Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti Malaysia. Show all posts

10 December 2016

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 3 DAY 3

...Cerita Mula...

Alhamdulillah.. Dah masuk hari ketiga. Aktiviti hari ni pusing-pusing bandar Shenzhen. Seawal jam 9 aku dah kena tunggu dekat lobby. Ingatkan ramai yang join. last-last kami berempat je. Naik lah van. Nasib lah pemandu pelancong aku mesra alam sikit... 


Selepas breakfast terus je naik van.. Nasib lah dapat van yang okay.. ikutkan boleh muat 12 orang.. tapi kami naik 6 orang je termasuk driver.. So, ada lah runag untuk melunjur kaki.. Letak barang bagai kan...


Tempat pertama wang wajib pergi Chinese Herbal Shop. Aku memang dah tahu taktik dia orang menjual macam mana. Berdasarkan pengalaman dekat Beijing dulu. macam-macam ubat ada jual kat sini. Cuma harganya agak mahal. Selepas seorang profesor dari Indonesia menerangkan tentang jenis-jenis ubat. Aku dan isteri dibawa masuk sebuah bilik kecil. Masa ni ada seorang Doktor akan pegang tangan dengan jari. Kemudian kalau kita ada penyakit doktor tu dapat kesan. nampak sangat penipu. dari 10 yang doktor tu cakap. 30 tak betul. Biasa lah, nak jual ubat kan.. berani dia cakap jantung aku diselaputi lemak.. Ada masalah buah pinggang, hati tak berfungsi dengan baik.. Semua penyakit yang tak elok ada dekat aku.. tak beragak nak menipi.. Kalau dia check orang tua.. Memang confirm sakit tulang dan sebagainya...




Mi tarik.. Memang sedap..


Restoran halal tempat aku makan..


Perjalanan diteruskan ke CHINA FOLK CULTURE VILLAGE. Sepatutnya sekali tengok show kat dalam ni. Tapi aku tukar jadual, dan minta driver tu bawa tempat shopping dekat area bandar. Tak larat nak menunggu sampai 5-6 jam dekat dalam ni.  memandangkan kami menukar jadual perjalanan. Terpaksalah kena bayar sorang HK$100 lebih kurang RM60. Dari kawasan ini untuk ke Shopping lebih kurang 1 jam.. patut lah mahal kena cas.. Itu termasuk sekali dengan parking.


Memandangkan kami malas nak jalan kaki. Apa lagi.. Sewa je train.. Seorang bayar HK$40 lebih kurang RM24. Okay lah kan.. 30 minit perjalanan.. Kalau jalan kaki dengan keluasan beribu ribu kaki persegi.. Memang 2 hari 1 malam baru habis tawaf.. tak apa.. Kami dah jimat masa dekat sini.. Masa lebih boleh habiskan dekat shopping....



CHINA FOLK CULTURE VILLAGE





Shopping time... baru-baru sampai dah dapat barang yang aku cari....


Shopping area Baohua Baima.. Kawasan ni lebih kurang Ladies Market. Banyak barang perempuan... Harga pon sangat berpatutan... Ikut barang apa yang korang nak beli... Nak yang  murah.,  Nak yang mahal.. ikut kepada kemampuan korang lah.. Dekat sini kami habiskan masa lebih kurang 3 jam... Dekat luar kawasan ni dah macam syurga shopping... 

Okay lah.. Nanti samnung hari keempat pula ye...

...Cerita Tamat...

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 2

...Cerita Mula...

Hye all.. Today aku nak story mory untuk hari kedua. Hari yang penuh dengan pancaroba. Susah betul kalau trip sendiri kan.. pakej pon tak macam pakej.. Day 2.. Pukul 8.40 Pagi dah kena berkumpul dekat stesen MRT area hotel. Mula-mula agak bengong juga. Kejap suruh tunggu dekat lobby. Kejap dekat MRT. Tunggu punya tunggu sampai lah bas. Lebih kurang macam bas angkut angkut. Bas akan berhenti dekat hotel hotel untuk ambil penumpang.



Tempat pertama yang aku pergi Golden Bauhinia Square. Orang sibuk bergambar kat sini. Aku pon amik je lah.. Janji ada gambar nak buat kenangan. Ramai je yang komen.. kenapa dekat baju ada sticker A. A tu untuk Ann Travel.. Senang.. Kalau sesat tunjuk je sticker tu.


