90 orang anak lelaki dan 90 orang anak perempuan.. korang ada? tak da kan? Kalau tak da.. please senyum sampai telinga... okaylah.. kalau bukan balik wajib.. aku akan stay dekat asrama dengan my students.. Selalunya aku akan create aktiviti untuk budak-budak ni.. Misalnya buat pertandingan futsal, ping pong or gotong royong asrama...


Time ni aku melancarkan pertandingan futsal... lol..



Prince jadi pengurus pasukan Asra 2012...

P/s- Seronok tengok budak-budak ni main.. terhibur gak hati ni.. wakakakaka..

...Cerita Tamat...


13 February 2012

Pengalaman Temuduga SPP

...Cerita Mula...

Hye all.. Assalamualaikum... Malam ni aku just nak ceritakan pengalaman aku inteview SPP di  Bilik Temu Duga Suite 9 Level G Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pada 9 Feb 2012 jam 7.30am. Dalam satu bilik ada 5 orang dan orang yang menemuduga ada 2 orang. Antara soalan yang dia Tanya:-

1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas serta mengapa anda memilih kos AT45 dan minor sebagai pilihan anda dan bagaimana anda mengaplikasikan dalam kehidupan harian dan di sekolah mahupun dalam P&P anda...

2. Soalan group- Berdasarkan FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) huraikan hubungkait antara kurikulum dan kokorikulum dalam FPK untuk sekolah anda. Macam mana ingin mencapai matlamat tersebut.. Berdasarkan JERI.. Bagaimana ianya dapat dilaksanakan di sekolah.. hubungkaitkan... (aku pon bler sangat dengan soalan yang dia bagi.. aku tak boleh tangkap apa soalan ni mencarut.. Tapi just merapu jew.. last2.. dia cakap lari dari tajuk.. So..redha je lah... ) walaupun kurang tepat.. Yang penting confident jew…

3. pengurusan bilik darjah guru.. huraikan dan bincangkan... Yang ni paling best sekali... tah apa aku dengan kawan2 yang lain huraikan.. soalan dia umum sangat... tapi ada gak point kat situ..

4.soalan bonus berkaitan headcount apa tah.. aku pernah benda benda ni.. tapi ingat-ingat lupa.. So apa lagi.. macam-macam jawapan keluar.. Orang tu senyum jew tengok aku. Secara keseluruhan.. memang teruk juga kita orang kena.. semua aku jawab.. tapi jawapan tak seperti yg penilai tu harapkan..

P/s- Walaupun aku hafal dan faham 150% FPK... bila dia bagi soalan & putar belitkan soalan.. terus jadi blerrr... So..sape2 yg dpt kat Putrajaya esok.. ready lah fizikal & mental korang... Isu semasa sikit pon dia tak sentuh.. intview kita orang lebih kurang 1 jam setengah unt 3 tajuk ni jew...time tu lah rasa nak koma 1 jam setengah.. urmmmm...


Sebagai tanda kenangan kepada korang semua.. Aku uploadkan pic  setelah selesai interview... Muka yang agak tertekan dan kegersangan.. LOL!! 


...Cerita Tamat...

06 February 2012

My lovely Hairi Aks

...Cerita Mula...

Hye all. Ekceli dah lama aku rancang nak beli kereta. Dari tahun lepas lagi. Tapi ada je masalah. Bukan masalah kewangan. Tapi masalah dengan bank. Aku mula kerja sebagai kaunselor kat UUM awal bulan 10 dulu. Then, bila nak buat loan. Sure tak lepas sebab bank nak 3 bulan penyata bank dan payslip. Kalau  statment bank memang tak ada masalah.. masalah dia offer latter kerja aku. Macam-macam cara aku buat. Bila dah lepas, bank nak granto pula. Aku memang dah tekat. Aku tak akan  guna sape-sape pon sebagai granto aku. Alhamdullilah.. Awal bulan satu kerja dah cukup 3 bulan.. Dapat gak pakai keta tanpa penjamin.

