Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

05 November 2011

Salam Aidiladha & Selamat Bercuti..

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum.. Kepada semua kawan-kawan selamat menjalani ibadah korban dan salam Aidiladha. Kalau tahun lepas aku beraya di perantauan.. Tahun ni alhamdulillah.. Dapat juga beraya kat kg..



Hahaha.. Ni dia pic paling terbaru Prince..Agak berisi.. Macam mana semua tak berisi.. Hati senang..Jiwa tak kacau.. Nafsu makan semakin bergelora kau.. Ngee..

Jangan korang nak pelik pulak, tiba tiba aku masukan pic tengah bekerja..(tengah kerja lah sangat). Besar gedabak lagi.. Kata orang..sambil menyelam minum air kan.. So, sape sape yang rasa nak sambung  study lagi.. Boleh hubungi aku ek.. Talian hp dibuka 24 jam. Sesiapa saja boleh call..Tak ada masalah..  Hamik kau.. Siap buat promosi lagi. 

P/s- Selamat bercuti.. Berhati hati ketika memandu..

...Cerita Tamat...   

14 September 2011

Raya oh Raya.. Part 3

...Cerita Mula...

Hye all... Selamat petang. Sekarang ni aku masih dalam mood raya lagi. Rasanya hari-hari ada open house kan? Selagi tak cukup 1 bulan.. selagi tu lah ada. Kalau hari sabtu & Ahad.. korang jangan cakap lah. Sure berpuluh-puluh rumah buat open house. Okaylah, korang layan lah pic raya with cikgu-cikgu novis SMKBJ.



Beraya rumah Kak Z...  Lendu,Melaka.. Kuih kat rumah dia memang sedap.. Ingatkan kak Z yang buat.. rupa-rupnya semua tunjuk.. Patut lah rasa sedap lain macam je kan... Hahaha.. Then dapat makan buah salak fresh dari ladang... J J


Dari Lendu, terus ke Pengkalan Balak.
Menu:-
Rendang Daging + Nasi Impit + Kuah Kacang + Keropok Ikan + Bihun Goreng + Nasi Lemak + Karipap Sardin + Air Sarsi.
(Ditaja oleh Kak Z & Cikgu Novis)



Memandang air laut yang tidak begitu bersih. Automatik hilang nafsu nak mandi.  Korang cakap je, apa yang tak da dalam tu.. semua ada.. kayu, besi, kasut, baju, botol, kertas.. sampah jangan cakap lah... memang berkeliaran tanpa arah tujuan...


Pic ni di rumah Pn.Hajah Normala.. di Gemencheh, Negeri sembilan.. Memang meriah.. Menu pon sedap.. Nasi Beriani Ayam.. soto.. dan macam-macam lagi.. J
  
...Cerita Tamat...

06 September 2011

Raya oh Raya.. Part 2

...Cerita Mula...

Hye all, assalamualaikum. seperti yang dijanjikan .. aku nak upload 3-4 keping gambar untuk raya ke-3. Raya ketiga ni, aku just keluar dengan kawan-kawan sekolah lama. Macam biasa lah, cuma raya umah kawan & rumah cikgu yang pernah ajar aku mase form 5 dulu.


Okay.. aku with Shahrul.. Best friend dari sekolah rendah lagi..


Yang ni pula.. Bergambar dengan bekas cikgu Sejarah.. En Omar... Cikgu paling best sekali mase form 5 dulu.. :)


Kat rumah cikgu BM, En.Amran Nordin..Dari kiri..Shah,Rizal, Prince, Iskandar, Apak, En Amran, Wani, Maria, Dik Yah & Lin..

Yang ni dekat rumah ustazah.. Pn. Norliza..

P/s-Okay.. cukup lah 3-4 keping je.. Kalau aku rajin.. Aku upload  pic yang lain pulak.. Macam tak ade mood nak update blog.. ha3..

...Cerita Tamat...

05 September 2011

Saya Nak Duit Raye!!!

...Cerita Mula...


Tahun ni aku cuma dapat 7 keping sampul raya yang berisi duit raya.. Ha3.. kalau sampul raya sure lah duit raye kan.. tak kan kertas 4D lak kan?

Kalau mase budak dulu. Sure dah berpuluh aku dapat..

P/s- Ada sape-sape yang dapat lebih dari aku.. Sure aku makan hati dengan korang.. wakakaka..

...Cerita Tamat...

Raya oh Raya.. Part 1

...Cerita Mula...

