Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

01 November 2012

Prince Kena Hantar Kursus

...Cerita Mula...

Hye all.. Asslamualaikum. Ekceli aku masih lagi dalam mood kursus.. Ini minggu kedua kursus.. Minggu lepas di SK Jempol, Bahau Negeri Sembilan. Tiga hari kat sana.. Banyak seronok.. Banyak pusing ini kepala..  Banyak ilmu yang dapat.. Walaupun cuma kursus PBS GEOGRAFI tingkatan DUA.. Dan bukan opsyen aku.. Aku redha jew... Yang penting kursus kan. 

Minggu ni aku  kena hantar kursus warden pula.. Yang ini kat Hotel Seri Malaysia, Melaka. Kursus untuk warden dan penyelia asrama.. Kursus menbina laman web.. Terkangkang-kangkang juga aku nak siapkan laman web asrama.. Aku rasa nak juling-juling biji mata mengadap lappy 4 hari malam.. Dari pagi sampai malam... Sampai nak tidur pon leh mimpi tengah buat laman web... So... Kalau korang rajin. Sudilah kiranya melawat laman web asrama aku... Laman WEB ASRAMA PRINCE.. :)

Okay.. cukup untuk entry kali ni...Minggu depan dah cuti sekolah.. So.. Time untuk berjimba-jimba dengan kawan-kawan.. 


Okay.. Tak murni blog aku kalau tak ada pic.. So.. amik pic ni.. Pic terkini.. Makan-makan dengan my best friends forever.. :)

...Cerita Tamat...

20 August 2011

BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

...Cerita Mula...


Oklah..  tiba-tiba aku nak join pulak.. pernyertaan ini dibuka sampai jam 2.00ptg je.. sape2 yang nak join.. boleh klik BEN ASHAARI

...Cerita Tamat...

09 May 2011

Happy Mothers Day

...Cerita Mula...

Hye all, ekceli masih belum terlambat nak wish Happy Mothers Day dekat my mum. Dan dekat semua ibu ibu dekat dunia ni.  Selamat Hari Ibu..


...Cerita Tamat...

02 May 2011

Mood Exam

...Cerita Mula...

Hye all, selamat petang. Satu minggu aku tak update kan? Korang tak payah tanya aku pergi mana. Aku ada jer dekat sini. Tak pergi mana pon. Paling jauh pon aku pergi PD. Bukan mandi laut. Tapi pergi pesta air. Meriah dowh. Macam macam ada. Aku ingat boleh lah beli barang sampai satu lori. Hampeh.. Satu pon tak bekenan. 

Balik dari PD, terus gagahkan diri buat soalan exam. Syukur.. Siap juga.. 3 hari 3 malam aku tak tidur nak siapkan soalan. Aku paling benci kalau buat JSU. Korang yang tak amik bidang pendidikan sure tak tahu menatang apa JSU tu kan? JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian). Buat soalan ikut aras taksonomi Bloom. Sure korang pening apa yang carutkan ni. So, korang jangan nak peningkan kepala. Korang layan je lah pic aku ni. Hahahaha...


Muka budak poya tengah bler + blorrr... Hari hari kena ngorat dengan student.. ngee.. 

Sekarang hati sudah senang, sebab kerja sudah siap. So, apa lagi.. Update blog lah. Kalau korang nak tahu, esok aku jadi pengurus pasukan kawad kaki. Sure prince sun burn. Ada sape sape yang nak gantikan tempat aku? Kalau ada silakan.

P/s- Lupa nak bagi tau. Tak perasan ker blog aku dah berubah wajah? 3o minit je edit menatang ni. Nampak simple sikit kan?

...Cerita Tamat...


01 April 2011

Selamat Tinggal En. Malware

...Cerita Mula...

Hye all, ekceli sebelum ni aku pernah tertekan dengan Encik Malware yang buat serang hendap dekat my blog. Bila buka guna google chrome, sure binatang merah tu keluar.  Sekarang semua dah okie. Kalau korang nak tahu, tetiba aku rajin sangat nak explore blog kawan kawan. Then terbaca satu blog. Entry pasal Malware. Lepas aku baca entry tu,  terus aku delete blog list. Ternyata memang berkesan.


Lepas ni kalau buka blog aku. Dah tak keluar lagi binatang ni. Hidup ceria tanpa Encik Malware yang super duper sengal ni.

