Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

01 February 2010

Family Day AT45 (Semester 6)


( Gambar pemandangan di Teluk Batik)
Kepada semua pelajar semester 6, AT45. Kelas akan mengadakan Hari Keluarga yang bertempat di Teluk Batik. Anda diwajibkan menghadiri aktiviti ini.  Maklumat lanjut seperti di bawah:-

     TARIKH: 6 FEBRUARI 2010.
     MASA: 8.00PAGI- 8.00 MALAM.
HARI: SABTU
     TEMPAT: TELUK BATIK,PERAK.
     BAYARAN: RM60 ( RM70 UNTUK SESIAPA YANG BELUM BAYAR YURAN KELAS SEMESTER LEPAS)
     TENTATIF PROGRAM: AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.
TEMA: VOGUE, SOPAN, MENUTUP AURAT DAN BERMARUAH.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Wan Klang selewat-lewatnya pada 2 Februari 2010 untuk pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan bayaran perlu dijelaskan kepada Nora Suhaileen. Sebarang masalah tentang kehadiran boleh dirujuk kepada Megat Zuhairi Megat Zainol Abidin selaku PA kepada kelas.
Kepada mereka yang tidak boleh mengikuti aktiviti ini, anda dikehendaki membuat surat tunjuk sebab. surat tersebut perlu diserahkan kepada saya selewat-lewatnya 3 hari sebelum program dijalankan bertujuan untuk semakan Majlis Tertinggi Kelas. Sekiranya tiada maklum balas yang diterima RM 50 tidak akan dikembalikan semula. Saya bagi PA kelas berharap anda memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya dalam melaksanakan program ini.

Berkhidmat Untuk Kelas,
Zuhairi Zainol Abidin.

Tiba-tiba Mood x baik malam ni....

...Cerita Mula...
Tentu ramai yang rasa pelik... siang tadi sampai maghrib aku happy je...
Bila dah nak masuk jam 8mlm.. tiba-tiba hilang mood..
rasanya macam nak marah, maki, tengking orang je.... tapi aku cuba bersabar...
Kalau pempuan marah-marah orang cakap datang bulan.. tapi kalau lelaki datang apa?

Aku tahu sebab apa, cerita dia macam ni.. tadi aku buka 1 blog..
blog ni agak agak popular jugak di kalangan orang ramai masa kini..
aku x mau bagi tau blog apa yang aku baca... tapi blog ni lain dari yang lain...
ayat-ayat yang digunakan boleh menyentuh perasaan bila kita baca...

Aku suruh lah kawan aku  Mizz.. #$%^!@@# baca blog tu...
bila aku tanya apa pendapat dia... dia pon sama macam aku...
marah sangat-sangat dengan ayat-ayat yang digunakan oleh penulis tu...
Dia tulis macam x da hotak lah....
tapi bila aku luahkan apa yang aku rasakan dalam blog aku..
tetiba je mood aku kembali pulih...
...Cerita Tamat...

31 January 2010

Gulai Tempoyak Ikan Patin

 
( Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak)
HAri ni, Time Lunch Hasnan masak untuk kami di rumah ni... sebelum ni, aku memang tak makan Ikan PAtin. bila dok je Tg. Malim baru belajar makan ikan ni.. sebab Family aku x makan ikan PAtin sebabnya ikan  ni bau hanyir sikit kan..? bila dah makan rasa sedap pulak.. ye lah ikut cara orang yang masak kan..
  Bila HAsnan masak je tadi, sama lah macam kedai punya. garam, gula, tempoyak & sebagainya cukup rasa. Tima Kasih banyak-banyak kat Hasnan untuk Lunch hari ni... menu lain yang dia masak tadi sosej + kentang masak kicap. dan tea o ais...