Hye all, hari ni aku just nak cerita pasal raya. Macam biasa raya pertama aku dengan family akan pergi rumah nenek di Gemas, Negeri Sembilan. Walaupun tahun ni ramai uncle & untie yang tak balik raya. Tapi still meriah lagi.. Paling tak best Pak cu aku yang tak dapat balik beraya... rase sunyi je rumah wan.. kalau tak sure meriah sebab anak dia yang hyper aktif tu.. kalau untie or uncle yang lain tu tak balik aku tak kisah sangat pon.. balik tak balik sama je.. Ada aku kisah.. Tambah yang sorang tu.. ada tak ada.. macam tak da.. ha3..

Ekceli adik beradik belah my mum tak ramai pon.. ada 5 orang.. sorang dah meninggal.. tinggal lah 4 orang.. Memandangkan Pak cu & untie aku tak balik beraya. Tinggal lah 2 kerat. 1st time raya 2 kerat jew. Tahun ni raya dengan family pak long.. best juga.. anak-anak dia pon semua dah besar. So satu kepala lah dengan aku.


Okay.. Pic pagi raya at rumah wan.. Time ni wan buat open house..Memang ramai yang datang.. sampai tak terlayan...


Pic ni amik jam 7 malam.. baru balik dari beraya rumah saudara mara.. ikutkan hati nak raya sampai malam.. Tapi tak boleh.. Kawan aku from oversea datang lah pulak.. 1 st time datang rumah..


Raya kedua dah.. Ni rumah atok dekat Parit Tegak, Batu Pahat.


En Prince yang suke begambar.. Ha3...

P/s- Tahun ni tak banyak sangat ambil gambar.. So, aku uploadkan apa yang ada je lah.. Ha3.. Tunggu entry seterusnya.. Raya dengan kawan-kawan pulak.. :)

...Cerita Tamat...


01 September 2011

Salam Aidilfitri


...Cerita Mula...

Assalamualaikum semua.. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog ni. Biasalah, bulan baik ni.. nak kurangkan kontrovesi dan tingkatkan keimanan. Okaylah, entry hari ni sungguh berbeza.. tak ada nak melahar, memaki, menghanjing dan mak nenek bagai.  Entry khas untuk korang semua. Walaupun dah raya ke-3.. aku tak peduli.. aku nak tulis post kan juga.. J

Saya Zuhairi Zainol Abidin (Prince HairiAks, Ery, Zerry, Bangli, Zul, Rie)
Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Kepada semua rakan bloger sama ada di Malaysia mahupun di luar negara,
Saudara mara yang berada di merata pelusuk alam,
My friends  UPSI ambilan Julai 2007/2008,
Ex scandal, Ex GF, dan macam-macam Ex lagi,
My friends Face Book, Ym, Skype, MSN, Twiter,Friendster,
Untuk yang tersayang dan disayangi,
Serta semua yang mengenali diri saya...

Saya ingin memohon maaf,
 Sekiranya terkasar bahasa, terlahar secara sengaja mahaupun tidak sengaja.
Maaf juga sekirannya terdapat entry yang membuatkan ada yang terasa hati, makan hati dan terus busuk hati dengan aku kan.
Ye lah... rambut sama hitam kan... hati lain-lain...

So, dihari mulia ini.. aku nak susun 20 jari jemari yang terdapat di jari dan kaki...
Aku nak mohon maaf kat korang semua ek..


P/s- Raya ni jemput datang rumah aku. 1 bulan pintu rumah terbuka untuk korang semua. So, sape-sape yang nak datang. Boleh inbox di FB terlebih dahulu supaya aku boleh buat persiapan yew.  Datang.. jangan tak datang...


25 December 2010

Selamat Hari Natal

...Cerita Mula...

Salam semua, rasanya masih belum terlambat nak ucap Selamat Hari Natal kepada mereka yang sambut hari ni. Walaupun tak semeriah hari raya puasa. Aku pon celebrate juga. Biasalah 1 Malaysia kan? So, semua perayaan aku sambut. So, jom kita ramai-ramai pergi rumah terbuka Hari Natal kat Kg. Portugis, Melaka.

Tahun ni nasib aku sangat malang. Aku celebrate Hari Natal dalam keadaan kesakitan. Korang nak tahu tak. Boleh aku terlangar bucu katil. Sakit dowh... Habis koyak kaki aku. Kena 14 Jahitan. Darah banyak sangat. Kaki aku koyak rabak. Jatuh saham Prince. U know, kompom akan berparut kaki aku. Lepas ni kompom tak makan kicap.