Kereta yang menjadi pilihan aku Saga  FLX SE 1.6.  Sebelum ni memang lah nak ambil VIOS TRD. Bila fikir balik. Memang tak cukup nak bayar bulanan. Kalau aku terus kerja dengan UUM. Mungkin lebih dari tu boleh pakai. Tapi, kerja cikgu ni kena lah berjimat sikit. Kadang-kadang aku makan hati juga dengan kawan aku. Aku sama-sama masuk kerja dengan dia. Dapat gaji sama-sama. Bila keluar kereta pon sama-sama. Cuma dia keluar kereta 1 FEB 2012 dan aku 2 FEB 2012. Paling best dia pakai VIOS TRD.. Huaaaa.. Urmmmm... Walaupun aku tak dapat pakai VIOS.. Dapat naik pon okay lah.. Thanks Ayie ek.. Bawa aku pusing-pusing Melaka dengan Syah...  Pas ni ko kerja kuat sikit. Sebab dah banyak yang nak kena bayar.. hik3...


Memandangkan aku suka makan McD.. So.. MCD lah menjadi pilihan hati.. LOL!!!!

Kalau korang nak tahu.. Aku dengan Ayie ni banyak sangat persamaan.. Aku masuk kerja sama tarikh dengan dia, beli hp pon sama dengan dia.. Aku pakai Samsung Galaxy SII dia pon pakai Hp yang sama.. Aku pakai colour putih.. Dia pakai hitam..  Tapi Aku tak mampu pakai VIOS jew.. LOL!!! 

...Cerita Tamat...

Seronok Ke Jadi Cikgu?

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Okay.. Aku nak habaq kat korang semua yang aku sekarang ni dah mula mengajar. Nak tau dekat mana? Dekat SEK MEN KEB TUNKU BESAR TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.  16 JAN 2012 aku melapor diri dekat sekolah.  Tu sebab korang tengok aku jarang update blog kan. Aku sangat busy sekarang ni. Busy dengan aktiviti sekolah yang sentiasa penuh.

Ekceli aku punya opsyen bisnes. Bila masuk sekolah aku kena ajar BAHASA MELAYU, GEOGRAFI dan ICTL ( Information and Communication Technology Literacy). So sweet kan?... Memang semua tu subjek yang paling aku minat kat sekolah dulu. Kalau badan beruniform pulak, aku guru penasihat kepada PBSM, jurulatih untuk Hoki, guru penasihat Persatuan Pengguna dan rumah Hijau. Baru seminggu masuk sekolah aku dah kena join program merentas desa. Paling best hari Sabtu.. Best kan...

Kalau korang nak tahu, hari pertama melapor diri. Aku ditawarkan menjadi warden asrama. OMG... Seumur hidup aku.. 1st time stay kat asrama. Cuma bezanya aku dapat sebuah rumah yang agak besar dari asrama. Dalam rumah semua lengkap. Perabot dan kelengkapan dah ada. Cuma bawa barang-barang keperluan jew. Mula-mula memang berat hati nak terima. Orang lain kerja 8-9 jam.. Tapi aku kerja hampir 18-20jam sehari. Memang berat kerja warden ni, dapat anak sampai 100 orang. Dengan nak jaga anak. Dengan tugas kat sekolah lagi. Bagi aku senang je, kalau kita anggap kerja tu susah. Sampai bila-bila pon susah. So, aku sahut cabaran tu. Aku terima jawatan sebagai warden.

P/s- Apa-apa pon memang seronok jadi cikgu ni. Aku sangat enjoy dengan kerja sekarang ni. Aku rasa mendapat kepuasan apa yang aku buat sekarang ni. memang berbeza masa praktikal dengan apa yang aku buat sekarang. Aku harap aku boleh meneruskannya. Semoga dipermudahkan oleh-NYA.

...Cerita Tamat...

24 January 2012

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

...Cerita Mula...


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o…

P/s- Lagu ni khas untuk kawan-kawan tempat kerja, best friends yang selalu temankan aku makan, shopping, jalan-jalan, tengok wayang & bercuti sepanjang aku berada di Melaka... lagu terakhir sebelum aku tingalkan korang semua kat Melaka ni.. Serious sedih nak berpisah dengan korang semua.. Doakan kejayaan aku yew.. Thanks all.. love u so much.. :(

...Cerita Tamat..

10 January 2012

Terima Kasih.. :)

...Cerita Mula...



