Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Proton Inspira. Show all posts
Showing posts with label Proton Inspira. Show all posts

11 November 2010

Demam Proton Inspira

...Cerita Mula...

Hey All, petang tadi aku sempat pergi ke showroom Proton, Tanjong Malim. Kalau u all nak tahu, sekarang ni kecoh pasal kereta proton baru. Nenek & Atok aku kat kampung pon sibuk nak gi showroom. Kepada mereka yang masih tak tahu kewujudan Proton Inspira kat Malaysia. Aku akan cerita sikit kat u all semua.


Ini dia Proton Inspira, agak segak kalau dipakai oleh sesiapa sahaja tak kira umur.

Proton Inspira merupakan sebuah model yang diadaptasi daripada model Mitsubishi Lancer dengan dilengkapi enjin MIVEC bersama-sama transmisi manual dan CVT. Walaupun mendapat pelbagai kritikan daripada pemerhati automotif tanah air, peminat dan rakyat Malaysia secara umumnya yang menganggap Proton telah gagal dan berpatah balik ke belakang, pihak pengurusan Proton cekal mendepani sebarang cabaran, tanpa meminggirkan segala kritikan dan cemuhan, sebaliknya berterima kasih ke atas semua pandangan, kritikan dan sokongan terhadap mereka selama ini. Beza diantara Proton dengan Mitsubishi Lanser hanya dekat bumper hadapan dan bahagian luaran sahaja. Selebihnya hampir sama jer.



P/s- Tahniah kepada Proton yang berjaya mengeluarkan model Inspira. Lepas ni boleh ramai ramai pergi tengok macam mana rupa kereta yang sebenar. Kalau u all nak komen pasal kereta ni, komen lah puas puas. Bagi aku, Inspira merupakan kereta paling terbaik pernah dikeluarkan oleh Proton. Poyo jer ayat aku kan?

...Cerita Tamat...