Masa kena tu, aku rasa macam nak pitam. Tapi kan.. Aku buat buat tak sakit jer. Biasalah, tak kan aku nak jerit jerit macam orang gila kan? Lepas makan ubat, jahit & balut. Terus tidur, Pagi tadi dekat jam 11 baru bangun.

P/s- Sakit sakit kaki. Sakit lagi hati aku. Tak ada mood nak upload pic untuk entry kali ni. Sekarang masih dalam mood berkabung. Nak tahu kenapa aku sangat emo. Wait & see.. Tengah mengumpul bukti. Tengah menjadi spy. Tengah memikirkan sesuatu. Renung renungkan dan selamat beramal. :-)

...Cerita Tamat...

16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

...Cerita Mula...

Salam semua, dikesempatan ini aku ingin ucapkan salam Aidiladha kepada family yang berada di Negeri Sembilan, saudara mara yang berada di Malaysia mahupun di luar negara, kawan-kawan UPSI, Blog, FB, Tagged, Twitter, YM, Skype, My Space, MSN, Friendster, Gmail dan seluruh rakyat Malaysia yang mengenali diri saya.
 

Urmm..Tahun ni, i terpaksa beraya rumah Isteri Muda pulak dekat Australia. So, kepada family kat Negeri Sembilan. U all jangan sedih  yer.

P/s- Berhati hati ketika memandu, Ingatlah scandal yang tersayang.

...Cerita Tamat...

05 October 2010

Open House AT45

...Cerita Mula...


Salam semua, entry khas untuk SEMUA AT45 (SEMESTER 7)
Rumah terbuka untuk u all semua akan diadakan seperti berikut:-


P/s- Kawan kawan AT45 diharapkan dapat datang yer. Kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil Prince tadahkan. Datang jangan tak datang. Siapa siapa yang nak datang awal pon boleh gak. Tak da masalah. Tolong kemas rumah Prince yang serabut ni. Boleh?

...Cerita Tamat...

26 September 2010

Lebih 100 Orang Hadir


...Cerita Mula...

Salam semua, dua hari tidak berblog. Sangat busy. Sekarang baru free sedikit. Oklah, berbalik pada rumah terbuka aku  kemarin. Lebih 100 Orang yang datang. Sampai tak cukup kaki & tangan nak layan. Sambutan yang sangat luar biasa dari tahun lepas. Selamat makanan cukup. Semua tetamu yang hadir dapat makan.So  tengok je lah pic kat bawah ni.. Kalau u all nak tahu, Banyak gambar yang belum ambil dari kawan kawan. Aku sangat busy melayan tetamu masa tu.



Tetamu kelompok pertama yang hadir.. U all ingat PTPTN je ada kelompok pertama & kedua.. Open House aku pon buat macam tu... ngee..




Oit mak cik.. Apa u all buat 3 orang ni.. Ngumpat ek.. Hik3.. kesian kat dia orang kena dok atas tangga. Ye lah ruang dah tak cukup.. Tangga pon tangga lah.. Janji makan kan..


Sempat bergambar bersama tetamu yang nak balik..


Malam pon ada lagi yang datang... Sangat penat melayan tetamu..

Munu Open House:
Bihun Sup
Sambal Merah
Ketupat Palas
Nasi Impit
Rendang Ayam
Kuih Raya Aneka Pilihan
Kek Coklat
Kek Lapis Sarawak
Air Sarsi
Air Sirap

    Thanks kepada semua yang hadir. Sayang kat u all semua. 

    ...Cerita Tamat.

    23 September 2010

    Rumah Terbuka Prince Hairi

    ...Cerita Mula...


    Bismillahirrahmanirrahim..
    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
    Bagi menyempurnakan titah perintah kawan kawan Prince Hairi
    Setelah diperkenankan oleh Prince Hairi dan 
    Kawan kawan Taman Nusa
    Maka adalah dengan ini,
    Prince mengistiharkan bahawa tarikh rumah terbuka,
    Bagi rumah Prince Hairi telah ditetapkan pada

    Hari JUMAAT
    24 September 2010
    Jam 5 Petang

    Beralamat,
    No 5, Jalan Nusa 3, Taman Nusa,
    35900 Tanjong Malim,
    Perak Darul Ridzuan.
     
    Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    P/s- Semua dijemput hadir. Prince & kawan kawan tak larat dah nak hantar mesej. So, sape yang ada dekat dengan kawasan ni. Boleh datang bagi memeriahkan majlis.

    Tema, Pakaian baju raya yang vogue lagi glam.. Tapi tidak menjolok mata kawan kawan Prince yang gatal gatal ni.. hik3..