P/s- Kesian dekat my blog yang diserang Malware & terabai ni.

...Cerita Tamat...

07 March 2011

Aku Geram Sama En. Virus..

...Cerita Mula...

Hye all, aku sangat tertekan bila nak masuk dalam my lovely blog. Bila nak masuk jer kena block. Bila buka guna Google Chrome  sure kena block. Aku pon tak pasti dari mana datangnya En. Virus ni. Kenapa lah dia nak masuk blog aku jer. Boleh sakit jiwa dowh.



Aku akan tertekan bila tengok binatang ni keluar.. Teringin juga kalau klik.. Tiba tiba keluar muka Dato' CT or muka Anita Sarawak. Ada gak faedah.

P/s-Korang tahu tak, macam mana nak buang uncle virus ni? kalau tahu, tolong bantu aku boleh? Tapi bila aku buka guna Mozilla dia ok pulak. Kejap ok, kejap tak ok.

...Cerita Tamat...


20 December 2010

1 Year + 274 Entry + 943 Followers

...Cerita Mula...

Morning all, diam tak diam sudah satu tahun aku berbelog. Rasanya baru seperti semalam aku menulis. Kalau u all semua nak tahu. Pada 18-12-2010. Genap 1 tahun usia blog ini. Pada mulanya, tujuan aku menulis bukan untuk meluahkan rasa hati atau nak buat cerita sedih. Cukuplah skadar suka suka. Tapi, bila dah tak ada idea nak tulis. Semua cerita aku tulis. Dari sejarah hidup, kawan kawan, keluarga, dan macam macamaku carutkan dalam ni.

Sepanjang 1 tahun aku berbelog, sebanyak 274 entry dan 943 orang yang follow. U all ingat senang ke nak update hari hari. Bukan senang nak suruh orang follow, bukan senang nak cari  bahan untuk dimasukan.  Kadang kadang aku terpaksa menghabiskan masa untuk menghadap binatang ni. Mula mula memang boring tahap dewa. Tapi lama kelamaan aku dapat juga membiasakan diri. Kadang kadang otak aku jadi tepi dowh. Tak ada idea nak tulis apa. Ekceli aku pernah mencari ilham dekat dalam hutan, gunung ganang, sungai mungai, & macam macam lagi untuk mendapatkan ilham untuk menulis.




P/s- Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca  blog aku. Thanks kepada mereka yang menjadi follower aku. Tanpa u all semua blog ni tak kemana pon. 

...Cerita Tamat...

20 October 2010

kompius yang malampau lampau

...Cerita Mula...

Aduh.. Sakit kepala memikirkan tema pakaian untuk malam Pra Graduasi Anjuran Kelab Keusahawanan UPSI. Sangat sangat meletop tema pakaian yang budak budak ni buat. Kalau u all nak tau, dah dekat seminggu aku memikirkan pakaian apa yang paling sesuai. Sehingga hari ni, still ble ble lagi. Ikutkan hati tak payah pakai baju lagi senag kan? kan.. kan.. kan..

Tema tahu ni DESA. Aku ulang sekali lagi DESA. Dan ulang sekali lagi DESA. Nak pakai baju apa tu? Baju Melayu? KAin Pelekat? Songkok? Capal? Urmmm.. Not my taste. Baru ingat sem akhir ni nak pakai pakaian yang agak vogue sikit. Tapi musnah segala harapan. Kalau sem lepas boleh juga aku pakai yang agak vogue. Tema Vogue & Glam Night. Tapi tahun ni, aku redha je lah. Pakai T-shirt Pagoda + Kain Sarung.



P/s- Ada cadangan untuk pakaian malam ni?

...Cerita Tamat...

18 October 2010

Kebahagian Dalam Perpisahan

...Cerita Mula...


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti



P/s- Tetiba aku nak jiwang petang ni.  Hahaha..


...Cerita Tamat...

16 October 2010

Emo With Someone...


...Cerita Mula...

Urrmm.. Sebenarnaya aku cuma nak main emo emo petang ni. Biasalah, bukan selalu nak tengok aku emo. Betul tak? kalau tak betul. Sila betulkan juga. Boleh? Aku tak boleh tahan dengan perangai 2-3 orang ni. Argghhh... Kalau boleh nak gigit gigit sampai jadi bubur kacang. Lol..

