...Cerita Mula...
Mayat Dua Anak Kapal MV Bunga Alpinia Ditemui
LABUAN: Mayat dua mangsa tragedi letupan dan kebakaran kapal milik MISC Berhad, MV Bunga Alpinia di Jeti Terminal Loji Petronas Methanol Labuan pada Khamis ditemui petang Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiman Kasran, mayat kedua-dua mangsa ditemui kira-kira pukul 1 petang terapung kira-kira 30 meter dari kawasan kejadian iaitu antara Jeti Amsteel dan Jeti Iron.
Beliau berkata, mayat tersebut dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk pengecaman dan bedah siasat.
Dalam kejadian itu, seorang anak kapal maut manakala empat hilang selepas kapal yang membawa muatan bahan kimia itu meletup dan terbakar ketika sedang mengisi metanol di jeti terminal.
Sumber:- mStar Online
P/s- Masih dalam mood sedih.. Tunggu dan terus menunggu jenazah yang masih lagi di Labuan... Semoga segala urusan dipermudahkan... Amin..
...Cerita Tamat...





