Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

20 May 2011

Jamuan Perpisahan Vs Bersukaria

...Cerita Mula...

Semalam satu jamuan perpisahan diadakan untuk meraikan hari  terakhir aku di sekolah. Aku tak sangka ada jamuan. Korang nak tahu kenapa? Memandangkan hari guru jatuh pada 16 Mei. Pihak sekolah dah setuju raikan hari guru sekali dengan jamuan perpisahan untuk aku. Secara tak langsung boleh menjimatkan kos. Tiba tiba ada jemputan untuk jamuan perpisahan sekali lagi. So, kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.


Majis penyampaian hadiah.. Tersipu sipu En. Zuhairi menerima Hadiah daripada En. Zul.

Part 2
^
^
^
^
20 Mei 2011..
Celebrate dengan En. Sahar, Cik Zati, Cik Nusrah, & Cik Sabariah di Pizza Hut Tampin.. 


Makan sampai pecah perut.. Semua makan tak HINGAT dunia.. :)


Aku dengan President Club Staf.. Cuba korang teka.. Umur sape yang paling tua?


3 orang anak dara sunti yang masih mencari calon suami.. Boleh pilih mana satu pilihan korang.. Sorang dah ada DG48 dan 2 orang masih lagi DG41. Hahahaha..

P/s- Thanks kepada kawan kawan yang dah celebrate aku. Terima kasih belanja makan. Thanks untuk semuanya.. Doakan aku dapat posting secepat yang mungkin. Amin...

...Cerita Tamat...

Terima Kasih SMKBJ

...Cerita Mula...

Hye all, akhirnya aku berjaya menghabiskan praktikal dengan jayanya. Terima kasih kepada kepada semua yang memberi kerjasama kepada aku sepanjang 15 minggu di SMKBJ. Banyak kenangan manis yang tak boleh aku lupakan. Paling tak boleh lupa dengan student  4 ICT, 4 MPV, 3 UKM, 3 UPM dan Kelas PPKI. Kalau korang nak tahu, aku suka gila mengajar class ni. Pelajar dia sangat best.


Pic  aku bersama dengan pelajar dengan kelas PPKI.


Sesi penyampaian hadiah.. :)


Terima kasih kepada guru pembimbing Pn Hajah Siti Hawa & Tn Haji Abd Raub yang sudi menghadiahkan buku ni kepada aku. 


Hadiah daripada club staf SMKBJ untuk majlis perpisahan aku..
Jom tengok apa dalam dia..


Thanks Club staf untuk hadiah ni.. 

P/s-Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita bertemu lagi.

...Cerita Tamat...


18 May 2011

Surat Dari Peminat

...Cerita Mula...

Kalau korang nak tahu, aku dah peminat setia dowh. Tak payah nak masuk AF bagai. Cerita dia pada 16 Mei. Jam 7 pagi. Tiba tiba ada sorang gadis mengejar aku. "Cikgu Zeryy"!!! "Cikgu Zerry"! Sejak bila mama aku tukar nama jadi Zerry? dah macam nama anak orang putih lah pulak.. Mula mula aku wat bodoh jew. Lama lama dia datang kat aku.


Ni khas untuk Cikgu.. Amik lah.. Aku pon amik...
Bila sampai rumah.. Aku pon buka..
Korang nak tahu.. Apa kat dalam tu?
Ini dia...


Sangat terharu apabila seorang pelajar Pendidikan Khas bagi sehelai kertas yang tertulis "Selamat Hari Guru". Walaupun dia tak pandai membaca.. Dengan gigih pelajar ni menulis ucapan selamat hari guru untuk aku. Walaupun nama aku dia salah tulis.. Aku tetap hargainya... Thanks Eton...

...Cerita Tamat...