Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

01 November 2012

Prince Kena Hantar Kursus

...Cerita Mula...

Hye all.. Asslamualaikum. Ekceli aku masih lagi dalam mood kursus.. Ini minggu kedua kursus.. Minggu lepas di SK Jempol, Bahau Negeri Sembilan. Tiga hari kat sana.. Banyak seronok.. Banyak pusing ini kepala..  Banyak ilmu yang dapat.. Walaupun cuma kursus PBS GEOGRAFI tingkatan DUA.. Dan bukan opsyen aku.. Aku redha jew... Yang penting kursus kan. 

Minggu ni aku  kena hantar kursus warden pula.. Yang ini kat Hotel Seri Malaysia, Melaka. Kursus untuk warden dan penyelia asrama.. Kursus menbina laman web.. Terkangkang-kangkang juga aku nak siapkan laman web asrama.. Aku rasa nak juling-juling biji mata mengadap lappy 4 hari malam.. Dari pagi sampai malam... Sampai nak tidur pon leh mimpi tengah buat laman web... So... Kalau korang rajin. Sudilah kiranya melawat laman web asrama aku... Laman WEB ASRAMA PRINCE.. :)

Okay.. cukup untuk entry kali ni...Minggu depan dah cuti sekolah.. So.. Time untuk berjimba-jimba dengan kawan-kawan.. 


Okay.. Tak murni blog aku kalau tak ada pic.. So.. amik pic ni.. Pic terkini.. Makan-makan dengan my best friends forever.. :)

...Cerita Tamat...

01 April 2012

Jalan-jalan Cari Makan

...Cerita Mula..

Minggu lepas aku sempat keluar dengan kawan-kawan sekolah lama. Cikgu-cikgu masa aku praktikal dulu. Lokasi pilihan KL.. Time ni nak shopping pon tak bernafsu sangat.. Ye lah.. orang lain semua dah gaji.. Tapi aku dah 3 bulan kerja.. Gaji pon tak masuk lagi.. Tapi selamatlah baki gaji masa jadi kaunselor dulu masih ada lagi.. Boleh gak join kawan-kawan bersukaria. So, aku gi naik keta Cik Nusrah.. Lokasi pilihan KLCC.. 


Yeah.. ini dia si Cikgu Hairi.. 


Korang ingat budak sekolah jew boleh masuk Petrosains? oh tidak... Aku pon nak masuk juga walaupun dah 3 kali masuk dalam ni... Saja-saja nak habiskan masa yang terluang.. :P


Cikgu Sahar dan Cikgu Nusrah..


Cik Nusrah..


Okay.. Sempat lunch kat SUBWAY...

...Cerita Tamat...

02 November 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Pagi ni aku just nak berkongsi cerita dengan u all semua. Ekceli dekat satu bulan aku kerja. Tapi baru semalam aku ambil cuti. Kalau nak ikut kan kerja aku. 1 minggu ada 3 hari cuti. Tapi,aku jarang cuti. Nak tau kenapa? Sebab aku kena sampaikan target untuk bulan ini. Alhamdullilah, semua dipermudahkan. 

Bila dah cuti apa lagi, aku with my best friends Mr. Ayie hangout kat sekitar bandar Melaka. Mula-mula gi Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, Jusco, Bukit Beruang.. Last sekali boleh gi Mydin MITC. Very atok-atok sangat masuk Mydin.. urmmm.. Makan jangan cakap lah, aku dengan Ayie ni memang kuat makan, u all tengok je badan kita orang kurus & berketul-ketul... Tapi makan.. OMG.. Tuhan je yang tahu.. u all tahu.. Time kat McD tu,  aku makan sampai 3 large set . Tapi kongsi 2 orang lah.. Kot aku sorang makan 3 set. Mati kekenyangan dowh.

Kebetulan petang tu aku ada appointment's dengan syarikat 1 ONE. Yang ni untuk terapi kesihatan punya. So aku luangkan masa dekat 2 jam juga untuk terapi tu. Baki lagi 11 sesi.. Esok baru buat. 


Ni dia tempat terapi yg aku maksudkan.. eLife digunakan untuk membuat terapi.


Hahaha.. Tu dia En Prince sedang menjalani rawatan.. Walaupun rawatan agak mahal.. Tapi agak berbaloi.. Thanks Mr. Ayie yang terpaksa kena snap pic Prince. lol...

...Cerita Tamat...



