Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label UPSI n AT45. Show all posts
Showing posts with label UPSI n AT45. Show all posts

29 July 2011

Prince Dah Konvo

...Cerita Mula...

Hey all.. Setelah 4 tahun berjuang kat UPSI. Akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Macam-macam dugaan yang aku tempuh selama 4 tahun ni. Tapi, semua aku tempuhi.. pahit, manis, suka duka aku dah tempuhi...  Aku syukur sangat... Semua pengorbanan yang aku lakukan berakhir dengan kejayaan. So, korang layan je pic aku ek...



Prince with my lovely mum.. Mama yang tak pernah jemu  menyokong aku.


Sempat snap pic dalam library Tuanku Bainun..


Yeah.. Bila tengok pic ni.. semua orang tahu kat mana.. Ni dia tasik Proton City.. Tempat yang paling best kat Tg. Malim..


Mie, Miniq & Prince...



P/s- Thanks kepada my family, kawan-kawan AT45, Pensyarah & sesiapa sahaja yang banyak membantu aku selama 4 tahun aku berada di UPSI. Tanpa mereka, aku tak mungkin dapat mengengam segulung Ijazah.

...Cerita Tamat...


03 June 2011

Tahniah Mastura & Ina

...Cerita Mula...

Congratulation kepada Mastura & Ina yang baru melangsungkan majlis perkahwinan yang agak gilang  gemilang di Alor Star, Kedah & Kangar, Perlis. Urmm.. Cepat korang dua kawin kan? Kalau mengikut perancangan, Kak Mas kawin 1 Jun 2011 & Ina pada 2 Jun. Tiba tiba Si Ina tukar tarikh 1 Jun. Nak tak nak, terpaksa juga gi hari yang sama.


Okie.. Macam biasa.. Sesi bergambar dengan pengantin.. Yang ni Kak Mas..


Sesi gedik mengedik dalam bilik..


Masa ni.. En Cameraman suruh lakukan aksi yang paling ayu.. So, kira ayu lah ni.. Walaupun tak seberapa nak ayu.. ngee..


Haha.. Ni wedding Ina.. Kami sampai Perlis jam 4.30 ptg.. Katering pon dah nak kemas.. Tu lah, sape suruh buat hari yang sama kan.. Yang pasti, dapat juga bergambar dengan pengantin...

P/s- Tahniah Kak Mas & Ina.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal sehingga akhir hayat.. Amin..

...Cerita Tamat...


05 February 2011

2 Hari Lagi

...Cerita Mula...

Hye all, masih belum terlambat nak wish Happy Chinese New kepada kawan-kawan. Ekceli lagi 2 hari aku nak praktikal. Risau dowh.. Dah lah aku sorang jer kat sekolah tu. Kawan aku yang lain semua ada couple masing masing. Tapi tak  kisah lah. Yang penting niat ikhlas kan.

Kepada kawan-kawan yang seangkatan dengan aku, selamat berpraktikal. Tak sabar nak datang SMKBJ.


...Cerita Tamat...

08 December 2010

Akhirnya..

...Cerita Mula...

Hey all, korang nak tahu. Aku baru selesai kemas barang-barang. Berkotak kotak & berbeg barang aku. Ekceli aku nak pindah rumah. Aku dah tak stay Tanjong Malim. Sedih rasanya nak tinggalkan bumi Tg. Malim. Banyak kenangan dekat sini, pahit, manis, suka & duka aku kat Tg. Malim. Lepas ni aku akan kesepian meninggalkan orang yang aku sayang, ex housemate Taman Nusa, kawan kawan UPSI, My Best Friend & Kedai Makan Panel aku. So sad... Aku masih tak dapat nak lupakan kenangan manis dekat sini.


May be aku akan rasa kekok bila balik Negeri Sembilan. Aku tak tahu macam mana nak terima perubahan ni. Aku pasti rindu dengan kawan kawan. Lepas ni sape yang nak ajak aku jalan jalan. Belikan makanan aku, temankan aku shopping? Paling sedih bila aku tak dapat jumpa My Best Friend.

P/s- korang doakan aku mampu menempuhi semua dugaan ini yer. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Doakan aku berjaya menamatkan praktikum.

