Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Latihan Industri. Show all posts
Showing posts with label Latihan Industri. Show all posts

05 July 2010

Mood Report


...Cerita Mula...

Aduiii... Ini hari kepala aku banyak pusing... Ada  pening lalat, ada pening kuda, ada pening kumbang. Ayoyo.. Tapi u all jangan nak pening bace blog aku yang sentiasa merapu ni. Today just nak STORY MORY pasal aku nak buat report... Banyak dowh... Aku dah tak tahu nak merapu apa dalam report tu.. Aku tak tahu nak mencarut apa lagi... Aku tak tahu lukis gambar apa.. Kalau ikut kan hati nak juga letak gambar aku yang tak berapa vogue ni.. ngeee...


Haha.. Selamat menyambut hari report untuk kawasan yang sewaktu dengannya... ngee.. Opss... Sorry pasal pic ni tak ada kena mengena dengan cerita... hahaha...  Chayok.. Chayok.. Chayok....

...Cerita Tamat...

Thanks Richard

...Cerita Mula...

Mmm... Malam ni entry pendek je. Just nak bagi tahu yang Richard belanja makan. Biasalah orang dah dapat gaji kan. So, Layan je lah pic dekat bawah ni... ( Mood sedih dalam ke"Happy"an)





P/s- Bila gaji aku nak masuk ni.. Penantian itu satu penyiksaan... mmmm.... So..sad... Richard.. Thanks belanja Prince, Nan & Wen...

...Cerita Tamat...

02 July 2010

UPSI Holdings Dalam Kenangan

...Cerita Mula...


Salam semua, pagi ni aku nak sedih sedih sikit. Today, hari terakhir aku dekat UHSB. Kejap rasanya 2 bulan berlalu. Banyak pengalaman aku dapat dekat sini.


Pic ni aku amik dekat MKF Metal, Ipoh. Salah satu projek yang aku uruskan untuk Congkaktech. Pengalaman paling best bila meeting dengan CEO kilang sendiri. Orang berbangsa German. Memang teruja bila 1st time meeting dengan orang putih.


Aku dengan Jasmie, Yok...Pandai kan kami belakon. hahaha.. Time ni lah nak buka buka fail bagai.. kalau tak.. aku & budak budak ni asyik main kejar kejar dalam opis ni.. he he he


Yok.. berangan nak jadi CEO... Gaya dah ada... Tapi knowledge pulak tak cukup lagi.. So, study sampai ada PHD baru boleh berangan nak dok kerusi bos.. hehehe...


12hb ni aku dah sambung study.. Time ni aku dah jadi Super Duper Senior dekat UPSI.. Dah semester 7.. 


Thanks kepada Prof. Hariri, Dato' Siti, Albinus, Helmi, & Jasmie yang banyak bantu aku sepanjang 2 bulan ni.. Memang best kerja dengan u all semua. Tak kering gusi aku. Hari hari ada je hot story. Pasti aku tak akan lupakan kenangan manis masa kerja dengan u all semua.

...Cerita Tamat...

01 July 2010

Nikmatnya Masuk Air

...Cerita Mula...

Salam semua, dua hari aku tak update blog. Rindu dengan blog, rindu dengan kawan kawan. Sorry tak dapat nak komen blog kawan kawan. Bukan tak mahu komen, bukan tak mahu update. Kalau nak tahu jom bace entry dekat bawah.


Jeng jeng jeng... yok.. tangan sape ni? Dah macam tangan atok atok. Pucat dan lesu. Tapi masih boleh melempang orang yang memekik terlolong. ngee...


Adu... Sakit... kena cucuk lagi... Time ni rasa nak jerit sampai satu Malaysia boleh dengar. Memang sakit.. Kalau u all nak tahu, jarum dia boleh wat straw. Memang besar. Menakutkan...


Motif pakai baju keja? Kalau nak tau, Aku keja separuh hari je. Petang gi klinik masuk air. Memang sakit.. Time ni, nurse cucuk salah tempat pulak.. Terpakasa cucuk sampai 3 kali.. habis tangan aku bengkak.


P/s- Lain kali jangan nak makan merata alam.. Masak je dekat rumah untuk mengelakan cirit.. Then, jangan nak stress time kerja.. kalau nak tahu, tekanan darah aku masa ni 194... Dr. cakap kalau normal dalam 120 hingga 140. So, aku ni dah macam atok atok lah pulak.. mmmmmmmm

...Cerita Tamat...

24 June 2010

TQ Daun Keladi Lain Kali Belanja Lagi!!!