P/s- Thanks kepada peminat yang sudi bagi hadiah ni.. 

...Cerita Tamat...


06 January 2012

Cara Nak Melupakan Orang Yang Kita Pernah Sayang

...Cerita Mula...

Hye all, morning... Pagi-pagi aku dah cerita pasal cinta dan sayang-sayang ni. Ada juga yang cakap prince dah buang tebiat. Ekceli aku nak berkongsi dengan u all semua macam mana aku melupakan seseorang yang pernah sayang suatu ketika dahulu. Serius aku ambil masa 2 bulan lebih untuk melupakan dia. Okay u nak tau macam mana aku lupakan dia? 

1. Jangan Terlalu Ingatkan Si Dia

Okay.. Ni yang paling penting sekali. Aku tahu.. Kalau baru putus cinta. Pagi petang siang malam korang asyik ingatkan dia.. Confirm mandi tak basah, makan tak kenyang tidur tak lena kan. So, jangan jadi bodoh.. Kalau nak ingatka juga.. boleh.. Tapi ingat apa benda  yang dia buatkan u all sakit hati.. Cuba ingatkan kejahatan yang pernah dia buat dekat u all.. Contoh.. Dia curang dengan lelaki or perempuan lain... Dia ada ramai scandal.. dia suke korek hidung sambil jentik kat muke korang. Secara tak langsung hati kita sakit.. So... lagi cepat kita lupakan dia... 

2. Mencari Pengganti Lain

U all ikut je prinsip aku.. patah tumbuh hilang berganti.. Bunga bukan sekuntum.. Kalau pergi  satu, satu bas yang datang.. Tapi.. memang tidak dinafikan..  Memang susah nak cari pegganti.. Tapi, u all percaya atau tidak.. Aku boleh mencari pegganti dalam masa kurang dari satu bulan.. Nak tahu macam mana? Yeahhh.. Face Book, Twitter, My Space, YM, Skype & Tagged. Semua ni laman sosial yang boleh digunakan untuk mencari pasangan. Korang boleh pilih nak jenis macam mana.. yang cantik.. yang hodoh..  hidung mancung.. mata juling.. gigi jongang.. semua ada.. pakej 3 in 1..  Mula-mula u all kawan lah biasa-biasa dulu..Ingat.. jangan nak lebih-lebih.. Nanti dia cepat bosan...  Kalau rasa serasi.. Go on jew..  Jangan nak jual mahal sangat.. Macam aku kan.. Aku just ambil 10 yang terbaik, then lakukan proses penapisan.. Serius aku cakap.. Benda ni memang berkesan.. Memang aku dapat lupakan dia.. 

3. Manfaatkan Waktu Yang Terluang

Aku nak nasihatkan u all semua jangan selalu duduk bersendirian, dok sorang-sorang dalam bilik or jadi kera sumbang. Nak tau sebab apa tak boleh? Sebab korang akan selalu ingat dengan si dia walaupun korang cuba nak lupakan si dia. Aku nak nasihatkan supaya carilah aktiviti yang berfaedah.. Contoh, window shopping dengan kawan-kawan, main dengan kucing, keluar dengan kawan-kawan.. Kalau paling malas pon.. U all chat lah dengan kawan-kawan or main game dalam FB.. Kalau rumah tak da intenet.. Cara yang paling terbaik.. Karok sampai pagi.. Selagi tak mengantok.. korang karok lah.. Then cari kawan seramai yang boleh.. Sebab cara ni sangat berkesan...



My friends cakap prince semakin gebu.. Gebu kat mana pon tak tahu.. Aduh.. macam-macam lah kawan-kawan aku ni..  Jom ramai-ramai gelakan aku.. auwwww.. :p

P/s-Okay.. cukup lah 3 jew dulu.. Aku dah malas nak taip.. Yang pasti.. Cinta tu ada dimana-mana saja.. Bak kata pepatah.. Bercinta biar satu.. Berscandal biar beribu.. hahahaha.. boleh tak macam tu? kalau my baby  baca pepatah ni.. Sure kena ikat kat pokok kelapa sambil kene gigit dengan kerengga.. wakakakaka...

...Cerita Tamat...


