Sila Jangan Klik

FOLLOW ME AND I WILL FOLLOW YOU BACK..

Iklan lagi

28 June 2010

Prince Masuk Wad


...Cerita Mula...

Salam semua, malam ni aku sangat sedih. Sangat menderita. Sangat sakit. Kalau boleh tunjukkan. Akan aku fotostat sakit ni.. Akan aku scan.. Akan aku MMS kepada semua.... Aku sangat sakit.. Sakit.. Sakit.. Dan terus Sakit...


Ok lah, seharian aku terpaksa berjuang dalam toilet, semua senjata dan perisai Aku  gunakan untuk melawan penyakit cirit birit yang melampau ini. Semua tenaga habis Aku gunakan. Berat Aku sudah tinggal 53kg. Tidak perlu makan pil diet, tidak perlu jogging, tidak perlu pergi Slim World. Ngee..


Cik Nurse yang sedang panik. Tekanan darah yang luar biasa.. So, Aku terpaksa rest dalam bilik kecemasan. Seronok u All... seronok...


Haha.. sempat lagi snap pic.. Time ni.. Aku baru lepas kena Inject.. Sakitnya bontot... sakit oi... tak pasal pasal kena Inject pakai jarum besar... Dah lah sakit.. Then, Nurse saja nak buka seluar aku lama lama... Aduh... Pakej 3 in 1. Sambil kena cucuk.. Nurse amik kesempatan tengok bontot aku.. hahahaha...


Menurut doktor aku perlu ditahan dalam wad sehingga esok sebelum dihantar ke Hospital Slim River. Tapi atas desakan aku yang sangat degil. Aku merayu supaya dibenarkan pulang ke rumah. Yeah.. dapat balik rumah... 

Kalau anda nak tahu, tujuan gi klinik hanya sebab Cirit Birit. Bila sampai klinik. Penyakit lain yang dapat.. Tekanan darah tinggi dan gastrik... Aduh... Sudah jatuh ditimpa tangga.. ngee...

P/s- TQ dekat Sharel ( Areltz)  yang tolong hantar & jaga Prince malam ni.. Jasa mu ku kenang.. he3... Ok lah.. nak gi toilet ni... daaaa....

...Cerita Tamat...

25 June 2010

Seronoknya Follow Dapat Awards!!!


...Cerita Mula...

La la la.. Malam ni saya sangat suka hati. Suka macam nak makan ice cream seposen.  Teringat masa kecik kecik selalu beli ice cream seposen dekat kedai Ah Tong. Sekarang Ah tong dah  mati. Bila dia mati harga ice cream terus naik dua posen. Memang jahat. Suka suki  anak bini dia  naikan harga, kalau Ah tong tahu mesti dia marah sama anak anak dia. Yokk... Apa yang sedang  saya merapu ni.. hahaha.. Saya nak bagi tahu seluruh dunia yang saya dapat awards hari ni.. Ya.. awards lagi... Suka hati saya..


Jeng jeng jeng... Ni dia awards yang saya dapat.. Memang cantik menarik tertarik ko yang debom... Yeahhh... Awards ni saya dapat dari blog En. Iskandar Shah. Saya nak bagi tahu Mama, Papa, Wan, Opah, Atok dan kawan kawan yang saya dapat awards. Jauh saya merangkak nak dapatkan awards ni. Hampir 10jam 10minit baru boleh dapat awards. En. Iskandar tarima Kasih manyak manyak bagi saya awards ni. Saya mau simpan dalam muzium Prince Hairi bila dah pencen nanti. Boleh?

...Cerita Tamat...

Perlunya Cuci Buah Pakai Air Garam!!!

...Cerita Mula...

Salam semua, minggu ni aku lebih suka post entry pasal makanan dan buah-buahan. Kalau anda belum tahu, tema minggu ni buah-buahan dan makanan. So, anda layan je lah. Hari ni aku nak bagi tahu satu dunia kenapa perlu cuci buah guna air garam.

Ha ha ha.. buah pulasan. Sekali tengok memang sedap. Dua kali tengok kompom tak mau makan. Nak tau kenapa. Jom tengok gambar bawah ni... 


Yokk.. tengok dalam air garam yang telah direndam dengan buah pulasan tadi. Nampak ulat dalam air tu, sekali tengok macam ulat nangka yang selalu joget joget kalau jatuh dekat tanah. 


