Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Lucu. Show all posts

05 March 2012

Prince Vs McD

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum...  Entry hari ni just nak bagi tahu satu  fakta yang sangat menarik tentang MCD.  Korang tak tahu kan? Serious, Aku suka makan MCD. Dalam seminggu.. Sekurang-kurangnya sekali aku makan MCD. Tapi.. Masa aku kerja kaunselor kat Melaka dulu.. Sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.. Bila dah jadi cikgu.... Ayoyo... weekend jew dapat makan. Sebab busy dengan kerja. Aku paling suka pergi waktu lunch hour sebab harga dia sangat murah.. Bermula dari 5.90 ++... Aku paling Suka makan Ayam Goreng MCD Spicy, Big Mac & Spicy Chicken McDeluxe.. Yang lain tu kurang.. Tapi Menu wajib Ayam goreng.. So.. Korang tengok pic kerakusan aku di McD...



Di McD Melaka Mall, Melaka. 



McD Dataran Pahlawan, Melaka



McD Rawang, Selangor. Masa ni.. Aku tak peduli orang nak tengok ke.. janji aku tak kacau korang semua.. 


McD Sungai Petani, Kedah.


Paling best.. dapat MCD ni.. hahahahaha..

...Cerita Tamat...




14 October 2011

Kerja Vs Trauma

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Malam ni aku just nak berkongsi cerita. Ini tak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati pon. Ini cuma kisah Prince HairiAks. Okay, minggu ni aku buka booth di Tesco Melaka. Seperti mana korang tahu, tugas aku cuma buat marketing.. marketing.. dan marketing.. Marketing untuk program PJJ Universiti Utara Malaysia & Asea e Universiti.

Dipendekan cerita, ada lah  2 orang manusia ni. Sorang tu Cik Janda..dan Sorang tu Cik Dara.. Dia orang ni kerja sebagai cashier TESCO..Dia orang ni memang best friends forever lah..  kebetulan booth aku betul-betul depan cashier. Mula-mula aku tak ambil kisah sangat kenapa orang tu asyik senyum-senyum. Biasalah kan.. Kalau orang senyum, aku pon senyum.Rupa-rupanya senyum dia ada maksud.  Bila dah dekat 2 minggu aku kerja. Kawan aku pon cakap. Ada tak no pelik yang mesej ko setiap hari. Kalau no pelik tu korang jangan cakap lah. Hari-hari memang ada.

Korang bayangkan kalau satu hari aku jumpa dengan 25 orang. Boleh gila dowh. Kejap telefon berdering..Kadang-kadang nak tido pon tak boleh. Rupa-rupanya yang selalu kacau aku tu. Cashier yang 2 orang tu.  Patutlah asyik buka kat kaunter depan aku. rupa-rupanye dia dok aim aku. Nak usar aku dowh..  lawak-lawak. Bila aku dah tahu benda tu. Mula lah aku atur strategi. Tadi aku face 2 face dengan cashier tu. Terus merah muka dia. Aku cakap dengan dia tak perlu nak menyamar lagi. Kot nak berkenalan tu tak salah. Tapi kena lah dengan cara. Kita orang Melayu.. Kaya dengan adat..  Ha3..



P/s- Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidup mu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi. Jadi jangan pernah sia-siakan cinta sekarang ini mengisi hatimu.:)

...Cerita Tamat...

10 January 2011

Tah Apa Apa..

...Cerita Mula...

Urrmm.. Bila aku buka jer blog, rata rata cerita pasal AJL malam tadi. Hampir 80% pasal AJL. Aku pon dah nak bosan baca. Ada yang memuji, ada mengutuk tak kurang juga yang kecewa artis pilihan mereka tak menang. Nasib baik lah aku tak minat sangat AJL ni. Tapi, teringin juga nak komen apa yang patut.

Aku rasa, AJL yang paling bosan. Pengacara  yang sangat bosan. Walaupun mereka cuba membuat lawak yang  agak bodoh. Tapi aku still bosan. Sepatutnya kalau dah 3 orang yang mengacarakan, sure meletop kan? Tapi biasa biasa jer. Tak ada yang menarik. 



Korang jangan nak pelik pulak, tetiba aku masukan pic budak budak ni. Sebenarnya aku nak bagi dia orang polular sikit dari aku. Kalau masuk pic artis? sah sah lah dia orang dah terkenalkan.