Tolong tanya kenapa aku emo sangat? Nak tahu? Mai sini ramai ramai. Aku nak ajak hampa semua mengumpat. Kalau u all semua nak tahu. Susah kan kalau dapat orang pentingkan diri sendiri. Tak reti buat kerja. Suka menyusahkan orang lain. Paling aku suka. Bila  aku terpaksa menjadi kuli sepenuh masa bersama kawan kawan yang lain. Memang sedih diperlakukan seperti ini. Tak ubah seperti seekor anak kucing yang kehilangan ibu mertua.(Tolong jangan gelak, aku tengah serius ni).

OMG, dekat akhirat nanti u all jawab lah sendiri. Kalau dah tahu tak boleh nak pikul tugas berat. Apa lagi, jangan terima jawatan tu. Jangan bagi 1000 alasan. Jangan bagi sejuta alasan. Kalau orang dah bagi amanah, sila jalankan amanah tersebut.  Aku tak salahkan dia 100%. Aku pon busy juga dengan Thesis aku, Esemen aku, tapi aku boleh je bagi kan masa bersama scandal aku. Dengan kawan kawan. Aku boleh jalankan tugas SETIAP HARI, SETIAP MASA, TANPA SEBARANG ALASAN. walaupun aku sangat busy sebenarnya.

Kepada adik adik ku yang senasib dengan abang mu ini, sabar itu separuh dari iman ye. Kita sabar je lah dengan sikap kawan kita yang 2-3 orang tu.JANJI KITA HAPPY & ENJOY TIME KERJA. Memang seronok kerja dengan u all semua. Sebagai tanda penghargaan kepada kawan kawan kita tu. Abang dah beri satu hadiah untuk dia orang semua.


Hahaha.. Ini dia hadiah yang aku maksudkan. Senyuman paling manis, cantik, handsome, cute...  Kalau u all perasan, aku comel sikit dari JUSTIN BIEBER. kan..kan.. kan... Cewahhh.. Memang perasan betul orang tua ni.. Puji diri sendiri lah pulak. Walaupun muka ku merah seperti buah epal. Tapi kening ku tetap menjadi pujaan....



Hahaha... Disebkan hari ini aku tersangat bermurah hati. Semperna ulang tahun Insurans Mulut aku tamat. Aku tambah lagi satu. Kali ni, aku cuba besarkan lubang hidung aku sebesar lautan HINDI. Tapi Hencik blogspot cakap ini yang paling besar. Hahaha... So, kepada u all yang aku tersangat marah.. Terimah pakej 3 in 1. Free je aku bagi..

P/s-Masih belum terlambat untuk Si dia berubah. Pic ni limited edition ok. Sape-sape yang nak buat tempahan. Boleh emailkan kepada hairiaks@yahoo.com or Ym. hairiaks@yahoo.com

...Cerita Tamat...

13 October 2010

Bila Prince Syok Sendiri..


...Cerita Mula...

Hahaha..Fuhh.. Penat gila aku hari ni. Walaupun penat, tapi masih boleh mengeluarkan senyuman plastik. Kalau u all nak tau sangat,  aku terlibat dalam PESTA KONVOKESYEN 12 UPSI. Hahaha.. memang seronok dowh.. Seperti biasa sekretariat pilihan hati, KESIHATAN & KECEMASAN. Tetiba pulak aku nak bertukar menjadi Hencik MEDIC. OMG...


Fuhhh.. Menangis nok nok kat luar tu tengok prince pakai jubah konvo. Padahal sidang  pertama  mula pagi esok. Tapi aku dah pakai dulu. Hahaha.. Bukan selalu aku nak syok sendiri ni. 1 tahun 2 kali je boleh pakai jubah. Itu pon pinjam mak cik & pak cik yang nak konvo punya. Peduli apa orang nak kata aku syok sendiri. Ada aku kisah? Janji aku bahagia kan.. kan.. kan...

P/s- Tangan masih sakit lagi. Derma darah 1kg..Ehhh.. Silap pulak 450ml jer..

...Cerita Tamat...

11 October 2010

Seronok bila tengok Exam Schedule..

...Cerita Mula...


Hahaha.. Seronok tak terkata...
Senyum sambil korek hidung bila tengok jadual..
 No, komen untuk jadual exam aku..

...Cerita Tamat...

08 October 2010

Semakin Bosan Dengan Scandal Baru Aku..

...Cerita Mula..

