Mmm.. Aku just nak bagi tahu yang aku kembung perut.. Bukan setakat kembung.. Tapi dah 10 kali gi toilet.. Hencik toilet dah tak larat tengok muka aku... Selang 10 minit Hencik toilet terpaksa berjumpa dengan aku.. hik3..
P/s- Makan ikut kemampuan.. Jangan ikut perasaan. Berhentilah makan sebelum anda diberhentikan makan... Pesanan Ikhlas dari Prince Hairi.
Mmm... Malam ni entry pendek je. Just nak bagi tahu yang Richard belanja makan. Biasalah orang dah dapat gaji kan. So, Layan je lah pic dekat bawah ni... ( Mood sedih dalam ke"Happy"an)
P/s- Bila gaji aku nak masuk ni.. Penantian itu satu penyiksaan... mmmm.... So..sad... Richard.. Thanks belanja Prince, Nan & Wen...
Salam semua, minggu ni aku lebih suka post entry pasal makanan dan buah-buahan. Kalau anda belum tahu, tema minggu ni buah-buahan dan makanan. So, anda layan je lah. Hari ni aku nak bagi tahu satu dunia kenapa perlu cuci buah guna air garam.
Ha ha ha.. buah pulasan. Sekali tengok memang sedap. Dua kali tengok kompom tak mau makan. Nak tau kenapa. Jom tengok gambar bawah ni...
Yokk.. tengok dalam air garam yang telah direndam dengan buah pulasan tadi. Nampak ulat dalam air tu, sekali tengok macam ulat nangka yang selalu joget joget kalau jatuh dekat tanah.
Setelah diteliti menggunakan kanta pembesar, ha ha ha... ini dia, ulat yang suka joget joget masa musim dingin. Bak kata adik aku, macam ulat beluncas. Kalau kita bela lagi dua 3 minggu dia bertukar jadi Kupu kupu. Ya, kupu kupu. Mungkin juga boleh jadi rama rama. Kalau tambah lagi 6 bulan dah boleh jadi Kupu Kupu gergasi dekat Alamanda, Putrajaya. he3..
Salam semua, Prince ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan buah Apple yang diimport dari luar Negara. Hati hati ketika anda membeli dan makan. Pastikan anda tidak makan kulit Apple kerana kemungkinan ianya dilapisi dengan lilin. Kalau tidak percaya, aku akan tunjukan. Sila lihat di bawah.
Wax digunakan untuk memastikan Apple kekal segar dan tahan lama. Pasti ramai yang tidak percaya, WAX membolehkan Apple menjadi segar sepanjang masa. Adakalanya boleh bertahan sehingga 1 tahun. Wax juga menghalang bakteria dari merosakan buah tersebut. Sila makan epal setelah anda membuang kulit ataupun mengikis lilin yang terdapat di kulit. Seperti dalam gambar di bawah.
Haha.. Hari ni aku nak mencarut pasal burger lah pula.. dah 2 hari x update blog.. busy je.. PM pon x busy macam aku ni... hari-hari kena penuhi permintaan peminat, sama ada di Malaysia, mahupun luar negara.. lala... Nampak sangat aku ni penipu..LoL...
Apa yang aku merepek tengahari buta ni.. Oh.. aku nak cakap pasal malam tadi.. makan dekat KFC Tg. Malim dengan kawan aku.. bila aku order set X Meal.. masih teringat dengan cashier tu.. NABILA nama dia... memang lucu dia ni... Dia boleh sabar dengan perangai aku dengan kawan aku.. huhu... biasa lah aku ni suka noty2..huhu..
Oh, Nabila.. ko ni memang cool je.. 1st sekali ayam yang dia bagi kecik.. aku x puas hati.. so, tukarkan semua yang besar2.. Siap tanya lagi nak tukar semua ke? kalau U All nak tukar semua ke x? Sah-sah lah nak kan.. huhu.. kawan aku siap sindir lagi tadi Nabila bagi ANAK HAYAM sekarang ni dah bagi Mak HAYAM lah pulak.. kalau U all nak tahu... Terguling2 dia dekat bawah gelakan aku dengan kawan aku.. huhu.. selamat x keluar kencing dia kat situ.. hehe.. 2nd, pasal air.. lain aku mintak lain yang dia bagi... Apa lagi, " Cik NAbila nak tukar air lain boleh?" Nak tau apa dia jawab.." Boleh2.. bpe banyak nak tukar? kalau time tu aku mintak 10? rasa2 dapat x? sah2 lah aku kena lenyek pakai mesin kentang tu... huhu..