So, tahniah kepada mereka yang menang. kepada yang kalah. Tahun depan ada lagi. Relax lah. Jangan nak sedih sedih. tahun ni korang tak da rezeki kan. Tahun depan jom lawan dengan aku pulak. Teringin nak masuk AJL. Tajuk lagu? Tunggu dan lihat je... Hahaha.. ( mood perasan nak mampus).

...Cerita Tamat...


23 October 2010

Ayoh Dong Kita Berdangdut

...Cerita Mula...


Selamat pagi semua, sekarang hampir jam 4 pagi. Kalau u all nak tahu. Aku & Abang pija tengah melayan lagu dangdut. Ayoh dong, saipa yang mahu join silakan. Kita goyang Inul. Kalau ngak bisa, aku bisa ajarkan. Boleh? 



Hahaha.. Kalau u all nak tau. Semua esemen aku dah siap. Semua class dah tak da. Tinggal tunggu exam je. Exam pon bulan depan baru mula 22-25 November 2010. Ada masa lagi sebulan untuk study. Kalau study awal pon bukan masuk pon, baik study last minit. Kompom boleh score. 

P/s- Siapa yang nak belajar goyang Inul. Sila datang bilik aku. Aku boleh tolong ajarkan. Macam macam skill ada. Hahaha..

...Cerita Tamat...

23 August 2010

Scandal Vs Kekasih Gelap Vs Setia!!!

...Cerita Mula...

Mmmm.. Sorry all, entry hari ini agak panjang...  Cuma luahan hati aku...  Tapi bukan untuh meraih simpati dari mana mana pihak..  OMG.. Semenjak dari semester 3 lagi.. Saham aku semakin hari semakin naik..Ramai sangat peminat, ramai scandal, ramai sangat kekasih gelap..Bukan setakat Malaysia.. Tapi luar negara pon ada.. Jeng jeng jeng... Pecah pon rahsia.. Tiba tiba isu ni ditanya oleh girlfriend aku yang ke berapa pon tak ingat.. Sebelum tu kawan aku dari Singapore pon ada juga tanya.. Ingat lagi ayat dia.. kalau dah banyak tu yang mana satu scandal.. yang mana satu kekasih gelap.. yang mana satu kawan.. boleh setia ke? Mula mula sentap juga dengan soalan bodoh dia.. Tapi aku jawab juga...


Kalau u all nak tahu, orang suka sangat berkawan dengan aku. Kadang kadang kawan macam scandal, scandal macam kawan.. Orang pon tak dapat bezakan.. Mmmm.. Peduli apa aku.. Orang nak cakap macam macam cakap lah.. Hak dia nak bercakap.. Cakap sampai terkeluar anak tekak pon tak apa.. Aku tak kisah.. Selagi boleh sabar, aku akan bersabar.. Ada juga cakap aku perampas kekasih dia orang.. Yang ni paling aku sakit hati.. Lain kali cakap berdasarkan bukti.. Cuba pikir kenapa kekasih kau lari.. Sebab engkau tak pandai jaga.. Hik3..

Masa aku bercinta, berkawan & berscandal bagai.. Aku memang setia..Tapi ada kes tertentu yang membuat aku hilang kesetian.. Bila orang tu dah cemburu buta dengan aku.. Perasan yang aku cintakan dia, padahal aku tak declare apa apa pon.. cuma sebagai kawan sahaja..  Tiba tiba syok sendiri.. Then, boleh bagi tahu 1 dunia yang aku suka dia, aku cinta dia.. Kalau dah dasar perasan tu.. Aku tak boleh buat apa.. mmmm.. Kalau u all nak tahu, sepanjang 3 tahun ni.. dah lebih 10 orang yang perasan  macam ni.. Ish ish ish..( mood bangga).

Sebenarnya seronok ramai scandal.. terasa diri disayangi.. dihargai.. dirindui.. Hari  ni  keluar dengan A, esok dengan B, lusa dengan C. Sape yang tak suka sila angkat kaki sekarang.. hik3.. Selalu juga aku kumpulkan semua sekali.. Then makan sama sama.. Dia orang ok je.. tak da macam anjing dengan kucing... Siap bincang status masing dekat meja makan tu... mmm...

