Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Kekasih Gelapku. Show all posts
Showing posts with label Kekasih Gelapku. Show all posts

10 January 2012

Terima Kasih.. :)

...Cerita Mula...



P/s- Thanks kepada peminat yang sudi bagi hadiah ni.. 

...Cerita Tamat...


03 June 2011

Bersukari Di SP

...Cerita Mula...

Hye all, beberapa hari yang lepas aku sempat bersukaria dengan Lyn kat Kedah. Seronok dowh. Sempat lah aku pergi rumah kawan kawan. Destinasi pertama Sungai Petani. Seterusnya Alor Star & Perlis. Kalau korang nak tahu. Memang banyak petani dalam sungai tu. Sehingga tak boleh dikira dengan jari. Kalau nak tahu apa yang menarik di SP. Jom tengok kat bawah.. Jeng.. Jeng.. Jeng..


Kalau korang nak tahu.. Ni lah 1st time aku naik basikal macam ni.. Mula mula kekok gila.. Sebab Lyn berat sangat.. Hampir berkali kali nak jatuh... 


Best gile naik basikal ni.. Time ni rasa macam kat Korea lah pulak.. Tiba tiba aku  terbuka pulak  lagu Full House.. So sweet. Makan hati Minah & Mat  Indon yang tengok aksi aku dengan Lyn.. 

P/s- Thanks En Hilmi yang bagi pinjam basikal.

...Cerita Tamat...

20 November 2010

Makan Paprik Tak Ingat Dunia

...Cerita Mula...

Petang semua, seperti biasa setiap hari Sabtu aku akan update pasal pasar malam. Biasalah, dah tak ada idea nak mencarut apa dalam blog ni. Ekceli petang tadi pergi pasar malam. U all nak tau tak, tetiba aku teperanjat beruk. Pasar Malam dah berubah, semua kedai dah hilang. Muskil juga aku. Tak kan pula orang cuti raya haji sampai 1 minggu. Rupa rupanya layout dah berubah. Tempat makanan dah pindah dekat pasar yang lama. Waktu aku sem 1 sampai 3 memang kedudukan asal pasar malam macam tu. Tapi bila dah masuk sem 4 kedudukan dah berubah. 


 Ni dia, Miss Nurul merangkap PA Prince. Berusia 23 tahun, tidak merokok, seorang yang pemalu, tidak suka bau asap rokok, suka makan cekodok pisang, kuih bom, air kegemaran cincau Jagung.

Hahaha.. Apa yang aku merapu petang petang ni. Ekceli aku nak bagi tahu. Sebentar je tadi Miss Nurul bagi aku paprik, dekat 4 kg 250 gram. Banyak kan? Memang kenyang gila aku makan. Siap bagi kawan kawan lain makan lagi. Tapi kan...  Masih lagi tak habis.. Semua puji sedap.. Semua cakap cukup rasa.. Biasalah kan.. Kalau makan free semua sedap.. cuba aku caj sorang RM4. Mesti dia orang cakap tak sedap, masin, kurang susu, kurang gula. Tapi, aku bukan nak mengampu lah.. Memang sedap dia masak. Rasa macam kakak aku punya paprik jer. 

P/s-Thanks My Gugi Muci Nurul yang masakan Paprik untuk Prince. Memang best sangat sangat. Terjongkit kening masa makan. Hik3...

...Cerita Tamat...


30 October 2010

Bila Kupu-Kupu Malam Menggila


...Cerita Mula...

Hey all, malam tadi sempat aku menghabiskan sisa sisa hidup di Tanjong Malim bersama someone. Maybe inilah kenangan paling manis sebelum aku nak berpraktikum. Jika sebelum ni, asyik aku je nak ke Rawang or ke Bukit Beruntung. Tapi semuanya berubah. Tiba tiba je malam tadi dia jemput aku dekat rumah. Best sesangat. Kalau u all nak tau, time tu dekat jam 11.30pm. Ingatkan dia main main. Rupanye betul betul dowh.

So, apa lagi. Aku ikut je la. Aku redha je kemana dia nak bawa aku pergi. Jangan  jual aku kat Siam sudah. Memang kena penampar saiz 42. So, u all layan je lah pic aku ni. Bak kata pepatah, dimana ada Prince di situ ada pic gedik dia. Hahaha.. 