Setelah diteliti menggunakan kanta pembesar, ha ha ha...  ini dia, ulat yang suka joget joget masa musim dingin. Bak kata adik aku, macam ulat beluncas. Kalau kita bela lagi dua 3 minggu dia bertukar jadi Kupu kupu. Ya, kupu kupu. Mungkin juga boleh jadi rama rama. Kalau tambah lagi 6 bulan dah boleh jadi Kupu Kupu gergasi dekat Alamanda, Putrajaya. he3..

...Cerita Tamat...

24 June 2010

TQ Daun Keladi Lain Kali Belanja Lagi!!!

...Cerita Mula...


Kung ikau ay lahat? (Apa khabar semau?.Yok... Entry untuk hari ni ringkas tapi padat. Aku cuma nak say TQ kat Datin Nurlizan belanja makan untuk aku dengan kawan kawan time lunch tadi. Rasa segan pulak asyik Datin je belanja, kami tak pernah belanja dia.. Untuk Datin, TQ daun keladi, lain kali belanja lagi...

...Cerita Tamat...

23 June 2010

Awas Ketika Makan Apple!!!

...Cerita Mula...

Salam semua, Prince ingin berkongsi sedikit maklumat berkaitan  buah Apple yang diimport dari luar Negara. Hati hati ketika anda membeli dan makan. Pastikan anda tidak makan kulit Apple kerana  kemungkinan ianya dilapisi dengan lilin. Kalau tidak percaya, aku akan tunjukan. Sila lihat di bawah.


Wax digunakan untuk memastikan Apple kekal segar dan tahan lama. Pasti ramai yang tidak percaya, WAX membolehkan Apple menjadi segar sepanjang masa. Adakalanya boleh bertahan sehingga 1 tahun. Wax juga menghalang bakteria dari merosakan buah tersebut. Sila makan  epal setelah anda membuang kulit ataupun mengikis lilin yang terdapat di kulit. Seperti dalam gambar di bawah.


...Cerita Tamat...

22 June 2010

Aku Nak Marah Puas Puas!!!


...Cerita Mula...

Salam semua, sekarang aku dalam mood datang moon. Nak marah tak pasal pasal, nak maki semua orang, nak lari dalam toilet, nak tidur dalam opis. Kalau boleh jerit dalam opis mesti sudah gegar satu UPSI. Pecah semua cermin tingkap, pecah pasu bunga, semua akan pecah. Aku lebih gagah dari HULK, lebih gagah dari GIANT. Walaupun aku tidak segagah mana, mood marah aku mampu menggegarkan dunia. Busssss... 


Rasakan penumpuk super aku... Aduhhh... sakit... Okalah aku ceritakan apa pasal aku menggila dari pagi sampai petang. Pagi tadi bila aku nak turun kerja, kasut aku penuh dengan Ikan kering, Ikan Parang, Ikan Duyung, Ikan Dugung.. Baru aku ingat, ikan ikan dalam kasut  turun dari langit masa balik dari JPJ petang kemarin .. mmmm..sakit hati aku.. aku tak peduli, aku nak marah puas puas.. Tak ada sape yang boleh halang aku.. Masa ni HULK pon x berani nak jumpa, GIaNT pon tutup kedai.. Harap harap esok aku boleh pakai shoes aku.. hahaha.. Now, aku dah tak marah... aku dah puas.. aku dah masukan dalam Blog Prince.. ngeee....


P/S- Ikan dalam kasut hanyalah perumpamaan, sebenarnya kasut Prince basah kena hujan masa pergi JPJ semalam. Ha3.. Tu yang Prince marah tahap dewa.

...Cerita Tamat...

21 June 2010

Main Hujan Dengan Mak Cik JPJ.

...Cerita Mula...

Salam semua, tadi dalam opis aku dok relax je. Hari ni keja tak banyak sangat. Bila tak da keja aku pun  buat buat ada kerja. So, apa lagi, habis aku geledah dompet, geledah punya geledah jumpa pulak surat pajak gadai. Aduh, kecewa duhh.. Tarikh surat dah lepas, dah 1 minggu berlalu. Apa nak buat ni.? Aku try call polis, call bomba, call PTPTN, call JAIS, call Indah Water, call SYABAS. Tapi hampeh, semua tak jawab.. Setiap kali call mesti Mak Cik  pempuan tu yang angkat, Ayat dia tak pernah nak ubah ubah.." Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih" apa lagi, aku hanya mampu menjawab  sama sama Puan  Operator. he he he ( masih lagi nada sedih).



