Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

09 May 2011

Happy Mothers Day

...Cerita Mula...

Hye all, ekceli masih belum terlambat nak wish Happy Mothers Day dekat my mum. Dan dekat semua ibu ibu dekat dunia ni.  Selamat Hari Ibu..


...Cerita Tamat...

04 May 2011

Petrol RON 97 Naik 20 sen Lagi Menjadi 2.90

...Cerita Mula...

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini. RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.



Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.



...Cerita Tamat...

02 May 2011

Mood Exam

...Cerita Mula...

Hye all, selamat petang. Satu minggu aku tak update kan? Korang tak payah tanya aku pergi mana. Aku ada jer dekat sini. Tak pergi mana pon. Paling jauh pon aku pergi PD. Bukan mandi laut. Tapi pergi pesta air. Meriah dowh. Macam macam ada. Aku ingat boleh lah beli barang sampai satu lori. Hampeh.. Satu pon tak bekenan. 

Balik dari PD, terus gagahkan diri buat soalan exam. Syukur.. Siap juga.. 3 hari 3 malam aku tak tidur nak siapkan soalan. Aku paling benci kalau buat JSU. Korang yang tak amik bidang pendidikan sure tak tahu menatang apa JSU tu kan? JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian). Buat soalan ikut aras taksonomi Bloom. Sure korang pening apa yang carutkan ni. So, korang jangan nak peningkan kepala. Korang layan je lah pic aku ni. Hahahaha...


Muka budak poya tengah bler + blorrr... Hari hari kena ngorat dengan student.. ngee.. 

Sekarang hati sudah senang, sebab kerja sudah siap. So, apa lagi.. Update blog lah. Kalau korang nak tahu, esok aku jadi pengurus pasukan kawad kaki. Sure prince sun burn. Ada sape sape yang nak gantikan tempat aku? Kalau ada silakan.

P/s- Lupa nak bagi tau. Tak perasan ker blog aku dah berubah wajah? 3o minit je edit menatang ni. Nampak simple sikit kan?

...Cerita Tamat...