...Cerita Mula...
Peristiwa ini baru berlaku dua bulan lepas pada diri aku, sebenarnya aku dalam kesedihan ketika menulis entry ini. Tapi terpaksa juga menulis untuk mengubat hati aku yang terluka. Sebenarnya aku telah kenal dengan Dia lebih kurang setahun lebih. Namun, semuanya berubah sekelip mata dengan sikap Dia yang agak keterlaluan pada diri aku. Perangai Dia yang sering memberi tekanan kepada diri aku membuatkan aku semakin bosan dengan diri Dia. Akhirnya aku membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Dia. Pada mulanya Dia tidak boleh menerima kenyataan, namun setelah aku memberi penjelasan demi penjelasan akhirnya Dia faham dengan apa yang aku mahukan. Dia yang aku maksudkan bukan lah ex girlfriend aku yang pertama. Yang ni kekasih gelapku.. Cewah...( Masih dalam mood sedih).
Pada mulanya aku agak stress dengan keadaan yang menimpa aku, semua yang aku lakukan setiap hari seperti tidak bermakna. Aku rasa hidup seperti kosong, jiwa aku tidak tenteram. Walaupun kami masih lagi berhubung sebagai kawan, namun secara jujurnya Dia masih menaruh hati terhadap diri aku. Apa tidaknya, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dan mesej dari Dia memberi seribu tanda tanya kepada aku. Aku cuba untuk memahami maksud tersirat dan tersurat yang cuba diperkatakan.
Akhirnya, secara rasminya aku dapat melupakan Dia. Aku bangga dengan diri aku. Terima kasih kepada "Cute" yang telah berjaya memberikan kebahagian kepada diri aku. Walaupun "Cute" agak noty tapi dia faham dengan keadaan aku. Dia yang sentiasa membantu aku. Susah senang aku semua dia yang bantu .Aku suka berkawan dengan dia. Pada masa ini aku lebih suka berkawan dengan dia. Aku tak mahu terikat dengan sesiapa pun. Aku tidak suka dikongkong, yang paling penting "Cute" tidak pernah cemburu dengan sape aku ingin berkawan, berjumpa dan bercalling calling. "Cute" Terima Kasih sebab sudi menjadi kawan Prince Hairi.
...Cerita Tamat...
13 comments:
ngeh3... roda berputar, rasa bergetar, fikiran berlegar, masa pon beredar... baru kusedarrrr
best nye dpat kwn cm cute... lucky u!!
semoga bahagia~
hmmm.. rasenye, mcm tau je siapa saudara sebenarnye walau pertama kali kenal kat blog ni.. huhuhu
cemomoi..
apa yg bergetar ni.. he3..
Senandung Semalam..
Ye cute Hairi memang best..syg sgt2 kat dia.. ngee..
Iqa..
Thx.. harap2 lah bhagia kan..
Amri
Aik.. pelik r.. mcm mana bleh knal.. Maybe knal dr segi penulisan hairi kan.. betul x?
Biasa lah... blog ni tmpat nk luahkan perasaan.. btul x?
semua nieh hnya dunia sja
Amor..
mmg duania je.. tapi dkt dunia lah kita nak merasa nkmat berkawan.. & bercouple2.. mmm..
wahhhh gitu upe ye..
biasa lh 2....lex2 dulu..
g lh rawat hati yg luke 2 kat filipine ke, indonesia ke.. atau kat mne2 lh...
yg pntg skrg ni happy dulu k
Mak ai.. jauh nye nk gi rawat.. Baik Hairi gi Rawat dekat klinik panel je.. dekat dengan rumah.. Clinic Dr. Nabilah.. boleh... hahaha.. bangga Dr. Ni dpt masuk blog Hairi.. lalala
adakah saya kenal, 'dia' ???
Post a Comment