...Cerita Tamat...

03 December 2010

Celebrate At Sky Java Cafe & Taman Nusa

...Cerita Mula...

Hey All.. Ekceli aku baru lepas celebrate lagi. I am so tired. Tapi kan, tuhan saja tahu macam mana GUMBIRA hati dan perasaan aku. Kalau sebelum ni, paling banyak pon dua or tiga kali sehari. Tapi kali ni berkali kali pulak. Aku rasa dah macam artis pulak.( mood perasan lagi mengada ngada vs gediks).



Okie.. Yang ni pic makan makan dekat Sky Java Cafe. Macam biasa lah. Sebelah aku ni tak lain tak bukan my best friend 4 ever. Merangkap PA aku juga. ~lol~. Ekceli bukan kami dua orang je dekat sini. Lebih kurang 18 orang yang join, antaranya Lyn, Mie, Farid, Adik, Rizal, Faizal & Ramai lagi lah. Kita orang just makan makan & Nyanyi lagu jer.


Menu utama Chicken Chop +  Ice Lemon Tea + Ice Cream. Hahaha.. Ini semua ditaja oleh someone. Biarlah Rahsia.


Bila sampai je rumah. Tiba tiba lampu padam. Ada surprise lagi. Yang ni my housemate yang buat. Thanks dekat Ikhwan, Hasnan, Helmi, Shide, Richard, Zaidi, Jasmie, & Farhan. Tiba tiba dia orang dalam bilik aku. So, layan je lah.


Cantik kan cake dia. Very budak budak punya cake. Tapi Memang best. Korang jangan pelik pulak. Dekat  cake tu ada nama aku dengan Jasmie.


1,2,3... Tiup... Aduh.. Menyembur air liur... Aku dengan Jasmie.. Birthday kita orang selang beberapa hari jer. So, dia orang celebrate sekali. Memang nak save bajek  kan. ~lol~


OMG.. Selamat tak terbakar rumah.. Tetiba my cake keluar bunga api. Meriah sekejap rumah. Masa ni lah En. Farhan agak menonjol kegedikan dia. Suka sangat dia, sampai joget kegembiraan dia.


Inilah housemate aku. Ekceli aku tak da roomate. Kalau ada roomate mesti best kan? Tapi ok apa dok sorang sorang dalam bilik. Tak ada orang nak memekak dekat telinga aku.


Memang aku dah jangka benda ni akan terjadi. So, sebagai langkah berjaga jaga. Aku dah siap tukar baju. So, korang tengok hasil dia. memang tertarik dan menarik. Kan.. kan.. kan.. Lebih kacak dari seorang badut.


Muka tak puas hati aku...Memang teruk sangat dia orang semua. Sampai hati buat aku macam ni. Muka aku lebih hodoh dari seorang badut. Urrmmmm....

P/s- Thanks kawan kawan... Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku sangat terharu dowh. Aku rasa.. ni kenangan paling manis dalam hidup aku.

So, korang tunggu entry yang seterusnya.. Lepas ni aku nak bagi kejutan lagi.. Aku  celebrate dengan someone lagi.. hahaha.. Of coz my scandal... ~lol~

...Cerita Tamat...

30 November 2010

Bersukaria Sambil Cuci Mata Di Kalumpang

...Cerita Mula...

Hey all, hari ni aku sempat menghabiskan masa dengan classmate dekat Kalumpang. Memang seronok dowh. Tapi tak semua yang join. Ada lah dalam 12orang. Walaupun 12 orang yang join, aku rasa macam 200 orang yang datang. Semua beruk, monyet, kera & mawas cabut lari. Tetiba jadi kecoh dalam hutan tu.


Aksi rakus Prince & Wan masa makan. Menu utama:-

Mihun Goreng
Murtabak Maggi
Daging Goreng kunyit
Keropok Ikan
Keropok Moni
Sandwich
Agar-Agar
Puding
Air Sirap 


Ha.. Ini dia antara peserta yang terlibat dalam aktiviti terjun menerjunkan diri. 


