Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Bored. Show all posts
Showing posts with label Bored. Show all posts

10 June 2013

Layan Lagu "Kehilangan"- Firman

...Cerita Mula...

Hye all.. Assalamualaikum & Selamat Malam... Ekceli aku dah ketagih dengar lagu "KEHILANGAN". Nyanyian Firman.. Masa dalam kereta.. Terdengar dalam radio Hot Fm.. Balik rumah terus google.. 10 kali dengar pon tak bosan. Okay.. Lirik ni memang tidak ada kena mengena dengan cerita hidup aku.. Tak ada apa yang aku hilang pon.. Makin bertambah ada lah.. So.. Jom hayati lirik ni.. :)

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku
Ku merasa tlah kehilangan

Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi
Asmara memisahkan kita

Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa

Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)



P/s-Esok dah sekolah... Tapi mata tak boleh tidur...  Nite all... :)

...Cerita Tamat...

06 February 2012

Seronok Ke Jadi Cikgu?

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Okay.. Aku nak habaq kat korang semua yang aku sekarang ni dah mula mengajar. Nak tau dekat mana? Dekat SEK MEN KEB TUNKU BESAR TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.  16 JAN 2012 aku melapor diri dekat sekolah.  Tu sebab korang tengok aku jarang update blog kan. Aku sangat busy sekarang ni. Busy dengan aktiviti sekolah yang sentiasa penuh.

Ekceli aku punya opsyen bisnes. Bila masuk sekolah aku kena ajar BAHASA MELAYU, GEOGRAFI dan ICTL ( Information and Communication Technology Literacy). So sweet kan?... Memang semua tu subjek yang paling aku minat kat sekolah dulu. Kalau badan beruniform pulak, aku guru penasihat kepada PBSM, jurulatih untuk Hoki, guru penasihat Persatuan Pengguna dan rumah Hijau. Baru seminggu masuk sekolah aku dah kena join program merentas desa. Paling best hari Sabtu.. Best kan...

Kalau korang nak tahu, hari pertama melapor diri. Aku ditawarkan menjadi warden asrama. OMG... Seumur hidup aku.. 1st time stay kat asrama. Cuma bezanya aku dapat sebuah rumah yang agak besar dari asrama. Dalam rumah semua lengkap. Perabot dan kelengkapan dah ada. Cuma bawa barang-barang keperluan jew. Mula-mula memang berat hati nak terima. Orang lain kerja 8-9 jam.. Tapi aku kerja hampir 18-20jam sehari. Memang berat kerja warden ni, dapat anak sampai 100 orang. Dengan nak jaga anak. Dengan tugas kat sekolah lagi. Bagi aku senang je, kalau kita anggap kerja tu susah. Sampai bila-bila pon susah. So, aku sahut cabaran tu. Aku terima jawatan sebagai warden.

P/s- Apa-apa pon memang seronok jadi cikgu ni. Aku sangat enjoy dengan kerja sekarang ni. Aku rasa mendapat kepuasan apa yang aku buat sekarang ni. memang berbeza masa praktikal dengan apa yang aku buat sekarang. Aku harap aku boleh meneruskannya. Semoga dipermudahkan oleh-NYA.

...Cerita Tamat...

30 November 2011

Selamat Tinggal TESCO

...Cerita Mula...

Hye all, selamat pagi. Ekceli tak ada yang menarik nak dicerita pagi ni. Cuma nak bagi tahu, yang hari ni hari terakhir buka booth untuk Program PJJ Universiti Utara Malaysia. 2 bulan dekat TESCO Peringgit,Melaka. Banyak kenangan indah yang aku dapat. Rasanya banyak yang indah dari yang sedih. Serious seronok kerja kat sini. Boleh cuci mata, window shopping. Kalau korang nak tau, aku paling suka kerja luar. Aku tak suke kerja dalam office. Kalau boleh, memang tak mau masuk office.  Tapi nak buat macam mana. Nak tak nak.. Dua-dua kena pergi.   