Bila aku check semula,  bukan surat Pajak Gadai yang tamat tempoh , tapi lesen aku dah mampos. Aduhh.. Time ni rasa takut bila nak jumpa abang polis. Rupa rupanya dekat seminggu aku merempit tanpa lesen.. hahaha.. So, apa lagi.. time lunch aku pon pergi merempit kat JPJ Kuala Kubu Baru. Belum sempat sampai JPJ aku dah basah kuyup. Bukan aku kencing dalam seluar tapi aku kena mandi hujan. hohoho.. Nikmat.. Nikmat... Mesti mama dengan papa aku bahagia tengok anak dia main hujan atas moto kan. Mana ada anak orang lain main hujan macam aku tengahari buta.. ngee...

Yang ni masa dekat JPJ pulak, Jumpa dengan sorang Mak Cik India yang basah kuyup macam aku. Then siap perli aku lagi. Dah lah aku basah kuyup, mak cik tu pulak membebel tak pasal pasal. Aku rasa macam nak tembak pakai pistol air. Then, ajak mandi hujan sama sama. Geram sangat, orang tengah sejuk, dia sibuk cerita pasal dia kena saman. Ayoooyooo... 

...Cerita Tamat...

20 June 2010

Sakit Dalam Kegembiraan

...Cerita Mula...


Salam semua, pagi tadi aku sempat bersukaria dekat KL temankan housemate aku Nan, Rich & Wen. Kalau dah ke Plaza Low Yat tu, sah sah lah nak beli lappy baru.  Tapi bukan aku yang nak beli, kali ni Nan  pulak yang nak beli lappy. Aku beli cooling pad je. Kat Tg. Malim ni cekik darah sangat. Ada ke sampai RM48. Kepala otak dia. Lepas je beli lappy aku terus ke Times Square. 


Sebelum shopping, aku kena isi minyak dulu. Bila dah isi baru boleh jalan sampai malam. Ok lah, yang pakai baju oren Rich, yang baju hitam  Nan.


Ha ha ha.. sekarang masa untuk shopping pulak.. Bila tengok banyak sangat sale, apa lagi rasa macam nak beli satu kedai. ngee... Yang ni pon dah tak larat nak bawa. Kiri.. Kanan.. Depan.. Belakang.. Sarat dengan barang barang..


Kali ni tambah lagi koleksi shoes. Yang ada pon aku jarang pakai. Tapi gatal lagi nak beli yang baru. Tapi kalau kita dah minat nak buat macam mana, beli je lah. Janji hati aku puas. Bila balik je rumah, aku terus sakit kepala. Macam mana tak sakit kepala. Malaysia ni panas sangat.. Telur ayam yang aku beli pon dah jadi telur rebus kat dalam beg tu.. hahaha.. Tapi walaupun penat aku happy sangat hari ni.

...Cerita Tamat...

Prince Hairi Ditaja Oleh Datin' "F" & Dato "S"

...Cerita Mula...

Salam semua, malam ni ada hot story sikit. Yang ni tak da kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Malam ni aku rasa bosan sangat. Semua benda yang aku buat tak menjadi. Dua jam aku duduk depan lappy nak buat report. Tapi, satu benda pon aku tak tulis. Geram ni.. ( nada marah).


Untuk menghilangkan boring aku terus Meng"UPDATE"kan apa yang boleh di update. Yang ni pic paling terbaru aku selepas potong rambut petang semalam. Nampak sedikit poyo dan bergaya.. hahaha. Seperti biasa lokasi yang menjadi pilihan bilik aku. Ngee..


Ha ha ha.. Ni lah orang yang asyik menaja aku. Tapi nape muka dia sama ek? Maybe pelanduk dua serupa. Mmm.. Ok. lah.. Prince nak tidur ni.. Nite all.. Sorry ek.. Sebab tiba tiba aku nak merapu yang bukan bukan malam ni... hehehe..

...Cerita Tamat...

18 June 2010

Satu Telur Lipas Boleh Menghasilkan Beberapa Ekor Lipas.


...Cerita Mula...