Yang paling x tahan pasal duit 5 sen, 5 sen x da lah.. kalau bagi 10sen nak x? bukan setakat 10sen... 1000sen pon aku terima..huhu..sengal sangat.. Bila dah makan, Burger pulak x habis.. makan ayam pon dah kenyang.. so apa lagi... masa untuk tapau... Ingatkan nak amik sos atas meja tu.. Biasanya amik sos atas meja.. malam tadi nak jadi lelaki Melayu terakhir lah kononya.. x mau amik sos tu.. mintak yang packet kat bawah.. Masa nak amik, siap kena sindir dengan kawan dia, aku mintak 2 packet je..sebab x minat sangat sos ni.. " Cukup ke 2 je" apa lagi, boleh bagi 20 packet x?.. betul2 dia bagi.. tapi aku amik 4 je cukup lah.. x baik tamak... Ayat terakhir Nabila...." Abang ni suka makan sos ke? nak tau jawapan aku apa...!! Abg x suka makan.. tapi sos ni nak cili mulut kawan2 dekat rumah tu.. Sos KFC pedas sikit dari yang biasa....huhu.. kalau Nabila nak pon boleh gak.. free je...
Ish..ish..apa kaitan dengan burger king ni? aku pon x tahu.. haha.. mungkin teringin nak makan burger King kan...
( U All mesti suka makan kangkung kan? memang sedap.. kangkung goreng belacan.. aduh..sedapnya... terasa lapar lah pulak perut bila cerita pasal kangkung ni.. lepas aku cerita pasal kangkung aku yakin U All akan terus kenyang)
Cerita ini, kakak aku yang emailkan. Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula. Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
(Cuba anda bayangkan, lintah ini berada dalam perut anda.. kemudian beranak sampai beribu-ribu ekor.. ish...gelinya aku.. naik bulu romalah pulak...)
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.
p/s- Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung. kalau U All nak tahu, aku sekarang tidak makan kankung lagi.. takut sangat-sangat. Tapi kalau dah ajal nak buat macam mana kan? betul x?
U all untuk post kali ini lebih kepada memaki dan melahar orang. Biasalah tengah-tengah bulan ni. Bukannya aku ni datang bulan, tapi teringin pulak ingin maki orang sampai orang tu merajuk naik ke bulan.. hahaha... Mungkin ini cerita dah basi yang akan aku HOT kan...
( Inilah kedai yang aku maksudkan, memang keji sangat-sangat.. Nak tahu sebab apa.. jom aku ceritakan dari A-W sahaja.. kalau nak sampai Z datang bilik aku ye..lalalala)
Semalam di Cameron lebih kurang Jam 3petang, kami berempat terlalu lapar yang amat. dari pagi sampai petang cuma makan roti, asam, ais cream, coklat dan Strawberry sahaja. Tiba-tiba lapar nasi. cari punya cari tidak juga jumpa dengan gerai makan, kalau ada pon kedai cina dan india. Sehinggalah kami jumpa dengan kedai dekat dengan lorong pasar.. kedai ni lebih kurang macam warung lah.
( Satu-satunya kedai Melayu yang jual nasi di sini.. keji sangat...)
Dipendekan cerita, Aku dan geng aku makan Nasi Ayam dan Teh O Ais. mula-mula tak da lah marah sangat. yang buat aku marah sangat dengan orang tu dia cadangkan suruh amik nasi tambah. So, salah sorang rakan aku terimalah tawaran tersebut, dan aku dengan 3 rakan yang lain menolak. Bila sampai je nasi dia bagi tahu " dik yang ni untuk nasi tambah ye". yang ni nasi biasa. Rasanya nasi tu sama banyak dengan nasi kami, cuma bezanya nasi tambah tu dia taburkan dalam pinggan. Memang keji makcik tu.