P/s- Kepada Miss $%#^^&7 dan  $%%#@#. Aku dah jawab soalan yang u all tanya.. So, lepas ni u all tahu status u all dekat mana.. :-). Tolong jangan syok sendiri lagi.. hik3... Biar je orang nak kata apa.. Janji kita bahagia.

Kepada yang perasan aku merampas girlfriend ko, aku minta maaf.. Bukan aku yang merampas.. Kalau orang nak berkawan, tak kan aku nak menolak..Aku tak pernah declare apa apa pon dengan girlfriend ko. Cermin dulu diri engkau, cuba fikir dan muhasabah diri kenapa dia lari dekat orang lain.. Jawapan dia mudah.. Ko tak pandai jaga BINI engkau.. ( mood marah ni )

...Cerita Tamat...

21 June 2010

Main Hujan Dengan Mak Cik JPJ.

...Cerita Mula...

Salam semua, tadi dalam opis aku dok relax je. Hari ni keja tak banyak sangat. Bila tak da keja aku pun  buat buat ada kerja. So, apa lagi, habis aku geledah dompet, geledah punya geledah jumpa pulak surat pajak gadai. Aduh, kecewa duhh.. Tarikh surat dah lepas, dah 1 minggu berlalu. Apa nak buat ni.? Aku try call polis, call bomba, call PTPTN, call JAIS, call Indah Water, call SYABAS. Tapi hampeh, semua tak jawab.. Setiap kali call mesti Mak Cik  pempuan tu yang angkat, Ayat dia tak pernah nak ubah ubah.." Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih" apa lagi, aku hanya mampu menjawab  sama sama Puan  Operator. he he he ( masih lagi nada sedih).



Bila aku check semula,  bukan surat Pajak Gadai yang tamat tempoh , tapi lesen aku dah mampos. Aduhh.. Time ni rasa takut bila nak jumpa abang polis. Rupa rupanya dekat seminggu aku merempit tanpa lesen.. hahaha.. So, apa lagi.. time lunch aku pon pergi merempit kat JPJ Kuala Kubu Baru. Belum sempat sampai JPJ aku dah basah kuyup. Bukan aku kencing dalam seluar tapi aku kena mandi hujan. hohoho.. Nikmat.. Nikmat... Mesti mama dengan papa aku bahagia tengok anak dia main hujan atas moto kan. Mana ada anak orang lain main hujan macam aku tengahari buta.. ngee...

Yang ni masa dekat JPJ pulak, Jumpa dengan sorang Mak Cik India yang basah kuyup macam aku. Then siap perli aku lagi. Dah lah aku basah kuyup, mak cik tu pulak membebel tak pasal pasal. Aku rasa macam nak tembak pakai pistol air. Then, ajak mandi hujan sama sama. Geram sangat, orang tengah sejuk, dia sibuk cerita pasal dia kena saman. Ayoooyooo... 

...Cerita Tamat...

25 May 2010

APA ITU SEX?


...Cerita Mula...

Alkisah seorang anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..  Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.  Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.  

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu.. 
Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni... sambil  meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........
...Cerita Tamat...

22 May 2010

Mak Ayam Meroyan Time Maghrib!!!

...Cerita Mula...

Ho3, sedap sehingga menjilat jari Nasi Kerabu dekat pasar malam tadi. Memang sedap, makan pula dengan budu, terus pening lalat kepala aku. Best juga makan BERUDU dengan nasi kerabu. U all pernah rasa? pernah? mesti x pernah kan. Aku pon x pernah. ha3..

Ok, lepas maghrib tadi tadi aku dengan Jimmy. Jimmy? ha3.. Jimmy ni kawan aku dari Singapore, dia datang Tg. Malim untuk buat Thesis tentang pendidikan. So, banyak lah maklumat yang nak amik dekat aku. rasanya semua yang maklumat aku bagi tu x betul. ha3, padan muka ko Jimmy. jahat aku ni.. Ah... tu x penting.. janji aku bahagia...


Aku nak cerita pasal ayam meroyan ni, lepas maghrib tadi, Si Jimmy tu Join lah room Putrajaya.  dengan harapan dapat lah sorang Mak Datin ke, Dato Seri ke.. last last kenal lah dengan  sorang Ayam pencen, time ni dia ON lah mic. maknanya boleh chat sambil borak-borak. Tiba-tiba Ayam pencen ni meroyan x pasal-pasal. terpekik!!! Terlolong!!! dan macam-macam ter lagi. Aku dengan Jimmy x tahan dengan aksi lucah dia. Apa lagi, aku dengan Jimmy berguling-guling sambil menari poco poco gelakan Mak Ayam pencen tu. lebih 7 lagu dia nyanyi.. Agaknya suka hati dia borak borak dengan Jimmy tu..