Hahaha.. Kalau aku tak yang bagi tau pon. U all semua dah tahu kat mana aku sekarang ni.


Wah.. Cantiknye...Sampai nak terkeluar bijik mata time ni. Cahaya yang sangat terang menderang. Kalau pasang di Tanjong Malim. Mesti meriah kan?


Walaupun duri cactus dah banyak yang tercabut. Tapi, ramai juga yang nak bergambar kat sini. Sehingga berlakunye aksi tolak menolak antara satu sama lain. 


Baaaa.. Cakk... Apa macam? Comel tak  pic aku kat sini. Hahaha.. ( Mood gedik)


Ok lah.. cukup cukup lah tu.. Orang pon dah bosan nak tengok pic aku kan. Yang ni pic akhir aku...En. Blogspot dah pening kepala tengok aksi aku.So, dia dah warning suruh tamatkan entry. :-(

P/s-Thanks kepada someone yang bermurah hati nak bawa jalan jalan kat i-city. Sayang kat dia.. Dekat Jam 4 pagi sampai rumah. Penat, tapi aku happy sangat sangat.

...Cerita Tamat...

29 October 2010

Jiwa Kacau Hati Meronta Ronta


...Cerita Mula...

Hey all, aku sangat bosan sekarang ni. Semua class dah habis dari minggu lepas lagi. Tunggu untuk final exam 23-25 November. Maknanya sisa sisa hidup aku di Tanjong Malim tinggal beberapa hari sahaja. Setelah ditolak untuk cuti, study week, cuti raya. Cuma tinggal kurang dari seminggu. Aku sendiri tak faham dengan perangai dia. Dia sendiri tidak faham apa kehendak aku. Kalau dia sendiri tidak faham. Sah sah lah aku lagi tak faham perangai dia.( Jangan nak peningkan kepala dengan perkataan yang berbelit belit ni).

Dari minggu lepas aku bagi tahu 1 dunia yang aku tersangat free minggu ni. Takkan aku nak publishkan dekat WALL FB. Sayang, MISS U SO MUCH BERKALI KALI?, ALONE & BORED, I NEED SOMEONE?. OMG, nampak sangat aku macam kegersanagn kan. Kenapa dia susah sangat nak memahami aku. Susah sangat nak berjumpa. Mula mula bercinta semuanya manis. Gula pon tak semanis gula tebu. Kata kata lebih manis dari gula keluaran PRAI. Bila dah lama lama. Gula dah jadi garam, garam dah jadi cuka. Paling aku  suka Ajinomoto dah jadi asid. Urmmm..


Mana perginya janji janji manis dia? Mana perginya diri dia yang dulu? Tak mungkin semuanya hilang dibawa oleh hujan yang lebat kat Tanjong Malim ni. Bila mesej pon macam terpaksa dan dipaksa. Tak apa lah, aku redha jer. Kalau aku cakap banyak banyak pon tak guna. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Minggu ni dia ok, lepas 2 minggu. Dia buat balik. Itulah manusia. So, bersyukur je lah dengan apa yang ada. Perlukah aku mengatur strategi baru? Seperti SERAMPANG  DUA MATA? Perlu or tidak?

Kepada si dia, aku nak bagi tahu satu dunia ni. Yang aku sangat rindu dengan dia. Tapi kalau dia tak rindu pon tak apa. Aku tak kisah. Lepas ni dia akan bebas dari aku. Kita akan pergi dengan dunia sendiri. Aku sentiasa mendoakan dia supaya mendapat jodoh yang baik. Aku tahu, aku bukanlah yang terbaik untuk dia.

...Cerita Tamat...

25 August 2010

Kenapa Nak Tipu Aku!!!

...Cerita Mula...


Mmm..Entry luahan hati.. Entry yang agak panjang.. Tapi still tak lebih 10000 patah perkataan.. aku sangat letih..seharian jalan jalan sambil bersukaria dengan kawan kawan. Shopping sini..Shopping sana... beli ini.. beli itu.. Kalau u all nak tahu. Kepala otak aku sangat serabut. Sangat sakit. Macam macam  dugaan yang aku terima. Aku sangat sedih. Insan yang paling aku sayangi, Insan yang aku percaya. Tiba tiba tipu aku. OMG, mula mula aku rasa macam nak terjun bangunan dari tinggat 9 KHAR sampai tingkat satu.