Kes kedua, dah macam nak belajar law lah pulak kan siap ada kes lagi... hahaa.. kami belum habis makan lagi.. ada lah ayam dalam pinggan tu. air pon x habis lagi, dengan penuh bergaya dan kurang sopan Mak cik tu terus angkat pinggan tu, x mintak izan lagi.. Dia ingat muka dia cantik sangat ke, dah lah hidung kembang macam badak sumbu, Gigi macam Halimah Jongang Vs Esah Jongang, muka macam tengiling bunting 14tahun, baju macam orang kampung.. sakit hati...
Aku bukan marah sebab tu saja U all, Layanan dia macam kami ni mintak sedekah je, kami bayar lah. bila letak makanan pon macam nak retak 100 pinggan tu. nasi dia terlalu sikit, air macam x da gula, mahal nak mampus.. kalau makan KFCpon kenyang lagi.. harga pon dekat nak sama dengan KFC. baik makan KFC kan.
Tiba masa nak bayar pulak, bila aku cakap nak bayar asing-asing terus dia lari masuk dalam. memang sial perangai dia. time tu rasa macam x mau bayar je. boleh lagi buat muka marah dan bengis. bila aku bayar siap campak baki duit tu atas meja,bukan itu sahaja terima kasih pon x cakap. sakitnya hati. Aku ingat nak bagi penampar 360' dekat makcik tu.. tapi tempat dia kan. hari ni hari dia.. kawan-kawan aku marah sangat-sangat dengan kedai tu, bukan setakat mahal, kotor, kecil, busuk, pekerja dan majikan dia pon sama juga.
P/s- kepada peniaga di luar tu.. janganlah bersikap kurang ajar dengan pelanggan. tanpa pelanggan siapa lah anda. dan U all yang nak pergi cameron jangan makan kedai ESAH ni.. kedai yang paling keji aku pernah makan. kepada EsaH.. selamat time tu x da kedai lain yang buka. ko ingat aku teringin sangat ke nak makan kedai ko tu. kalau bagi FREE pon aku x hingin...
( Ini dia Mee Bandung Special kedai Air Kelapa kebanggaan Keluarga Ikhwan, CD, Richard & Hasnan)
...Cerita Mula...
Mmmm.. Mesti ramai yang meleleh air liur bila melihat Mee Bandung ni.. Aku pon sama gak.. bukan setakat meleleh.. tapi nak muntah pon ada... hehehe.. yang tu baru mukadimah je... yang ni baru HOT STORY... tadi time Dinner budak2 rumah ni ajak keluar makan dekat KEDAI AIR KELAPA sebelah dengan Restoran CupaK tu.. tapi aku menolak disebabkan hujan.. So, apa lagi tapau je lah.. pikir punya pikir teringin nak makan Mee Bandung.. rasanya hampir 3 kali bulan mengambang dah x makan mee ni... dengan harapan x da lah kempunan kan..
Bila dia orang pulang, Mee Dalam bungkusan telah kelihatan.. sdapnyaaa.... sehingga menjilat jari kaki..heheheh.. Mee yang banyak.. kuah yang pekat diasingkan.. bila buka ja.. Tu sahaja yang tahu banyaknya mee tu.. memag puas hati.. YANG membuatkan aku TERUJA sangat kenapa rasa dia macam Mee Hailam & Mee KungFU.. Muskil sangat2.. memang x sedap.. harapkan kuah je pekat & warna merah... tapi sedap lagi taik lembu yang mak cik-mak cik jual dekat pasar malam, taik kambing yang jual borong dekat pasaraya Mydin.. Terputus selera nak makan.. aku cuma makan sayur ja.. yang lain x habis.. Selebihnya dihabiskan oleh TONG HITAM di DAPUR..huhuhuu.. So, Menu malam ni ditukarkan dengan Air Mineral + Mister Potato...yammm.....
P/s- kalau kita nak makan jangan tengok pada paras rupa ja.. indah kabar dari rupa.. sama juga dengan manusia.. kalau muka cantik tapi perangai x boleh blaa..... ngeee...