Kepada Ayam pencen tu, Prince Hairi nak pesan. U orang perempuan.. So, x elok nak gedik gedik macam tu. macam x sopan lah. lebih baik ambil air sembahyang, then solat isyak.. Boleh?

...Cerita Tamat...

28 March 2010

Alahai Bagasi...

( Alahai..buruknya bagasi ni kan.. tapi U All semua jangan tengok luaran sahaja, tengok dalam bagasi ni, ada emas, duit 1 juta, batu, kayu, ayam,itik, & lembu.. hehehe..)

...Cerita Mula...
Mesti u all rasa pelik malam ni tiba-tiba aku nak mencarut pasal bagasi lah pulak. sabar-sabar.. jangan alih siaran anda.. anda masih lagi berada di Blog Prince Hairi. hehe.. nak cerita pengalaman naik bas masa nak balik Tg,. Malim petang tadi. Ada lah sorang nenek yang berusia dalam lingkungan 70tahun, habis semua beg bawa naik atas, macam lah x boleh letak kat bawah bas.. agaknya ada emas lah tu.. time duduk semua beg dia letak atas seat  di sebelah... aduh... sarat bawa beg, bagasi & macam-macam lagi. Dia punya jalan x boleh bla..macam model tu.. vogue dari mak cik Esah dekat Cameron tu.

Dipendekan cerita, macam dia sorang je nak duduk dekat seat tu, orang lain pon nak duduk gak. disebabkan ramai orang, x da peluang lah nenek tu nak duduk sorang-sorang. mesti dia kecewa kan.. nak x nak.. nenek tu terpaksa juga mengalah, semua beg dia letak dekat atas, dari beg yang kecil sehingga yang dia isi anak gajah. Tiba-tiba duduklah seorang jejaka yang agak tampan lagi bergaya.  Macho, gagah, ber"style".. Ala-ala bapak hayam ni. handsome lah sangat..wekk... Bila bas dah jalan lebih kurang 4km dari KL.. Jeng..jeng...jenggggg... agak-agak apa yang berlaku?heheehe..

 ( Ni abang yang ingat dia macho sangat tu... tengok luaran memang macho.. tapi dalaman.. kucing aku je yang tahu... huhuhu)

Tiba-tiba..... satu bas terbangun dari tidur.. Budak macho tu menjerit.. aduhhh..duh... sakit...tolong.... lebih kurang macam tu lah bunyi dia.. x da lah 100% kan.. hehehe.. aku ingatkan dia menjerit sebab nenek tu cuba ngorat dia or  nenek tu nak melamar jadi kekasih gelap ke... tapi menjerit kesakitan.. kesian dekat dia.. semua beg nenek tu jatuh dekat dia, cuba bayangkan, dari kecil hingga besar semua ada atas kepala dan badan..  aku ingatkan orang yang duduk dekat seat tu nak tolong, tapi semua tergelak... apa lagi.. aku pon gelak lah juga dengan girl yang dok sebelah aku tu.. sampai nak keluar tali perut dok gelakkan orang.. ishh.ish.. jahatnya aku... dah lah x tolong.. Then, siap gelakkan orang lagi...  budak pempuan sebelah aku cakap harapkan muka je handsome tapi lembik... hehehehe.. rupa-rupa budak tu student UPSI gak.. lepas ni kalau dia jumpa aku mesti tersipu-sipu malu.. alalaa...laalaa.. kalau benda ni terjadi dekat aku.. memang "KOMPOM" 2 minggu aku x keluar rumah.. malunya.. tuhan sahaja yang tahu  malunya ketika itu...

19 February 2010

Kerana Sandal aku Shy..shy..