Okay.. Pic ni masa dekat booth.. Penyeri booth cuma balloon jew.. Kalau tak benda tu.. Sure ramai yang tak datang.. 

Esok, buka booth di Mydin MITC pulak. Pasti aku akan rindu dengan orang-orang TESCO ni.

P/s- Kepada mereka yang bekerja yang nak sumbung study. Boleh hubungi aku yew.. Diploma, Degree & Masters ada ditawarkan.. Sekian..

...Cerita Tamat...

09 April 2011

Tak Bernafsu Nak Update

...Cerita Muda...

Hye all, siapa kata aku sangat rajin "MENGUPDATE"  blog? Kalau sebelum ni aku orang paling rajin update. Tapi aku dah jadi super duper pemalas nak update. Aku tak tahu setan apa yang dah rasuk aku jadi bapakan pemalas. Aku tiba-tiba tak bernafsu nak update. Hilang semua idea nak update. 

Korang ingat senang ker nak buat entry yang orang suka bace? Kadang kadang puas pikir apa yang aku nak merapu dalam ni. Semua cerita aku tulis, dari diri, keluarga, kawan kawan, artis & macam macam lagi. Mak ngan ayah pon ada. 

Walaupon aku ni SS or suka merapu. Aku rasa enjoy sangat bila dapat luahkan perasaan dalam blog. Aku pon jenis tak kisah orang nak komen apa. Asalkan korang tak ganggu hidup aku.

P/s- Aku ada sekolah ganti sekarang. Sangat bahagia.. Sangat sensara.. Hahaha.. Hari ni just ajar adik adik Pendikan Khas belajar Nasyid. Aku Terpilih menjadi Cikgu Vokal walaupon vokal aku memang dari dulu tak pernah mantap.. Wakakaka...

...Cerita Tamat...

06 January 2011

Menghitung Hari

…Cerita Mula…

Hye all, selamat petang. Apa korang rasa kalau stay dekat rumah berbulan  dan berhari hari? Bosan? Tension? Suka? Gumbira? Sedih?. Apa apa pon korang je tahu jawapan dia. Tepuk tangan tanya kawan. Boleh? Ekceli, aku sangat bosan. Sangat tension. Aku tak da kawan, tak ada teman. Aku rasa sangat sunyi. Mesti ramai yang tanya kenapa aku tak buat part time kan? 

Hahaha.. Part Time? Sure my mum & my dad tak bagi. Dia suruh aku dok dalam rumah. Then, teman my mum yang tinggal sorang kat rumah waktu siang. U know, My bro & sis seminggu sekali balik rumah. Mesti korang sedih dengar story aku kan. Kalau tak sedih sila lah sedihkan diri korang semua.

Hahaha..Ini dia..aktiviti yang harus aku lakukan hari hari.. Makan.. dan terus makan..

Urmm.. kalaulah boleh mengajar awal. Sure aku dah pergi sekolah. Tapi kan, bulan 2 baru mengajar. Tak sabar nak berbakti kat sekolah. Tak sabar nak jumpa dengan anak murid, tak sabar nak jumpa dengan cikgu & cikgi.. Cehh.. poyo jer ayat aku kan? Apa apa pon aku syukur sangat sebab boleh makan free, bangun & tidur ikut suka aku. 

Kalau korang nak tahu, hari hari aku berangan. Berangan bila nak jadi kaya, bila nak dapat jodoh, bila nak dapat kerja, bila nak buat reunion dengan geng AT45. Macam macam aku pikir. Biasalah, aku cuma nak menghabiskan cuti aku dengan berangan sepenuh masa. Mana tahu, angan angan boleh jadi kenyataan. ~lol~.

…Cerita Tamat…

22 December 2010

Membosankan Diri Di Kampung

...Cerita Mula...

Hey all, bosan kan cuti sekolah ni. Ekceli aku nak bagi tahu tahu. Sepanjang cuti ni. Aku just terperap dalam rumah. Paling best bila berat dah bertambah berkilo kilo. Kulit pon semakin gebu. Pipi semakin montel. OMG, dah macam adik Doraemon pulak. ( Mood perasan nak mampos.. lol..)



