Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Pizza. Show all posts
Showing posts with label Pizza. Show all posts

17 April 2012

Aku dan Pizza Hut

...Cerita Mula...

Hye... Assalamualaikum... Petang ni, aku nak berkongsi cerita dengan korang semua. Ceritanya bermula apabila aku bawa anak-anak aku makan Pizza Hut dekat Tampin Negeri Sembilan. Untuk makluman semua.. Bukan anak kandung atau anak angkat.. Tapi... Anak-anak dibawah jagaan aku di asrama putera.

Ekceli aku bawa seramai 10 orang pelajar dan sorang warden.. Setelah selesai makan aku pon mengeluarkan kad debit untuk membuat pembayaran.. Tujuan aku pakai kad debit untuk dapatkan diskaun 30% untuk Pizza baru.. 

Okay lah.. Bila sampai di rumah.. Tiba-tiba tergerak hati aku nak buka maybank2u.. Bila buka.. Aku tengok terdapat dua transaksi untuk pembayaran Pizza tersebut... Then, aku call customer service..  Apa yang   membuatkan aku terkejut bila customer service cakap kad yang aku guna... bukan kad aku... Aku pon rasa pelik bin ajaib.. Sebab kad tu memang aku punya.. Bila tengok semula... Memang betul.. Kad yang cashier tu pulangkan bukan kad aku. Kad orang lain.. Then, kad aku.. Orang lain yang ambil..  Malam tu juga aku terminate kad debit aku.. Lebih kurang jam 1 pagi aku call pizza untuk membuat aduan.. Aku pon tak pasti macam mana cuainya cashier tersebut sampai kad aku pon dia salah bagi...

Alhamdulillah.. Sebagai seorang yang profesional.. Aku tak da lah nak maki-maki sangat macam sebelum ni.. Aku just mintak ganti rugi untuk duit yang telah ditolak dengan wang proses buat kad baru beserta dengan ganti rugi trauma... :) Semua aku dapat.. Pada keesokan hari juga staf Pizza tersebut datang ke sekolah aku untuk selesaikan masalah tersebut...







P/s- Korang yang nak bayar guna kad debit or kredit.. Tolong berhati-hati ketika terima kad tersebut. Pastikan sign di belakang kad tersebut merupakan sign korang semua... Serious aku dah trauma nak bayar guna kad debit setelah apa yang berlaku tempoh hari...

...Cerita Tamat...

20 May 2011

Jamuan Perpisahan Vs Bersukaria

...Cerita Mula...

Semalam satu jamuan perpisahan diadakan untuk meraikan hari  terakhir aku di sekolah. Aku tak sangka ada jamuan. Korang nak tahu kenapa? Memandangkan hari guru jatuh pada 16 Mei. Pihak sekolah dah setuju raikan hari guru sekali dengan jamuan perpisahan untuk aku. Secara tak langsung boleh menjimatkan kos. Tiba tiba ada jemputan untuk jamuan perpisahan sekali lagi. So, kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.


Majis penyampaian hadiah.. Tersipu sipu En. Zuhairi menerima Hadiah daripada En. Zul.

Part 2
^
^
^
^
20 Mei 2011..
Celebrate dengan En. Sahar, Cik Zati, Cik Nusrah, & Cik Sabariah di Pizza Hut Tampin.. 


Makan sampai pecah perut.. Semua makan tak HINGAT dunia.. :)


Aku dengan President Club Staf.. Cuba korang teka.. Umur sape yang paling tua?


3 orang anak dara sunti yang masih mencari calon suami.. Boleh pilih mana satu pilihan korang.. Sorang dah ada DG48 dan 2 orang masih lagi DG41. Hahahaha..

P/s- Thanks kepada kawan kawan yang dah celebrate aku. Terima kasih belanja makan. Thanks untuk semuanya.. Doakan aku dapat posting secepat yang mungkin. Amin...

...Cerita Tamat...

11 August 2010

Menggila Dalam Pizza


...Cerita Mula...

Mmm.. U all.. Petang semalam aku sangat emo.. Sangat Marah.. Hanya tuhan yang tahu aku punya emo.. Time ni aku ajak  sharel temankan aku beli barang..  barang aku banyak sangat.. lepas beli barang, aku  mengidam nak makan Pizza... mengidam mengalahkan orang mengandung.. Dipendekan cerita, aku ada dua COUPON pan Pizza.. Coupon ni akak aku yang bagi.. valid for 1 month from the date of issue.. Valid 16/8/2010.

Dipendekan cerita, aku nak tukarkan coupon tersebut. Bila nak tukar coupon tersebut, salah sorang dari staf cakap Pan Pizza dah habis.. Ok fine, may be Pizza Tg. Malim ni terlalu kecil dan kekurangan stok. Aku sungguh emo bila staf tu pergi macam tu saja. Tanpa mengambil order dari aku. Boleh dia pergi macam tu saja. Mmm.. memang nak  nahas pempuan tu..  Dia ingat aku masuk pizza tu sekadar nak menari nari or suka suka nak tengok orang makan. kepala otak dia...

Dengan gagah perkasa, gaya mendada dada, gaya memoyo moyo... Aku terus berjumpa staf tersebut. Apa lagi.. Aku tanya baik baik kenapa tak amik order. Kalau u all nak tahu.. boleh dia buat bodoh.. Apa lagi.. memang aku maki habis habis.. Boleh lagi dia melawan.. Bila Aku dah tak boleh terima cara dia layan pelanggan. Aku terus jumpa sama Manager dia... 

Apa lagi.. Manager dia aku sekolahkan.. Aku pon tak tahu macam mana Pizza Tg. Malim bagi training dekat pekerja. Sepatutnya sebagai staf & manager kita perlu utamakan pelanggan. Aku bukan makan free dekat pizza tu.. aku bayar tax 5% then service 15%. Wajarkah  layanan sebegini  yang aku dapat.. cuba u all fikirkan.. Aku malas nak berselindung lagi.. Nama staf yang aku maksudkan Nor Amira dan Manager dia  Emilia. Aduan akan aku buat.. Aku akan pastikan mereka akan dikenakan tindakan tingkah laku.. mmm.. poyo je ayat aku ni.... ngeee...

Bila manager tu dah cuak, tiba tiba pulak nak tukarkan Pan Pizza tu dengan pizza lain.. Aku pon Say TQ je lah.. takkan bila dah ludah.. then nak jilat balik.. Yang ni bukan cara aku.. So, apa lagi.. Aku terus menggila dalam Pizza tu.. semua pandang aku.. semua diam.. Semua tak jadi makan.. Itu lah Prince Hairi... Last sekali aku terus balik rumah dengan kecewa.. Mmmmm...
 


Pic ni tak da kena mengena dengan Pizza
Aku nak bagi tahu...
KFC Tg Malim  punya service lebih bagus dari Pizza Tg. Malim...
Pic amik masa nak gi Kursus MPP
Pic masa aku dengan Sharel muda muda..

...Cerita Tamat...