Cerita hari ni tiada kaitan dengan selipar yang membuatkan aku murka dulu.. Tapi yang ni lucu sikit.. Cerita dia bermula di Maybank ketika aku uruskankan Saham.. habis je proses jual beli tu... aku kena lah turun bawah.. nak aktifkan akaun no 2 untuk Maybank2u... Cina bank tu pon suruh aku jumpa customer service. nak tunggu tu punya lah lama.. ramai orang.. dengan pakaian aku ala-ala hawai tu... duduk lah sebelah MAT SALEH.. ala.. orang Putih lah ni... dia nya pakaian pon lebih kurang aku je.. pakai seluar pendek & Tshirt..
     Aku rasa pelik je time tu.. nape orang putih ni tengok aku lain macam je.. tersengih-sengih..aku wat bodoh je lah.. takut dia speaking LoNDON lak ngan aku nanti... pas tu dia goyang-goyang kaki.. baru aku perasan yang SANDAL dia sama dengan aku.. time macam nak menyorok dalam lubang jamban je... Shy sangat2... aku x boleh orang pakai sama denagan aku.. ingat kan nak tangkap gambar time aku dok sebelah dia... tapi segan lah pulak.. yang best tu.. bila dia nak keluar dari bank tu.. siap tersengeh macam kerang busuk lagi.. aku pon apa lagi... senyum je lah.. tu je yang mampu...
 
(Yang ni aku tangkap gambar sandal aku sendiri.. time ni orang putih tu ada depan aku)

 
( hahaha... dapat gak tangkap gambar curi orang putih ni.. ni pon puas aku nak tangkap pic dia.. apa taknya orang ramai time tu.... tapi blog punya pasal sanggup tu.. lautan api pon sanggup aku renangi...)

16 January 2010

Jelingan Ayah Membawa Padah...


Kisah ini benar-benar terjadi pada rakanku sewaktu dia kanak-kanak dahulu. Ayah dia suka memberi amaran padanya dengan menjeling garang jika dia membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau dia mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling kepadanya bermakna dia disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
    Suatu hari, rakanku mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, dia melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Rakanku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingannya padanya. Dia pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi.
    Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret dia balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung rakanku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Wakakakaka... Lucu tak?

11 January 2010

RAHSIA AWET MUDA DAN KEKAL MUDA..

Jangan terkejut baca tajuk post ini hahaha...  ini kan blog carca marba mentega kacang Hairi yg VOGUE .. haha semua post aku boleh tulis tanpa mempedulikan apa-apa Niche.. aku memang Versatile hahaha banyak pulak mengarut di awalnya.. tapi ini serius aku akan memberikan rahsia kekal muda dengan contoh yang terbukti berkesan.. hehehe percaya tak ada yang dah berusia 40 tahun tapi masih lagi kelihatan seperti kanak-kanak riang? macam kawan aku sorang ni.. muka dia baby face.. sangat2...walaupon umo dia dah tua... aku pangil dia u & i je.... jgn terasa ek... cerita ari ni untuk u... hahahaha... sila baca post ini sampai habis.. 
 
(Muda remaja si elmo walaupun dah 40++ hahaha )

    Hahaha inilah insan yang aku katakan itu.. dah berusia 40an tetapi masih kelihatan seperti kanak-kanak.. dan mengaku umur dia masih 3 tahun setengah (cisdel dah dekat sama umur dengan mak cik aku.. tapi dia ni tak sedar diri.. hahaha)

    Ok aku bagi masa 5 minit untuk keluarkan kata-kata kesat… kemudian sila sambung baca post ini.. hohohoho aku memang peminat tegar sesame street sejak dari kecil.. hohoho aku sangat yakin aku boleh listkan kebanyakan nama muppets dalam sesame street.. hehehe kalau tak percaya cuba la soal.. dengan sepantas kilat aku boleh menjawab..
    Ok kembali pada tujuan asal post ini.. hehehe rahsia kekal muda remaja dan awet muda... nak tau tips dia? sila la senyum dengan mulut ternganga sangat besar selalu.. haha tak percaya.. tengok semua muppets sesame street tu.. hahaha betapa besarnya mulut diorang.. sume tu umur dah 40++ tu tapi still nampak muda.. hahahah
 
hahaha aku memang suka oscar.. korang plak suka character apa? haha jangan la nak tipu tak pernah tengok sesame street..  tu sebab x tau watak2 dalam cerita ni... kahhhh...

P/s- Kepada sesiapa yang ingin memberi komen... anda boleh klik pada Comment, Then Pilih Anonymous... seterusnya post lah komen tu.. tu untuk mereka yang x da Akaun Google..tapi sape2 yang dah ada komen cam biasa je lah... yg AnonYmous tu ada kat bawah sekali... thx.. selamat membaca...


