Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

10 December 2016

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 3 DAY 3

...Cerita Mula...

Alhamdulillah.. Dah masuk hari ketiga. Aktiviti hari ni pusing-pusing bandar Shenzhen. Seawal jam 9 aku dah kena tunggu dekat lobby. Ingatkan ramai yang join. last-last kami berempat je. Naik lah van. Nasib lah pemandu pelancong aku mesra alam sikit... 


Selepas breakfast terus je naik van.. Nasib lah dapat van yang okay.. ikutkan boleh muat 12 orang.. tapi kami naik 6 orang je termasuk driver.. So, ada lah runag untuk melunjur kaki.. Letak barang bagai kan...


Tempat pertama wang wajib pergi Chinese Herbal Shop. Aku memang dah tahu taktik dia orang menjual macam mana. Berdasarkan pengalaman dekat Beijing dulu. macam-macam ubat ada jual kat sini. Cuma harganya agak mahal. Selepas seorang profesor dari Indonesia menerangkan tentang jenis-jenis ubat. Aku dan isteri dibawa masuk sebuah bilik kecil. Masa ni ada seorang Doktor akan pegang tangan dengan jari. Kemudian kalau kita ada penyakit doktor tu dapat kesan. nampak sangat penipu. dari 10 yang doktor tu cakap. 30 tak betul. Biasa lah, nak jual ubat kan.. berani dia cakap jantung aku diselaputi lemak.. Ada masalah buah pinggang, hati tak berfungsi dengan baik.. Semua penyakit yang tak elok ada dekat aku.. tak beragak nak menipi.. Kalau dia check orang tua.. Memang confirm sakit tulang dan sebagainya...




Mi tarik.. Memang sedap..


Restoran halal tempat aku makan..


Perjalanan diteruskan ke CHINA FOLK CULTURE VILLAGE. Sepatutnya sekali tengok show kat dalam ni. Tapi aku tukar jadual, dan minta driver tu bawa tempat shopping dekat area bandar. Tak larat nak menunggu sampai 5-6 jam dekat dalam ni.  memandangkan kami menukar jadual perjalanan. Terpaksalah kena bayar sorang HK$100 lebih kurang RM60. Dari kawasan ini untuk ke Shopping lebih kurang 1 jam.. patut lah mahal kena cas.. Itu termasuk sekali dengan parking.


Memandangkan kami malas nak jalan kaki. Apa lagi.. Sewa je train.. Seorang bayar HK$40 lebih kurang RM24. Okay lah kan.. 30 minit perjalanan.. Kalau jalan kaki dengan keluasan beribu ribu kaki persegi.. Memang 2 hari 1 malam baru habis tawaf.. tak apa.. Kami dah jimat masa dekat sini.. Masa lebih boleh habiskan dekat shopping....



CHINA FOLK CULTURE VILLAGE





Shopping time... baru-baru sampai dah dapat barang yang aku cari....


Shopping area Baohua Baima.. Kawasan ni lebih kurang Ladies Market. Banyak barang perempuan... Harga pon sangat berpatutan... Ikut barang apa yang korang nak beli... Nak yang  murah.,  Nak yang mahal.. ikut kepada kemampuan korang lah.. Dekat sini kami habiskan masa lebih kurang 3 jam... Dekat luar kawasan ni dah macam syurga shopping... 

Okay lah.. Nanti samnung hari keempat pula ye...

...Cerita Tamat...

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 2

...Cerita Mula...

Hye all.. Today aku nak story mory untuk hari kedua. Hari yang penuh dengan pancaroba. Susah betul kalau trip sendiri kan.. pakej pon tak macam pakej.. Day 2.. Pukul 8.40 Pagi dah kena berkumpul dekat stesen MRT area hotel. Mula-mula agak bengong juga. Kejap suruh tunggu dekat lobby. Kejap dekat MRT. Tunggu punya tunggu sampai lah bas. Lebih kurang macam bas angkut angkut. Bas akan berhenti dekat hotel hotel untuk ambil penumpang.



Tempat pertama yang aku pergi Golden Bauhinia Square. Orang sibuk bergambar kat sini. Aku pon amik je lah.. Janji ada gambar nak buat kenangan. Ramai je yang komen.. kenapa dekat baju ada sticker A. A tu untuk Ann Travel.. Senang.. Kalau sesat tunjuk je sticker tu.


Seterusnya Repulse bay.. 15 minit je masa untuk ambil gambar. Hello! Ingat cukup ke 15 minit.. nak selfie je dah 10 minit.. tu tak cari lagi tempat-tempat nak posing.



okay.. With my lovely sayang.. Ko hado? 


Destinasi seterusnya.. Aberdeen Fishing Village boat ride.. Masa ni korang akan dibawa pusing-pusing area kapal-kapal dan pelabuhan. tengok boat. Bayaran dia hanya HK$60 atau RM36.. Perjalan lebih kurang 15 minit sahaja. Rasa macam tak berbaloi je.. Pusing bangang-bangang dah habis. Macam membazir je naik natang ni..