Petang tadi sempat lagi makan Pizza dekat pekan.. Pagi tadi.. time Norish Datang aku cakap dengan dia.. teringin nak makan Pizza... dah 2 minggu x makan pizza.. KFC dgn McD baru je lepas makan minggu lepas. Tiba-tiba je Norish ajak aku makan.. ingatkan dia main-main.. Tiba-tiba.. Masa aku dok dekat umah fauzal tadi.. dia pon mesej.. ajak keluar jam 5.30.. macam biasalah.. Ponteng Class lagi lah aku dengan dia...tapi x pa tu class minor je..
(Ni lah dia air yang aku cakap sedap tu... memang sedap.)
Bila sampai je Pizza ingatkan nak beli ala Cut je.. sebab dapat discount 30% kalau bayar guna kad Maybank.. tapi macam rugi lah pulak.. dah alang-alang nak makan.. baik beli 1 set je.... pikir punya pikir beli Pizza yang baru keluar dalam TV tu... aku teringin juga nak rasa kan.. sedap tu memang sedap.. tapi puas aku nak habiskan.... besar kot... Air dia kami tukar.. Norish Minum Manggo aku Minum Asam Boi.. memang sedap air dia...
( Ala... meleleh air liur Norish Tengok Pizza ni.. sabar2... jap lg kita habiskan pizza ni..lalalala..)
(yammm.sedapnya... makan hati kot orang sebelah aku yang order tapi masih x dapat lagi pizza.. Jemput makan ye...)
Lepas je makan terus gi shooping dekat pekan nak beli baju.. baju nak balik Kg x beli lagi.. tapi x jumpa.. sebab x da saiz.. kesian kat aku... apa-apa pon thx Norish.. bg tompang MOTO LC MERAH dia tu... hahaha... dan teman aku gi shopping... lalalala...
P/s-Kepada Helmi, Hasnan & Ikhwan jangan makan hati lah.. sory x ajak u all semua.. sebab aku pon tompang moto orang.. lain kali baru kita gi sekali ye... lepas ni jangan lah buat gosip sumbang.. Sesungguhnya"FITNAH ITU DOSANYA LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH... AMIN...."
HAri ni, Time Lunch Hasnan masak untuk kami di rumah ni... sebelum ni, aku memang tak makan Ikan PAtin. bila dok je Tg. Malim baru belajar makan ikan ni.. sebab Family aku x makan ikan PAtin sebabnya ikan ni bau hanyir sikit kan..? bila dah makan rasa sedap pulak.. ye lah ikut cara orang yang masak kan..
Bila HAsnan masak je tadi, sama lah macam kedai punya. garam, gula, tempoyak & sebagainya cukup rasa. Tima Kasih banyak-banyak kat Hasnan untuk Lunch hari ni... menu lain yang dia masak tadi sosej + kentang masak kicap. dan tea o ais...
Bila baca je tajuk ari ni nampak cam menarik je kan?... haahhaha... apa taknya.. tiba-tiba je cerita pasal makanan.. mesti semua orang ingat aku tengah lapar kan.. kalau nak tau sekarang ni dah jam 12 lebih... memang tengah lapar ni.. tapi x leh makan.. aku tengah diet.. berat dah naik 3kg.. sekarang dah 59kg... mmmmm...tapi aku semangat lagi nak post story kan... nampakkan pic kat atas tu....? ni lah Beef Steak yang telah diinovasi oleh Chef Shahril yg di import khas dari Manjong,Perak. untuk menyedikan resepi ini mengambil masa 3hari 2 malam je.. pekerja yang diperlukan sekurang-kurangnya 38orang. mesti anda tak percaya kan..? aku pon x caya... hahahahha... semua kena tipu... lalalalala... kalau nak tahu resepi dia kena tanya Chef lah.. aku pon x leh bagi tahu...
(Gambar Sasukar Sakura, yang sedap.. Rasa sekali pasti menjilat Jari Kaki mmmmm)
Yang ni pulak resepi kedua Chef kita.. dengar nama pon dah tahu sedap kan.. memang menangis kalu makan.. sedap sangat-sangat.. ni 1st time aku makan benda ni... bahan-bahan yang digunakan daging, telur, bawang, cili... dan macam-macam lagi lah.. kalu nak cerita 3 hari 3 malam pon x habis... masakan ni kita makan dengan roti... ala-ala orang arab punya makanan lah... rasa dia macam kebab pon ada gak..