27 December 2010

Bila Kaki Tersepit Di Eskelator

...Cerita Mula...

Hey all, semalam aku sempat shopping di Melaka. Banyak juga tempat yang aku pergi. Mahkota Parade, Dataran Pahlawan & Melaka Sentral. Dipendekan cerita, bila sampai di salah sebuah shopping di Melaka Sentral ( Shopping yang agak besar dan debom). Bermulah peristiwa  yang agak menghayat hati.

Masa aku dengan My Sis sibuk memilih jam tangan.Tiba tiba orang ramai menjerit & berpusu ke eskelator (Tangga Begrerak) berdekatan kedai Jam. OMG, seorang kanak kanak Cina tersepit kaki di eskelator. Hampir 1 jam lebih barulah dapat dikeluarkan. 

  
Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli-belah itu dan orang ramai cuba mengeluarkan kaki kanak-kanak malang itu setelah mendengar jeritan  mangsa. Mereka bagaimanapun terpaksa mendapatkan pertolongan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu setelah percubaan mereka gagal. Korang  tahu, separuh nak mati  budak tu menjerit kesakitan. 


Lebih kurang macam ni keadaan pada masa tu. Bayangkan kaki tersepit dicelah eskalator. Memang sakit kan? Kalau  aku yang tersepit macam ni, kompom koma 3 hari 3 malam. Boleh trauma dowh. Mati hidup semula pon aku tak hingin  naik  eskelator. Aku rela  guna tangga or lif.


Yang ni pic orang tersepit jugak, akibatnya kaki dia hancur & cacat. Tak pasal pasal , malam tadi aku  mengigau pasal budak tu.

P/s- Aku nak pesan dekat diri aku & korang semua. Lepas ni, kalau nak naik eskelator... TOLONG  berhati hati. Kalau boleh, elakan pakai selipar Crocs, Jepun & apa apa selipar jenis getah. Tak lupa juga kepada mak & bapak bapak dekat luar tu. Korang pastikan anak sentiasa berasa dalam keadaan selamat.

...Cerita Tamat...

23 October 2010

Trip Langkawi 31 OKT hingga 3 NOV 2010.

...Cerita Mula...

Horay... Jalan jalan cari makan. Program akhir untuk Prince dengan kawan kawan. Program kali ini, memang tak ramai yang join. Cuma 33 orang sahaja. Tu pon dah kira ramai lah. Dah penghujung semester ni. Ramai yang dah pokai. Tempat pilihan, Pulau Langkawi. Tentatif Program semasa berada di sana.



31 OKTOBER 2010

Bertolak dari Tanjong Malim 

1 NOVEMBER 2010

-Tiba di jeti Kuala Kuah
-Check In di Tanjung Rhu Resort, Langkawi
(Perempuan- Cahaya All Inclusive, Lelaki- Bayu Suria All Inclusive)
-Lawatan ke Gunung Mat Cincang
-Air Terjun Telaga 7
-Pantai Pasir Hitam
-Dinner akan diberi di Tanjung Rhu Resort
-Bermalam di Tanjung Rhu Resort
-Malam (Aktiviti Bebas)

02 NOVEMBER 2010

-Breakfast akan diberi di Tanjung Rhu Resort
-Lawatan 3 Pulau under package ( Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah & Tasik Dayang Bunting)
(Pastikan bawa pakaian mandi yang agak sopan)
-Dataran Lang
-Makam Mahsuri
-Beras Terbakar (Padang Mat Sirat- Shopping)
-Dinner di Tanjung Rhu Resort
-Malam (Aktiviti Sendiri)

03 NOVEMBER 2010

-Breakfast di Tanjung Rhu Resort
-Pekan Kuah/ Langkawi Fair
-Ismail Group
-Kilang Gamat
-Shopping
-Check Out dari Tanjung Rhu Resort
-Bertolak balik ke Tanjong Malim

P/s- Pastikan Anda semua menepati masa. Jangan nak make up sampai berjam jam sehinggakan kawan kawan lain menunggu lama.
-Keselamatan Tanggungjawab Sendiri. Tak ada orang yang nak jage u all semua okie.
-Pakaian yang menjolok mata SANGAT DIGALAKAN. Faham faham sendiri.
-Siapa anak Dato', Tan Sri, Datin Or VVIP. Sila bawa duit berguni guni. Boleh belanja Aku dengan kawan kawan.
-INGAT- SESIPA YANG MASIH BELUM HABIS MENJELASKAN BAYARAN. SILA BUAT BAYARAN SEBELUM 25 OKTOBER 2010.Aku takut orang lain naik feri, u all yang bayar separuh terpaksa berenang sampai JETI KUALA KUAH pulak. Boleh?