Yang ada kat rumah cuma my mum & dad jer. My sis & bro macam biasa busy dengan kerja dia orang. Bila dah bored, macam biasa lah. My sis yang selalu jadi mangsa untuk temankan aku jalan jalan & shopping. Memang best, paling best sekarang ni tengah Mega Sale. Kalau boleh nak beli jer semua yang ada. INGAT.. Belanja mengikut kemampuan bukan mengikut hawa nafsu.

P/s- Rindu dengan someone.. Miss kawan kawan Taman Nusa yang gediks tu.. lol...
-Tak sabar nak tunggu result exam .. :-)

...Cerita Tamat...

08 October 2010

Semakin Bosan Dengan Scandal Baru Aku..

...Cerita Mula..

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia untuk semua, ayat yang agak skema untuk malam ni. Haha.. Memang sungguh skema. Aku just mau cerita pasal aku sudah mula bosan dengan scandal baru aku. Aku dah tak larat nak menghadap muka dia. Dari petang sampai malam, kena berkepit dengan dia, makan besama dia, minum bersama dia. Arrghhh.. Sangat tertekan.. Boleh sakit jiwa aku...


 
Tapi Cik Scandal dah warning awal awal. Kalau aku tak berkepit dengan dia. Dia akan gigit aku sampai lumat lumat. Aduh.. Sungguh tertekan. Lepas 2 hari ni aku akan bebas dari Cik scandal "A". Then akan berjumpa dengan Cik Scandal baru. Yang baru lagi puaka. Bapakkan susah nak melayan dia. Lagi cerewet. Ok lah, Cik scandal yang aku maksudkan ialah Cik Esemen aku . Sangat susah dikalangan yang paling susah nak buat.

P/s- Kepala otak serabut dengan jurnal yang aku sendiri tak faham.

...Cerita Tamat...

08 August 2010

Ujian Personaliti


...Cerita Mula...
Cuba bayangkan anda sedang berjalan dalam sebuah hutan yang sangat tebal. Kalau u all tak boleh nak bayangkan.. Cuba bayangkan juga.. boleh? Tiba tiba anda tersesat. Jalan punya jalan.. Jumpa sebuah istana hinggap kosong. Then, u all pon masuk. Atas meja istana tersebut ada 6 jenis buah. Antaranya:-

1.Buah Epal
2.Buah Kiwi
3.Buah Tembikai Susu
4.Buah Anggur
5.Buah Pisang Emas
6.Buah Durian

Buah Yang Manakah Yang Akan Menjadi Pilihan Anda?
Pilihan anda akan menentukan sikap peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati hati.. Jangan menyesal di kemudian hari...

(INGAT!!!! JANGAN TENGOK JAWAPAN DEKAT BAWAH... PILIH DULU BUAH APA.. BILA DAH PILIH BARU TENGOK.. BOLEH?

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Bersdedialah... 
Ini Dia Jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal.
 
b. jika anda pilih kiwi: bererti Anda adalah orang yang suka makan kiwi
c. jika anda pilih tembikai susu: bererti Anda adalah orang yang suka makan tembikai susu
d. jika anda pilih anggur: bererti Anda adalah orang yang suka makan anggur
 
e. jika anda pilih pisang emas: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang emas
f. Jika anda pilih durian: bererti Anda adalah orang yang suka makan durian


P/s.. Aduh... Tipah tertipu  lagi.. sabaq ek.. jangan marah marah.. Aku dah x da keja malam ni.. tu yang noty sangat...  ngee...



...Cerita Tamat...

17 July 2010

Bila Aku Semakin Bosan...

...Cerita Mula...

Mmmm... Siang tadi aku main kejar kejar dengan si anjing dekat Taman Zamrud,
Penat aku dengan Ril belari satu taman...
Keluar peluh jantan kami... 
Tapi tercapai juga misi nak buat lawatan dekat taman tu..
Bila dah rasa penat, Aku & Sharel balik rumah..