...Cerita Mula...


Kung ikau ay lahat? (Apa khabar semau?.Yok... Entry untuk hari ni ringkas tapi padat. Aku cuma nak say TQ kat Datin Nurlizan belanja makan untuk aku dengan kawan kawan time lunch tadi. Rasa segan pulak asyik Datin je belanja, kami tak pernah belanja dia.. Untuk Datin, TQ daun keladi, lain kali belanja lagi...

...Cerita Tamat...

21 June 2010

Main Hujan Dengan Mak Cik JPJ.

...Cerita Mula...

Salam semua, tadi dalam opis aku dok relax je. Hari ni keja tak banyak sangat. Bila tak da keja aku pun  buat buat ada kerja. So, apa lagi, habis aku geledah dompet, geledah punya geledah jumpa pulak surat pajak gadai. Aduh, kecewa duhh.. Tarikh surat dah lepas, dah 1 minggu berlalu. Apa nak buat ni.? Aku try call polis, call bomba, call PTPTN, call JAIS, call Indah Water, call SYABAS. Tapi hampeh, semua tak jawab.. Setiap kali call mesti Mak Cik  pempuan tu yang angkat, Ayat dia tak pernah nak ubah ubah.." Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih" apa lagi, aku hanya mampu menjawab  sama sama Puan  Operator. he he he ( masih lagi nada sedih).



Bila aku check semula,  bukan surat Pajak Gadai yang tamat tempoh , tapi lesen aku dah mampos. Aduhh.. Time ni rasa takut bila nak jumpa abang polis. Rupa rupanya dekat seminggu aku merempit tanpa lesen.. hahaha.. So, apa lagi.. time lunch aku pon pergi merempit kat JPJ Kuala Kubu Baru. Belum sempat sampai JPJ aku dah basah kuyup. Bukan aku kencing dalam seluar tapi aku kena mandi hujan. hohoho.. Nikmat.. Nikmat... Mesti mama dengan papa aku bahagia tengok anak dia main hujan atas moto kan. Mana ada anak orang lain main hujan macam aku tengahari buta.. ngee...

Yang ni masa dekat JPJ pulak, Jumpa dengan sorang Mak Cik India yang basah kuyup macam aku. Then siap perli aku lagi. Dah lah aku basah kuyup, mak cik tu pulak membebel tak pasal pasal. Aku rasa macam nak tembak pakai pistol air. Then, ajak mandi hujan sama sama. Geram sangat, orang tengah sejuk, dia sibuk cerita pasal dia kena saman. Ayoooyooo... 

...Cerita Tamat...

14 June 2010

Mengemis Di Pagi Isnin!!!

...Cerita Mula...

Mmm... pagi pagi lagi aku dah menggangu rumah tangga orang. Semua orang aku call untuk dapatkan contoh report  latihan industri. Tapi, sorang pon tak da. Kecewa aku.. kecewa.. Sekarang tinggal 3 minggu je lagi. Tapi, satu benda pon tak buat lagi. Ayoyoooo... Macam mana ni.. Ada sape sape yang nak tolong aku.. Kalau ada silakan bantu Prince Hairi. "Kecil Tapak Tangan Stadium Bukit Jalil Aku Tadahkan" he3..

...Cerita Tamat...

08 June 2010

Senyuman Dalam Tangisan!!!

...Cerita Mula...
 
8 Jun 2010, dari pagi sampai petang aku dengan 3 orang Bapak Hayam yang perasan hot ni asyik dengan FB, MOVIE, YM, Blog & Game. Lepas je dari lunch, lebih kurang jam 3 petang. Tiba tiba kena panggil dengan bos. Masa ni aku dok berangan dapat berita gembira dari bos lah kononnya ( mood gersang). 

Bila sampai bilik meeting, hahaha.. Semua dah tersenyum. Apa lagi, dapat kerja baru lah. Kerja aku update blog, Alz tengok movie, Mie jadi penyanyi latar untuk malam bersama kanak kanak OKU. Jasmie kerja main game. Seronok gila budak budak ni. Mmmm.. (Sambil bersedih) semua tu tipu semata mata. Tugas yang kami dapat kali ni lagi mencabar dari misi hantar bantuan di GAZA yang tak berjaya tu. (gedik tak aku ? haha)

Kalau U All tak caya pon tak apa. Yang pasti aku akan  buktikan kepada semua. Tugas yang diberi akan aku siapkan dalam masa 24jam. Bapak Hayam semua. Selagi kita boleh tersenyum kita akan tersenyum ok. Chayok Chayok Chayok!!!