Tahukan anda satu telur lipas boleh menghasilkan berpuluh  ekor lipas dalam satu masa. Cuba anda bayangkan, jika seekor lipas boleh menghasilkan 20 biji telur, dan setiap telur boleh menghasilkan 50 ekor lipas. Berapa banyak lipas yang boleh menetas dalam satu masa. Banyak ke tidak? Kalau anda tak reti kira pakai tangan, pergi amik mesin kira tu.. hehehhe.. Boleh?


Cara terbaik untuk memastikan lipas ni tidak membiak dengan banyak. Ok, yang pertama bila kita jumpa telur lipas pastikan kita picit. Ala kita buat macam picit jerawat dekat muka tu. Memang seronok, sambil picit sambil buat senaman jari. Hehehe.. Tip seterusnya, kita amik lesung batu, then kita ketuk guna lesung tu. Jimat masa dan jimat tenaga. Kalau rasa diri tu dah malas sangat, anda pijak je pakai kaki, senang cerita semua telur hancur. Ngee... Bukannya apa, lipas ni boleh menyebabkan banyak penyakit. So, apa lagi jom kita bunuh lipas. Boleh?

...Cerita Tamat...

17 June 2010

Pelik Tapi Benar!

...Cerita Mula...



Salam semua, pagi tadi aku dapat email dari seorang rakan. Pic ni dia yang bagi, menurut kawan aku ular dalam gambar ni dah kena edit. Aku rasa teruja pulak dengan dia. Tiba tiba badan ular boleh jadi macam buah lemon. Agaknya kalau  bagi gambar aku dekat dia apa akan jadi? Mungkinkah aku bertukar menjadi sebuah kereta? Ha ha ha.. Tak boleh aku bayangkan.


Yang ni lagi tak boleh tahan, tiba tiba je dekat pisang ada kepala ular. Cuba U all bayangkan bila buka pisang keluar pulak kepala kita. Memang aku tak boleh terima. Rasanya Prince boleh pengsan 3 minit 35 saat. Ngee.. Sebelum kita nak makan pisang tu, ular pulak gigit hidung. Aduhhh...

...Cerita Tamat...

16 June 2010

A-reltz (Ril) Dengan Lappy Apple?

...Cerita Mula...


Akhirnya dapat juga Ril beli Lappy baru. Tadi aku dengan dia pergi amik Lappy yang dia booking minggu lepas. Biasalah barang baik  mesti lambat dapat, nak tunggu stok dari KL lah. Macam macam. Selamat dia tu penyabar kalau tak memang dah kena maki orang kedai tu. Ok lah, Lappy yang menjadi pujaan hati sudah tentu Apple. Harga dia.. RM#@$%@@.


Macam biasa lah, aku ni suka bergambar, orang sibuk sibuk nak bayar & pilih free gift. Aku sempat lagi snap pic. Yang jadi mangsa Mr. Ril. hahaha.. Dekat dalam kedai tu, kami diberi layanan VIP lagi. Dia bagi kuih tart telur & air coke. Yang pasti suci bersih dan halal. Diluluskan oleh JAKIM, LAN, MAQ, SIRIM & JAIS. Bukan setakat tu je, dapat pengiktirafan ISO 9001 lagi. Ngee..


Perasmian untuk Lappy  dibuat dalam bilik Prince Hairi yang bling bling ni. Laman web pertama yang kami buka  sah sah lah blog Prince Hairi. Cuba tengok muka Ril tu... Dah tengok? Tak tengok kiri kanan. Khusyuk dengan Lappy baru dia tu. So, malam ni dia kompom update blog dia. So rajin rajin lah bace blog dia & follow sekali. http://areltzsensei.blogspot.com/.

...Cerita Tamat...

Terjah Followers Ke "500"


...Cerita Mula...


Salam semua, patang ni Prince keluarkan lagi satu awards untuk followers yang 500. Baru minggu lepas prince bagi dekat Cik Cepet sebab jadi follower yang ke 400. Sekarang dah yang ke 500 pulak. Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi follow Prince.

 

Sebelum ni, untuk followers yang ke 200 Prince belanja makan KFC & Stay bilik Prince 4 hari 3 malam.  Orang yang bertuah tu a-reltz. Ril ni memang kawan baik Prince, tu yang boleh bawa stay dekat bilik Prince yang 5 star tu. Yang ke 500 Prince bagi awards je lah. Jauh sangat nak ajak datang Tg. Malim ni. He he he.. Awards kali ni Prince bagi dekat Cik Pinggu. Ikhlas dari Prince Hairi. 