Macam ni lah pemandangan dia.. Kira okay lah..


Ini kedai cenderahati.. Nak beli pon fikir 10 kali.. Biskut kacang macam ni pon 4 botol HK$200. kat malaysia sebotol baru RM10 Dik Non oi... Membazir amalan syaitan.. Jadi aku lupakan niat nak beli biskut ni... Yang penting kenyang dah makan tester dia.. hahaahah








OTW Shenzhen pula... Dari Hong Kong lebih kurang 45 minit je.. Train kat sini sangat banyak. lebih kurang 5-10 minit ada. Jadi korang tak perlu risau sangat. yang pasti jangan salah naik train yo.. ada yang sampai  Lok Ma Chau nanti... Actually tempat naik train dekat Hung Hom to  Lo Wu.


Keadaan dalam train yang sangat kondusif.. Kalau setakat berdiri tu orang kat sini tak hairan dah..


Bila sampai je dekat China immigration kami terus ke kaunter 1. Dekat sini kami ambil visa dekat ejen yang dilantik. Visa yang digunakan ialah visa berkumpulan. masa ni korang kena beratur mengikut nama dalam susunan. Kalau dah masuk China ni.. Pegawai yang jaga dekat sana memang macam singa sikit. tak da yang senyum.. Kau punya passport pon main campak sesuka hati je.. Very the keji perangai.. Tak mesra langsung.. Seterusnya kami dibawa naik teksi.. Tambang dari airport  ke hotel lebih kurang Yuan $ 30 dalam RM20. Ini sudah termasuk dalam pakej.


Tempat pennginapan di FX Hotel.. Hotel yang sangat selesa.. Berdekatan dengan shopping mall.. Sebelah hotel ada restoran halal muslim.. Dengan harga yang sangat berpatutan... Aku suka stay area ni.. Semua ada..


WIFI free pon ada.. Kalau datang China kalau guna WIFI dia.. Memang mati lah korang tak dapat Ber Facebook, Instagram, google pon tak boleh nak layari. Semua kena block.. Tapi nasiblah dah roaming awal-awal.. Jadi tak lah terputus hubungan dengan kawan-kawan. Tapi kalau korang hantu Wechat, tak ada masalah.. boleh main sampai lebam-lebam. 


Bilik yang sangat selesa.. Ruang yang sangat besar.. Sesuai untuk 6 orang.. Siap bagi tambahan katil lagi...

Untuk hari ketiga aku akan update nanti ya.. Dah berpusing-pusing biji mata nak ingat semuala...

...Cerita Tamat...



03 June 2011

Tahniah Mastura & Ina

...Cerita Mula...

Congratulation kepada Mastura & Ina yang baru melangsungkan majlis perkahwinan yang agak gilang  gemilang di Alor Star, Kedah & Kangar, Perlis. Urmm.. Cepat korang dua kawin kan? Kalau mengikut perancangan, Kak Mas kawin 1 Jun 2011 & Ina pada 2 Jun. Tiba tiba Si Ina tukar tarikh 1 Jun. Nak tak nak, terpaksa juga gi hari yang sama.


Okie.. Macam biasa.. Sesi bergambar dengan pengantin.. Yang ni Kak Mas..


Sesi gedik mengedik dalam bilik..


Masa ni.. En Cameraman suruh lakukan aksi yang paling ayu.. So, kira ayu lah ni.. Walaupun tak seberapa nak ayu.. ngee..


Haha.. Ni wedding Ina.. Kami sampai Perlis jam 4.30 ptg.. Katering pon dah nak kemas.. Tu lah, sape suruh buat hari yang sama kan.. Yang pasti, dapat juga bergambar dengan pengantin...

P/s- Tahniah Kak Mas & Ina.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga kekal sehingga akhir hayat.. Amin..

...Cerita Tamat...


22 September 2010

Syoknya Cuti

...Cerita Mula...

Horay.. Horay.. Cuti.. Cuti...Cuti... Kalau U all nak tahu. Minggu ni semua class aku batal. Sangat happy tahap dewa. Bila dapat tahu cuti dan terus cuti. Apa lagi, terus bersukaria dengan kawan kawan dekat Melaka. sekarang aku ada kat Melaka. Rumah kawan yang dirahsiakan nama.

Esok aku kena balik Tg Malim jugak, banyak lagi urusan yang tak selesai. Dengan meeting konvo lagi..Aduhhh... nak tak nak kena juga pergi. Kalau aku tahu minggu ni tak da class, sah sah aku tak balik lagi kat UPSI. Baik aku dok kampung tanam jagung. Ngee..

P/s- Thanks kepada mereka yang telah menaja kereta, penginapan & makanan yang 5 Star untuk Prince & kawan kawan yang join. Thanks ye. 

...Cerita Tamat...