Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

11 April 2019

Trip Jakarta Bandung 2019 Part 1

...Cerita Mula...


Hye All.. Assalamualikum.. Entry hari ni nak throwback trip Jakarta-Bandung pada 22-26 Mac 2018. Cukuplah 5 hari 4 malam je. Actually ni dah kali 4 atau 5 aku jalan Bandung. Pergi banyak kali pon tak rasa bosan. Kali ni aku pergi dua family je. Dengan Family Yuyu. Perancangan pon last minit. Memandangkan last minit punya program, harga pon sedikit mahal. Kebetulan KLM ada buat offer tiket ke Jakarta. Jadi terus je beli, Harga tiket lebih kurang RM350.00 pergi balik untuk seorang.. Memang murah kan? 

Aku memang beli tiket ke Jakarta, sebabnya harga lebih murah nak dibandingkan dengan ke Bandung. Boleh mencecah Rm600.





Penerbangan dari KL-Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Tiba di Jakarta lebih kurang  pukul 6 Pm..Jakarta lewat 1 jam dari Malaysia. Jadi pandai-pandai lah korang nak set masa macam mana. Bila Sampai Jakarta aku terus ambil teksi, sebenarnya aku memang dah beratus kali google untuk teksi ni. Pada mulanya nak ambil grab, tapi sim kad tak beli lagi. Nak Rooming kedekut duit lak..  Kalau naik grab lebih kurang RP160 ribu lebih kurang RM53 kalau nak ke Hotel LCT Glodok. Jadi naik lah teksi, Rasanya aku ambil blue bird masa register dekat kaunter tu, tiba-tiba teksi lain yang sampai. Malas nak fikir lama-lama.. Semua dah penat, perut pon dah lapar.. Driver teksi minta RP300 ribu.. Bila minta kurang dapatlah lah RP250 ribu lebih kurang RM83. Untuk Hari pertama Aku duduk hotel 3 bintang je, malas nak membazir sebab kami cuma transit je.   Sebab esok pagi nak pergi Bandung. Hotel Pilihan LTC Glodok. Hotel ni dekat dengan stesen keretapi Gambir. Jadi tak da membazir nak bayar grab mahal-mahal. Harga semalam untuk hotel ni lebih kurang RM120 termasuk breakfast..




Lepas Check in hotel.. Terus jalan-jalan area hotel.. Cari kedai makan.. Berpeluh juga keyiak nak jalan cari kedai makan.. jalan-jalan jumpa lah kedai Mi apa pon aku tak ingat.. Masa ni tak fikir nak tangkap gambar.. Perut dah bekeroncong..  Lepas hanis makan terus balik hotel untuk  trip esok.. Esok 3 jam perjalanan ke Bandung...


Hari 2

Seawal Jam 5 dah bangun.. Maksudnya kul 4 pagi waktu Jakarta.. Semangat tu.. Patutlah rasa gelap je lagi.. Anggun macam biasalah.. Memang bangun awal.. Kami siap-siap terus turun breakfast.. Aku booking grab siap-siap dari lobby.. Kemudian terus ke Stesen Keretapi Gambir. Harga Grab Rp 15 ribu/Rm5.. Sampai gambir, terus beli kad sim.. Akhirnya dapat guna internet.. Harga kad sim Rp62 ribu/ Rm20.. Internet boleh guna 8gb.. Rasanya cukuplah untuk 5 hari.. No ni boleh terus aktif. tak perlu bagi ic atau pasport. Valid untuk 2 bulan.. 




Harga tiket keretapi sehala Rp150 ribu/ Rm50 untuk kelas Eksekutif.. Kalau nak yang lagi mahal ambil Sky  Priority harga tiket RM100 untuk sehala.. Kalau nak aambil yang lagi murah boleh ambil Bisnes Class atau Ekonomi.. Yang eksekutif pon dah cukup selesa.. Tip nak beli tiket pastikan korang dah beli siap-siap dekat Malaysia. Install app Tiket.com.. Risiko untuk tiket habis memang 99% terutama masa cuti sekolah. Kalau boleh rajin-rajin untuk baca blog orang lain. Masa nak tempah dulu memang seat dah tak banyak. 