P/s- Untuk awards yang seterusnya, Prince akan bagi tahu dari masa ke semasa ok. Mungkin orang yang 666, 599, 606.. So, tunggu je lah. Lepas ni hadiah yang lebih menarik akan menanti. Prince pon dah jemu nak bagi awards je.

...Cerita Mula...

Gersang Menunggu Follower ke "500"!!!


...Cerita Mula...

Horay... Lagi 2 orang lagi nak cukup 500 orang. Agaknya siapakah yang akan menjadi orang ke 500? Kita tunggu dan lihat sahaja. Adakah anda salah seorang dari mereka? Pastikan anda meninggalkan LINK dekat entry ini supaya mudah untuk Prince menjejak anda. 

...Cerita Tamat...

15 June 2010

Makan Bola, Tidur Bola, Mandi Bola & Minum Bola!!!

...Cerita Mula...

Ha ha ha.. Today aku nak story mory pasal bola. Walaupun aku ni bukan peminat setia bola. Tapi bila World Cup's muncul. Aku pon terasa bahang dia. Bila makan, tidur, minum, keja, mengumpat & apa apa saja mesti ingat bola. Kadang kadang sanggup tak tidur pagi nak tengok bola. Ni dia penangan FIFA kan.
Macam biasa pasukan pilihan kebanggaan keluarga aku. Jeng jeng jeng " England". Rasa rasa boleh menang tak kali ni. So, tunggu dan lihat je lah.
Aku harap sangat sangat Argentina masuk final VS England. Memang gempak vs meletop. Negara lain tu aku tak amik kisah sangat. Nak menang, menang lah.. Tapi dua negara ni yang menjadi pujaan hati ku.. ngee...

...Cerita Tamat...

14 June 2010

Aku Kena Kisses dekat Hershey's!!!

...Cerita Mula...

Aduh.. Syok sehingga menjilat jari. Tak pasal pasal aku dapat Hershey's Kisses. Sape nak bagi.. Betul tak? Semalam sebelum balik Tanjong Malim. Ada orang bagi coklat dekat aku. Tq ye Miss Cute. Bukan tak mau amik 3 bungkus. Tapi beg tak muat lah. So, aku amik satu je. Lain kali prince Hairi amik semua ok. Miss cute tak marah kan. Ngee... Tq daun keladi, nanti nak lagi. Boleh?


...Cerita Tamat...

Mengemis Di Pagi Isnin!!!

...Cerita Mula...

Mmm... pagi pagi lagi aku dah menggangu rumah tangga orang. Semua orang aku call untuk dapatkan contoh report  latihan industri. Tapi, sorang pon tak da. Kecewa aku.. kecewa.. Sekarang tinggal 3 minggu je lagi. Tapi, satu benda pon tak buat lagi. Ayoyoooo... Macam mana ni.. Ada sape sape yang nak tolong aku.. Kalau ada silakan bantu Prince Hairi. "Kecil Tapak Tangan Stadium Bukit Jalil Aku Tadahkan" he3..

...Cerita Tamat...

11 June 2010

Blog Prince Hairi Berwajah Baru!!!

...Cerita Mula...

Haha.. Dari pagi aku cantikan blog ni. Hasilnya ni yang dapat. Penat tau, dekat 3 jam aku edit binatang ni. Tukar ni tak betul, tukar yang tu tak betul. Bila aku dah sakit hati. Godek punya godek. jadi macam carca marba lah pulak. Haha.. 10 minit lagi aku nak balik kampung. So sebelum balik update blog dulu. Bye..bye.. doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ye. :)

...Cerita Tamat...

10 June 2010

Aku Berjaya Menangkap Follower Yang Ke "400"

...Cerita Mula...

Petang tadi Prince Hairi berjaya tangkap follower yang ke 400. Kalau tak silap pukul 3.30 petang waktu Malaysia. Kalau waktu Nepal lebih kurang jam 7 pagi. Orang yang bertuah tu Cik Cepet . Best kan nama dia. Macam unik lah pulak. Tahniah untuk Cik Cepet.
 

Dengan bangga dan riak lagi takabur. Prince Hairi nak bagi dia awards yang tidak seberapa ni. Amik lah awards ni sebagai kenangan. Kalau nak print saiz A3 pon tak apa. Bawa tidur sekali pon tak apa. ngee..

