Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

06 January 2011

Baik-Baik Sayang Vs Trouble Is A Friend

...Cerita Mula...

Aloo… Prince di sini. So, macam biasa lah. Petang ni aku cuma nak cerita pasal hiburan. Tanpa hiburan sure otak aku serabut.  Sure aku jadi malas. Ekceli aku ni bukan peminat setia lagu. Aku dengar pon ada sebab yang tersendiri. Kalau tak sedih.. Mesti aku gumbira.. Kalau tak..  Mesti aku rindu dengan someone.. Kalau tak pon mesti aku tengah emo. Macam macam ada kan? 

Bila dengar lagu baik baik sayang mesti aku rindu dengan someone. U know, banyak kenangan dengan dia bila dengar lagu BAIK BAIK SAYANG. Bak kata pepatah, Lagu baik baik sayang seperti scandal dengan prince. Memang tak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan, kompom sumbang bunyi dia. Urmm.. ( Pepatah yang aku reka sendiri, tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. okie.. )


 Ni barulah muka tension.. Muka yang tak mandi lagi. Tapi nampak macam mandi kan? Ngee...

Lagu kedua pilihan aku petang ni, Trouble is a friend. Lagu ni lagi super duper puaka. Dulu masa aku kecil, aku tak suka dengar lagu ni. Ngee... Masa untuk menipu korang semua.. hahahaha. Ye lah, rentak dia macam mengada ngada. Dengar sekali pasti nak maki. Mendayu sangat rentak dia. Lagu ni pon orang yang paksa aku dengar. Dengan paksa rela aku setia medengar lagu yang tak berapa sedap didengar ni. 

P/s- Mesti korang bosan dengan entry ni. Tapi nak buat macam mana. Aku terpaksa bekerja keras untuk memikirkan entry yang sesuai. Aku kena juga  meng”UPDATE my lovely blog. Suka tak suka korang layan je lah. 

...Cerita Tamat...

Menghitung Hari

…Cerita Mula…

Hye all, selamat petang. Apa korang rasa kalau stay dekat rumah berbulan  dan berhari hari? Bosan? Tension? Suka? Gumbira? Sedih?. Apa apa pon korang je tahu jawapan dia. Tepuk tangan tanya kawan. Boleh? Ekceli, aku sangat bosan. Sangat tension. Aku tak da kawan, tak ada teman. Aku rasa sangat sunyi. Mesti ramai yang tanya kenapa aku tak buat part time kan? 

Hahaha.. Part Time? Sure my mum & my dad tak bagi. Dia suruh aku dok dalam rumah. Then, teman my mum yang tinggal sorang kat rumah waktu siang. U know, My bro & sis seminggu sekali balik rumah. Mesti korang sedih dengar story aku kan. Kalau tak sedih sila lah sedihkan diri korang semua.

Hahaha..Ini dia..aktiviti yang harus aku lakukan hari hari.. Makan.. dan terus makan..

Urmm.. kalaulah boleh mengajar awal. Sure aku dah pergi sekolah. Tapi kan, bulan 2 baru mengajar. Tak sabar nak berbakti kat sekolah. Tak sabar nak jumpa dengan anak murid, tak sabar nak jumpa dengan cikgu & cikgi.. Cehh.. poyo jer ayat aku kan? Apa apa pon aku syukur sangat sebab boleh makan free, bangun & tidur ikut suka aku. 

Kalau korang nak tahu, hari hari aku berangan. Berangan bila nak jadi kaya, bila nak dapat jodoh, bila nak dapat kerja, bila nak buat reunion dengan geng AT45. Macam macam aku pikir. Biasalah, aku cuma nak menghabiskan cuti aku dengan berangan sepenuh masa. Mana tahu, angan angan boleh jadi kenyataan. ~lol~.

…Cerita Tamat…

03 January 2011

Tertekan With Someone

...Ceita Mula...

Salam semua, ekceli masih belum terlambat nak wish Happy New Year dekat korang . U know, Prince tak da masa nak update blog. Line streamyx masih lagi problem. Dah berkali kali buat aduan tapi masih tak da tindakan susulan. Biasalah, kes kes terpencil memang macam ni. Memang lembab dia orang bertindak. Agaknya makan gaji buta kan.?

Selamat ada cc yang agak lembab dekat My Kg ni. Boleh juga update blog. Kalau tak, kompom my blog dah berkulat kan? Ok lah, sebenarnya aku sangat marah dengan manusia yang agak plastik, Tipuware, Papaware & Mamaware ni. Tak habis habis nak gangu hidup aku.

Kalau korang nak tahu, dalam diam diam dia tikam aku dari belakang. Kiranya dia ni musuh dalam selimut . Kalau korang tak faham sila buat buat faham okie. Sanggup dia burukan aku dekat orang lain, Then fitnahkan aku pulak. Apa nak jadi dengan budak sekarang ni. Harapkan ada degree jer tapi otak letak dekat kaki.

Yang aku nak marah tahap dewa, ada juga yang suka mungkir janji. Janji is Penipu. Penipu is Janji. Kalau dah berjanji, SILA PEGANG PADA JANJI OKIE. Aku paling benci dengan orang yang mungkir janji. Tapi tak apa, aku bagi lagi SATU PELUANG. Kalau lepas ni dia mungkir JANJI. WAIT & SEE... ( mood nak ugut orang.. hahahah) 
 
P/s- Betul ke? Kalau cemburu tandanya sayang? Ada sebarang komen? Perlukah kita nak berpura pura baik depan orang yang kita sayang, sedangkan kita sentiasa kena tipu dekat dia? So, Tepuk dada, tanya selera.

...Cerita Tamat...