    ...Cerita Tamat...

    21 September 2010

    Thanks Cik Nurul & Cik Yana

    ...Cerita Mula...

    Horay.. Sekarang mood happy je. Bilik pon dah siap kemas. Tak sibut macam sebelum ni. Kepala otak aku pon dah mula ok.. Tak serabut.. Malas nak emo emo lagi.. Buang masa jer...

    Apa apa pon aku nak ucap TQ banyak banyak  kat Cik Nurul yang bagi kuih raya sampai berbeg beg. Bilik aku penuh dengan kuih & kek. Bak kata dia semua kuih dia yang buat. Sampai dia tak tidur 4 hari 3 malam untuk membuat 2 biji kek yang tidak diketahui nama. Tapi tak pasti lah betul ke tidak. Sebab semuanya sedap yang teramat. Sekali tengok macam kuih tunjuk. Dua kali tengok macam dia buat. hik3..


    Hahaha.. Ni dia Cik Nurul tu.. Muka dia ada rupa seorang Mak Cik pembuat biskut tak. Kalau ada sila berikan satu tepukan yang gemuruh untuk dia kerana berjaya menyiapkan kek dalam masa 3 hari 4 malam..Wekkk

    Prince nak ucap terima kasih juga dekat Miss Yana yang bagi ole ole dari Mekah. Macam macam dia bagi. Kalau nak senaraikan dalam blog ni, mamang mengambil masa 7 hari 6 malam. Yang pasti lepas ni aku sentiasa duduk atas sejadah jer. Mmmm... Yana ni macam  nak suruh Prince bertaubat je.. hik3..

    ...Cerita Tamat...

    12 September 2010

    Raya Tak Ingat Dunia...

    ...Cerita Mula...

    Salam semua, sekejap sudah raya ke-3. Seperti biasa aku beraya rumah saudara mara, jiran tetangga. Kalau u all nak tahu. Today aku kena cirit. Bila bangun dari tidur terus ke toilet. Bila datang rumah orang terus kejarkan toilet. Ohhh... Sungguh merana... Sungguh menderita....

    So, aku mau pesan dekat u all semua. Jangan makan benda yang pelik pelik...Jangan minum air gas banyak... Jangan jadi macam aku... Tersiksa jiwa dan raga bila kena macam ni.. Nak raya pon tak selesa...



    ...Cerita Tamat...

    11 September 2010

    Aktiviti Hari Raya

    ...Cerita Mula...

    ( Pic Prince, My Sis, My Bro)

    Hik.. Kalau u all nak tau...Raya ke-2 memang best... Aku berjaya menaikan berat badan.. Makan tak ingat dunia.  kalau boleh nak makan... semua benda nak makan... Lepas ni kena lah diet balik... hik3

    ...Cerita Tamat...

    Selamat Hari Raya

    ...Cerita Mula...

    (Pic RAya pertama)

    Selamat Hari Raya kepada semua kawan kawan..
    Raya kedua baru sempat nak update blog..
    Sangat busy..

    ...Cerita Tamat...

    17 August 2010

    Mood Lagu Raya

    ...Cerita Mula...

    Mmmm.. Hari ke7 puasa. Berat semakin hari semakin naik.. Naik 2 kg. bukan tak puasa. Tapi aku tak boleh tengok makanan kat bazar. kalau boleh semua nak beli.. Semua nak makan.. Kalau batu dengan kayu  boleh makan.. Tu pon aku makan... Bertapa rakusnya di bulan Ramadhan ni.. Kalau u all nak tahu.. Setiap kali aku gi pekan or kedai kain mesti dengar lagu raya. Yang tak boleh blah.. Hari pertama puasa dah putar lagu raya. Semangat betul kedai kedai kat sini. 

     Haha.. Ingat Hencik Sharel je boleh berposing posing pakai baju raya? Aku Ingat nak posing golek golek cam dia.. Tapi malas pulak.. Aurat perlu dijaga...Ngee...

    Pagi tadi, celik je biji mata terus on lappy. Secara tak sengaja terbuka lagu raya. OMG... Tak sabar nak balik kg.. Rindu sama mama & papa... Kalau u all nak tahu.. Tahun ni aku cuti lama.. dekat nak 2 minggu.. Tu tak masuk cuti aku buat sendiri lagi.. Tak masuk cuti tahunan.. Cuti bulanan dengan cuti harian... (Suka suka nak buat cuti sendiri..ngeee..) So, jom layan lagu raya.. Boleh?

    ...Cerita Tamat...