...Cerita Tamat...

31 May 2010

Tawaran Berganda Untuk Prince Hairi & Kawan-Kawan!!!


...Cerita Mula...

Horay.. Horay.. Horay... Buat pertama kali aku dapat berita gembira dari bos, aku pon tak tahu nak cerita macam mana. Ok, sebenarnya macam ni. Lepas je dari lunch aku pon buat kerja macam biasa. Tiba-tiba dapat surat tawaran untuk kerja luar. Nak tahu  pergi mana? nak.. nak.. Aku bukannya nak menunjuk tapi sekadar ingin berkongsi cerita je. Tidak lebih dari tu. Ok jom layan cerita aku.

Aku salah sorang yang terpilih mewakili syarikat untuk ke Shanghai, China pada 21 Jun hingga 27Jun. bersama dengan lima orang rakan yang lain. U All jangan ingat aku nak pergi bersukaria sambil makan angin. Sebenarnya aku pergi  untuk menjalankan beberapa projek yang akan dijalankan di sana serta membuat promosi untuk produk yang dikeluarkan oleh Syarikat aku.


Memang berbaloi apa dengan jawatan yang aku pegang sekarang.. Eksekutif Pemasaran, ha ha ha  macam nak bangga diri lah pulak... sabar sabar sabar Prince Hairi.. tak baik riak... Yang pasti Aku, Helmi, Albinus dan Jasmie turut terpilih untuk kesana selama 1 minggu. Yang paling aku suka tahap dewa bila dapat naik flight Bisnes Class. Oh tidak... tidak.. aku tengah happy ni.. tolong aku...

Bukan setakat dapat pergi bercuti, tapi dapat elaun lagi 1 hari RM200. Aku nak tanya U All, bodoh tak kalau aku tolak tawaran ni. Jawapan mesti mudah, Sah sah lah bodoh. Peluang datang sekali je, nape kita perlu tolak, betul tak? TQ kepada Ahli Lembaga Pengarah yang telah memilih kami berempat. Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayat.

P/s- Kepada kawan-kawan doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun 1 minggu Prince Hairi tak da, aku akan pastikan blog di update hari hari. Ha ha ha 

...Cerita Tamat...

20 May 2010

Semakin Hari Semakin Busy!!!

...Cerita MuLa...

3 hari, 3 jam, 33minit, 33saat aku x update blog. Rindu dengan blog, hari Isnin sampai esok aku busy. Aku nak berkongsi sedikit  apa yang aku lakukan untuk 3 hari ni.

  1. Makan + Tido + Mengumpat =  Siapkan Kertas Cadangan #$#*&^ ( Bisnes Plan)

  2. Menari sambil tengok movie = Kertas cadangan $%%$@@ ( Bisnes Plan)

  3. Shopping sambil buka FB = Siapkan kertas cadangan no3 &^%* ( Bisnes plan)

  4. Meeting dekat Ipoh dengan Syarikat German ( Yg ni paling lucu tahap nenek yang tengah nyanyok)
( Sorry lah, aku x leh bagi tahu  kertas cadangan apa yang sedang ditulis, sebab tak boleh bocorkan rahsia syarikat, So, %^^%$# pon ok lah... janji ada kan..)

Kalau U all nak tahu, dari jam 8 pagi sampai lah jam 11.00 malam baru balik. kalau ada Award untuk pekerja mesti aku dapat. Pekerja paling Cemerlang, Gemilang & Terbilang. Duh.. perasan gila aku ni... kalau aku tak puji sape lagi nak puji? betul tak?


 Award untuk pekerja paling TUT.... Lu pikir lah sendiri... yang ni aku sendiri suka-suka nak bagi dekat diri sendiri.. bukan senang nak dapat Award dari diri sendiri. Janji aku bahagia...

Cuba U All bayangkan, 3 Bisnes Plan aku boleh buat dalam masa 3 hari. dengar macam tak logik kan. tapi itu lah kenyataan. bukan nak kata aku hebat, kalau nak tahu, time aku tidur pon boleh mimpi tengah buat marketing, SWOT dan macam lagi. Itullah penangan Bisnes Plan yang aku buat. Biasanya untuk 1 bisnes plan aku ambil masa 2-3 minggu untuk siapkan. Tapi untuk yang ni lain sikit, sebab semua kena siapkan dalam minggu ni untuk dibawa ke meeting Ahli Lembaga Pengarah. Nak x nak, kena juga siapkan. Tq sangat-sangat dekat Helmi, Albinus & Jasmie yang turut tolong membantu Prince Hairi. walaupun Bisnes Plan dia orang pon sama banyak macam aku.