...Cerita Tamat...

20 June 2010

Sakit Dalam Kegembiraan

...Cerita Mula...


Salam semua, pagi tadi aku sempat bersukaria dekat KL temankan housemate aku Nan, Rich & Wen. Kalau dah ke Plaza Low Yat tu, sah sah lah nak beli lappy baru.  Tapi bukan aku yang nak beli, kali ni Nan  pulak yang nak beli lappy. Aku beli cooling pad je. Kat Tg. Malim ni cekik darah sangat. Ada ke sampai RM48. Kepala otak dia. Lepas je beli lappy aku terus ke Times Square. 


Sebelum shopping, aku kena isi minyak dulu. Bila dah isi baru boleh jalan sampai malam. Ok lah, yang pakai baju oren Rich, yang baju hitam  Nan.


Ha ha ha.. sekarang masa untuk shopping pulak.. Bila tengok banyak sangat sale, apa lagi rasa macam nak beli satu kedai. ngee... Yang ni pon dah tak larat nak bawa. Kiri.. Kanan.. Depan.. Belakang.. Sarat dengan barang barang..


Kali ni tambah lagi koleksi shoes. Yang ada pon aku jarang pakai. Tapi gatal lagi nak beli yang baru. Tapi kalau kita dah minat nak buat macam mana, beli je lah. Janji hati aku puas. Bila balik je rumah, aku terus sakit kepala. Macam mana tak sakit kepala. Malaysia ni panas sangat.. Telur ayam yang aku beli pon dah jadi telur rebus kat dalam beg tu.. hahaha.. Tapi walaupun penat aku happy sangat hari ni.

...Cerita Tamat...

31 May 2010

Tawaran Berganda Untuk Prince Hairi & Kawan-Kawan!!!


...Cerita Mula...

Horay.. Horay.. Horay... Buat pertama kali aku dapat berita gembira dari bos, aku pon tak tahu nak cerita macam mana. Ok, sebenarnya macam ni. Lepas je dari lunch aku pon buat kerja macam biasa. Tiba-tiba dapat surat tawaran untuk kerja luar. Nak tahu  pergi mana? nak.. nak.. Aku bukannya nak menunjuk tapi sekadar ingin berkongsi cerita je. Tidak lebih dari tu. Ok jom layan cerita aku.

Aku salah sorang yang terpilih mewakili syarikat untuk ke Shanghai, China pada 21 Jun hingga 27Jun. bersama dengan lima orang rakan yang lain. U All jangan ingat aku nak pergi bersukaria sambil makan angin. Sebenarnya aku pergi  untuk menjalankan beberapa projek yang akan dijalankan di sana serta membuat promosi untuk produk yang dikeluarkan oleh Syarikat aku.


Memang berbaloi apa dengan jawatan yang aku pegang sekarang.. Eksekutif Pemasaran, ha ha ha  macam nak bangga diri lah pulak... sabar sabar sabar Prince Hairi.. tak baik riak... Yang pasti Aku, Helmi, Albinus dan Jasmie turut terpilih untuk kesana selama 1 minggu. Yang paling aku suka tahap dewa bila dapat naik flight Bisnes Class. Oh tidak... tidak.. aku tengah happy ni.. tolong aku...

Bukan setakat dapat pergi bercuti, tapi dapat elaun lagi 1 hari RM200. Aku nak tanya U All, bodoh tak kalau aku tolak tawaran ni. Jawapan mesti mudah, Sah sah lah bodoh. Peluang datang sekali je, nape kita perlu tolak, betul tak? TQ kepada Ahli Lembaga Pengarah yang telah memilih kami berempat. Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayat.

P/s- Kepada kawan-kawan doakan aku selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun 1 minggu Prince Hairi tak da, aku akan pastikan blog di update hari hari. Ha ha ha 

...Cerita Tamat...

16 May 2010

Bersukaria di PWTC


...Cerita Mula...