Tapi, bila pikir balik. Macam tak berbaloi pulak. Aku yang mati dah tentu masuk kubur. Siap pakej lagi.. kena seksa & masuk neraka. Dia yang hidup terus bersukaria. Tidak... Tidak aku relakan... Tapi kalau dah ajal, aku redha saja... Kalau u all nak tahu, aku tak pernah halang dia nak kawan dengan sape, nak keluar dengan manusia mana, nak tidur dengan sape, nak makan dan bersukaria dengan sape.

Tapi, kenapa perlu tipu aku, aku tak suka ditipu. Bila tanya kenapa tipu. Jawapan dia semudah ABC. Nak jaga hati aku. Tak mahu aku sedih. Tak mahu aku menderita. Tak mahu aku emo. Ya Allah. Aku bukan budak belasan tahun, bukan budak hingusan. Tak perlu nak tipu tipu. Aku paling sedih bila orang lain yang pecahkan rahsia. Orang lain yang mengata lebih. Orang memang suka tengok aku bergaduh sini, bergaduh sana.. Kalau boleh semua nak tepuk tangan sambil joget joget. Kalau yang jenis gedik tu siap buat kenduri 3 hari 2 malam. mmmmm...

Setelah berkali kali aku desak. Baru nak mengaku. Baru nak mintak maaf. Sebenarnya aku tak marah pon dengan dia. Aku tak marah.. sebab dia dah mengaku. Aku sangat selesa bila orang tak tipu aku. Aku akan ingat pesan mama & papa aku. Sekali kita menipu, sampai bila bila orang tidak percaya sama kita. Tu sebab aku tidak suka menipu. Sebab aku diajar supaya tak menipu dari kecil.

P/s- Kepada Si dia, jangan tipu aku lagi.. Aku tak sanggup ditipu.. Percayalah aku dah maafkan segala apa yang kau buat dekat aku... So, kita mulakan hidup baru... Hidup tanpa masalah.. Boleh?

...Cerita Tamat...

23 August 2010

Scandal Vs Kekasih Gelap Vs Setia!!!

...Cerita Mula...

Mmmm.. Sorry all, entry hari ini agak panjang...  Cuma luahan hati aku...  Tapi bukan untuh meraih simpati dari mana mana pihak..  OMG.. Semenjak dari semester 3 lagi.. Saham aku semakin hari semakin naik..Ramai sangat peminat, ramai scandal, ramai sangat kekasih gelap..Bukan setakat Malaysia.. Tapi luar negara pon ada.. Jeng jeng jeng... Pecah pon rahsia.. Tiba tiba isu ni ditanya oleh girlfriend aku yang ke berapa pon tak ingat.. Sebelum tu kawan aku dari Singapore pon ada juga tanya.. Ingat lagi ayat dia.. kalau dah banyak tu yang mana satu scandal.. yang mana satu kekasih gelap.. yang mana satu kawan.. boleh setia ke? Mula mula sentap juga dengan soalan bodoh dia.. Tapi aku jawab juga...


Kalau u all nak tahu, orang suka sangat berkawan dengan aku. Kadang kadang kawan macam scandal, scandal macam kawan.. Orang pon tak dapat bezakan.. Mmmm.. Peduli apa aku.. Orang nak cakap macam macam cakap lah.. Hak dia nak bercakap.. Cakap sampai terkeluar anak tekak pon tak apa.. Aku tak kisah.. Selagi boleh sabar, aku akan bersabar.. Ada juga cakap aku perampas kekasih dia orang.. Yang ni paling aku sakit hati.. Lain kali cakap berdasarkan bukti.. Cuba pikir kenapa kekasih kau lari.. Sebab engkau tak pandai jaga.. Hik3..

Masa aku bercinta, berkawan & berscandal bagai.. Aku memang setia..Tapi ada kes tertentu yang membuat aku hilang kesetian.. Bila orang tu dah cemburu buta dengan aku.. Perasan yang aku cintakan dia, padahal aku tak declare apa apa pon.. cuma sebagai kawan sahaja..  Tiba tiba syok sendiri.. Then, boleh bagi tahu 1 dunia yang aku suka dia, aku cinta dia.. Kalau dah dasar perasan tu.. Aku tak boleh buat apa.. mmmm.. Kalau u all nak tahu, sepanjang 3 tahun ni.. dah lebih 10 orang yang perasan  macam ni.. Ish ish ish..( mood bangga).

