Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

Showing posts with label shy. Show all posts
Showing posts with label shy. Show all posts

14 October 2011

Kerja Vs Trauma

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum. Malam ni aku just nak berkongsi cerita. Ini tak ada kaitan antara yang hidup dengan yang mati pon. Ini cuma kisah Prince HairiAks. Okay, minggu ni aku buka booth di Tesco Melaka. Seperti mana korang tahu, tugas aku cuma buat marketing.. marketing.. dan marketing.. Marketing untuk program PJJ Universiti Utara Malaysia & Asea e Universiti.

Dipendekan cerita, ada lah  2 orang manusia ni. Sorang tu Cik Janda..dan Sorang tu Cik Dara.. Dia orang ni kerja sebagai cashier TESCO..Dia orang ni memang best friends forever lah..  kebetulan booth aku betul-betul depan cashier. Mula-mula aku tak ambil kisah sangat kenapa orang tu asyik senyum-senyum. Biasalah kan.. Kalau orang senyum, aku pon senyum.Rupa-rupanya senyum dia ada maksud.  Bila dah dekat 2 minggu aku kerja. Kawan aku pon cakap. Ada tak no pelik yang mesej ko setiap hari. Kalau no pelik tu korang jangan cakap lah. Hari-hari memang ada.

Korang bayangkan kalau satu hari aku jumpa dengan 25 orang. Boleh gila dowh. Kejap telefon berdering..Kadang-kadang nak tido pon tak boleh. Rupa-rupanya yang selalu kacau aku tu. Cashier yang 2 orang tu.  Patutlah asyik buka kat kaunter depan aku. rupa-rupanye dia dok aim aku. Nak usar aku dowh..  lawak-lawak. Bila aku dah tahu benda tu. Mula lah aku atur strategi. Tadi aku face 2 face dengan cashier tu. Terus merah muka dia. Aku cakap dengan dia tak perlu nak menyamar lagi. Kot nak berkenalan tu tak salah. Tapi kena lah dengan cara. Kita orang Melayu.. Kaya dengan adat..  Ha3..



P/s- Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidup mu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi. Jadi jangan pernah sia-siakan cinta sekarang ini mengisi hatimu.:)

...Cerita Tamat...

16 September 2011

Kenapa dengan FB Hairi Aks?

...Cerita Mula...

Ha3.. Ramai yang tertanya-tanya.. Kenapa wall FB aku tak ada sebarang status.. Tiba-tiba semua status kat FB aku padam. Sebelum tu aku nak bagi tahu 1 dunia. Akhirnya aku berjaya memadam semua status dalam FB. Tepat jam 7.15 malam / 16-09-2011. Korang bayangkan.. aku dah ada account  FB dari tahun berapa tah.. 4 hari 3 malam aku nak padam semua status ni. Semua dah tak ada.. Kalau ada pon, just quiz & benda yang tak penting.

Sebab apa padam? Sekarang dah banyak sangat spy. Budak-budak kaki skodeng kat FB aku. Then, inbox benda yang bukan-bukan. Then, ada pulak yang jenis jaloz & meroyan tak pasal-pasal bila bace status kat wall aku. Kalau aku ni artis. Sure lagi ramai manusia durjana yang suka ambil kesempatan. Sekarang hidup aku dah bahagia tanpa sebarang masalah. Dalam bulan ni, aku dah boleh hidup aman, sentosa dan makmur.

Thanks kat  my best friends 4 ever..Yang banyak bagi  nasihat & tunjuk ajar. Dia banyak bantu aku dalam  2 bulan ni. Apa-apa masalah semua di dengar. 



Sebagai tanda penghargaan kepada dia. Prince berbesar hati nak bagi hadiah yang tak seberapa ni.. Ambil kau.. Besar lagi.. Siap ada cop mohor lagi.. mwahhhh... Import dari Pengkalan Balak, Melaka.

...Cerita Tamat...

30 October 2010

Bila Kupu-Kupu Malam Menggila


...Cerita Mula...

Hey all, malam tadi sempat aku menghabiskan sisa sisa hidup di Tanjong Malim bersama someone. Maybe inilah kenangan paling manis sebelum aku nak berpraktikum. Jika sebelum ni, asyik aku je nak ke Rawang or ke Bukit Beruntung. Tapi semuanya berubah. Tiba tiba je malam tadi dia jemput aku dekat rumah. Best sesangat. Kalau u all nak tau, time tu dekat jam 11.30pm. Ingatkan dia main main. Rupanye betul betul dowh.

So, apa lagi. Aku ikut je la. Aku redha je kemana dia nak bawa aku pergi. Jangan  jual aku kat Siam sudah. Memang kena penampar saiz 42. So, u all layan je lah pic aku ni. Bak kata pepatah, dimana ada Prince di situ ada pic gedik dia. Hahaha.. 


Hahaha.. Kalau aku tak yang bagi tau pon. U all semua dah tahu kat mana aku sekarang ni.