15hb bertempat di PWTC aku sempat ikut MPP pergi PWTC. Ho3.. jalan-jalan tu, yang aku tahu ada Karnival Keusahawanan. yang lain tu aku x tau lah pula. 8.30am janji Melayu aku pon sampai lebih kurang jam 8.25am. Bila sampai sorang je baru ada. Ingatkan bas jalan jam 8.30am. Yang paling best tunggu vvip dari KHAR.. Girl2 tu.. Siap macam Kak Kiah & Mak Enon sangat. kalau nak kata pakai vogue x da lah vogue sangat.. biasa2 je.. Akhirnya jam 9 baru bertolak...

Berbalik kepada cerita asal, tujuan gi sana aku nak makan-makan je.. ha3.. x da maknanya.. aku kan kuat makan so, bagi aku majlis ni x da lah penting.. bagi aku makan yang penting.. ho3.. betul x.. perasmian jam 11.30pg hingga 12.30tgh. Ingatkan dapat lah jumpa dengan PM, tapi PM x datang.. digantikan dengan Dato' Khalid Nordin. ok lah tu.. janji Dato' yang rasmikan. betul x..?

Ni masa jamuan makan dekat Tun Razak Hall 2, makan dengan VVIP lagi.. dapat lah jumpa orang kenamaan dekat situ. Kepada Helmi, sory sangat-sangat.. selalu je pic ko x da dalam ni.. sape suruh ko tangkap gambar kami.. ha3.. Mie x marah kan?

Yang ni menu untuk makan tengahari, boleh lah.. yang pasti 1 meja sepatutnya 10 orang, tapi aku cuma duduk 5 orang je. puas sangat makan masa ni.. rasa dunia ini aku yang punya.. paling lucu, pasal udang, aku x boleh makan udang. Bila tengok udang dalam tu besar-besar.. aku makan lah sekor. lepas 5 minit.. gatal-gatal badan & bibir. So, trauma nak makan udang lagi.. haha

...Cerita TaMat...

08 April 2010

Shopping Tak Ingat Dunia!!

...Cerita Mula...

Lalat belum terbang lagi aku dengan Ikhwan dah keluar pergi Rawang..
Ni pon terpaksa untuk beli baju dinner Anugerah Dekan FPE untuk malam ni..
Tema  "ARABIAN NIGHT" dan Dinner AT45 jumaat malam "GLAM NIGHT"
Tapi semua hancur.. aku tak sempat ambil Anugerah ni.. apa tidaknya sampai rumah pon dah lewat.
Ini semua gara-gara Shopping tak ingat dunia...

Yang pasti malam besok aku mesti pergi untuk AT45 punya..
Mula-mula ingat nak pergi rawang je... bila sampai Rawang semua tak berkenan..
Berpuluh-puluh kedai pergi..Tapi semua macam baju orang tua..
So, aku buat keputusan pergi KL.. Jom gi KL.. ho3.. gila betul...
Walaupun aku sesat bagat nak pergi KLCC.. Lepas gi KLCC kami gi Pavillion & Time Square..
Best sangat pergi cuci mata.. Tapi x pa.. yang penting puas... semua ada dekat situ.. mak dengan ayah je x da... 

( sempat lagi snap2 gambar.. hahaha... yang ni pic dekat KLCC)

(Shopping punya shopping nampak pulak shoes Paul Smith dekat KLCC.. berkenan dekat hati...  aku & Ikhwan pon beli.. Wen amik colour Coklat aku colour Hijau.. ok lah tu.. Harga dia sama je.. Harga rahsia.. takut U all cakap Aku menunjuk lak nanti.. hahaha... klu nak tahu sangat pergi tengok sendiri ye.. 

( Aku nak boria dengan Wen malam besok.. huhu..)

Untuk baju aku beli dua pasang, 1 colour hitam, satu lagi colour biru.. yang tu x leh masuk blog lagi.. rahsia..
yang penting esok aku dengan Ikhwan jadi "TWIN" kasut sama.. baju aku dengan dia sama, bezanya cuma kat bahagian kepala je.. corak dia lain sikit.. tapi colour sama.. hoho..

Ni time makan pulak, makan kat MCD..
Wen Makan Burger QP aku makan Ayam MCD..
macam biasa lah, dia makan sikit je.. selebihnya aku sapu..huhuhu...
Nafsu makan sudah bergelora...
Sampai rumah lebih kurang jam 9malam..
Penat sangat-sangat seharian shopping tak ingat dunia... lala..

...Cerita Tamat...