Sebenarnya seronok ramai scandal.. terasa diri disayangi.. dihargai.. dirindui.. Hari  ni  keluar dengan A, esok dengan B, lusa dengan C. Sape yang tak suka sila angkat kaki sekarang.. hik3.. Selalu juga aku kumpulkan semua sekali.. Then makan sama sama.. Dia orang ok je.. tak da macam anjing dengan kucing... Siap bincang status masing dekat meja makan tu... mmm...

P/s- Kepada Miss $%#^^&7 dan  $%%#@#. Aku dah jawab soalan yang u all tanya.. So, lepas ni u all tahu status u all dekat mana.. :-). Tolong jangan syok sendiri lagi.. hik3... Biar je orang nak kata apa.. Janji kita bahagia.

Kepada yang perasan aku merampas girlfriend ko, aku minta maaf.. Bukan aku yang merampas.. Kalau orang nak berkawan, tak kan aku nak menolak..Aku tak pernah declare apa apa pon dengan girlfriend ko. Cermin dulu diri engkau, cuba fikir dan muhasabah diri kenapa dia lari dekat orang lain.. Jawapan dia mudah.. Ko tak pandai jaga BINI engkau.. ( mood marah ni )

...Cerita Tamat...

22 August 2010

Merdeka.. Merdeka.. Merdeka..


...Cerita Mula...

Mmmm.. Kurang dari 4 jam aku akan bahagia.. Aku akan Merdeka.. Akan terlepas dari sebarang siksaan.. Terlepas dari segala sindirin.. Aku tak perlu jumpa dengan Si dia.. Tak payah nak mengadap muka dia.. Kalau dulu aku pernah sukakan dengan dia.. Tapi hari ni.. Aku sangat benci dia..aku benci perangai dia.. aku benci segalanya galanya.. 


Selagi boleh senyum..Aku akan terus tersenyum..Dan sentiasa terpancar senyuman plastik.. Terpancar senyuman besi..Kadang kadang senyuman kayu pon ada...Mmmm..

Aku harap.. Lepas ni aku tiada sebarang hubungan dengan dia.. Aku sudah cukup tersiksa.. Rasanya lebih siksa dari siksaan kubur..(Macam pernah rasa je..hik3..).. Aku sagat benci dengan dia.. benci.. benci... benci.. Kepada dia, walaupun kita dah tidak bersama.... Aku tetap tidak dapat memaafkan apa yang kau buat pada aku...

...Cerita Tamat...

11 August 2010

Happy Birthday Sayang..


...Cerita Mula...

Hahaha.. Today Birthday Sayang aku..
Kalau dekat UPSI ni..
Dia yang paling hot..
Dia yang paling Spicy..

Sayang Sorry sangat sangat tak boleh celebrate sama sama..
Lepas ni kita celebrate ek...


Happy Birthday.. May Allah bless u..
Miss u so much... Mwahhhhh....

P/s- Hari  ni call sampai berapi telinga.. dapat call free sampai jam 12 malam.. ngee... Hadiah bb dah pos dekat kolej... Malam ni tunggu lori hadiah sampai ek...

...Cerita Tamat...

07 August 2010

Bila Aku Tak Boleh Tidur...

...Cerita Mula...

U all, sekarang lebih kurang jam 2.30 pagi waktu Malaysia, 4.30 petang waktu USA. 
Mata aku tak boleh nak lelap..
Macam macam cara aku lakukan untuk tidur..
Still tak boleh tidur...
Aku tak tahu kenapa.. & kenapa...

Banyak sangat yang aku pikir..
Banyak sangat masalah yang datang...
Harap harap dapat selesaikan dalam minggu ni...
Mudah mudahan dipermudahkan oleh-NYA


P/s-Kepada $%$#@@$ jangan lakukan kesalahan buat kali kedua... Jangan sampai aku hilang kepercayaan kepada kau lagi...

....Cerita Tamat...

04 August 2010

Hot Hot McD.. Hot Lagi My Scandal... :)


...Cerita Mula...