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia untuk semua, ayat yang agak skema untuk malam ni. Haha.. Memang sungguh skema. Aku just mau cerita pasal aku sudah mula bosan dengan scandal baru aku. Aku dah tak larat nak menghadap muka dia. Dari petang sampai malam, kena berkepit dengan dia, makan besama dia, minum bersama dia. Arrghhh.. Sangat tertekan.. Boleh sakit jiwa aku...


 
Tapi Cik Scandal dah warning awal awal. Kalau aku tak berkepit dengan dia. Dia akan gigit aku sampai lumat lumat. Aduh.. Sungguh tertekan. Lepas 2 hari ni aku akan bebas dari Cik scandal "A". Then akan berjumpa dengan Cik Scandal baru. Yang baru lagi puaka. Bapakkan susah nak melayan dia. Lagi cerewet. Ok lah, Cik scandal yang aku maksudkan ialah Cik Esemen aku . Sangat susah dikalangan yang paling susah nak buat.

P/s- Kepala otak serabut dengan jurnal yang aku sendiri tak faham.

...Cerita Tamat...

04 October 2010

Minggu Busy Vs Migraine

...Cerita Mula...

Pagi semua, aku just nak bagi tahu yang aku sangat busy minggu ni. Nak update blog boleh macam seorang pencuri. Kena tengok kiri, tengok kanan. Baru boleh nak update. memang aku sangat terharu dengan nasib yang menimpa diri. Urmmm.. Aktiviti sepanjang minggu ni:-

Gerak kerja Pesta Konvo..
Mikroteaching 
Presentation Seminar Isu Keusahawanan
Siapkan Research 
Siapkan report
Assignment
(Semua nak hantar minggu depan)

 P/s- Padan dengan muka aku yang pemalas ni. Sape suruh buat kerja last minit. So, terimalah akibatnya. mmm.. Biasanya kerja last minit ni lebih baik dari kerja yang buat awal. kan... kan.. kan..

...Cerita Tamat...

21 September 2010

Thanks Cik Nurul & Cik Yana

...Cerita Mula...

Horay.. Sekarang mood happy je. Bilik pon dah siap kemas. Tak sibut macam sebelum ni. Kepala otak aku pon dah mula ok.. Tak serabut.. Malas nak emo emo lagi.. Buang masa jer...

Apa apa pon aku nak ucap TQ banyak banyak  kat Cik Nurul yang bagi kuih raya sampai berbeg beg. Bilik aku penuh dengan kuih & kek. Bak kata dia semua kuih dia yang buat. Sampai dia tak tidur 4 hari 3 malam untuk membuat 2 biji kek yang tidak diketahui nama. Tapi tak pasti lah betul ke tidak. Sebab semuanya sedap yang teramat. Sekali tengok macam kuih tunjuk. Dua kali tengok macam dia buat. hik3..


Hahaha.. Ni dia Cik Nurul tu.. Muka dia ada rupa seorang Mak Cik pembuat biskut tak. Kalau ada sila berikan satu tepukan yang gemuruh untuk dia kerana berjaya menyiapkan kek dalam masa 3 hari 4 malam..Wekkk

Prince nak ucap terima kasih juga dekat Miss Yana yang bagi ole ole dari Mekah. Macam macam dia bagi. Kalau nak senaraikan dalam blog ni, mamang mengambil masa 7 hari 6 malam. Yang pasti lepas ni aku sentiasa duduk atas sejadah jer. Mmmm... Yana ni macam  nak suruh Prince bertaubat je.. hik3..

...Cerita Tamat...

19 September 2010

Sedinya Bila Berpisah...

..Cerita Mula...
 
Mmmm... Hampir 3 minggu aku bercuti. Akhirnya, selamat sampai dekat UPSI. Memang sedih meninggalkan family dekat kampung. Lepas ni aku kena makan dekat kedai, basuh baju sendiri, kemas bilik, lipat baju... Semuanya sendiri.. Tak da orang yang nak buatkan... Mmmm...

Kalau u all nak tahu, time balik kg. aku cuma bawa 2 beg. Bila balik UPSI hampir 7 beg aku bawa balik. Baju raya dekat nak 2 beg.. Kuih raya untuk open house & untuk SI DIA dekat 2 beg... Barang barang lain yang beli kat Melaka & N.9 lagi.. Memang banyak.. Tapi selamat my sis tak bising bising.. Keta dia penuh dengan barang aku je.. Hik3


P/s- Thanks my sis yang hantar balik... Lepas ni aku akan terjah blog kawan-kawan.. Rindu dgn u all semua...