Rasanya dah abis kretif aku edit benda ni. So, ambil je lah. Paling lama edit pon 5 minit. ngee.. Lepas ni menanti untuk follower yang ke 500. Agak agak siapa yang bertuah. Tunggu dan lihat.

...Cerita Tamat...

Jom Balik Kampong!!!

...Cerita Mula...

Horay! Akhirnya dapek jugak eden balik Negori esok potang. Ghasonye dah lamo den tak balik. Yo lah asyik busy memanjang yo. Dokek dua bulan den tak balik. Lamo tu, kot tanam durian dah buleh tuai lah. ngee..  ( nampak bona den ni menipu, ado ko durian buleh tuai.. ngok ngek tak?) Den balik naik bas yo, lagi copek naik bas dari komuter or ketapi yang lombab tu. Trauma den naik binatang tu. Ado ko dari Tg. Malim ke Seromban dokek ompek jam. Kot naik bas baru sejam ompek puloh minit.
Ni lah family den. Tak ghamai pon. Yang dopan tu Dato' Zainol dongan Datin Zuraidah. Belakang tu akak den Ain & adik den Zairul. Kocik yo kan family den, kot den balik pon yang ado kat umah mama & papa yo. Yang lain semua dah buek hal masing masing. Cukup lah, dah bebolit bolit lidah dongan tangan nak menaip bahaso negori ni. Habis semua kamus dewan den rujuk nak menaip ni. hehehe... layan yo lah ek...

...Cerita Tamat...

09 June 2010

Bila Orang Yang Tersayang Meninggalkan Aku!!!

...Cerita Mula...

Peristiwa ini baru berlaku dua bulan lepas pada diri aku, sebenarnya aku dalam kesedihan ketika menulis entry ini. Tapi terpaksa juga menulis untuk mengubat hati aku yang terluka. Sebenarnya aku telah kenal dengan Dia lebih kurang setahun lebih. Namun, semuanya berubah sekelip mata dengan sikap Dia yang agak keterlaluan pada diri aku. Perangai Dia yang sering memberi tekanan kepada diri aku membuatkan aku semakin bosan dengan diri Dia. Akhirnya aku membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Dia. Pada mulanya Dia tidak boleh menerima kenyataan, namun setelah aku memberi penjelasan demi penjelasan akhirnya Dia faham dengan apa yang aku mahukan. Dia yang aku maksudkan bukan lah ex girlfriend aku yang pertama. Yang ni kekasih gelapku.. Cewah...( Masih dalam mood sedih).

Pada mulanya aku agak stress dengan keadaan yang menimpa aku, semua yang aku lakukan setiap hari seperti tidak bermakna. Aku rasa hidup seperti kosong, jiwa aku  tidak tenteram. Walaupun  kami masih lagi berhubung sebagai kawan, namun secara jujurnya Dia masih menaruh hati terhadap diri aku. Apa tidaknya, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dan mesej dari Dia memberi seribu tanda tanya  kepada aku. Aku cuba untuk memahami maksud tersirat dan tersurat yang cuba diperkatakan.


Akhirnya, secara rasminya aku dapat melupakan Dia. Aku bangga dengan diri aku. Terima kasih kepada "Cute" yang telah berjaya memberikan kebahagian kepada diri aku. Walaupun "Cute" agak noty tapi dia faham dengan keadaan aku. Dia yang sentiasa membantu aku. Susah senang aku semua dia yang bantu .Aku suka berkawan dengan dia. Pada masa ini aku lebih suka berkawan dengan dia. Aku tak mahu terikat dengan sesiapa pun. Aku tidak suka dikongkong, yang paling penting "Cute" tidak pernah cemburu dengan sape aku ingin berkawan, berjumpa dan bercalling calling. "Cute" Terima Kasih sebab sudi menjadi kawan Prince Hairi.

...Cerita Tamat...

08 June 2010

Senyuman Dalam Tangisan!!!

...Cerita Mula...
 
8 Jun 2010, dari pagi sampai petang aku dengan 3 orang Bapak Hayam yang perasan hot ni asyik dengan FB, MOVIE, YM, Blog & Game. Lepas je dari lunch, lebih kurang jam 3 petang. Tiba tiba kena panggil dengan bos. Masa ni aku dok berangan dapat berita gembira dari bos lah kononnya ( mood gersang). 