Petang tadi  aku gi pasar malam pulak...
Macam biasa...  
Tiap tiap minggu makan ketupat dengan ayam percik...
Dah macam menu wajib.
Kalau Helmi pulak.. Tak habis habis dengan bontot ayam dia...

Bila malam  tengok "Jangan Tak Hingat Lirik"...
Orang tu dapat 100 ribu...
Aku pulak hilang berpuluh hinggit beli makanan sambil menyokong...
Mmm.. Tiba tiba teringin nak explore pic lama lama..
Bila explore jumpa pulak dengan pic encik yang perasan cute ni...

Jeng jeng Jeng...
Pic Prince ke ni? eehh  betul la... pic time dia kecik kecik.. Tapi tak sure lah pulak.. Umo dia bape tahun time ni...


Aduh.. Pic ni lagi tak boleh blahh... Time muda muda teringin  nak jadi model.. tapi tak cukup syarat pulak.. So jadi cikgu ok what.... Ingat cikgu tak boleh vogue ke...? ngee....


Tiba  tiba terjumpa pulak pic 3o tahun dulu.. So, Apa lagi... 
Masuk je dalam blog Prince...

...Cerita Tamat...

12 July 2010

Aku Dah Semester 7

...Cerita Mula..

Yeah.. Akhirnya aku dah jadi Super Duper Senior... Dah masuk sem 7.. Yok... Aku dah sem 7.. Sem yang paling aku suka.. Cuma 12 jam kredit.. class hanya 3 hari, Isnin 1 jam,  Selasa 5 Jam, Rabu 3 Jam. Selebihnya masa untuk bersukaria.. hehe.. paling aku suka final exam cuma 3 paper je.. So, tak payah nak peningkan kepala study gila gila...


Pic masa aku muda muda.. Sekarang ni pon muda lagi.. cuma umo je dah tua sikit.. he3...

...Cerita Tamat...

20 June 2010

Prince Hairi Ditaja Oleh Datin' "F" & Dato "S"

...Cerita Mula...

Salam semua, malam ni ada hot story sikit. Yang ni tak da kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Malam ni aku rasa bosan sangat. Semua benda yang aku buat tak menjadi. Dua jam aku duduk depan lappy nak buat report. Tapi, satu benda pon aku tak tulis. Geram ni.. ( nada marah).


Untuk menghilangkan boring aku terus Meng"UPDATE"kan apa yang boleh di update. Yang ni pic paling terbaru aku selepas potong rambut petang semalam. Nampak sedikit poyo dan bergaya.. hahaha. Seperti biasa lokasi yang menjadi pilihan bilik aku. Ngee..


Ha ha ha.. Ni lah orang yang asyik menaja aku. Tapi nape muka dia sama ek? Maybe pelanduk dua serupa. Mmm.. Ok. lah.. Prince nak tidur ni.. Nite all.. Sorry ek.. Sebab tiba tiba aku nak merapu yang bukan bukan malam ni... hehehe..

...Cerita Tamat...

18 June 2010

Satu Telur Lipas Boleh Menghasilkan Beberapa Ekor Lipas.


...Cerita Mula...


Tahukan anda satu telur lipas boleh menghasilkan berpuluh  ekor lipas dalam satu masa. Cuba anda bayangkan, jika seekor lipas boleh menghasilkan 20 biji telur, dan setiap telur boleh menghasilkan 50 ekor lipas. Berapa banyak lipas yang boleh menetas dalam satu masa. Banyak ke tidak? Kalau anda tak reti kira pakai tangan, pergi amik mesin kira tu.. hehehhe.. Boleh?


Cara terbaik untuk memastikan lipas ni tidak membiak dengan banyak. Ok, yang pertama bila kita jumpa telur lipas pastikan kita picit. Ala kita buat macam picit jerawat dekat muka tu. Memang seronok, sambil picit sambil buat senaman jari. Hehehe.. Tip seterusnya, kita amik lesung batu, then kita ketuk guna lesung tu. Jimat masa dan jimat tenaga. Kalau rasa diri tu dah malas sangat, anda pijak je pakai kaki, senang cerita semua telur hancur. Ngee... Bukannya apa, lipas ni boleh menyebabkan banyak penyakit. So, apa lagi jom kita bunuh lipas. Boleh?