Pesanan dekat korang, nanti bila sampai kat stesen memang ramai yang akan offer nak tolong angkat bag. Kalau rasa bag tu ringan tak perlu lah suruh orang angkat. sebab apa, semua nak tip. Aku masa tu tak tahu, bila dah masukan bag dalam train. Orang tu minta tip, bila bagi Rp10 ribu.. Berani dia cakap tak cukup.. Siap cakap aku kedekut.. Hello.... Untung aku bagi tip okay.. Bukan jauh pon, setakat 1 bag nak upah ratus ribu.. Memang nak kena carut lah.. Dah lah dia yang offer diri.. 

okay lah.. malas nak taip lagi.. nanti sambung nest entry okay...

19 February 2017

Prince HairiAks Derma Darah




...Cerita Mula..

Hye all.. Apa khabar.. Just nak share dengan korang yang hari ni aku sempat untuk derma darah dekat MYDIN MITC, Melaka. Ini bukan kali pertama aku derma, rasanya kali KE-15 dah uols.. tak gila banyak. Bukan apa, aku dah mula menderma dari umur 17 tahun.  Masa tu dekat PLKN Mantin. Mula-mula tu memang rasa takut dengan jarum yang panjang. 

Bila dah lama tu, aku rasa biasa je. Kepada orang yang dapat darah aku ni. Semoga korang dapat menikmati darah Prince HairiAks ya.. Bukan senang nak dapat darah jenis O. So Prince dah bagi darah O dekat uols.. 

Sebelum terlupa nak promot sikit ni.. Jom lah like page Homestay Condo Villa D SavoyHairiAks.. 




Jangan Cakap Abang Tak Payung.. Kredit untuk My Lovely sayang yang ambilkan gambar ni.. :)



16 February 2017

Homestay Afamosa



Promosi bulan Februari  2017

                       Homestay A Famosa Resort Condo D Savoy 

Harga Bermula Serendah RM160 

Book From: 16-19 FEB 2017

Tempoh menginap dari: 17 FEB - 28 FEB 2017.







12 February 2017

Paip oh Paip

...Cerita Mula...


Hye all.. Bukan senang nak repair paip ni.. Actually petang tadi gigih pergi Giant nak tukar kepala paip untuk Homestay Hairi Aks. Ingatkan nak guna kepala paip yang lagi bling bling kan..  Dengan pengalaman selama 30 Tahun untuk repair paip. Aku buatlah sendiri. Belum sempat nak pasang dah tercabut. Nampak sangat paip ni tak ada kualiti.. Puas aku godek gogek.. Last lagi teruk paip ni.. So.. Tunggu je lah esok orang datang repair... Melayang lagi duit oi... :(


...Cerita Tamat...

06 February 2017

Homestay Murah A Famosa Resort Condo D Savoy

Homestay A Famosa Resort Condo D Savoy

Family Studio (Condo)
ü  1 bilik dengan 2 katil Queen - muat 5/6 orang
ü  1 bilik kecil muat untuk 1-2 orang
ü  1 Tandas
ü  Swimming pool
ü  Tab mandi dan pancuran mandi
ü  Televisyen - 40 inci dilengkapi Astro Njoy
ü  Kipas siling
ü  Air cond di bilik
ü  Sofa
ü  Tennis court
ü  Car park
ü  2x Tuala Mandi disediakan
ü  Water Heater
ü  Ampaian baju
ü  Penapis Air Nano Hidrogen
ü  kelengkapan seperti almari baju, meja dan cermin solek, dan sejadah,
ü  Peti ais satu pintu
ü  Balkoni menghadap padang golf dan tasik
ü  Bunga api boleh dilihat dari balkoni pada pukul 10 malam
ü  Dalam kawasan yang sama dengan A Famosa Water World, Safari, Cowboy Town, Freeport Afamosa Outlet  dan Resort.
ü  Bilik menggosok pakaian dan bilik dobi disediakan di lobby condo.
ü   
Homestay kami berdekatan dengan :
Ø  5 minit dari Tol Simpang Ampat
Ø  3 minit dari Freeport A'Famosa Outlet
Ø  3 minit ke Cowboy town
Ø  3 minit ke theme park dan Safari
Ø  5 minit ke Mydin pulau sebang
Ø  10 minit ke Pekan Tampin
Ø  15 minit ke Air Panas Gadek
Ø  15 minit ke UiTM Lendu
Ø  20 minit ke Cheng
Ø  20 minit ke Ayer Keroh
Ø  30 minit ke Bandar Melaka