04 December 2011

Happy Birthday Prince HairiAks PART 2

...Cerita Mula..


Bila dapat hadiah ni.. Terus diam tak terkata.. 10 kali fikir nak ambil or tak... Apa-apa pon.. Orang dah bagi.. Ambil je lah..


Tahun lepas, hadiah ni yang paling special.. Dalam dia bear yang sangat besar.. Tapi tahun ni.. 30 kali ganda special dari tahun lepas.. Korang fikir lah sendiri apa yang aku dapat.. :)


P/s- Thanks kepada someone yang bagi hadiah ni..Hadiah yang sangat bermakna.. 1st time dapat hadiah macam ni.. Korang teka lah apa dia.. Panjang kotak 40 cm, Lebar 30 cm. Aku tak boleh bagi tahu.. :)

...Cerita Tamat..

30 November 2011

Selamat Tinggal TESCO

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Ekceli tak ada yang menarik nak dicerita pagi ni. Cuma nak bagi tahu, yang hari ni hari terakhir buka booth untuk Program PJJ Universiti Utara Malaysia. 2 bulan dekat TESCO Peringgit,Melaka. Banyak kenangan indah yang aku dapat. Rasanya banyak yang indah dari yang sedih. Serious seronok kerja kat sini. Boleh cuci mata, window shopping. Kalau korang nak tau, aku paling suka kerja luar. Aku tak suke kerja dalam office. Kalau boleh, memang tak mau masuk office.  Tapi nak buat macam mana. Nak tak nak.. Dua-dua kena pergi.   


Okay.. Pic ni masa dekat booth.. Penyeri booth cuma balloon jew.. Kalau tak benda tu.. Sure ramai yang tak datang.. 

Esok, buka booth di Mydin MITC pulak. Pasti aku akan rindu dengan orang-orang TESCO ni.

P/s- Kepada mereka yang bekerja yang nak sumbung study. Boleh hubungi aku yew.. Diploma, Degree & Masters ada ditawarkan.. Sekian..

...Cerita Tamat...

27 November 2011

Bersukaria Vs Bosan

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikkum.. Selamat petang.. Urmm.. lama tak update.. Ekceli aku sangat busy sekarang ni. Kerja Vs Kerja.. Time cuti pon still kerja. Ni pon update sambil kerja. Hebat kan? Walaupun kerja aku sempat gak luangkan masa dengan kawan-kawan. Teman dia orang shopping, karok & macam-macam lagi. So, korang layan je lah pic ni..


Prince with Untie Nusrah.. Boleh masuk Rupa bukan sekadar vokal tak?. Silap.. Vokal bukan sekadar rupa.. lol..  Kot ada sape-sape yang dengar suara aku.. Sure korang koma tak bangun-bangun.. :)


Hahaha.. ni kat Restaurant Kenny Rogers.. Korang nampak kan.. Aku pakai baju kerja.. Maknanya ni time kerja lah.. Sempat lagi melepak kat JUSCO.. :)


Pic ni tak mau komen banyak-banyak..

P/s- Tak sabar nak tunggu 2 DEC 2011. My Birthday ke 24 Years.. Agak-agak dapat hadiah apa ek dari someone.

...Cerita Tamat...

07 November 2011

Jusco Vs Bersukaria

...Cerita Mula...

Malam ni aku cuma nak cerita pasal aku gi bersukaria dengan best friends masa buat praktikal dulu. Lokasi pilihan JUSCO Peringgit bersebelahan dengan TESCO yang agak sesak dengan manusia dari over sea. Tujuan utama nak celebrate birthday Cik Nusrah. Mengikut perjanjian yang akan join seramai 16 orang. Tiba-tiba sampai kat JUSCO Cuma 4 orang termasuk aku. sabar je lah..


Ha3.. ni dia Cik Nusrah.. Berusia 28 tahun.. Asal Jitra kedah.. Masih single & not available.. Okay, Secret Recipe  menjadi pilihan kerana kek dia yang agak popular.


Ada sesiapa yang masih tak kenal dengan budak ni? Budak yang kuat makan.. hobi dia tido.. :) Nasi goreng sate menjadi pilihan Prince.. 