Bila sampai bilik meeting, hahaha.. Semua dah tersenyum. Apa lagi, dapat kerja baru lah. Kerja aku update blog, Alz tengok movie, Mie jadi penyanyi latar untuk malam bersama kanak kanak OKU. Jasmie kerja main game. Seronok gila budak budak ni. Mmmm.. (Sambil bersedih) semua tu tipu semata mata. Tugas yang kami dapat kali ni lagi mencabar dari misi hantar bantuan di GAZA yang tak berjaya tu. (gedik tak aku ? haha)

Kalau U All tak caya pon tak apa. Yang pasti aku akan  buktikan kepada semua. Tugas yang diberi akan aku siapkan dalam masa 24jam. Bapak Hayam semua. Selagi kita boleh tersenyum kita akan tersenyum ok. Chayok Chayok Chayok!!!

...Cerita Tamat...

PJDMYH ( PERSATUAN JANDA DUDA MALAYA YANG HOT)

...Cerita Mula...
PJDMYH diasaskan oleh Prince Hairi pada tahun 2009. Objektif utama penubuhan untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan dengan percintaan dan penceraian(haha macam lah aku ni pro sangat dalam benda ni, ngee). Selain itu, membantu mereka yang kurang kasih sayang dari cewek dan cowok yang sering sibuk setiapa masa. Maka, tertubuhlah PJDMYH.
Sehingga tahun 2010, seramai 90 orang telah berdaftar dengan PJDMYH antaranya Eina, Nurul, Mie & Prince Hairi sendiri ( nada bangga). Dan selebihnya akan dimaklumkan kemudian. Antara aktiviti menarik untuk ahli PJDMYH yang akan berlangsung sepanjang 2010 (nada riak dan bangga). Pertama, percutian di Pulau Perhentian 3 hari 2 malam,  Lawatan ke Zoo Negara ( untuk mencari calon calon yang berkelayakan), Percutian ke Genting, konvoi beramai ramai ke pasar malam Tanjong Malim setiap hari Sabtu dan family day setiap cuti semester.

Untuk makluman, keahlian hanya dibuka untuk kawan kawan AT45 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi terus Prince Hairi di talian 013-629 6023 Talian dibuka 24 jam termasuk hari cuti dan cuti umum kecuali masa Hairi tido & mandi. hahaha.. boleh ke tidak? boleh ke tidak?boleh ke tidak? 

...Cerita Tamat...

07 June 2010

Digoda Oleh Makhluk Paling Sexy!!!

...Cerita Mula...
Sebenarnya aku nak cerita pasal aku bored je hari ni. Yang pasti untuk minggu ni aku akan bosan dan terus bosan. Jangan rasa pelik kenapa tajuk lain, Gambar yang aku upload tak da kena mengena dengan tajuk. Aku akan rindu dengan dia sepanjang minggu ni dan minggu depan. So sad. Mmmmmmm miss u so much..

...Cerita Tamat...

06 June 2010

Kalumpang Resort & Bersukaria!!!

...Cerita Mula...
Anda bosan? Tak tahu nak buat apa hari minggu? Ok, jom ikut Prince Hairi dan Sharel bersukaria di Kalumpang Resort. Nak tahu kami buat apa? Jom layan story kat bawah... lalala...
Jeng jeng jeng, Aku dengan Sharel gi celebrate birthday Pija dekat tempat Latihan Industri dia dekat Kalumpang Resort. Aku just beli kek & nyanyi sambil pusing kepala untuk dia. Pija!! Happy Birthday May Allah Bless You.. Muaahhh... untuk kek tu...ngee...
Yang ni ulang tahun ke 14 tahun kot.. haha.. Jangan dok perasan ek.. Umo dah 2+? Nak tahu berapa umur sebenar dia? haha biarlah rahsia.. Tapi Kesian kat Wan Besut, dia tak dapat join sebab jage kedai kat bawah. tapi tak apa lah. Kek untuk Wan Pija dah simpankan.
Nasi Goreng yang Sharel & aku makan ni dimasak oleh Pija sendiri, dia Chef dekat situ. TQ sebab belanja aku dengan Ril. Kalau Prince Hairi datang hari hari mesti muflis resort tu.. lalala.

Habis makan, apa lagi mandi manda lah. TQ juga kat Pija bagi pinjam towel resort tu. Yang pasti hari ni aku dengan Ril main renang berirama, kuak kupu kupu dan kuak lentang. Nasib baik tak hanyut. hahaha...