Harga

Ahad - Khamis (Normal day) = RM 220/ malam
Jumaat, Sabtu, Eve & Public Holiday = RM 260/ malam
Waktu masuk: 2.00 pm
Waktu keluar: 12.00 pm

Call/ WhatsApp/SMS
Hairi: 013-6296023
Eyda : 013-7484886





















Harga

Ahad - Khamis (Normal day) = RM 220/ malam
Jumaat, Sabtu, Eve & Public Holiday = RM 260/ malam
Waktu masuk: 2.00 pm
Waktu keluar: 12.00 pm

Call/ WhatsApp/SMS
Hairi: 013-6296023
Eyda : 013-7484886

10 December 2016

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 3 DAY 3

...Cerita Mula...

Alhamdulillah.. Dah masuk hari ketiga. Aktiviti hari ni pusing-pusing bandar Shenzhen. Seawal jam 9 aku dah kena tunggu dekat lobby. Ingatkan ramai yang join. last-last kami berempat je. Naik lah van. Nasib lah pemandu pelancong aku mesra alam sikit... 


Selepas breakfast terus je naik van.. Nasib lah dapat van yang okay.. ikutkan boleh muat 12 orang.. tapi kami naik 6 orang je termasuk driver.. So, ada lah runag untuk melunjur kaki.. Letak barang bagai kan...


Tempat pertama wang wajib pergi Chinese Herbal Shop. Aku memang dah tahu taktik dia orang menjual macam mana. Berdasarkan pengalaman dekat Beijing dulu. macam-macam ubat ada jual kat sini. Cuma harganya agak mahal. Selepas seorang profesor dari Indonesia menerangkan tentang jenis-jenis ubat. Aku dan isteri dibawa masuk sebuah bilik kecil. Masa ni ada seorang Doktor akan pegang tangan dengan jari. Kemudian kalau kita ada penyakit doktor tu dapat kesan. nampak sangat penipu. dari 10 yang doktor tu cakap. 30 tak betul. Biasa lah, nak jual ubat kan.. berani dia cakap jantung aku diselaputi lemak.. Ada masalah buah pinggang, hati tak berfungsi dengan baik.. Semua penyakit yang tak elok ada dekat aku.. tak beragak nak menipi.. Kalau dia check orang tua.. Memang confirm sakit tulang dan sebagainya...




Mi tarik.. Memang sedap..


Restoran halal tempat aku makan..


Perjalanan diteruskan ke CHINA FOLK CULTURE VILLAGE. Sepatutnya sekali tengok show kat dalam ni. Tapi aku tukar jadual, dan minta driver tu bawa tempat shopping dekat area bandar. Tak larat nak menunggu sampai 5-6 jam dekat dalam ni.  memandangkan kami menukar jadual perjalanan. Terpaksalah kena bayar sorang HK$100 lebih kurang RM60. Dari kawasan ini untuk ke Shopping lebih kurang 1 jam.. patut lah mahal kena cas.. Itu termasuk sekali dengan parking.


Memandangkan kami malas nak jalan kaki. Apa lagi.. Sewa je train.. Seorang bayar HK$40 lebih kurang RM24. Okay lah kan.. 30 minit perjalanan.. Kalau jalan kaki dengan keluasan beribu ribu kaki persegi.. Memang 2 hari 1 malam baru habis tawaf.. tak apa.. Kami dah jimat masa dekat sini.. Masa lebih boleh habiskan dekat shopping....



CHINA FOLK CULTURE VILLAGE





Shopping time... baru-baru sampai dah dapat barang yang aku cari....


Shopping area Baohua Baima.. Kawasan ni lebih kurang Ladies Market. Banyak barang perempuan... Harga pon sangat berpatutan... Ikut barang apa yang korang nak beli... Nak yang  murah.,  Nak yang mahal.. ikut kepada kemampuan korang lah.. Dekat sini kami habiskan masa lebih kurang 3 jam... Dekat luar kawasan ni dah macam syurga shopping... 

Okay lah.. Nanti samnung hari keempat pula ye...