Ini Cik Ina.. Bila dengan dia.. Aku tak tahu nak komen apa.. Korang layan je lah pic dia ni.. Masih single tapi dah berpunya...


Okay.. Ni dia peserta terakhir kita.. Penaja utama untuk makan-makan kat Sini.. Thanks Mr. Z yang sudi sponsor untuk dinner ni.. Yang sudi jemput Prince kat TESCO walaupun tesco bersebelahan dengan JUSCO.. hahahah..  Semoga dimurahkan rezeki.. Dan dipecatkan jodoh.. Cewah... ayat nak bodek... Kalau sebelum ni pon  En. Z pernah belanja aku & kawan-kawan makan kat Pizza.. Tu pasal rezeki dia bertambah je.. :)

P/s- Cik Nusrah..Happy Birthday yang ke 28.. May Allah bless u always.. Amin.. Yang pasti sampai mual perut & tekak aku nak habiskan kek tu.. yeakkkksss..

...Cerita Tamat...

02 November 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Pagi ni aku just nak berkongsi cerita dengan u all semua. Ekceli dekat satu bulan aku kerja. Tapi baru semalam aku ambil cuti. Kalau nak ikut kan kerja aku. 1 minggu ada 3 hari cuti. Tapi,aku jarang cuti. Nak tau kenapa? Sebab aku kena sampaikan target untuk bulan ini. Alhamdullilah, semua dipermudahkan. 

Bila dah cuti apa lagi, aku with my best friends Mr. Ayie hangout kat sekitar bandar Melaka. Mula-mula gi Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Jusco, Bukit Beruang.. Last sekali boleh gi Mydin MITC. Very atok-atok sangat masuk Mydin.. urmmm.. Makan jangan cakap lah, aku dengan Ayie ni memang kuat makan, u all tengok je badan kita orang kurus & berketul-ketul... Tapi makan.. OMG.. Tuhan je yang tahu.. u all tahu.. Time kat McD tu,  aku makan sampai 3 large set . Tapi kongsi 2 orang lah.. Kot aku sorang makan 3 set. Mati kekenyangan dowh.

Kebetulan petang tu aku ada appointment's dengan syarikat 1 ONE. Yang ni untuk terapi kesihatan punya. So aku luangkan masa dekat 2 jam juga untuk terapi tu. Baki lagi 11 sesi.. Esok baru buat. 


Ni dia tempat terapi yg aku maksudkan.. eLife digunakan untuk membuat terapi.


Hahaha.. Tu dia En Prince sedang menjalani rawatan.. Walaupun rawatan agak mahal.. Tapi agak berbaloi.. Thanks Mr. Ayie yang terpaksa kena snap pic Prince. lol...

...Cerita Tamat...



13 October 2011

Perahu oh Perahu...

...Cerita Mula...



Hye all, Assalamualaikum. Tetiba pulak malam ni teringin nak mengupdate. Ekceli bukan nak buang tebiat. Just nak bagi tahu yang aku happy dengan job sekarang ni. Nak tahu kenapa happy? 1st dapat berkenalan dengan ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. tak kira lah..yang tua, yang muda, yang hodoh, yang comel, yang cute, cantik & macam-macam lagi lah..

Paling best dapat team kerja yang sangat best. Biasalah, orang baru macam aku ni tak banyak sangat knowledge. So, kawan-kawan yang banyak bantu. Alhamdullilah.. dekat 2 minggu kerja.. Aku dah boleh berdikari atas kaki sendiri.. Dah tak malu jumpa dengan orang... Setakat manager, CEO, Executive. Semua okay.. Siap tukar business card lagi... Yang penting.. Penampilan kena jaga..Mulut kena manis time bercakap.. dan tak lupa.. Confident sangat penting bila ada date dengan orang-orang macam ni... Last sekali... VOGUE.... hahahahahaha...

P/s-Dah penat aku mencarut.. So pepatah untuk malam ini.. "Terlajak perahu boleh diundur.. Terlajak kata... Badan binasa..Terlajak lampu merah En Polis saman.. Terlajak makan perut boroi... So, if dah terlajak semua ni.. Aku just say...  Hye..hye... bye.. bye.. lah kau... Assalamualaikum....

...Cerita Tamat...