OMG.. Apa nak jadi ngan budak budak sekarang.. tak habis dengan scandal & kekasih gelap. Mmmmmm.. Kalau U all nak tahu... Selamat aku tak mati KATAK or  mengejut time buka FB. Bila buka je.. Aku kena TAG dekat sarang salah sorang skandal aku. OMG... Malu Oii.... Kalau tak caya tengok PIC ni.. Or Just Klik kat sini..  Prince Hairi in Scandal (^_^) Dalam FB


Ha Ha Ha. Ini dia... Encik Jejaka yang perasan macho bersama dengan scandal dia.. Aku pun tak tahu dari mana budak ni amik PIC ni... mmm... Agaknya dia explore my  lappy ? 


McD Rawang  jadi tumpuan aku dengan scandal yang agak hot hot kuku ni...


Opss.. Jangan tengok lama lama pic ni... MUFFIN aku dah nak terkeluar tu... puas cover dekat meja... Ngee..


Aksi sengal yang berjaya di snap oleh Mak Hikus tu... Noty sangat dia. Tak malu betul snap pic aku macam ni...


Opss... Pastikan anda tidak meniru aksi ini sekiranya di bawah umur 18 tahun.. Amaran keras oleh Prince Hairi.. Kalau umur dah lebih.. boleh je... Sekali sekala kan..

P/s- Sekiranya anda salah sorang daripada scandal yang termasuk dalam PIC yang telah di edit. Jangan nak serang tak pasal pasal.. Cuma call or mintak jumpa je...

...Cerita Tamat...

19 July 2010

Aku Nak Merajuk Sekejap....

...Cerita Mula...

Mmmm.. U all. Aku nak emo sekejap..
Aku nak marah puas puas.. aku nak nangis kuat kuat.. aku nak maki puas puas..
Aku benci dengan dia.. Aku marah dengan dia...
Aku tak suka dia..

(Aku yang dalam kesedihan)

Dari malam tadi aku pendam benda ni... Satu malam aku tak boleh tidur..
Oh tuhan.. Apa dosa yang ku lakukan.. 
Aku dah tak mampu bertahan lagi... Aku sangat tersiksa..Aku sangat menderita..
Malam tadi Si Dia cuba mengugut aku...

Kalau u all nak tahu..
Dia cuba mengorek rahsia..
Engkau ingat aku ada skandal dengan orang lain..
Engkau ingat aku ada kekasih gelap..
Engkau ingat aku ada ^$%$#%^&&...

OMG... Nak juga aku jawab Ya..Ya. Ya..
Baru puas hati.. Puas hati Engkau...
U All.. Aku sangat emo sekarang ni...
Petang tadi.. Aku  call seseorang untuk meluahkan rasa kecewa..

Berkali kali aku call.. Tapi.. diam begitu saja...
Mmmm..  Aku tak kisah... kalau tak da kredit pon.. Tak kan tak boleh pinjam hp kawan..
Just 10sen untuk 1 mesej...
Kalau ye pon tidur, takkan sampai jam 8 tak bangun lagi...
Tak apa lah... Aku redha,..

Biarlah aku membawa diri...
Aku nak pergi jauh jauh.. aku nak terbang tinggi tinggi...
Jangan tanya kemana aku pergi malam ni..
Aku pergi mencari ketenagan...
Aku pergi mencari seseorang...

Prince Bersedih:- Sorry u all, aku emo  sekarang ni.. Yang pasti..  tadi aku dah ponteng satu class.. Puas hati aku.. Puas sangat sangat... 

...Cerita tamat...

14 July 2010

Belajar Dalam Badan Transformers

...Cerita Mula...

Yok... Ari ni mau cerita kuliah dekat bangunan E-Learning 4. Kalau U all nak tahu, Bilik E-Learning 4 merupakan bangunan baru kat UPSI. Kiranya aku lah orang pertama yang merasmikan bangunan ni. Memang cantik, memag tertarik, memang debom... Dipedekan cerita bentuk bangunan ni macam Tranfomers... Aku rasa macam belajar dalam badan tranformers. Badan bangunan dah ok, tapi dekat bahagian atas dia, nampak lucu.. Tapi ok lah, kemudahan dalam bilik lengkap dan selesa. ( Nanti aku tunjuk pic bangunan dekat u all ok)

Menjawab soalan cepumas dari Prof Madya aku.. Time ni aku kelas Research..

Soalan Pertama...Siapakah nama anda?
My name is Zuhairi.. Just call me Hairi or Prince...