Seterusnya Repulse bay.. 15 minit je masa untuk ambil gambar. Hello! Ingat cukup ke 15 minit.. nak selfie je dah 10 minit.. tu tak cari lagi tempat-tempat nak posing.



okay.. With my lovely sayang.. Ko hado? 


Destinasi seterusnya.. Aberdeen Fishing Village boat ride.. Masa ni korang akan dibawa pusing-pusing area kapal-kapal dan pelabuhan. tengok boat. Bayaran dia hanya HK$60 atau RM36.. Perjalan lebih kurang 15 minit sahaja. Rasa macam tak berbaloi je.. Pusing bangang-bangang dah habis. Macam membazir je naik natang ni..


Macam ni lah pemandangan dia.. Kira okay lah..


Ini kedai cenderahati.. Nak beli pon fikir 10 kali.. Biskut kacang macam ni pon 4 botol HK$200. kat malaysia sebotol baru RM10 Dik Non oi... Membazir amalan syaitan.. Jadi aku lupakan niat nak beli biskut ni... Yang penting kenyang dah makan tester dia.. hahaahah








OTW Shenzhen pula... Dari Hong Kong lebih kurang 45 minit je.. Train kat sini sangat banyak. lebih kurang 5-10 minit ada. Jadi korang tak perlu risau sangat. yang pasti jangan salah naik train yo.. ada yang sampai  Lok Ma Chau nanti... Actually tempat naik train dekat Hung Hom to  Lo Wu.


Keadaan dalam train yang sangat kondusif.. Kalau setakat berdiri tu orang kat sini tak hairan dah..


Bila sampai je dekat China immigration kami terus ke kaunter 1. Dekat sini kami ambil visa dekat ejen yang dilantik. Visa yang digunakan ialah visa berkumpulan. masa ni korang kena beratur mengikut nama dalam susunan. Kalau dah masuk China ni.. Pegawai yang jaga dekat sana memang macam singa sikit. tak da yang senyum.. Kau punya passport pon main campak sesuka hati je.. Very the keji perangai.. Tak mesra langsung.. Seterusnya kami dibawa naik teksi.. Tambang dari airport  ke hotel lebih kurang Yuan $ 30 dalam RM20. Ini sudah termasuk dalam pakej.


Tempat pennginapan di FX Hotel.. Hotel yang sangat selesa.. Berdekatan dengan shopping mall.. Sebelah hotel ada restoran halal muslim.. Dengan harga yang sangat berpatutan... Aku suka stay area ni.. Semua ada..


WIFI free pon ada.. Kalau datang China kalau guna WIFI dia.. Memang mati lah korang tak dapat Ber Facebook, Instagram, google pon tak boleh nak layari. Semua kena block.. Tapi nasiblah dah roaming awal-awal.. Jadi tak lah terputus hubungan dengan kawan-kawan. Tapi kalau korang hantu Wechat, tak ada masalah.. boleh main sampai lebam-lebam. 


Bilik yang sangat selesa.. Ruang yang sangat besar.. Sesuai untuk 6 orang.. Siap bagi tambahan katil lagi...

Untuk hari ketiga aku akan update nanti ya.. Dah berpusing-pusing biji mata nak ingat semuala...

...Cerita Tamat...



01 April 2012

Jalan-jalan Cari Makan

...Cerita Mula..

Minggu lepas aku sempat keluar dengan kawan-kawan sekolah lama. Cikgu-cikgu masa aku praktikal dulu. Lokasi pilihan KL.. Time ni nak shopping pon tak bernafsu sangat.. Ye lah.. orang lain semua dah gaji.. Tapi aku dah 3 bulan kerja.. Gaji pon tak masuk lagi.. Tapi selamatlah baki gaji masa jadi kaunselor dulu masih ada lagi.. Boleh gak join kawan-kawan bersukaria. So, aku gi naik keta Cik Nusrah.. Lokasi pilihan KLCC.. 


Yeah.. ini dia si Cikgu Hairi.. 


