Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

03 August 2011

Salam Ramadhan

...Cerita Mula...

Hye all, Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Kejap je dah 3 Ramadhan kan? Tapi aku baru nak wish. Ape-ape pon selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ni memberi satu lembaran baru untuk kita semua. Insya Allah..


P/s- Pose.. Jangan tak pose... Nanti tak dapat duit raye.. Ha3.. boleh kew macam tu?

...Cerita Tamat...

29 July 2011

Prince Dah Konvo

...Cerita Mula...

Hey all.. Setelah 4 tahun berjuang kat UPSI. Akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Macam-macam dugaan yang aku tempuh selama 4 tahun ni. Tapi, semua aku tempuhi.. pahit, manis, suka duka aku dah tempuhi...  Aku syukur sangat... Semua pengorbanan yang aku lakukan berakhir dengan kejayaan. So, korang layan je pic aku ek...



Prince with my lovely mum.. Mama yang tak pernah jemu  menyokong aku.


Sempat snap pic dalam library Tuanku Bainun..


Yeah.. Bila tengok pic ni.. semua orang tahu kat mana.. Ni dia tasik Proton City.. Tempat yang paling best kat Tg. Malim..


Mie, Miniq & Prince...



P/s- Thanks kepada my family, kawan-kawan AT45, Pensyarah & sesiapa sahaja yang banyak membantu aku selama 4 tahun aku berada di UPSI. Tanpa mereka, aku tak mungkin dapat mengengam segulung Ijazah.

...Cerita Tamat...


26 July 2011

Cara Nak Tukarkan IM Chat FB Baru Kepada Lama

...Cerita Mula...

Korang mesti semakin gila dan terus menggila bila IM Chat (Chat box) Face Book yang baru ni tak boleh chat dengan semua orang kan?  Korang nak tukar semula kepada yang lama? Ikut arahan di bawah.. :)
Untuk google chrome.

1. masuk google search
2. type userscript
3. cari browsing yg tulis Facebook
4. click Facebook Sidebar Chat Reversion
5. Install

Lepas anda install..
logout dan login semula...



P/s- Selamat mencuba… Aku dah try.. Ok jew..

...Cerita Tamat...