Hidup Ini Keras… hahahaha ayat tu memang poyo.. tapi sebab prinsip tu la aku masih lagi hidup di muka bumi ini.. pada awalnya aku nak bercerita pasal kisah hidup + kisah cinta.. tapi aku tak pandai bermain madah dan puisi seperti sibintang.. takut nanti separuh daripada pembaca blog aku akan hilang… jadi terimalah post versi Hairi Vs Vogue.... kepada yang faham, tahniah diucapkan.. yang tak faham tu buat-buat la faham…
Untuk pengetahuan kawan-kawan, beberapa bulan lalu aku telah dreject oleh Miss @#$%^&* … yang sangat hot.. beberapa jam jugak la aku frust.. tapi hidup tetap kena terus.. tapi aku agak berpuas hati.. sebab kali ini aku direject secara terhormat.. walaupun tiada sebab yang spesifik kenapa aku direject, tapi lebih baik daripada tiada respon langsung dan buat aku macam tergantung tak bertali..
Walaupun dikecewakan.. tapi aku anggap sebagai satu cabaran bagi aku.. dikecewakan sekali tak bermakna gagal.. aku akan terus mencuba lagi.. ini bukan kali pertama aku dikecewakan... bagi aku kegagalan sebenar adalah bila kita gagal mencuba dan bukannya gagal setelah mencuba.. ini bukan kali pertama aku dikecewakan..
Kegagalan adalah gagal untuk mencuba bukan gagal setelah mencuba .. aku agak anti dengan mereka yang cepat berputus asa dalam hidup ini.. gagal sekali kemudian terus tak mahu mencuba.. dan yang lebih teruk lagi, belum mencuba dah terus memikirkan kegagalan sahaja.. banyak pedoman dan pilihan diberikan.. tapi tak nak gunakan.. sibuk mengharapkan TAKDIR dan biarkan je masalah tu berlalu.. sesungguhnya bila kau tak membuat apa-apa pilihan itulah kegagalan yang paling teruk sekali dan akan membuatkan masalah tu semakin bertambah..
Kegagalan adalah gagal untuk membuat pilihan dan bukannya gagal selepas pilihan dibuat . Aku rasa cukuplah sampai disini sahaja.. heheh post ini banyak mempunyai maksud tersirat dan tersurat.. mustahil ada orang yang dapat tangkap 100% rahsia disebalik post ini.. apa pon terjadi, aku tetap anggap HIDUP INI KERAS dan terus mencuba.. ( HIDUP INI KERAS… kata2 dari pensyarah aku… dia yang selalu guna ayat ni.. so aku kenalah mengaplikasikan dalam kehidupan harian..) hahahhaha…
P/S- Kepada sesiapa yang ingin memberi komen... anda boleh klik pada Comment, Then Pilih Anonymous... seterusnya post lah komen tu.. tu untuk mereka yang x da Akaun Google.. Tapi sape2 yang dah akaun Google anda komen cam biasa je lah... yg Anonymous tu ada kat bawah sekali... thx.. selamat membaca..
P/S- Kepada sesiapa yang ingin memberi komen... anda boleh klik pada Comment, Then Pilih Anonymous... seterusnya post lah komen tu.. tu untuk mereka yang x da Akaun Google.. Tapi sape2 yang dah akaun Google anda komen cam biasa je lah... yg Anonymous tu ada kat bawah sekali... thx.. selamat membaca..