Yang pasti, sekarang time lunch.. sanggup tak keluar semata-mata nak update blog. Then, nak restkan kepala otak ni, rasa macam dah sarat sangat.

...Cerita Tamat...

12 May 2010

Seronok kerja goyang Kaki Sambil Makan KFC!!!


...CeriTa MuLa...

Jam 1 Petang.. Time Lunch.. Kerja.. Kerja..Kerja.. hari-hari kena kerja.. Kerja aku memang seronok,  duduk je dalam penghawa dingin. Makan-makan, minum, lepak, chat, main FB. Oh.. Tak ada maknanya tu semua. Nampak kerja senang tapi memang susah. U all ingat Prince Hairi dok goyang kaki je ke? sambil makan KFC. ha3.. Ni bukan syarikat ayah aku. So, nak x nak kena lah buat kerja. Sekarang masa untuk aku hilangkan stress setelah selesai menyiapkan 1 tugasan. gunakan masa rehat untuk update blog. ye lah masa itu emas.. x elok membazirkan masa. betul x? Aku malas nak keluar makan.. kenyang lagi...

Aku bersama dengan Eksekutif Operasi syarikat semasa meeting untuk projek Mega dekat Korea. poning kepala den.. tah apo yang dicarutkan.. sepatah haram den x paham.. ho3..

Kerja aku tidak  perlu angkat katil dan meja, pasang almari, kemaskan bilik, bagi makan ikan, bagi rama-rama makan, bagi buaya makan, masak sayur, kira wayar telefon dekat TM or gi jual kereta dekat kedai-kedai macam kawan-kawan aku yang lain. Aku  tidak gunakan tenaga yang banyak semasa kerja. Tapi, aku banyak menggunakan akal. Aku perlu banyak berfikir untuk selesaikan masalah. Semua kerja pakai otak. Fikir pasal projek, buat akaun, dan macam-macam lagi. Fikir macam mana nak selesaikan masalah.


Ha3 ni lah kawan aku yang banyak membantu time susah dan senang. tapi cuma boleh pakai 2 bulan je. nanti dah kena pulangkan balik.


Yeah... Mr. Jas.. rakan seangkatan dengan aku..

Yang penting kerja memang penat, badan tak penat, tapi penat berfikir dan terus berfikir. Kalau ada orang cakap kerja tak penat. memang lah orang tu gila. apa kerja yang tak penat? cuba bagi tahu aku.. makan pon penat.. betul x?



P/s- Kepada Helmi.. ko sabar je lah.. Pic ko x da dalam ni. Esok aku masukan dalam blog  pic ko. boleh ke tidak? Sape suruh masuk lewat... so, lewat gak pic ko masuk..

...Cerita TaMat...

10 May 2010

Oh Latihan Industri!!!

...Cerita MuLa...

Hari pertama Latihan Industri, Oh nikmatnya.. malam tadi aku x boleh tido.. jam 3 terbangun, jam 4 terbangun.. setiap 1 jam mesti terjaga.. 7.40pagi dah bertolah dari rumah.kiranya nak datang awal 15minit lah konon.. sampai-sampai je... pintu x buka lagi.. jam 8 baru buka..
Haha.. sempat lagi snap pic.. ni kat dalam Office.. Si Al tu saje je dok kat belakang.. dia tahu aku nak masukan dlm blog.. ngee..

Bila sampai je.. kena isi macam-macam borang.. yang paling penting surat penerimaan jawatan. Jasmie memegang jawatan Pembantu Eksekutif Penyelidikan & Perundingan, Albinus Pembantu Eksekutif Operasi, Helmi Pembantu Eksekutif Kewangan... macam biasalah... paling Vogue sekali aku lah... Pembantu Eksekutif Pemasaran... Ho3... Jangan makan hati ye... lepas ni boleh lah aku promosikan blog Prince Hairi.. Ayat Skema aku guna ni..lala..

Disebabkan x da kerja untuk hari pertama.. So, apa lagi.. Update blog lah.. Lupa nak bagi tahu.. sepanjang LI ni aku dapat NoteBook sebiji.. kerja isnin-jumaat je... Yang penting bila dapat je NoteBook terus Update blog..huhuhu... X da kerja konon.. plastik sangat...sebenarnya kerja dah ada.. tapi x tahu nak buat macam mana.. ye lah.. saya budak baru belajar...