Salah satu gambar yang WAJIB dimasukan. Pic Berfoya foya dengan Mak Cik Lyia & Nenek Nurul.



P/s-Thanks kepada Nurul, Lia, Nisa, Zura, Pija, Wan, Nan, Wen, Richard, Syah & Zaidi yang join. Memang best sangat. Thanks juga kepada mereka yang bertungkus lumus sediakan makanan untuk Prince. Sayang u all. Mwaahhhh...

...Cerita Tamat...

25 November 2010

Zuhairi Bin Zainol Abidin (Prince HairiAks) dah Merdeka!!!

...Cerita Mula...

Hey all, ekceli aku banyak sangat nak cerita. Tapi kan, aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku bukan bisu, bukan pekak, bukan tak reti tulis. U all caya atau tidak, aku tak berbelog 4 hari, tidak main FB 4 hari. Nasib baik aku boleh hidup lagi. Kalau sebelum ni aku tak boleh hidup tanpa FB. Tapi sekarang aku dah boleh hidup. Aku dah buktikan.

Ekceli kan, aku exam dari 23-25. Memang nak pecah otak aku. Kalau boleh scan tunjuk kat u all. Memang aku dah tunjuk otak aku yang terpaksa bekerja keras menghafal teori & fakta. Urmm.. Akhirnya paper aku dah habis tadi. Lepas ni dah boleh kemas barang nak hantar balik N9.



 Oklah.. Aku nak say thanks sangat sangat dekat kawan kawan yang banyak bantu aku sepanjang minggu exam ni. Semua tip, nota & apa apa je yg u all bagi sangat aku hargai. 90% masuk exam..

P/s- Thanks dekat my sifu Mr. Pija yang jadi cikgu paling best. My friend yang lain Wan Besut, Richard, Jasmie, Lina, Ikin, Nurul, Nurul Liza, Kak Mas, Ikhwan,  Nisa, Lia, Hasnan. Serta kawan kawan lain yang banyak bagi pijam nota & bagi Tip.. 

-Untuk kwan kawan yang belum habis exam, good luck untuk u all semua ok. chayok2.. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Aku dah Merdeka.. SMKBJ Jumpa Prince bulan 2 tahun depan.

...Cerita Tamat...

28 October 2010

Trip Bukit Fraser


...Cerita Mula...

Hey all, hari ni aku just nak tunjukan pic kat Bukit Fraser jer. Tak larat nak tulis banyak banyak. So, u all layan je lah pic ni.



Yeah, selamat datang ke Bukit Fraser..


Sekali tengok pic ni, macam dok kat London pulak. Hik3. Semua segak bepakaian baju sejuk. Konon kononnye sejuk lah tu.. Tapi memang sejuk kot, sebab baru lepas hujan. Wakakaka..


OMG, Ini bukan tugu peringatan atau patung patung yang berkeliran tanpa arah tujuan. Ini benar benar manusia yang agak durjana. TAK JUGA YA? ( Ayat dipetik dari salah seorang Dr. di UPSI). lol..


Ok, sila fokuskan mata anda di belakang aku. Beg yang aku guna. Sangat meriah colour dia. Pink colour. Ini semua EN. Farhan punya pasal. Jangan tanya kenapa. Nanti aku sangat emo. Urmmm


Haha. Ini dia, tempat paling WAJIB bergambar sekiranya datang Bukit Fraser. Walaupun orang di sekeliling sibuk melihat pelbagai aksi yang aku buat. Aku buat tak tahu jer. Siap melambai tangan lagi. Do I care?


Aksi sebelum nak kuak lentang dilakukan...


Urrmm.. Kalau u all nak tahu, aku mampu bertahan selama 15 minit je. Air dia sangat sejuk. Bapakan sejuk.  Kalau masukan mineral water. 3 minit dah beku..

P/s- Kesian dekat kawan aku yang pening pening lalat. Jalan yang sangat mencabar. Lepas ini, aku menunggu trip Langkawi Ahad hingga Rabu.


26 October 2010

Pengalaman Memancing

...Cerita Mula...

