Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

10 November 2010

Happy Best Day Wan

...Cerita Mula...

Hey all, today birthday wan aku. Kalau kat Negeri Sembilan aku panggil wan. Tapi kalau di Perak panggil opah. Wan pula gelaran untuk laki laki kat Perak. So, dikesempatan ini aku nak wish happy birthday untuk wan aku. Tapi kan, aku tak ingat berapa umur dia. Kalau tak silap macam 70 tahun kot. Aku pon ingat ingat lupa. Kalau tak 70 tahun, 80 tahun kot.


Hahaha.. Ini dia wan kesayangan aku dulu, kini dan selamanya. Baru 4 hari lepas jumpa dengan dia kat kampung. Aku paling suka masakan dia. Memang best.


Kalau u all nak tahu, aku dengan wan aku. Mempunyai hobi yang sama. Nak tau apa? Shopping & jalan jalan serata alam. Biasanya kat kampung aku akan ajak wan jalan jalan & shopping.


Kalau u all nak tau, time interview untuk masuk UPSI. Wan aku yang temankan aku pergi USM, Kubang Kerian, Kelantan. Memang terharu masa tu.Sebab dia nak temankan aku.Sebenarnya tujuan utama shopping jer. Ngee.. Selamat dapat masuk UPSI. Kalau tak.. Malu dowh...

P/s- Walaupun umur wan aku dah tua. Muka dia still muda ok. Tak ada pakai susuk pon. Kalau nak tahu apa rahsia dia. Tanya lah dengan aku. Hahaha..

...Cerita Tamat...

09 November 2010

Cara Paling Berkesan Kepada Mereka Yang Tidak Boleh Tidur

...Cerita Mula...

Hey all, mesti ramai diantara kita yang mengalami masalah tidak boleh tidur. Setelah aku melakukan kajian selama 4 hari. Akhirnya aku berjaya mencipta ubat untuk mereka yang tidak boleh tidur. Kalau family aku tahu. Mesti mereka berbangga dengan kejayaan aku. Mesti mereka buat kenduri 7 hari 6 malam. Lepas ni, aku bioleh mendapat gelaran Prof Madya di atas sumbangan aku kepada dunia. Hahaha (Aku memang suka berangan). Tolong jangan nak gelak okie.

Caranya memang mudah, memandangkan sekarang study week. Aku perlu membaca berpuluh puluh buah buku. Baik bahasa Melayu, Cina, Iban, Inggeris dan German. So, kepada mereka yang tidak boleh tidur. Sila baca buku yang banyak mengandungi teori or fakta. Aku yakin 230% kurang dari 10 minit u all semua akan tidur. Kalau tidak percaya, sila cuba sendiri. Tidak perlukan duit beribu ribu ringgit untuk beli ubat tidur.


Hahaha.. Sempat snap pic.. Sebelum aku menidurkan diri di library. ZzzZzzzz.. Mak guard kat situ tidak boleh berkata kata ketika ini. Hanya mampu melihat air liur basi yang memenuhi meja..Weekkk.. ( Cuba u all bayangkan)


P/s- Saya telah berjaya untuk menidurkan diri kurang dari 10 minit. Anda bila lagi. Cuba sekali pasti nak lagi. Kalau u all nak tahu, dah 4 hari buku yang baca aku. Mesti kawan kawan aku bahagia tengok aku tak dapat study. Arghhh...

...Cerita Tamat...

07 November 2010

Empty

...Cerita Mula...

Salam semua, u all mesti perasan. Semenjak tiga menjak ni. Asyik banjir jer. Kesian kat mereka yang terlibat kan. Kalau u all nak tahu. KTM pon tak jalan. So, apa lagi. Masa aku balik dari Langkawi. Aku terpaksa pula menyewa bas untuk balik ke Tanjong Malim 3 hari lepas. Kesian kawan kawan aku yang join trip Langkawi. We all terpaksa bayar duit tambahan. Memang sedih aku tengok muka dia orang semua. Tapi, nak buat macam mana kan. Nak tak nak, dia orang kena juga bayar. Kalau tak bayar faham faham sendiri lah.

Hari ni, seharian hujan dekat Tanjong Malim. Kemungkinan besar akan hujan dan terus hujan. Bila hujan, faham faham je lah. Nak keluar pon tak boleh. Sebagai langkah berjaga jaga. Aku dah beli stok makanan untuk 3 minggu. Aku takut mati kelaparan dalam bilik ni. Kalau u all nak tahu, aku ni jenis manusia yang tidak suka makan nasi. Bagi aku, nasi boleh membuatkan kita jadi gemuk dan menjadi sedikit PEMALAS. 

Untuk 3 minggu ni, MENU utama aku daging burger, spicy wedges, sosej, roti yang sarat dengan gandum, biskut jacobs, mineral water & coklat. Aku nak cuba meng"diet"kan diri. Mogok tak mau makan nasi, mogok tak mau makan ayam lagi. 

P/s- Aku rasa paling lama tak makan nasi cuma 3 hari je. Hik3.. Oit.. Lupa pulak.. Apa kaitan tajuk dengan cerita aku? hahaha

...Cerita Tamat...