Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label Konvo. Show all posts
Showing posts with label Konvo. Show all posts

13 August 2011

Selamat Aku Tak Murka

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Petang kemarin En. Posmen datang rumah aku.. Biasalah, kalau En Posmen datang sure nak bagi surat or barang kan. Tak kan nak bagi penampar dekat aku. ha3.. Akhirnya, dapat satu bungkusan dan satu surat.. Nak tau apa dia? Kalau surat tu... sure lah bil BEROKBAND.. Then, bungkusan tu... Pic masa konvo... Dipendekan cerita.. Aku cuma dapat gambar jew.. Di mana Frame Monalisa.. Mamalisa.. Kakaklisa dan Mamalia yang dijanjikan sebelum ini?...Urmmm...

Tiba-tiba aku jadi bengong buat seketika.. Puas aku pikir.. Kenapa lagi 2 frame tak dapat.. Cakap nak poskan sekali dengan gambar... Urmmm.. ni tak boleh jadi.. Aku call orang yang berkaitan.. Bila call jew.. Aku pon bagi no resit & no rujukan.. 

Tiba-tiba... orang tu cakap aku dah amik time bayar dulu..Apa? dah amik? bila masa aku amik?  Hati memang dah marah ni.. Jangan sampai aku bertukar menjadi.... $%^&*.... Entah bila aku amik frame tu. Time aku nak amik dulu.. Budak tu cakap dia akan pos kan.. aku  terus jadi muskil lagi.. So, bila check sekali lagi dia cakap dah amik.. U know.. Aku malas nak gaguh-gaduh dengan orang tu..Aku pon suruh dia call orang yang tolong uruskan.. En. tu terus call dengan pekerja dia..

Bila tengok kat resit " Frame collected" aku boleh terlepas pandang.. Sepaptutnya aku kena amik time bayar.. Tapi budak tu tak bagi pon kat aku.. Lepas nego dengan orang tu.. Dia suruh aku bayar cost untuk postkan frame.. ok lah.. dari aku nak kena amik kat Shah Alam kan.. Lepas je Nego.. Kat inbox FB.. ada mesej...

Mesej dari budak yang aku berurusan masa bayar duit gambar tu. Dia minta maaf sebab terlepas pandang kes aku.. Tapi aku sangat puji cara dia selesaikan masalah aku.. Tak macam boss dia.. Nak tazkirah kan aku pulak.. Thanks kat adik tu.. Coz tolong uruskan frame aku.. semua bayaran dia yang tolong uruskan..  Thanks adik.. Semoga tuhan je yang balas jasa awak ek.. :)


So, semua kos adik tu yang tanggung sebab kelisapan dari pihak dia.. So.. Selamat duit Prince.. hahaha... 


Haha.. macam tak caye jew aku dah grad... Kejap dah 4 tahun...


Korang perasan tak.. Semua macam sedih je kan.. Aku & family bukan saje-saja nak buat drama time ni.. Ada lah sebab yang tertentu.. :)


Haha.. Yang ni lagi sedih tahap dewa.. kesian Prince.. Konvo dalam mood sedih.. dah lah gerai konvo tahun ni tak meriah langsung.. macam konvo orang mati.. Time ni aku pulak sedih..  Nanti bila dah ready aku cerita kat korang semua ek.. tunggu yew...

P/s- Buat pertama kalinye aku tak mahu nak tinggalkan pesanan.. ha3...

...Cerita Tamat...

29 July 2011

Prince Dah Konvo

...Cerita Mula...

Hey all.. Setelah 4 tahun berjuang kat UPSI. Akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Macam-macam dugaan yang aku tempuh selama 4 tahun ni. Tapi, semua aku tempuhi.. pahit, manis, suka duka aku dah tempuhi...  Aku syukur sangat... Semua pengorbanan yang aku lakukan berakhir dengan kejayaan. So, korang layan je pic aku ek...



Prince with my lovely mum.. Mama yang tak pernah jemu  menyokong aku.


Sempat snap pic dalam library Tuanku Bainun..


Yeah.. Bila tengok pic ni.. semua orang tahu kat mana.. Ni dia tasik Proton City.. Tempat yang paling best kat Tg. Malim..


Mie, Miniq & Prince...



P/s- Thanks kepada my family, kawan-kawan AT45, Pensyarah & sesiapa sahaja yang banyak membantu aku selama 4 tahun aku berada di UPSI. Tanpa mereka, aku tak mungkin dapat mengengam segulung Ijazah.

...Cerita Tamat...


25 July 2011

Mood Konvo

...Cerita Mula...

Hye all,  Alhamdulillah selamat juga aku sampai Tg. Malim. Baru minggu lepas datang amik jubah. Ekceli hari rabu ni aku grad. Sesi 4, Jam 2 petang,  dewan SITC. So, korang layan lah pic kawan kawan aku yang dah tak sabar nak grad ni. Macam-macam gaya ada.


Mr. Pojal.. Aku rembat pic ni dalam FB dia.. 


My BFF.. Ni pon sama gak.. Aku rembat dalam blog dia.. Sijil apa agaknya yang dia pegang tu?


Hahaha.. Yang ni Mie.. Siap posing maut lagi.


Wan Besut. Pic ni macam pernah aku tengok. Sebab scroll yang dia pegang tu macam majalah ujang yang pernah aku bace.


So, korang kenal tak dengan mamat ni? Kalau tak kenal pon tak apa.. Aku tak marah..

P/s-Doakan aku selamat grad dan cepat dipostingkan. Amin..

...Cerita Tamat...


13 October 2010

Bila Prince Syok Sendiri..


...Cerita Mula...

Hahaha..Fuhh.. Penat gila aku hari ni. Walaupun penat, tapi masih boleh mengeluarkan senyuman plastik. Kalau u all nak tau sangat,  aku terlibat dalam PESTA KONVOKESYEN 12 UPSI. Hahaha.. memang seronok dowh.. Seperti biasa sekretariat pilihan hati, KESIHATAN & KECEMASAN. Tetiba pulak aku nak bertukar menjadi Hencik MEDIC. OMG...


Fuhhh.. Menangis nok nok kat luar tu tengok prince pakai jubah konvo. Padahal sidang  pertama  mula pagi esok. Tapi aku dah pakai dulu. Hahaha.. Bukan selalu aku nak syok sendiri ni. 1 tahun 2 kali je boleh pakai jubah. Itu pon pinjam mak cik & pak cik yang nak konvo punya. Peduli apa orang nak kata aku syok sendiri. Ada aku kisah? Janji aku bahagia kan.. kan.. kan...

P/s- Tangan masih sakit lagi. Derma darah 1kg..Ehhh.. Silap pulak 450ml jer..

...Cerita Tamat...