Salam semua,pagi ni aku hanya ingin berkongsi pengalaman. Hampir 4 tahun aku tinggal di bumi Tanjong Malim. Inilah kali pertama aku pergi memancing ikan bersama kawan kawan. Pada mulanya aku memang tak mau join dia orang, bukan apa, aku memang tidak minat aktiviti yang sangat membosankan. Lagipun, memancing penuh dengan kesabaran. Aku bukan orang seperti ini. Akhirnya, aku termakan dengan pujuk rayu mereka.


Lengkap berpakaian baju hujan, kalau u all mahu tahu. Ketika ini cuaca sangat mendung. Sebagai pemancing yang agak pro kita kena mengutamakan keselamatan.


Agak poyo sedikit pic disini. Cuba memasukan cacing yang sangat gagah perkasa. Habis segala kekuatan dan kejantanan digunakan untuk memasukan cacing.


Ini dia, Encik Prince dengan pancingnya. Walaupun aku tidak berjaya menangkap seekor ikan. Tapi aku sangat berpuas hati. Dapat snap pic di dalam hutan. Memang sangat seronok. Memang penat nak tunggu ikan makan umpan. 


Hahaha.. Akhirnye dapat juga ikan. Tidak sia sia usaha Fauzal & Wan. Ikan pilihan minggu ini. Ikan yang masih belum diberi nama. 1st time seumur hidup aku tengok ikan macam ni.  Ini bukan tipu tipu. Memang benar. ( Seperti ikan belut, keli, todak, haruan) sila pilih ikan mana satu yang tepat.

P/s-Ini 1st time & kali terakir aku join budak budak ni. Sangat bosan menunggu ikan makan umpan. Lebih baik aku pancing ikan dekat pasar or TF. Berkilo kilo boleh dapat. Kalau nasib baik, boleh dapat free gift sayur sayuran lagi.

...Cerita Tamat...


25 October 2010

Trip Bukit Fraser

...Cerita Mula...


P/s- Hanya untuk budak laki laki yang suke merempit sahaja. Kereta tidak dibenarkan sama sekali untuk mengelakan kesesekan lalu lintas yang tidak pernah sesak. Sape sape yang nak join dipersilakan. Setakat ini, baru 15 penyertaan yang diterima. Lagi ramai lagi best.

...Cerita Tamat...

Seharian Bersama Anak Jerung & Pirana

...Cerita Mula...

Urmm.. Penat masih lagi belum hilang. Tetiba jer aku penat, tetiba sangat happy, sangat sakit, sangat gembira bersama dengan anak anak ikan, anak ayam, anak jerung, anak pirana. Apa anak yang tak da. Cuba cakap dengan aku. Semuanye ada. Kalau u all nak tahu, hari ni aku join family day anjuran Club BECC. Memang seronok dowh.. Walaupun kaki, badan, tangan & macam macam lagi cedera. Aku tetap join sampai habis. So, tengok je lah pic kat bawah ni.


Sempat bergambar sebelum masuk tempat kejadian. Aku with junior & super duper senior..


Semester 7 cuma 11 orang yang join, yang lain sudah hilang dimakan oleh pirana & jerung kat UPSI.. Haahaha


Adik adik yang sangat best.. Tak cukup kaki & tangan nak  melayan kerenah budak budak ni.. Sangat best dan tersangat sengal..


Aktiviti yang memalukan aku & Ikhwan.. Tak pasal pasal kena buat persembahan spontan.. 


Aku bersama dengan budak budak yang gila bergambar. Ketua dia macam biasa, papa Ikhwan @ Wen. Hik3..


Aktiviti membersihkan badan atau nama lain mensucikan diri. Sambil membuang daki daki yang penuh di badan. 


Akhirnya, semua kepenatan.. Cuba tengok pic ni elok elok. Sexy tak Prince HAiriAks..Hik3.. ( Mood gatal sambil mengela) lol..

P/s- Thanks kepada AJK pelaksana. Sangat best join program dia orang buat. Sempoi jer.

...Cerita Tamat...

23 October 2010

Trip Langkawi 31 OKT hingga 3 NOV 2010.

...Cerita Mula...