No.2. Adakah Hairi Masih Single atau sudah berpunya?
Duh.. Aku malas nak jawab Soalan  ni sebenarnya.. Tapi aku jawab je lah... Ye, Sudah berpunya..

No.3 Apakah ciri-ciri wanita idaman Hairi?
Haha.. Masa ni aku tanya dengan Prof. Nak jawapan yang betul or tipu. Apa lagi kena sebijik dekat dia. Sebenarnya aku malas nak bagi tahu, sebab Ex Janda & Ex Sayang aku ada dalam class tu..  Takut dia terasa hati kan.. mmmmmm.. So, aku pon jawab je lah..

1.Baik hati
2. Tak cemburu buta..
3. Serasi seperti isi dan kuku...
4. Penyanyang...
 5. Cantik seperti bulan dan matahari

(banyak lagi yang aku bagi tau.. Tapi lupa Lah pulak)

No.4. Soalan terkhir sebelum keluar dari pintu.. Awek Hairi ada dalam class ni ke?
Haha.. Mmm.. Sentap aku mendengar soalan Prof ni, Kalau mengikut aras teksonomi bloom, yang ni aras sintesis kot... susah untuk dihuraikan. Aku just cakap no komen. Bila dia tak puas hati, dia tanya pulak dengan Ex janda & Ex Girlfriend aku. haha.. sah sah lah budak budak tu diam & senyum kambing je...

p/s-Aku pon rasa muskil kenapa isu ni tetiba je masuk dalam class.. Apa kaitan research dengan pasal aku single or berpunya.. ngee...

...Cerita Tamat...

08 June 2010

PJDMYH ( PERSATUAN JANDA DUDA MALAYA YANG HOT)

...Cerita Mula...
PJDMYH diasaskan oleh Prince Hairi pada tahun 2009. Objektif utama penubuhan untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan percintaan dan penceraian(haha macam lah aku ni pro sangat dalam benda ni, ngee). Selain itu, membantu mereka yang kurang kasih sayang dari cewek dan cowok yang sering sibuk setiapa masa. Maka, tertubuhlah PJDMYH.
Sehingga tahun 2010, seramai 90 orang telah berdaftar dengan PJDMYH antaranya Eina, Nurul, Mie & Prince Hairi sendiri ( nada bangga). Dan selebihnya akan dimaklumkan kemudian. Antara aktiviti menarik untuk ahli PJDMYH yang akan berlangsung sepanjang 2010 (nada riak dan bangga). Pertama, percutian di Pulau Perhentian 3 hari 2 malam,  Lawatan ke Zoo Negara ( untuk mencari calon calon yang berkelayakan), Percutian ke Genting, konvoi beramai ramai ke pasar malam Tanjong Malim setiap hari Sabtu dan family day setiap cuti semester.

Untuk makluman, keahlian hanya dibuka untuk kawan kawan AT45 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi terus Prince Hairi di talian 013-629 6023 Talian dibuka 24 jam termasuk hari cuti dan cuti umum kecuali masa Hairi tido & mandi. hahaha.. boleh ke tidak? boleh ke tidak?boleh ke tidak? 

...Cerita Tamat...

02 June 2010

Mood Kuning Mengatasi Mood Merah dan Hijau!!!

...Cerita Mula...


Tahniah!!! Mood kuning berjaya mendahului dalam mood harian aku. Setelah kajian dilakukan  sendiri oleh Prince Hairi melalui mesin yang dicipta oleh Doraemon pada minggu ini. Mood Kuning sebanyak 70%, Mood Hijau 20% dan Mood Merah 10%. Keseluruhan 100%.Terima Kasih kepada mereka yang membuatkan Prince Hairi bahagia dan sentiasa tersenyum. 

...Cerita Tamat...

08 February 2010

Bergaduh, Cemburu Buta, Marah-marah... Tandanya sayang lah tu... lalalala...