...Cerita Tamat...

12 September 2010

Raya Tak Ingat Dunia...

...Cerita Mula...

Salam semua, sekejap sudah raya ke-3. Seperti biasa aku beraya rumah saudara mara, jiran tetangga. Kalau u all nak tahu. Today aku kena cirit. Bila bangun dari tidur terus ke toilet. Bila datang rumah orang terus kejarkan toilet. Ohhh... Sungguh merana... Sungguh menderita....

So, aku mau pesan dekat u all semua. Jangan makan benda yang pelik pelik...Jangan minum air gas banyak... Jangan jadi macam aku... Tersiksa jiwa dan raga bila kena macam ni.. Nak raya pon tak selesa...



...Cerita Tamat...

31 August 2010

Broadband Punya Pasal

...Cerita Mula...

Mmmm.. 4 hari tak dapat update. Sangat marah dan sangat emo. Ini semua salah Hencik broadband. Bukan salah aku. Kalau u all nak tahu, sebelum aku balik kampung, aku dah beli broadband baru. Beli dari sorang agen. Aku beli 24/08/2010. Menurut agen, you punya broadband boleh guna dalam masa 48jam. Aku pon percaya bulat bulat. saya tara tipu punya. Lagi laju dari u punya streamyx. Buat masa sekarang Celcom Broadband Advance paling laju. Speed sampai 3.6Mbps.

So, apa lagi.. terus je sign form.. Bulan bulan bayar bil.. Bila masuk hari ke3, masih lagi tak boleh guna. Dengan harapan bila sampai kg boleh guna. Bila balik kg aduh.. Still tak boleh guna.. Dari Jumaat sampai selasa tak boleh online. Tadi, masa dalam keta, try lah buka dekat highway.. tiba-tiba ok... Disebabkan marah.. Terus aku bagi kakak aku pakai dulu... Sangat sakit hati..

P/s- Kepada agen tu.. Aku sangat marah.. tak baik tipu orang.. kenapa register lambat sangat... Gara gara engkau aku tak boleh update blog... Thanks kepada streamyx dekat rumah ni...



...Cerita Tamat...

25 August 2010

Kenapa Nak Tipu Aku!!!

...Cerita Mula...


Mmm..Entry luahan hati.. Entry yang agak panjang.. Tapi still tak lebih 10000 patah perkataan.. aku sangat letih..seharian jalan jalan sambil bersukaria dengan kawan kawan. Shopping sini..Shopping sana... beli ini.. beli itu.. Kalau u all nak tahu. Kepala otak aku sangat serabut. Sangat sakit. Macam macam  dugaan yang aku terima. Aku sangat sedih. Insan yang paling aku sayangi, Insan yang aku percaya. Tiba tiba tipu aku. OMG, mula mula aku rasa macam nak terjun bangunan dari tinggat 9 KHAR sampai tingkat satu.

Tapi, bila pikir balik. Macam tak berbaloi pulak. Aku yang mati dah tentu masuk kubur. Siap pakej lagi.. kena seksa & masuk neraka. Dia yang hidup terus bersukaria. Tidak... Tidak aku relakan... Tapi kalau dah ajal, aku redha saja... Kalau u all nak tahu, aku tak pernah halang dia nak kawan dengan sape, nak keluar dengan manusia mana, nak tidur dengan sape, nak makan dan bersukaria dengan sape.

Tapi, kenapa perlu tipu aku, aku tak suka ditipu. Bila tanya kenapa tipu. Jawapan dia semudah ABC. Nak jaga hati aku. Tak mahu aku sedih. Tak mahu aku menderita. Tak mahu aku emo. Ya Allah. Aku bukan budak belasan tahun, bukan budak hingusan. Tak perlu nak tipu tipu. Aku paling sedih bila orang lain yang pecahkan rahsia. Orang lain yang mengata lebih. Orang memang suka tengok aku bergaduh sini, bergaduh sana.. Kalau boleh semua nak tepuk tangan sambil joget joget. Kalau yang jenis gedik tu siap buat kenduri 3 hari 2 malam. mmmmm...