Wah.. Cantiknye...Sampai nak terkeluar bijik mata time ni. Cahaya yang sangat terang menderang. Kalau pasang di Tanjong Malim. Mesti meriah kan?


Walaupun duri cactus dah banyak yang tercabut. Tapi, ramai juga yang nak bergambar kat sini. Sehingga berlakunye aksi tolak menolak antara satu sama lain. 


Baaaa.. Cakk... Apa macam? Comel tak  pic aku kat sini. Hahaha.. ( Mood gedik)


Ok lah.. cukup cukup lah tu.. Orang pon dah bosan nak tengok pic aku kan. Yang ni pic akhir aku...En. Blogspot dah pening kepala tengok aksi aku.So, dia dah warning suruh tamatkan entry. :-(

P/s-Thanks kepada someone yang bermurah hati nak bawa jalan jalan kat i-city. Sayang kat dia.. Dekat Jam 4 pagi sampai rumah. Penat, tapi aku happy sangat sangat.

...Cerita Tamat...

25 August 2010

Kenapa Nak Tipu Aku!!!

...Cerita Mula...


Mmm..Entry luahan hati.. Entry yang agak panjang.. Tapi still tak lebih 10000 patah perkataan.. aku sangat letih..seharian jalan jalan sambil bersukaria dengan kawan kawan. Shopping sini..Shopping sana... beli ini.. beli itu.. Kalau u all nak tahu. Kepala otak aku sangat serabut. Sangat sakit. Macam macam  dugaan yang aku terima. Aku sangat sedih. Insan yang paling aku sayangi, Insan yang aku percaya. Tiba tiba tipu aku. OMG, mula mula aku rasa macam nak terjun bangunan dari tinggat 9 KHAR sampai tingkat satu.

Tapi, bila pikir balik. Macam tak berbaloi pulak. Aku yang mati dah tentu masuk kubur. Siap pakej lagi.. kena seksa & masuk neraka. Dia yang hidup terus bersukaria. Tidak... Tidak aku relakan... Tapi kalau dah ajal, aku redha saja... Kalau u all nak tahu, aku tak pernah halang dia nak kawan dengan sape, nak keluar dengan manusia mana, nak tidur dengan sape, nak makan dan bersukaria dengan sape.

Tapi, kenapa perlu tipu aku, aku tak suka ditipu. Bila tanya kenapa tipu. Jawapan dia semudah ABC. Nak jaga hati aku. Tak mahu aku sedih. Tak mahu aku menderita. Tak mahu aku emo. Ya Allah. Aku bukan budak belasan tahun, bukan budak hingusan. Tak perlu nak tipu tipu. Aku paling sedih bila orang lain yang pecahkan rahsia. Orang lain yang mengata lebih. Orang memang suka tengok aku bergaduh sini, bergaduh sana.. Kalau boleh semua nak tepuk tangan sambil joget joget. Kalau yang jenis gedik tu siap buat kenduri 3 hari 2 malam. mmmmm...

Setelah berkali kali aku desak. Baru nak mengaku. Baru nak mintak maaf. Sebenarnya aku tak marah pon dengan dia. Aku tak marah.. sebab dia dah mengaku. Aku sangat selesa bila orang tak tipu aku. Aku akan ingat pesan mama & papa aku. Sekali kita menipu, sampai bila bila orang tidak percaya sama kita. Tu sebab aku tidak suka menipu. Sebab aku diajar supaya tak menipu dari kecil.

P/s- Kepada Si dia, jangan tipu aku lagi.. Aku tak sanggup ditipu.. Percayalah aku dah maafkan segala apa yang kau buat dekat aku... So, kita mulakan hidup baru... Hidup tanpa masalah.. Boleh?

...Cerita Tamat...

23 August 2010

Scandal Vs Kekasih Gelap Vs Setia!!!

...Cerita Mula...

Mmmm.. Sorry all, entry hari ini agak panjang...  Cuma luahan hati aku...  Tapi bukan untuh meraih simpati dari mana mana pihak..  OMG.. Semenjak dari semester 3 lagi.. Saham aku semakin hari semakin naik..Ramai sangat peminat, ramai scandal, ramai sangat kekasih gelap..Bukan setakat Malaysia.. Tapi luar negara pon ada.. Jeng jeng jeng... Pecah pon rahsia.. Tiba tiba isu ni ditanya oleh girlfriend aku yang ke berapa pon tak ingat.. Sebelum tu kawan aku dari Singapore pon ada juga tanya.. Ingat lagi ayat dia.. kalau dah banyak tu yang mana satu scandal.. yang mana satu kekasih gelap.. yang mana satu kawan.. boleh setia ke? Mula mula sentap juga dengan soalan bodoh dia.. Tapi aku jawab juga...