...Cerita Tamat...

TRIP HONG KONG - SHENZHEN PART 2

...Cerita Mula...

Hye all.. Today aku nak story mory untuk hari kedua. Hari yang penuh dengan pancaroba. Susah betul kalau trip sendiri kan.. pakej pon tak macam pakej.. Day 2.. Pukul 8.40 Pagi dah kena berkumpul dekat stesen MRT area hotel. Mula-mula agak bengong juga. Kejap suruh tunggu dekat lobby. Kejap dekat MRT. Tunggu punya tunggu sampai lah bas. Lebih kurang macam bas angkut angkut. Bas akan berhenti dekat hotel hotel untuk ambil penumpang.



Tempat pertama yang aku pergi Golden Bauhinia Square. Orang sibuk bergambar kat sini. Aku pon amik je lah.. Janji ada gambar nak buat kenangan. Ramai je yang komen.. kenapa dekat baju ada sticker A. A tu untuk Ann Travel.. Senang.. Kalau sesat tunjuk je sticker tu.


Seterusnya Repulse bay.. 15 minit je masa untuk ambil gambar. Hello! Ingat cukup ke 15 minit.. nak selfie je dah 10 minit.. tu tak cari lagi tempat-tempat nak posing.



okay.. With my lovely sayang.. Ko hado? 


Destinasi seterusnya.. Aberdeen Fishing Village boat ride.. Masa ni korang akan dibawa pusing-pusing area kapal-kapal dan pelabuhan. tengok boat. Bayaran dia hanya HK$60 atau RM36.. Perjalan lebih kurang 15 minit sahaja. Rasa macam tak berbaloi je.. Pusing bangang-bangang dah habis. Macam membazir je naik natang ni..


Macam ni lah pemandangan dia.. Kira okay lah..


Ini kedai cenderahati.. Nak beli pon fikir 10 kali.. Biskut kacang macam ni pon 4 botol HK$200. kat malaysia sebotol baru RM10 Dik Non oi... Membazir amalan syaitan.. Jadi aku lupakan niat nak beli biskut ni... Yang penting kenyang dah makan tester dia.. hahaahah








OTW Shenzhen pula... Dari Hong Kong lebih kurang 45 minit je.. Train kat sini sangat banyak. lebih kurang 5-10 minit ada. Jadi korang tak perlu risau sangat. yang pasti jangan salah naik train yo.. ada yang sampai  Lok Ma Chau nanti... Actually tempat naik train dekat Hung Hom to  Lo Wu.


Keadaan dalam train yang sangat kondusif.. Kalau setakat berdiri tu orang kat sini tak hairan dah..


Bila sampai je dekat China immigration kami terus ke kaunter 1. Dekat sini kami ambil visa dekat ejen yang dilantik. Visa yang digunakan ialah visa berkumpulan. masa ni korang kena beratur mengikut nama dalam susunan. Kalau dah masuk China ni.. Pegawai yang jaga dekat sana memang macam singa sikit. tak da yang senyum.. Kau punya passport pon main campak sesuka hati je.. Very the keji perangai.. Tak mesra langsung.. Seterusnya kami dibawa naik teksi.. Tambang dari airport  ke hotel lebih kurang Yuan $ 30 dalam RM20. Ini sudah termasuk dalam pakej.


Tempat pennginapan di FX Hotel.. Hotel yang sangat selesa.. Berdekatan dengan shopping mall.. Sebelah hotel ada restoran halal muslim.. Dengan harga yang sangat berpatutan... Aku suka stay area ni.. Semua ada..


WIFI free pon ada.. Kalau datang China kalau guna WIFI dia.. Memang mati lah korang tak dapat Ber Facebook, Instagram, google pon tak boleh nak layari. Semua kena block.. Tapi nasiblah dah roaming awal-awal.. Jadi tak lah terputus hubungan dengan kawan-kawan. Tapi kalau korang hantu Wechat, tak ada masalah.. boleh main sampai lebam-lebam. 


Bilik yang sangat selesa.. Ruang yang sangat besar.. Sesuai untuk 6 orang.. Siap bagi tambahan katil lagi...

Untuk hari ketiga aku akan update nanti ya.. Dah berpusing-pusing biji mata nak ingat semuala...

...Cerita Tamat...