27 December 2009

TIPAH TERTIPU LAGI... ADUH...TOLONG..!!!!!

Hari ini seawal jam 11.00pagi aku telah bangun tido.. Rasanya ari ni  paling awal aku bangun.. kalau tak paling awal pun jam 1ptg.. dengan semangat yang berkoba-koba ni.. mesti lah ada sebab nape bangun awal kan? Ingat suka2 ke aku nak bangun awal. Sebabnya nak gi shopping dekat TF VALUE-MART ( Peh…. nama penuh suit….).hahahahhahaha

Nak dipendekkan cerita, aku pon ajak lah housemate aku g skali.. Mie & Hasnan. Sebab kat TF banyak offer ari ni.. lagipun kita orang semua nak beli BOX 5 TINGKAT MAXONIC… kalau dengar  nama Box ni.. nampak macam Gah & Vogue. Dalam gambar memang cantik.. tuhan je yang tahu kecantikan & kebesaran box ni.. tapi…… mmmmmmm…..

Kalau untuk harga bukan Ahli RM39.90 tp klu ahli kad TF harga dia RM29.90. (mak ai.. siap sebut harga lagi..mcm nk promote barang lak..hahahah) tu x kisah lah harga tak penting..yang penting cantik & besar… disebabkan kad TF untuk umah kita orang Si Ikhwan tu bawak balik Sarawak.So, dengan muka x MALU & MUKA TEMBOK aku pon gi lah pinjam kad Wan Besut.. Thx wan bg pnjam kad ko…( Jasamu ku kenang…hahahahaha).

Si Mie & Hasnan dah jalan dulu gi TF aku lambat sikit. Bile sampai je kat TF.. tengok si mamat doa orang tu ngah leka tengok baju, bantal & Toto..(macam lah nak beli sangat... last2 x beli pon...wakaka.. ops.... sory.... terover lak mulut ni...)  tapi dia orang x kisah pon... dah takdir kan... cari dok cari x jumpa lagi box yang VOGUE dlm kertas yang dia dok poskan kat umah...
Muka2 ceria mangsa2 yang tertipu.. (Poyo je budak2 ni... 
bangga lah tu dapat masuk blog Prince Zuhairi).

Patut lah x jumpa binatang tu coz  dok kat bahagian luar rupa2 nye.. ye lah benda murah kan... tapi x kisah lah.. bila sampai je kat bahagian tu.. rasa teruja lak... memang cantik gila box tu.. tetiba je datang sorang girl & atok yang agak POYO kat situ nak tengok gak box tu gak.. bile tgok je harga x sama dlm IKLAN.. atok & girl pon x jadi beli...sah2 lah kami pon x beli...  dah lah mahal dekat nak RM60, then yang dalam gambar tu nampak je besar... rupa2 nye besar lagi mangkok jamban dalam toilet aku... nak simpan ikan bilis 100g pon x muat... aduh... Keji sgt2.. sakit hati... memang tertipu... TIPAH TERTIPU....... indah khabar dari rupa.....  

Pas tu dengan rasa bangga diri & poyo... kami masuk balik dalam TF tu.. sebab nak cover malu punya pasal.... Aku beli lah air NUTRIGEN FRUIT NATION Guava Juice.. Helmi Epal.. Hasnan lak Grape.. bkn nak mengutuk apa... dah lah x sedap.. rasa macam dah basi..kot bagi kucing & kambing kat luar pon x mau minum.. binatang tu pon pikir 10 kali nak minum ke x... patut lah TF wat promosi.... GERAM2... macam nak menghanjing je kat dalam tu.... selamat lah kami ni penyabar kan...

P/s.. sape2 yang nak gi shopping tu.. pastikan jangan tertipu macam kami bertiga ni... sakit hati... So, jadilah pengguna bijak.. Berbelanja mengikut keperluan jangan mengikut nafsu.. hahaha..(dah mcm ustaz lah pulak....wakakakaka)



18 December 2009

Kisah-kisah Lucu

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orangtunduk,
mesti orang tu tunduk.Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.
KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasibintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la.Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.
MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaikibasikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui PulauPinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, keranatelinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barangdapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan keduapula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh
p/sMulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2. =)