Korang ingat budak sekolah jew boleh masuk Petrosains? oh tidak... Aku pon nak masuk juga walaupun dah 3 kali masuk dalam ni... Saja-saja nak habiskan masa yang terluang.. :P


Cikgu Sahar dan Cikgu Nusrah..


Cik Nusrah..


Okay.. Sempat lunch kat SUBWAY...

...Cerita Tamat...

04 January 2012

Grand Lexis, Port Dickson (Part 3)

...Cerita Mula...

Hye all, morning.. Happy New Year.. Ekceli tak da apa yang menarik nak dicerita.. Just nak masukan pic yang telah berkulat.. Pic tahun lepas.. Seperti yang dijanjikan 30 DEC 2011 aku gi bercuti dengan my best friend.. So, u all layan  je lah pic percutian kita orang ek..


Okay.. ni pemandangan dari dalam bilik..aku tangkap dari ruang dapur..


Ni ruang tamu.. U all tengok..Tengah-tengah bercuti pon sempat lagi nak online.. Ni tengah kerja okay.. Chat dengan my student.. 


Aku sangat tertarik dengan katil ni.. siap ada tangga lagi.. Memang unik sangat.. Tengah-tengah siap ada lampu lip lap lagi...


Okay.. Model untuk swimming pool.. Uncle Husni.. lol..



Ehh... Ada pulak pic orang tua ni.. Kot sekali tengok.. macam pandai berenang je kan.. Tapi kan.. Indah khabar dari rupa... Bila lah aku  nak pandai berenang ni.. :p


Muka budak baru bangun tido.. Bangun-bangun terus cuci mata kat kolam.. lol...




Yang part ni paling aku tak boleh blah.. Part saja-saja nak test camera 8 mpx.. Serius .. Samsung Galaxy S II memang terbaik lah.. Kualiti dia sangat okay.. dh mcm I Phone 4...


Dimana ada Prince.. Di situ ada pic.. 


Amik kau.. Ini bukan kaki gergasi.. Ini kaki aku yang baru cedera parah disebabkan terkena bucu kolam..




Masa untuk melantak Pizza.. 

P/s- Kalau korang nak gi bercuti.. Tak payah lah pergi masa cuti sekolah.. Nak tau sebab apa? 1st.. Harga dia dua kali ganda mahal.. Kedua.. Orang ramai yang amat.. Sesiapa yang masih belum gi bercuti di Grand Lexis, PD.. Korang try lah.. Memang best.. Hotel dalam air.. Dalam bilik ada kolam renang.. Yang penting dapat merasa dok hotel mewah.. Setakat ni.. Grand Lexis merupakan hotel 5 STAR dan yang paling mahal kat PD. Walaupun mahal memang puas hati... Thanks kawan-kawan yang sudi temankan aku gi bercuti.. :)

...Cerita Tamat...

30 December 2011

Grand Lexis, Port Dickson (Part 2)

...Cerita Mula...





P/s- Mood Pemalas nak update.. Esok lusa baru nak update yang penuh... Hahahaha.. 


...Cerita Tamat..



25 December 2011

Grand Lexis, Port Dickson (Part 1)

..Cerita Mula..

Hye all, Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Selamat Hari Natal kepada kawan-kawan yang celebrate hari ni. Yeahhh.. Aku baru saja booking untuk percutian akhir tahun. Nak tahu dengan siapa? hahahaha.. Biarlah rahsia.. Tunggu entry seterusnya...  

Okaylah, lokasi pilihan Grand Lexis, Port Dickson. Kalau korang nak tahu.. Dalam bilik setiap hotel ada private swimming pool  with garden. So, tak payah nak mandi kolam terbuka punya kan.. So, bilik yang menjadi pilihan hati Grand Pool Villa. Nak tengok macam mana bilik dia? Jom...



Okay.. Ruang bilik yang boleh  memuatkan sehingga 4 orang.. Kalau gi berdua. Sure rugi kan.. 


Swimming pool  dalam bilik.. So.. Korang tak payah nak mandi kat luar kan.. Nak kuak lentang..dada.. suka hati.. Janji korang bahagia..


Pemandangan dari luar...


P/s- So.. Aku gi 30hb ni.. InsyaAllah pic seterusnya akan diupload.. Doakan aku selamat pergi dan selamat sampai.. Semoga dipermudahkan oleh-NYA..

...Cerita Tamat...