Apa-apa pon nak ucapkan terima kasih kepada Chef Shahril yang sudi masak untuk kita orang di Taman Nusa. Sebab dia yang sponsor untuk beli barang ni... x lupa juga kepada Helmi yang terut menjadi sponsor bersama.. seterusnya kepada Penghuni rumah Taman Nusa yg memberi pinjam peralatan dapur & barang-barang.... Terima Kasih Daun Keladi, Kalau boleh.. lain kali masak lah lagi... bak kata pepatah kecik tapak tangan stadium bukit Jalil kami tadahkan...
Tiba-tiba teringin pulak nak makan Ice Cream Vanilla.. Kalau ada lah kat depan mata ni.. 10kg pon aku leh habiskan... Rasanye baru 3hari lepas makan Ice Cream... Teringin sangat-sangat... kenapa aku teringin nak makan..? tadi time gi pekan pas tu nampak budak kecik keluar dari Pizza.. kat tangan dia ada Ice Cream.. kalau mak dia x da tadi.. memang aku mintak sikit..
Bila dah nampak dia keluar dari Pizza teringan pulak nak makan Pizza.. Dah macam orang mengidam pulak aku ni.. hahaha... Apa-apa pon esok, lusa @ tulat aku mesti gi beli Ice Cream tu...
Tapi kalau ada orang nak belanja lagi best kan... sape2 yang nak belanja tu.. call je... talian di buka 24jam...
1 Jan 2010.. hari pertama macam2 azam kita nak buat kan... celik je dari tido dah mula pasang azam baru.. Tahun ni punya azam sama je macam tahun lepas.. sebabnye tahun lepas punya azam pon x tercapai..pas tu nak buat azam baru lagi... sah2 lah x tercapai.. bila azam tahun lepas dah tercapai baru pasang azam baru... Bangun je dari tido dah gi KHAR.. ari ni nk jmpa kwan2... ada meting untuk persatuan JEJAKA2 KEGERSANGAN PILIHAN UPSI... hahaha... Presiden dia PUT, S/U- SHAREL, BNDAHARI- HAIRI & EXCO- USTAZ... untuk aktiviti hari ni kami nak gi makan2 je.. ye lah, peresiden kita orang baru menang lotri 5 Juta.. sah2 lah kena belanja anak buah dia orang makan KFC.. Menu Ari ni.. 3 set Snack Plate, 1 set Dinner Plate.. tambah Cheezy Wedges... kalau dinner Plate mesti semua orang tahu sape yang makan kan.. tengok je MAFIN sape paling naik..tu lah orang yang makan Dinner Plate.. hahha.. bila dah bkumpul 4 orang ni..macam STORY kluar kan.. baik yg ok mahupon x OK... lama gak lah dok dlm tu...
Lepas je makan .. gi Repair jam Afiq ( Ustaz).. tali jam putus.. lepas ni DIJAMIN x putus lagi... kot putus gak x tau r.. mmg tangan dia tu tangan TUT...... then, gi shopping dekat pekan.. time shoping tu nampak lak seluar TRACK BOTTOM yg vogue.. apa lagi.. semua beli... kebetulan petang tu nak gi kursus tapi seluar x da.. dah macam BORIA lak pulak semua beli sama jak.. tapi x pa.. bila pakai nampak sexy kat bhgn punggung & kwsan yang sewaktu dgn nya... lebih kurang dkt jam 12 lebih kmi pon balik.. ye lah hari jumaat kan.. semua nk gi SOLAT JUMAAT... tambah2 si Sharel tu.. hahaha... Kepada PUT...Tima Kasih banyak2 belanja makan tu ek.. lain kali kot nk belanja lagi.. kami mmg dh bsedia untuk dibelanja.. bak kata pepatah KECIK TAPAK TANGAN STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN KAMI TADAHKAN.... smoga rzeki tu mlimpah2...