Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

03 February 2010

Kenduri Oh Kenduri...

Bila nak cerita pasal kenduri ni.. memang 4 hari 4 malam x habis aku nak cerita.  banayak sangat sejarah pasal kenduri ni... Kalau nak tahu.. aku ni x suka gi kenduri rumah orang.. kalau dekat Kg. pon memang bertuah kalau aku gi kenduri rumah orang.. mesti family je yang gi.. biasalah.. orang yang Vogue ni pemalu sikit... heheheh.. pemalu lah sangat.. bukan apa.. memang dari kecil x suka gi kenduri.. x tau lah sebab apa.. nak kata x da hidung... hidung aku ada.. entah lah.... tapi hari ni lain sangat..... mungkin sebab kawan-kawan kan..
     Jam 8.00 malam tadi, aku telah menghadiri majlis bacaan yassin dan doa selamat dekat rumah En. KHAI... Ala... kenduri anak dia nak sambung study dekat  Australia... dengan kenduri Arwah isteri dia.. Untung nasib badan dapat  belajar dekat luar negara kan.. Ramai juga yang datang kenduri tadi. Rasanya paling ramai budak-budak AT45 dari semester 2,4 & 6. memang penuh lah rumah dia tadi..
     Dari segi masakan boleh tahan lah, kalau nak kutuk-kutuk pon x elok gak.. nanti en Khai tuntut kat Akhirat.. lalalala.. apa-apa pon memang best masakan tadi... rasanya yang best sup Daging  & kuih Popia goreng tu.. semua cukup rasa... rasa sekali pasti nak lagi... tadi igatkan nak tambah.. tapi segan lah pulak.. ramai sangat orang dok perhatikan aku..
   Apa-apa pon hari ni aku berjaya gi kenduri... Walaupun banyak mulut yang mengata.. tapi x kisah lah.. janji aku bahagia...

Kenapa Aku Menulis Blog...!!


...Cerita dah nak mula ni...
Ramai yang tanya aku.. kenapa aku tulis blog.. apa ada kat blog aku..ade untung ke tulis blog ni… mula-mula bosan gak aku nak menjawab…. nanti lama-lama diorang faham la kot… he3..  ye la blog dah jadi fenomena baru yang menggemparkan dunia.. BETUL KE TIDAK?  BETUL KE TIDAK?  BETUL KE TIDAK?  Sah-sah lah betul… mana tak nye.. Samy Vellu, Tukang kebun, Tukang sapu, Tukang gunting..pon nak menulis blog. Semua dah ada blog sendiri... Nenek aku kat Kg pon dah ada blog..  hohoho betapa hebatnya penangan blog…jadi kenapa aku menulis blog ye…?
Ok secara jujurnya… masa mula-mula aku nak menulis blog dulu adalah kerana Put ( Mantan NYDP) MPP... Dia yang suruh buat Blog.. Put tu.. suruh je aku buat blog.. tapi dia dah ada blog ke? JAWAB put.. soalan cepu PerAk ni.. hahahah..  Time tu aku teringin nak bertanding MPP lah kononnye.. tapi bila sampai masa.. hampeh.. malas nk tanding-tanding.. buang masa je.. Aku ni x suka datang Meeting.. dah alang-alan buat blog.. baik aku teruskan je...
Aku menulis blog adalah kerana aku dah mula bosan dengan internet…sejak aku mula kenal internet pada tahun 1999 time sek rendah lagi dah banyak web da aku join… mostly web-web yang mengarut.. contohnya, Tagged, friendster, My Space, Face Book dan apa ntah lagi… tapi benda tu semua mendatangkan keseronokan sekejap je… bosan gila… dan aku cuba carik benda baru plak…so aku pon menulis la blog.. lalalala...
Kenapa Aku menulis blog? Kenapa?? Dan kenapa? kononnya nak mempromosi diri di internet… lalalala...  Menurut rakan-rakan VOGUE & Persatuan Mengumpat Prince Hairi.. satu kerugian besar kalau aku tidak promosikan diri aku dalam Intenet.. nak tau sebab apa?  Mana lah  tau.. dapat tawaran bisnes ke... dapat VVIP ke..  ye lah.. tuah ayam nampak dekat kaki.. Tuah PRINCE HAIRI nampak kat blog... lalalalala.. kalau dah rezeki tu x kemana pon...
...Cerita Habis Sudah...

Makluman Mesyuarat KARNIAWAN

Kepada Exco dan MT BECC yang terlibat dengan KARNIAWAN. Satu perjumpaan akan diadakan pada:

HARI: RABU
TARIKH: 3 FEBRUARI 2010.
MASA: 2 PETANG
TEMPAT: BILIK 24 JAM PERPUSTAKAAN 
 Majulah AT45 untuk BECC.