Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

27 March 2011

Artis Malaysia Paling Seksi!!!

...Cerita Mula...

Hye all, pagi ni aku sempat baca Metro Ahad. Tajuk muka depan  sangat tertarik dan menarik. PALING SEKSI. Aku ingatkan apa yang seksi sangat. Baca lah bawah sikit. " Pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan janda 'meletup', Rozita Che Wan menduduki dua tempat teratas '5 ARTIS PALING SEKSI' berdasarkan undian pembaca Metro Ahad dan Harian Metro menerusi laman web MyMetro.


Hahaha.. Seksi tak? Tepuk dada tanya selera. 


Wow.. Ini lagi seksi kan.Dengan baju merah menyala. Memang meletop. Kalah Tsunami kat Jepun.

P/s- Tahniah kepada Fasha dengan Rozita yang mendapat undian tertinggi. Kepada artis yang lain jangan makan hati dengan keseksian yang dimiliki dua artis ni. Teruja uncle kat luar tengok mak cik dua orang ni. Hahaha..

...Cerita Tamat...

26 March 2011

PANAS!!!.. Scandal Terbaru Prince HairiAks

...Cerita Mula...

Hye all,ekceli aku nak bagi tahu satu dunia, seluruh benua Afrika & Eropah yang aku dah dapat scandal baru. Wow.. Memang cantik.. Memang cute.. Memang gebu.. Memang runcing.. Memang muncung tirus..  Memang tinggi.. Memang kurus.. U know,  macam pakej 10 in 1. Semua lengkap.. Apa yang tak da..? Semua ada..Urmmm..  Soalan lazim dari kawan kawan aku. Dapat kat mana scandal tu? So, macam biasa lah.. Aku mula buat cerita bohong.. Siap tambah kicap, gula, MSG, dengan sos tiram lagi..Dipendekan cerita aku dah macam belangkas sangat.. Pergi mana mana mesti dia ikut.. Kadang kadang rasa nak bosan pon ada.. Tapi aku terpaksa dan dipaksa bawa scandal tu. Korang yang tak kenal belangkas.. Mari sini aku tunjukan.. 



Ini dia rupa belangkas.. Kalau mengikut teori usahawan yang aku belajar, belangkas ni adik beradik dengan ikan todak. Bezanya mak dengan ayah belangkas ni tak sama. Sorang stay kat London dan lagi sorang kat Nepal. Tapi mereka satu budaya dan satu bangsa. Boleh tak macam tu? Hahaha.. Dah macam 1 Malaysia lah pulak..

Hahaha.. Ok lah.. Aku malas nak merapu petang-petang ni. U know, tiap tiap hari aku bersama dengan Cik Rotan Binti Buluh Betung. Dia lah scandal terbaru. Tolong jangan makan hati dengan aku. Tolong jangan nak rampas scandal aku. Kalau korang nak tahu, Cik Rotan yang banyak membantu aku semasa di sekolah. Dia lah yang membuatkan budak budak diam, dialah yang membuatkan budak jadi baik tahap dewa. 


So, apa macam? ok tak scandal baru aku? Ada sape sape yang nak ngorat dia? 

P/s- Thanks Cik Rotan yang banyak berjasa kepada kau..

...Cerita Tamat...

22 March 2011

Aku Busy Nak Gila

...Cerita Mula...

Hey all, ekceli lama bangat  aku tak berbelog. Rindu dengan korang semua. Rindu setengah mati dengan korang. Nasib baik aku tak mati dowh. Aku rindu nak bace entry terbaru korang semua. Tapi kan... Masa memang cemburu dengan aku. Bila dah free nanti, Insya Allah aku explore korang nye blog. Thanks dekat korang yang tak jemu bace entry aku.

Kalau korang nak tahu, aku ingat cuti ni boleh lah online 24 jam. Tapi tak boleh lah pulak. Tak habis habis nak siapkan ABM, RPH , dengan cari bahan untuk class tambahan untuk student SPM. Then aku kena study sebelum ajar budak budak. Korang tahu je lah, budak budak sekarang ni pandai dia lain macam. Aku pon tak tahu apa yang dia orang makan sampai bijak nak mampos. Mesti mama dia orang bagi minum susu enfagrow A+ kan.

Kadang kadang soalan dia orang memang pelik. Lagi pelik dari program PELIK TAPI BENAR. Aku rasa macm nak kena kencing manis dengan soalan sengal vs merapu dia orang. Urmmm.. Program cuti sekolah aku? Hahaha.. Memang meriah sangat, cuci mata di Port Dickson 2 hari 1 malam, Trip Perlis 3 hari 2 malam.

Esok result SPM keluar palak. Harap harap ada yang dapat 10A+. Esok juga masa untuk aku membusykan diri kat sekolah untuk mengskodeng result student.. Wakakaka...

...Cerita Tamat...