Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

21 January 2011

Thanks Mama

...Cerita Mula...
 

Hye all, ekceli aku nak say thanks kat my mum yang belikan aku hp baru. Walaupun harga dia tak beribu ribu dolar  macam hp korang semua. Tapi ok lah. Janji boleh sms and call. Kalau nak ikutkan hp aku ok lagi. Boleh guna. Tak ada yang rosak pon. Kalau setakat calar & bertukar colour... Faham faham je lah. Dari warna merah bertukar jadi colour pink dowh.. Hik3.. bertapa ganasnya aku pakai hp. Walupun hp tu dah bertukar warna & calar balar. Still okie lagi.. Aku pon segan nak publish dalam blog. Takut korang cakap public fon lak. Ngee..


Aku rasa mesti my mum kesian tengok hp aku yang dah buruk tu. Padahal, aku pakai baru berapa sem. Kawan aku kata... Aku ni memang tak sayang harta benda. Suka suki dia orang je cakap macam tu. Kalau tak sayang, baik aku campak dalam sungai kan? Kan.. Walaupun hp baru dah ada.. Hp lama still guna lagi.. habis madu, sepah aku tak buang okie.. aku guna semua..  Tapi aku tukar kad sim je lah.. Tak kan nak pakai sampai 6 hp & 6 kad sim. Tokie balak pon boleh muflis. 


P/s- Thanks mama.. sponser beli hp.. Say NO sugar mum & dad... ~lol~

...Cerita Tamat...

11 January 2011

Hantu FB Menyerang Prince

...Cerita Mula...

Hye all, selamat petang. Kalau korang perasan. Semalam dengan hari ni. Banyak hantu hantu dalam FB yang berkeliaran. Tak habis habis gangu hidup aku. Yang paling aku geram, benda yang sama dihantar dekat aku. korang bayangkan, kalau friends aku 2000 ribu lebih. separuh send benda yang sama dekat chat box? apa korang rasa? nak maki? Nak marah? or nak gelak sampai pagi? Cuma korang jer tahu jawapan dia.





Aku rasa, korang pon ada dapat benda yang sama. Dengan bangganya aku nak copy paste ayat tu. "Facebook yang baru. Kami akan menghantar mesej ini sekitar untuk melihat apa ahli aktif atau tidak. Jika anda aktif sila hantar ke minimal 15 pengguna lain menggunakan Copy + Paste untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. Mereka yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan dihapuskan tanpa ragu-ragu untuk mencipta lebih banyak ruangan. Kirim ini ke semua teman-teman anda dan untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif dan anda tidak akan dihapuskan. Facebook pengasas, Mark Zuckerbe." Pandai pula dia orang translate dalam bahasa Melayu. hahahaha...  

Apa kejadahnya dok send binatang ni banyak banyak dekat aku.  Suka sangat percaya benda mengarut. Aku nak pesan dekat korang semua. Tolong jangan send benda yang sama. Dari korang send benda macam ni. Baik send no topap celcom or hotlink kat aku. Dapat gak gayut lama.

...Cerita Tamat...