P/s- Kepada kawan2 selamat menjalani latihan Industri...
...Cerita Tamat...

04 March 2010

Tawaran Berganda untuk Latihan Industri.....

Hari ni.. Syukur sangat-sangat... dapat tawaran bekerja dekat Agensi Pelancongan pulak... dengan pelbagai pakej menarik yang ditawarkan... Pasal Elaun & Faedah-faedah lain yang aku dapat aku x mau bagi tahu dalam blog ni.. takut kawan-kawan lain makan hati & cemburu tahap gaban lah pulak...
     Tapi cukup lah untuk aku belanja  shopping 1bulan.... apa tidaknya.. kalau dah jadi Marketing Executive ni kan.. tahu-tahu je.. mesti banyak gi melancong.. kalau dalam 1 minggu tu... ada lah 2-3 hari dok pejabat.. yang lain kerja luar.. pas ni terpaksa lah pulak nak buat  INTERNATIONAL Passport pulak... sambil latihan Industri sambil melancong... huhuhu... sekarang ni cuma tunggu kelulusan dari pensyarah je.. kalau lulus.. Alhamdulilah...
     Tapi kalau yang ni x diluluskan.. terpaksa lah keja dekat Proton Edar tu.... hehehe... lupa pulak nak bagi tahu kat u all.. tadi time gi dekat agensi pelancongan... abg tu bagi Hairi Tshirt From Vietnam....  dia baru balik dr vietnam.. nanti Hairi masukan dlm blog ye.. thx sangat-sangat dekat director tu.. sebab abg tu lah pemilik Agensi tu... lalalala.... datang-datang terus dapat kerja... so.. bila nak pergi jumpa orang kena lah pandai main dengan kata-kata & Yang paling penting Vogue... Vogue.. Vogue.. hehehheeh.. X sia-sia paper perundingan sem lepas dapat A. sebab aku dah aplikasikan dalam kehidupan harian...
P/s- Ikhwan & Syahir ko jangan makan hati lah dengan aku..  harap-harap... dapat lah keja dekat kilang TOYOTA kebanggaan keluarga ko tu.. kalau x dapat TOYOTA ko gi la dekat PERODUA huhuhu.. Tp x Vogue lah... weekkkkk... boleh ke tidak?

Aku Seorang Sales Executive..


...Cerita Mula...
Hampir sekian lama memikirkan tempat untuk membuat Latihan Industri.. akhirnya terjawab juga hari ni.. Petang tadi Aku, Hasnan & Richard Pergilah dekat Proton Edar Tanjung Malim untuk mencuba nasib. ternyata tidak sia-sia aku gi sana. mula-mula mohon kerja bahagian Pengurusan.. tapi dah penuh lah pula.. So, orang tu pon tawarkankan jadi Sales Executive..  ye ke sales Executive ni... wakakaka.. u all pikir lah sendiri... malas nak  carut2 dalam blog ni... kerja dia macam Vogue lah juga..HAri-hari leh gi jalan-jalan... sape yang x nak kan..
     Pengurus tu cakap, boleh pilih keta mana yang aku nak bawa untuk tujuan promosi.. dapat lampu hijau tu.. sekurang-kurangnya untuk 2 bulan ni dapat juga pakai keta.. huhuhu... dapat juga lah elaun & komisen kalau dapat jual keta.. ni yang aku suka ni... Tp u all ingat jual keta macam jual ikan dekat pasar ke? klu x betul2... satu keta pon x dpt jual..hehehehe...
     Apa-apa pon syukur sangat dah dapat tempat nak buat LI.. x da nak pening kepala lagi....

10 February 2010

Pening Memikirkan Latihan Industri...


Aduh.. dekat mana aku nak buat ni.. pening kepala.. cuti 2 bulan ni.. aku kena buat LI... tapi tempat yang membuatkan aku pening ni.. tapi aku bernasib baik.. 8 negeri telah dibuka untuk LI antaranya:
  • Perak
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Pahang
  • Kelantan
  • Terengganu
Tarikh Latihan Industri - 
9/10 Mei Hingga 2/3 Julai 2010.
Syarikat yang dibenarkan PKS (SME) dan GLC.
p/s- kepada sesiapa je yang ada cadangan tolong lah bagi tau dekat aku. yang penting aku x mau LI dekat kilang. x vogue lah. Paling Busuk & keji pon bagi lah dekat SPA ke.. kalau x dekat AirAsia, Mas.. Syarikat yang ternama.. wakakakaka...