Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

14 March 2010

Bengkel Rancangan Perniagaan ( Sempena Pesta Konvo)

Berita baik kepada seluruh warga UPSI, Adakah anda masih lagi terfikir-fikir perniagaan apa yang ingin dijalankan selepas anda konvo nanti? adakah anda akan terus menjadi Cikgu Bitara sahaja di sekolah? Adakah cukup pendapatan bulanan anda? dengan kos sara hidup yang semakin meningkat? jawapannya sudah tentu TIDAK!!!!!  Peluang sudah berada depan mata anda... So.. Apa lagi.. Rebutlah peluang ini... Bawa rakan-rakan... sanak saudara.. pak cik2.. mak cik2.. jiran2... dan siapa2 sahaja yang anda kenali... hehehehe... macam nak buat promosi lah pulak,,, lalallala...

U all... Semperna dengan Pesta Konvo yang akan diadakan dari 15hb - 17hb kelab Keusahawanan UPSI ( BECC) akan mengadakan BENGKEL RANCANGAN PERNIAGAAN. Secara Percuma kepada seluruh warga UPSI yang berminat. Pelbagai Tip dan tunjuk ajar akan diberikan kepada peserta yang menyetai bengkel ini. Anda bukan sahaja mendapat ilmu berkaitan Rancangan Perniagaan malah boleh mendapat pendapatan sampingan melalui rancangan perniagaan  anda... INGAT!!!  ini bukannya sekadar cakap-cakap kosong, Ini bukannya perniagaan Jualan Langsung.. BUKAN jualan Pisang Goreng KAK Kiah... Bukannya perniagaan MLM, Ianya sah Disisi undang-undang. Sesiapa sahaja boleh menyertainya. InI BENGKEL RANCANGAN PERNAGAAN....!!! Sorry lah.. terdapat sedikit unsur-unsur penegasan di sini... heheheheeh..

kepada mereka yang berminat, anda boleh menghadirkan diri pada masa dan tarikh di bawah:-

Hari: Selasa
Tarikh:16/03/2010
Masa: 2.00petang- 5 petang
Tempat: Bilik Seminar Bitara Siswa

(Sijil akan diberikan kepada peserta yang mengikuti BENGKEL RANCANGAN PERNIAGAAN)

P/S- Kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai BENGKEL ini.. pastikan datang mengikut waktu yang telah ditetapkan.. biasalahkan... kalau benda FREE macam ni.. takut u all suka suki  dia je nak datang lewat2... dah lewat  boleh lagi jalan lengang lenggok sawi, bayam, & pucuk ubi.. kalau sape2 yang  lewat.. sory lah.. u all gi lah kursus yang berbayar punya.... heheheh... 

04 February 2010

Penangan Saham Yang Menghantui Diriku!!


Pada mulanya  macam x caya je nak tulis post ni. Bukannya aku ni seorang BUSINESSMAN.. broker saham.. ahli koprat.. dan lain... .. tapi hanya nak berkongsi sedikit cerita & pengalaman yang ada.. sebenarnya dari sem lepas lagi aku nak main saham ni, time tu belajar Paper Finance ... tapi macam x ready lagi.. hari ni tergerak hati nak main saham... So, apa lagi.. kalau niat dah ada kena teruskan je...
     Pagi tadi ajak lah kawan aku gi MayBank, kalau nak main saham ni kena buka satu lagi akaun nama dia Akaun CDS. akaun ni khas untuk Saham je... maknanye sekarang ni dekat Maybank aku ada dua akaun lah.. lepas je buka akaun ni baru lah boleh kita beli saham apa yang kita nak. Sebelum ni ingatkan nak beli saham MAXIS.. tapi malangnya sekejap je dah naik.. so, kalau aku beli sekarang rugi lah.. 
     Masa bulan 12 dulu 1 Lot lebih kurang 4.50 tapi sekarang ni dah 5.40. mahal tu.. kalau 1000  Lot dah RM5400. jadi pikir punya pikir aku akan beli saham lain lah.. tunggu lagi 2-3 hari ni.. nak tengok saham apa yang paling untung kalau beli.. Mesti kawan-kawan nak tau kan nape aku nak sangat main saham ni.. 1st untung lah.. memang lah ada risiko.. kalu x berani tanggung risiko jangan lah main.. dari simpan ASB yang bunga dia lebih kurang 8% setahun. lebih baik main saham.. lebiih dari tu kita dapat. 
     Kalau dia naik 40sen 0r 50sen ke.. tu pun dah kira banyak.. tapi bergantung pada berapa yang kita labur lah.. aku ni pon x da lah pandai sangat main benda ni.. tapi sikap nak bertanya tu ada kan.. Orang dekat bank tu pon ada lah ajar cara nak beli, bagi pendapat.. kiranya dia mentor aku lah.. Then, kawan-kawan pon banyak tolong ajar cara nak main ni... terutamanya WAN KLANG... dia ni kalau pasal saham... x payah cakap lah.. memang dah sifu...
     Apa-apa pon aku harap dapat lah pulangan dari saham-saham yang aku labur ni... lalaallalala.... kawan-kawan yang nak main saham pon boleh gak.. yang penting kena berani.. dari simpan duit dekat ASB yang kecil pulangan tu, baik main saham.. 1 bulan pon dah boleh dapat pulangan yang lumayan...