19 March 2010

Trip Cameron Highlands

( Kereta pilihan untuk Trip kali ini ialah  Perodua ViVA.. save minyak dan senang untuk mencilok di jalan yang kecil dan berbukit terutamanya. Untuk naik Cameron aku cuma bawa 3 orang sahaja 2 di depan dan dua di belakang.. sory lah siapa-siapa yang tidak diundang tu..heheheh)
( Lokasi pertama aku dengan geng2 pergi kebun Strawberry.. dekat sini kami boleh petik berapa banyak yang nak.. tapi kena makan dekat situ sahaja.. bayaran dia jangan tanya.. ditaja oleh En. TUT... Biarlah Rahsia..)
( mmm.. bestnya.. Strawberry disalut coklat..  sedapnya... ingat Dato' Ct dengan Dato' K je yang boleh makan.. aku pon boleh lah.. lagi fresh... petik dari ladang Then, buat time tu juga.. Yang ini pon Ditaja juga.. yeah... hidup penuh dengan tajaan...)
(lalalalla... comelnya aku time ni... hehehe.. perasan nak mampos aku ni... sedang menikmati strawberry Coklat yang manis.. mmm...sedapnya.... kalau nak pergi lah Cameron ye...)
(Shopping barang-barang untuk bilik.. tengok apa yang menarik... barang memang cantik.. tapi harga pulak x cantik.. tapi beli lah satu dua untuk kenangan..)
( Sedang memilih pokok-pokok yang boleh dibawa balik... untuk ditanam di bilik dan juga rumah.. jangan habis sem semua pokok mati sudah lah...)
(Hampir 1 jam berada di kedai, cuma jumpa 6 yang terbaik sahaja... ni lah hasil yang diperolehi... ngeee)

Rasanya penat sangat hari ni, bukan apa.. dari sem lepas nak rancang pergi Cameron tapi, baru hari ni ada masa.. Akhirnya tercapai juga hajat untuk Trip di Cameron Highland.. Terima Kasih kepada kawan-kawan yang temankan hairi... jasamu Ku kenang.. Nanti hairi akan upload gambar dalam face book ye.. banyak lagi tempat yang pergi.. tapi x muat nak masuk dalam blog ni... lalalala...

02 February 2010

Pusing-Pusing RAWANG..


...Cerita Mula...

Hahaha... hari ni nak cerita tentang aku & housemate aku gi Rawang Jalan-jalan. Sebenarnya aku x rancang pon nak gi sana.. lebih kurang jam 12tgh hari tadi aku teringin nak makan MCD. So,apa lagi.. kawan-kawan lah jadi mangsa. Mula-mula ajak Wan & Pija.. dia orang tu ON je.. Then, Ikhwan jual mahal mula-mula... macam-macam alasan bagi.. nak jumpa dengan LINA lah.. ada Meeting lah...  hahaha... Apa lagi.. aku ni pakar dalam menggoda orang.. GODA punya goda... terus cair mamat ni... biasalah.. kalau dah kaki shopping tu.. walau jauh di seberang laut pon sanggup ku redah... Betul Ke Tidak Ikhwan? Betul Ke Tidak Ikhwan? Betul Ke Tidak Ikhwan?...lalalallaa...

Jam 2.30 ptg kami bertolak... bila sampai je terus gi Parkson.. pusing-pusing dalam tu je... ingat nak beli.. tapi x da yang menarik pon.. biasa-biasa ja.. kat dalam Parkson ada lah GIANT..  nama je giant.. tapi besar lagi Grand Union, kt Tg. Malim. Dah tahu kecik x payah lah letak nama Giant.. sengal sangat-sangat... letak lah NObita ke.. sizuka ke... 
Seterusnya... kami gi dekat pasar raya BINTANG.. nama x boleh bla.. lebih kurang mcm Billion je.. tapi besar sikit la.. barang pon biasa-biasa je.. x da daya tarikan nak beli.. Sekarang ni... aku dgn kawan-kawan gi kedai Aroma Therapy pulak... Sempat lah beli sikit.. yang banyak borong Wan dengan Ikhwan je.. aku cuma beli pewangi.. sebab yang bekas dia dah ada... Then, gi WATSONS pulak.. beli lilin unt bekas  tu...
Sebelum balik singgah kejap dekat McDonalds.. makan Prosprety Ayam.... Then BAlik...
 
( Begitu Rakus Budak-budak ni makan.. tanpa melihat orang didsekeliling mereka...ish..ish..)
...Cerita Tamat...