...Cerita Tamat...

11 June 2010

Blog Prince Hairi Berwajah Baru!!!

...Cerita Mula...

Haha.. Dari pagi aku cantikan blog ni. Hasilnya ni yang dapat. Penat tau, dekat 3 jam aku edit binatang ni. Tukar ni tak betul, tukar yang tu tak betul. Bila aku dah sakit hati. Godek punya godek. jadi macam carca marba lah pulak. Haha.. 10 minit lagi aku nak balik kampung. So sebelum balik update blog dulu. Bye..bye.. doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ye. :)

...Cerita Tamat...

10 June 2010

Jom Balik Kampong!!!

...Cerita Mula...

Horay! Akhirnya dapek jugak eden balik Negori esok potang. Ghasonye dah lamo den tak balik. Yo lah asyik busy memanjang yo. Dokek dua bulan den tak balik. Lamo tu, kot tanam durian dah buleh tuai lah. ngee..  ( nampak bona den ni menipu, ado ko durian buleh tuai.. ngok ngek tak?) Den balik naik bas yo, lagi copek naik bas dari komuter or ketapi yang lombab tu. Trauma den naik binatang tu. Ado ko dari Tg. Malim ke Seromban dokek ompek jam. Kot naik bas baru sejam ompek puloh minit.
Ni lah family den. Tak ghamai pon. Yang dopan tu Dato' Zainol dongan Datin Zuraidah. Belakang tu akak den Ain & adik den Zairul. Kocik yo kan family den, kot den balik pon yang ado kat umah mama & papa yo. Yang lain semua dah buek hal masing masing. Cukup lah, dah bebolit bolit lidah dongan tangan nak menaip bahaso negori ni. Habis semua kamus dewan den rujuk nak menaip ni. hehehe... layan yo lah ek...

...Cerita Tamat...

08 June 2010

PJDMYH ( PERSATUAN JANDA DUDA MALAYA YANG HOT)

...Cerita Mula...
PJDMYH diasaskan oleh Prince Hairi pada tahun 2009. Objektif utama penubuhan untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan percintaan dan penceraian(haha macam lah aku ni pro sangat dalam benda ni, ngee). Selain itu, membantu mereka yang kurang kasih sayang dari cewek dan cowok yang sering sibuk setiapa masa. Maka, tertubuhlah PJDMYH.
Sehingga tahun 2010, seramai 90 orang telah berdaftar dengan PJDMYH antaranya Eina, Nurul, Mie & Prince Hairi sendiri ( nada bangga). Dan selebihnya akan dimaklumkan kemudian. Antara aktiviti menarik untuk ahli PJDMYH yang akan berlangsung sepanjang 2010 (nada riak dan bangga). Pertama, percutian di Pulau Perhentian 3 hari 2 malam,  Lawatan ke Zoo Negara ( untuk mencari calon calon yang berkelayakan), Percutian ke Genting, konvoi beramai ramai ke pasar malam Tanjong Malim setiap hari Sabtu dan family day setiap cuti semester.

Untuk makluman, keahlian hanya dibuka untuk kawan kawan AT45 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi terus Prince Hairi di talian 013-629 6023 Talian dibuka 24 jam termasuk hari cuti dan cuti umum kecuali masa Hairi tido & mandi. hahaha.. boleh ke tidak? boleh ke tidak?boleh ke tidak? 

...Cerita Tamat...

07 June 2010

Digoda Oleh Makhluk Paling Sexy!!!

...Cerita Mula...
Sebenarnya aku nak cerita pasal aku bored je hari ni. Yang pasti untuk minggu ni aku akan bosan dan terus bosan. Jangan rasa pelik kenapa tajuk lain, Gambar yang aku upload tak da kena mengena dengan tajuk. Aku akan rindu dengan dia sepanjang minggu ni dan minggu depan. So sad. Mmmmmmm miss u so much..

...Cerita Tamat...