14 January 2010

Aku bangun dari HIBERNATE...

...Cerita Bermula...
Setelah beberapa ketika aku Ber HIBERNATE....
kini aku kembali dengan semangat baru dan azam baru..
hari ini lebih baik dari semalam...
itulah yang aku harapkan... 
sekarang tibalah masa nya untuk membuat 
PROMOSI  Smart Global secara besar-besaran di UPSI ni..
melalui ini lah anda semua mampu mengubah hidup menjadi lebih dari sekarang ni..
mungkin anda tidak percaya.. ada yang cuba mengecilkan kebolehan bisnes ni..
tapi terpulanglah kepada mereka.. peluang hanya datang sekali sahaja.. 
kalau aku dan rakan-rakan kini sudah berjaya.. bila lagi anda ingin berjaya..
sekurang-kurangnya... bila aku keluar nanti aku memiliki segulung 
IJAZAH dan pendapatan lebih dari 10K sebulan.
tapi kawan-kawan lain masih lagi di bawah tanggungan mak & ayah lagi..
tapi x kisah lah... yang penting ko orang bahagia..
aku cuma ingin menolong rakan-rakan agar mereka tidak dihimpit  
masalah kewangan.. tapi.. kalau mereka sendiri tidak 
mahu mengubah nasib hidup apakan daya..

p/s. kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan secara HALAL.. bolehlah hubungi saya di talian 013-6296023.. atau emailkan kepada saya hairiaks@yahoo.com Dengan modal yang rendah tapi pendapatan lumayan.. Keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar di UPSI.. tpi kalau orang luar nak boleh gak.. Jika saya boleh berjaya, mengapa anda tidak... tepuk dada tanya selera..

...Cerita Tamat...




09 January 2010

SAMBUTAN CARBOOTHSALES MINGGUAN BECC DI LUAR JANGKAAN?


Tanjong Malim, 9 Januari - Program mingguan yang diadakan oleh Kelab Keusahawanan UPSI telah mendapat sambutan di luar jangkaan pada hari ini. Seawal jam  7.30am AJK yang terlibat telah berada di tapak jualan untuk memastikan peniaga mendapat tempat mereka. Walaubagaimanapun, sehingga jam 9pagi tidak kelihatan seorang peniaga pun yang datang untuk mendapatkan pas laluan masuk ke dalam kampus.
   Menurut sumber yang boleh dipercayai, jumlah peniaga yang akan berniaga pada hari ini seramai 2 orang sahaja dan bukannya 20orang ye. aduh wei..aku x pandai lah nak tulis formal2 ni.. tulis ayat biasa je lah.. berbelit2 lidah nak susun ayat ni..ha3. aku pon terkena gak hari ni... bangun lah kul 8pg.. untuk minggu ni dapat tugas buat lawatan ke tapak orang meniaga je.. ala2 YB lah ni... yang ni baru lah VAGUE... aku sampai lebih kurang jam 9pg lah.. bila sampai je kat tapak.. peh... menangis... sekor pon x da.. yang ada cuma AJK je.tunggu punya tunggu akhirnya wat keputusan gi makan kat ABUYA.. kenyang gak perut..then, kami gi TF.. TF ni tempat kebanggaan keluarga IKhWAN & FAUZAL..apa x nye..tiap2 minngu muka dia je kat TF tu.. kot aku keja kat TF pon nak menyampah tengok muka dia orang..ha3...
   Kepada sesiapa sahaja yang ingin meniaga setiap hari SABTU kami di Kelab Keusahawanan mengalukan anda meniaga.. yuran x mahal pon.. RM5 sahaja untuk sehari..tapi kerusi meja kena bawa sendiri lah..kami x sediakan.. student pon boleh gak.. kalau x da khemah & kerusi dan meja.. bawa je tikar...kemudian bentang..yang penting meniaga.. x da sape pon nak larang.. kalau berminat CALL je nama kat bawah ni.. yg penting bagi tau awal2... tempat dia memang strategik...
    1. MOHD JASMIE BIN JASIM ( 013-6296272)
    2. MOHD ZULHELMI (013-4660339)
    3. MASTURA MAT ISA (013-4027694) 
    4. NURUL AFIDAH OMAR ( 019-9307152)
Hubungi dan daftar pada atau sebelum setiap hari rabu pada setiap minggu sabtu yang ingin berniaga.

p/s- Tolong jangan nak buat miscall or mesej suka2 hati ko orang je ek... pastikan orang yang berminat je yang buat panggilan telefon.. JANGAN lak nak NGORAT  budak2 yang kat atas ni..semua dah berpunya.. ni pesanan dari pihak penaja ok.... bukan aku suka2 nak tulis...