Horay... Jalan jalan cari makan. Program akhir untuk Prince dengan kawan kawan. Program kali ini, memang tak ramai yang join. Cuma 33 orang sahaja. Tu pon dah kira ramai lah. Dah penghujung semester ni. Ramai yang dah pokai. Tempat pilihan, Pulau Langkawi. Tentatif Program semasa berada di sana.



31 OKTOBER 2010

Bertolak dari Tanjong Malim 

1 NOVEMBER 2010

-Tiba di jeti Kuala Kuah
-Check In di Tanjung Rhu Resort, Langkawi
(Perempuan- Cahaya All Inclusive, Lelaki- Bayu Suria All Inclusive)
-Lawatan ke Gunung Mat Cincang
-Air Terjun Telaga 7
-Pantai Pasir Hitam
-Dinner akan diberi di Tanjung Rhu Resort
-Bermalam di Tanjung Rhu Resort
-Malam (Aktiviti Bebas)

02 NOVEMBER 2010

-Breakfast akan diberi di Tanjung Rhu Resort
-Lawatan 3 Pulau under package ( Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah & Tasik Dayang Bunting)
(Pastikan bawa pakaian mandi yang agak sopan)
-Dataran Lang
-Makam Mahsuri
-Beras Terbakar (Padang Mat Sirat- Shopping)
-Dinner di Tanjung Rhu Resort
-Malam (Aktiviti Sendiri)

03 NOVEMBER 2010

-Breakfast di Tanjung Rhu Resort
-Pekan Kuah/ Langkawi Fair
-Ismail Group
-Kilang Gamat
-Shopping
-Check Out dari Tanjung Rhu Resort
-Bertolak balik ke Tanjong Malim

P/s- Pastikan Anda semua menepati masa. Jangan nak make up sampai berjam jam sehinggakan kawan kawan lain menunggu lama.
-Keselamatan Tanggungjawab Sendiri. Tak ada orang yang nak jage u all semua okie.
-Pakaian yang menjolok mata SANGAT DIGALAKAN. Faham faham sendiri.
-Siapa anak Dato', Tan Sri, Datin Or VVIP. Sila bawa duit berguni guni. Boleh belanja Aku dengan kawan kawan.
-INGAT- SESIPA YANG MASIH BELUM HABIS MENJELASKAN BAYARAN. SILA BUAT BAYARAN SEBELUM 25 OKTOBER 2010.Aku takut orang lain naik feri, u all yang bayar separuh terpaksa berenang sampai JETI KUALA KUAH pulak. Boleh?

...Cerita Tamat...

Ayoh Dong Kita Berdangdut

...Cerita Mula...


Selamat pagi semua, sekarang hampir jam 4 pagi. Kalau u all nak tahu. Aku & Abang pija tengah melayan lagu dangdut. Ayoh dong, saipa yang mahu join silakan. Kita goyang Inul. Kalau ngak bisa, aku bisa ajarkan. Boleh? 



Hahaha.. Kalau u all nak tau. Semua esemen aku dah siap. Semua class dah tak da. Tinggal tunggu exam je. Exam pon bulan depan baru mula 22-25 November 2010. Ada masa lagi sebulan untuk study. Kalau study awal pon bukan masuk pon, baik study last minit. Kompom boleh score. 

P/s- Siapa yang nak belajar goyang Inul. Sila datang bilik aku. Aku boleh tolong ajarkan. Macam macam skill ada. Hahaha..

...Cerita Tamat...

22 October 2010

Thanks Adik Adik Ku...

...Cerita Mula...

Hahaha.. Masih belum terlewat nak ucapkan terima kasih kat adik adik yang celebrate malam pra graduasi untuk aku dengan rakan rakan. Sangat meriah dan sangat teruja dengan persiapan yang dibuat oleh mereka. So, malas nak tulis banyak banyak. Layan je lah pic ni.




Sweet memories with class mate..Mwahhhh


Prince with Lia,Wen, Ina  & Zura..


Hahaha.. Ini dia.. scandal yang paling hot & spicy kat UPSI. Varini, Puspha & Santha.


Aksi manja aku with Iqa Berry.. Yang ini bukan scandal okie. Only my junior.


 Prince & Farah


 ...Cerita Tamat...