31 January 2010

TF Vs TV LCD

Hari ni kita belajar Law ok.. mesti ramai yang terpikir dan tertanya-tanya.. nape banyak sangat guna Vs ni.. sebenarnya suka2 je... aku nak bagi tau yang sem ni aku amik 2 paper law.. satu untuk major satu untuk minor.. lalalala...
   ...Cerita Pertama dah nak mula ni... lalalalala...
Hari ni ada promosi besar-besaran dekat Tf lah kononnya, sape yang ada kad ahli tu layak untuk membuat cabutan bertuah jika berbelanja RM100 dan ke atas.. hadiah utama TV LCD dengan Mesin Basuh. lebih kurang jam 10pg Aku, Helmi, Ikhwan & Cd. gi lah berbelanja dengan harapan dapat hadiah utama TV LCD tu. Bila samapai je, tengok tempat parking semua dah penuh. dalam TF pon berpusu-pusu orang. ramai sangat...
   Dipendekan cerita, kami terus beli barang untuk rumah dan keperluan diri. rasanya dah lebih 200 lebih ni.. kami pon gi lah bayar.. bila tanya je dengan casher tu.. boleh ke buat 2 resit? dia pon cakap boleh.. kami pon buat lah 2 resit.. 1 resit RM106 satu lagi RM140 lah.. lebih kurang cam tu lah.. aku pon x ingat sangat.. Aku dengan CD pon nak gi tebus hadia ni.. cabutan bertuah lah konon.. bawa lah resit pertama.. CD pon cabut.. dapat huruf P. Ingatkan dapat PETI AIS  ke...  rupa-rupanya pinggan... kecewa aku... Pinggan LCD lagi.. kalau beli kat kedai 2 inggit dapat 2 biji.. keji sangat TF tu... 
 
( Pinggan LCD kebanggaan TF) 

   Yang tu x kisah lah.. kami cuba nasib untuk kali kedua... Ikhwan bawa resit yang kedua... nak tau apa orang tu cakap.. MAaf... hanya satu resit dan satu kad sahaja boleh digunankan untuk satu urusniaga.. apa lagi kecewa lah semua.. kami pergi dengan harapan membawa balik TV LCD tapi pulang dengan Membawa pulang Pinggan LCD. yang penting Ada LCD kan... tu semua x kisah lah.. x da rezeki kan.. cuba lagi lain kali...

Open Day Kolej Za'aba..

Malam tadi Aku, bersama Mantan NYDP MPP (Put), & Calon MPP baru Sharel & Afiq sempat meluangkan masa gi dekat KZ.. biasalah lah kan, MPP baru kita ni nk beramah mesra dengan Rakyat Jelata. Apa tak nya.. depa ni  nak meraikan kemenangan besar... lalalala... gurau je ek..
   Sebenarnya x da lah nak jumpa dengan rakyat jelata pon.. tapi saja suka-suka nk tengok gerai-gerai yang ada kat sana...  bila sampai je kat sana tengok-tengok gerai.. then kami gi gerai Ainun Theraphy, yang ni kedai cuci mata lah lebih kurang.. lepas je pakai binatang yang dia letak dekat mata tu.. terus terang & segar biji mata.. mula-mula nak gak beli.. tapi tengok harga dia mahal sangat sampai RM70 x jadi lah beli... kalu Rm40 nak gak beli.
 
(Duta-duta BROOCH Korean...lalalala) 

   Kami sempat gak  beli MaFLA.. ala.. yang nacam serban orang gi haji tu..  rasa nye PUT lah paling vogue sekali.. sampai 3 dia beli.. warna x boleh bla... pink lagi... time ni pandai betul budak-budak ni NEGO dengan kak yang jual tu.. dapat lest sampai 50-70% kot.. harga dia biiarlah rahsia.. malu kot nak bagi tau... lalalalalal..
 
( 4 Jejaka sedang menggayakan Mafla, & Brooch)

   Bila sampai je umah x lengah lagi.. semua terus menggayakan.. siap pakai BROOCH lagi.. BROOCH mahal tu... satu RM100 ada yang sampai 100 lebih.. kalau ada sape2 yang nak beli BROOCH ni.. boleh call Put, HAsnan, Richard, Or Abg Shahril. dia orang ni tokei kerongsang... Jaminan sehingga 2 tahun... Perniagaan mereka dibuka 24 jam sehingga 10 Feb ni.. sape cepat dia dapat...