...Cerita Tamat...

04 June 2010

Tahniah!!! Follower yang ke 300!!!

...Cerita Mula...

Horay.. Akhirnya jumpa juga dengan Follower yang ke 300. Puas dari pagi tunggu siapakah yang bernasib baik. Akhirnya jumpa juga. Baiklah, untuk follower yang ke 300. Prince Hairi berbesar hati nak bagi awards. Walaupun awards ni biasa biasa je. Tapi kira ok lah, dari tak dapat langsung. Jeng jeng jeng.. Inilah Awards yang dinanti.


Ha ha ha, terimalah awards ni sebagai ucapan terima kasih Prince Hairi. Penat aku mengedit pic ni. Rasanya dah nak habis kreatif dah. Tapi tak tahu lah cantik ke tidak. Nak tak nak terima je lah. Kalau tak suka pon kena gak terima. Sebab kalau jual dekat kedai tak laku.

Penerima yang bertuah ialah pemilik blog embun collections tahniah ek. Simpan elok-elok awards ni.

...Cerita Tamat...

03 June 2010

Contest Dari Cik Izyan Izzaty

...Cerita Mula..

Ha ha ha.. 1st time aku nak join contest ni. Kalau U All nak tahu, aku suka suka je join. Nak mengisi masa lapang aku yang 24 jam sentiasa tak busy. hahaha..  Kali ni Prince Hairi join contest adakah anda "PHOTOGENIC". Aku masuk pon sebab kena TAG dekat sorang kawan yang baru kenal. Nak tau sape.. Jeng Jeng Jeng "CIK FIRSYA MELISA CUTE" . Yang pasti contest ni dianjurkan oleh CIK YEYEN aka IZYAN IZZATY. Untuk melayakan anda join contest ni, pastikan anda telah menjadi Follower Cik YEYEN.


Cara nak join mudah je, U All tangkap gambar macam Cik Izyan ni, yang pasti muka nampak ok. Tak kisah lah gaya apa yang U All nak buat yang pasti mesti macam "PHOTOGENIC". Nak tangkap gambar gaya menongeng, kuak lentang, kupu kupu. Silakan, tak ada sape pon nak melarang. Untuk maklumat lanjut tentang syarat contest ni KLIK DEKAT SINI. BOLEH!!

Jeng Jeng Jeng...  inilah dia Prince Hairi yang berhajat nak join contest. Cute tak? Handsome? Comel? Cantik? Perasan gila aku ni.

Baiklah, Prince Hairi akan menerangkan serba sedikit tentang Pic ni. Ramai yang dah tak sabar rite?

1. Gambar ni aku tagkap sendiri. Hasil titik peluh aku sendiri.Kalau nak tahu bukan senang nak ambil gambar sendiri. sebab memerlukan kemahiran yang luar biasa.hahaha..

2.  Pic ni agak unik sebab aku snap snap time nak pergi pasar malam Tg. Malim. Kira pic pasar malam lah ni.

3. Yang paling aku suka pic ni, aku terpaksa mengepit sesuatu untuk menampakkan bahagian seluar aku. Kepit apa? hahaha.. biarlah rahsia..

4. Aku suka pic ni, sebab aku snap dalam bilik kesayangan aku. Waktu ni muka poyo poyo sikit. tapi tak apa nampak cute tak. hahaha..

5. Pic ni agak unik sebab ia boleh menjadikan mata aku menjadi sedikit bulat. Kalau nak ikutkan mata aku sepet sikit.. ngee...

Langkah terakhir, Mencari 3 orang yang aku yakin boleh menyertai contest ni:-

1. Areltzsensei (Ril) Sharel aku memilih dia sebab dia kawan baik aku, aku nak tengok macam mana dia nak popularkan diri dia dalam blog, rasa rasa vogue tak dia ni?

2. Mie Smile Si Mie ni pulak dia seorang yang gila bergambar. Pantang jumpa Kamera. KOMPOM suruh snap pic dia. Tak kira lah dalam toilet or dekat pasu bunga. gagagaga

3. Eddy yang ni kawan baru kenal dalam blog, hobi dia bagi komen dekat blog orang. Aku yakin dia ada bakat yang terpendam. Tu sebab aku nak tengok pic dia macam mana. boleh tak Eddy?

...Cerita Tamat...