Kalau u all nak tahu, orang suka sangat berkawan dengan aku. Kadang kadang kawan macam scandal, scandal macam kawan.. Orang pon tak dapat bezakan.. Mmmm.. Peduli apa aku.. Orang nak cakap macam macam cakap lah.. Hak dia nak bercakap.. Cakap sampai terkeluar anak tekak pon tak apa.. Aku tak kisah.. Selagi boleh sabar, aku akan bersabar.. Ada juga cakap aku perampas kekasih dia orang.. Yang ni paling aku sakit hati.. Lain kali cakap berdasarkan bukti.. Cuba pikir kenapa kekasih kau lari.. Sebab engkau tak pandai jaga.. Hik3..

Masa aku bercinta, berkawan & berscandal bagai.. Aku memang setia..Tapi ada kes tertentu yang membuat aku hilang kesetian.. Bila orang tu dah cemburu buta dengan aku.. Perasan yang aku cintakan dia, padahal aku tak declare apa apa pon.. cuma sebagai kawan sahaja..  Tiba tiba syok sendiri.. Then, boleh bagi tahu 1 dunia yang aku suka dia, aku cinta dia.. Kalau dah dasar perasan tu.. Aku tak boleh buat apa.. mmmm.. Kalau u all nak tahu, sepanjang 3 tahun ni.. dah lebih 10 orang yang perasan  macam ni.. Ish ish ish..( mood bangga).

Sebenarnya seronok ramai scandal.. terasa diri disayangi.. dihargai.. dirindui.. Hari  ni  keluar dengan A, esok dengan B, lusa dengan C. Sape yang tak suka sila angkat kaki sekarang.. hik3.. Selalu juga aku kumpulkan semua sekali.. Then makan sama sama.. Dia orang ok je.. tak da macam anjing dengan kucing... Siap bincang status masing dekat meja makan tu... mmm...

P/s- Kepada Miss $%#^^&7 dan  $%%#@#. Aku dah jawab soalan yang u all tanya.. So, lepas ni u all tahu status u all dekat mana.. :-). Tolong jangan syok sendiri lagi.. hik3... Biar je orang nak kata apa.. Janji kita bahagia.

Kepada yang perasan aku merampas girlfriend ko, aku minta maaf.. Bukan aku yang merampas.. Kalau orang nak berkawan, tak kan aku nak menolak..Aku tak pernah declare apa apa pon dengan girlfriend ko. Cermin dulu diri engkau, cuba fikir dan muhasabah diri kenapa dia lari dekat orang lain.. Jawapan dia mudah.. Ko tak pandai jaga BINI engkau.. ( mood marah ni )

...Cerita Tamat...

24 May 2010

Shy...Shy...

...Cerita Mula...

Belum pernah aku rasa malu semalu-malunya.. Buat pertama kali aku malu dengan Shin Chan ni... Aduh, aku malas nak cerita pasal apa aku malu. Apa perasaan U All.. time tu U All di bawah separuh sedar.. Then, melakukan aksi yang begitu memalukan. Yang pasti, masa tu kita betul-betul x sedar apa yang kita lakukan. Mesti malu kan.? x tahu lah kalau U All x malu. sah-sah lah muka x tahu malu kan.. ha3.. Jangan lah marah... Rasa malu aku  masih lagi dalam ingatan.



Oh, Shin Chan kalau ye  pon, Shin Chan sepatutnya tak perlu bagi tahu perkara ni dekat aku, Apa  salahnya dia simpan je dalam ingatan peristiwa yang berlaku tu. Tak perlu lah bagi tahu aku, ni tak, tiba-tiba dia bagi tahu, ingat lagi ayat  dia, Prince Hairi "nak dengar satu rahsia tak, tapi janji jangan bagi tahu orang lain tau, kita dua je yang tahu benda ni".. Lepas tu, mula lah dia cerita kan dari A-Z. masa ni aku rasa macam nak sorok muka aku bawah katil, kalau tidak pun pakai topeng muka. Oh Shin Chan.. ko memang Noty...

Sampai hati dia cerita benda tu dekat aku, kalau time tu dia ada depan aku, aku ulang tayang balik dekat dia. baru puas hati. Sebelum ni aku tak perasan apa yang aku buat. Tapi Shin Chan untunglah. dapat tengok, rasa dan TUT..TUT.. ( Ayat disekat)... Sorry.. Wahai Shin Chan, Kenapa lah ko ceritakan ni dekat aku, tak boleh ke simpan rahsia ni seorang diri.

Shin Chan, honestly.. aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan ko, malu sangat-sangat. tayar kereta pon x tebal macam muka aku ni. Kepada Shin Chan, anggaplah itu sebagai satu kenangan yang tak boleh dilupakan. Yang pasti, janji jangan cerita dengan orang lain seperti mana dalam perjanjian kita.. ha3... macam ayat mengugut lah pulak. " BIAR PECAH PASU, JANGAN PECAH KAT MULUT" Boleh ke tidak? boleh ke tidak? boleh ke tidak?

...Cerita Tamat...