Setelah berkali kali aku desak. Baru nak mengaku. Baru nak mintak maaf. Sebenarnya aku tak marah pon dengan dia. Aku tak marah.. sebab dia dah mengaku. Aku sangat selesa bila orang tak tipu aku. Aku akan ingat pesan mama & papa aku. Sekali kita menipu, sampai bila bila orang tidak percaya sama kita. Tu sebab aku tidak suka menipu. Sebab aku diajar supaya tak menipu dari kecil.

P/s- Kepada Si dia, jangan tipu aku lagi.. Aku tak sanggup ditipu.. Percayalah aku dah maafkan segala apa yang kau buat dekat aku... So, kita mulakan hidup baru... Hidup tanpa masalah.. Boleh?

...Cerita Tamat...

23 August 2010

Scandal Vs Kekasih Gelap Vs Setia!!!

...Cerita Mula...

Mmmm.. Sorry all, entry hari ini agak panjang...  Cuma luahan hati aku...  Tapi bukan untuh meraih simpati dari mana mana pihak..  OMG.. Semenjak dari semester 3 lagi.. Saham aku semakin hari semakin naik..Ramai sangat peminat, ramai scandal, ramai sangat kekasih gelap..Bukan setakat Malaysia.. Tapi luar negara pon ada.. Jeng jeng jeng... Pecah pon rahsia.. Tiba tiba isu ni ditanya oleh girlfriend aku yang ke berapa pon tak ingat.. Sebelum tu kawan aku dari Singapore pon ada juga tanya.. Ingat lagi ayat dia.. kalau dah banyak tu yang mana satu scandal.. yang mana satu kekasih gelap.. yang mana satu kawan.. boleh setia ke? Mula mula sentap juga dengan soalan bodoh dia.. Tapi aku jawab juga...


Kalau u all nak tahu, orang suka sangat berkawan dengan aku. Kadang kadang kawan macam scandal, scandal macam kawan.. Orang pon tak dapat bezakan.. Mmmm.. Peduli apa aku.. Orang nak cakap macam macam cakap lah.. Hak dia nak bercakap.. Cakap sampai terkeluar anak tekak pon tak apa.. Aku tak kisah.. Selagi boleh sabar, aku akan bersabar.. Ada juga cakap aku perampas kekasih dia orang.. Yang ni paling aku sakit hati.. Lain kali cakap berdasarkan bukti.. Cuba pikir kenapa kekasih kau lari.. Sebab engkau tak pandai jaga.. Hik3..

Masa aku bercinta, berkawan & berscandal bagai.. Aku memang setia..Tapi ada kes tertentu yang membuat aku hilang kesetian.. Bila orang tu dah cemburu buta dengan aku.. Perasan yang aku cintakan dia, padahal aku tak declare apa apa pon.. cuma sebagai kawan sahaja..  Tiba tiba syok sendiri.. Then, boleh bagi tahu 1 dunia yang aku suka dia, aku cinta dia.. Kalau dah dasar perasan tu.. Aku tak boleh buat apa.. mmmm.. Kalau u all nak tahu, sepanjang 3 tahun ni.. dah lebih 10 orang yang perasan  macam ni.. Ish ish ish..( mood bangga).

Sebenarnya seronok ramai scandal.. terasa diri disayangi.. dihargai.. dirindui.. Hari  ni  keluar dengan A, esok dengan B, lusa dengan C. Sape yang tak suka sila angkat kaki sekarang.. hik3.. Selalu juga aku kumpulkan semua sekali.. Then makan sama sama.. Dia orang ok je.. tak da macam anjing dengan kucing... Siap bincang status masing dekat meja makan tu... mmm...

P/s- Kepada Miss $%#^^&7 dan  $%%#@#. Aku dah jawab soalan yang u all tanya.. So, lepas ni u all tahu status u all dekat mana.. :-). Tolong jangan syok sendiri lagi.. hik3... Biar je orang nak kata apa.. Janji kita bahagia.

Kepada yang perasan aku merampas girlfriend ko, aku minta maaf.. Bukan aku yang merampas.. Kalau orang nak berkawan, tak kan aku nak menolak..Aku tak pernah declare apa apa pon dengan girlfriend ko. Cermin dulu diri engkau, cuba fikir dan muhasabah diri kenapa dia lari dekat orang lain.. Jawapan dia mudah.. Ko tak pandai jaga BINI engkau.. ( mood marah ni )

...Cerita Tamat...