 
Kenapa lah orang tua-tua suka merajuk ek? ada sape-sape yang tahu x.. kalau mengikut teori yang aku fikirkan.. agaknya dah Monopos kot... lalalalala... sikit-sikit nak merajuk... eeeee... x kuasa aku nak memujuk.. kalau budak-budak sekolah tadika or budak 2-3 tahun nak gak aku belai-belai.. tapi kalau rumah dah kata pergi.. kubur kata mari... lebih baik gi masuk kubur je... sabar-sabar...
     Sebenarnya macam ni, sepatutnya hari ni aku kena jumpa dengan kawan?? kawan ke?? hehehe.. lebih kurang kawan lah.. kalau mengikut perancangan nak jumpa dekat Rawang. Ala nak bincang pasal ASSIGNMENT ni... bahan-bahan dia x da dekat sini.. yang ada cuma dekat Rawang & KL je.. nampak sangat aku ni menipu..hahahaha... x da lah... kawan aku nak belanja makan... dia janji dulu.. Dipendekankan STORY... malam tadi aku balik dari Family day jam 11.30malam.. penat gila2 ni...  bangun tido pon jam 12tgh. 
     Apa lagi.. perang dunia ketiga lah hari ni.. x pasal-pasal aku kena lahar dekat Mak HAyam tu.. Biasanya aku yang suka melahar orang dalam blog.. hari ni aku yang kena.. mungkin dah takdir kan.. malam tadi aku silence hp.. dengan harapan x mau orang gangu lah... pagi tu Si @#$$#@%%% call lah.. kalau dah tido sape yang dengar.. betul x? gajah melintas kat tepi pon aku x bangun, apatah lagi hp bunyi.. sah-sah lah sedap peluk bantal... kul 12tgh hari tu.. aku bangun lah dari tido.. kebetulan ABG PIJA tido bilik aku malam tu.. bila aku tanya dia.. jam berapa.. dia jawab..jam 10.30pg. aku pon caya je lah... bila tengok jam kat hp.. dah jam 12.30 & ada 25 missed CaLL... time tu aku buat-buat cool je.. macam x da apa yang berlaku..
     Apa lagi.. bila call semula.. dia x angkat.. bila mesej dia x balas... bila kali ke 10 call.. nak tau apa dia jawab.. 1st sekali.. aku di cop penipu, pembohong.. PAPA Jahat.. PAPA NAKAL.. semua yg negatif lah.. sebagai seorang lelaki yang Vogue kita kena cool... sah-sah lah aku letak hp.. x rela dengar kutukan, kelaharan mulut Si Dia... malas nak lawan mulut ngan orang tua yang kepala dah tak  berapa betul tu..
    Nak tau apa yang berlaku malam ni...? lepas je aku balik dari Open Day KUO. dia pon call.. mula-mula dia call aku x angkat.. then, dia pon mesej.. Ayat dia.. "RIE.. PLZ ANGKAT HP U.. ADA BENDA PENTING I NAK CAKAP... ANTARA HIDUP & MATI...". aku pon dah cuak ni.. ingatkan dia NAK MATI KE.... bila angkat je... cam biasa lah nangis mintak maaf.. mula-mula malas nak layan... lama-lama kesian lak tengok dia.. merayu.. kalau aku ada depan dia.. kompom dia sujut kat kaki aku.. ye lah.. aku ni ala-ala pantun lah... "DUA TIGA IKHWAN BELARI, MANA NAK SAMA SI HAIRI BUJANG, DUA TIGA BOLEH KU CARI, MANAK SAMA SI RIE.RIE SOWANG" lalalala..  lebih kurang cam tu lah ayat dia. ni lah yang terjadi dekat aku.. seronok sangat-sangat ada orang yang menghargai ku.. take care sangat dekat aku.. huhuhu.. thx ye.. ayat-ayat terakhir dia nak tau x.... Rie x sama dengan orang yang pernah I jumpa.. ayat x leh blaaaaaa.... wekk.... nak bodek lah tu....
     Kalau aku gaduh pon.. biasanya aku x pernah mintak maaf.. dia yang mintak maaf.. sebab apa? pempuan bukan sorang kat dunia ni.. lalalala.. lagi pon bukan sengaja nak mungkir janji.. aku ada sebab aku sendiri.. apa-apa pon.. untuk bagi orang sayang dekat kita.. ayat tu kena POWER.. sehebat kasut POWER yang aku baru beli tu..hahahaha.. mesti ramai pempuan-pempuan kat luar tu MAKAN ATi dengan ayat-ayat aku yang x da Insurans ni kan... sabar je lah...
P/s- So, Kesimpulan yang dapat aku buat disini... Bergaduh, Cemburu Buta, Marah-marah... Tandanya sayang lah tu... lalalala... semakin hari semakin sayang... hehehehe...